play >|
semalam merupakan tidurku yg paling panjang. dua malam sebelum itu aku tidak dapat menikmati lenaku. aku berbaring di atas hamparan gelisah berselimutkan resah. melemparkan pandanganku pada hujan lebat yg membasahi cermin jendela. sesekali kilat singgah menerangi kamarku yg dipenuhi limpahan cahaya dari tv yg sentiasa menyala. dentuman guruh pun ikut menyapa kesunyian yg telah menemaniku beberapa waktu ini.
aku bangun dari katilku, kuambil cawan hitam kegemaranku dari almari, kubuka laci makananku mencari bungkusan kopi segera dan mengisinya dalam cawan tersebut. realitinya aku hanya ada cawan itu dalam senarai perangkat dapurku disamping sebuah pinggan, sebuah mangkuk dan sepasang sudu dan garfu. dan sebuah lagi cawan putih berbunga yg kubeli untuk kekasihku yg tak pernah menepati janjinya utk minum kopi bersamaku.
wajah itu. wajah lembut yg mencairkan hatiku untuk beberapa waktu. senyum manis yg mematikan tuturkataku setiap kali menikmatinya. sendunya di bahuku setiap kali meriwayatkan kisah sedihnya sering berjaya meluluhkan jiwaku. pelukan hangatnya yg menyegarkan ruang dingin dalam hatiku. dalam hujan lebat begini juga, aku melepaskannya dengan penuh keterpaksaan. aku tahu aku tidak akan dapat membuat hidupnya menjadi lebih baik. aku harus melepaskannya agar tidak terus hanyut dalam fantasi yg diciptakannya sendiri. supaya dia dapat berpaut pada realiti. moga dia menjadi lebih tegar mencari damai yg dirinduinya.
kuputarkan anak kunci dan membuka pintu kamarku. berjalan menuju ke belakang mencari air panas. cermin-cermin disepanjang lorong itu seolah mengejek kesendirianku. dapat aku dengar jeritan tertahan berselang desahan berat meraikan berkat dari hujan lebat. aku senyum sendiri.
kutuang air panas di cawanku. harum kopi lampung menyentuh deria bauku. kukacau bubuk hitam itu dan kuhirup sedikit. aroma kopi merangsang dari lidah, menyambar ke hidung dan menyengat ke otakku. sebuah kenikmatan buat penggemar kopi. kepejamkan mataku menikmatinya.
kembali ke kamar studioku, aku melabuhkan dudukku di atas sofa merah di sebelah jendela. sofa merah ini sudah tidak begitu empuk tetapi cukup utk menenangkan punggungku yg selalu sengal menerima hentakan2 bangku keras ojeg ketika membonceng pulang dari pejabat. inilah salah satu tempat yg damai dalam kamarku, selain menghabiskan kebanyakan waktuku di atas katil yg bercadar putih bersama lima biji bantal.
pandanganku kembali menatap hujan yg semakin meriah menari di atas jalan simen di bawah sinaran lampu. sesekali butir air dingin itu mengetuk jendelaku seolah menjemputku untuk turut bersama menikmati pesta basah. ketika aku kecil, aku suka berpesta dalam hujan yg sebegini. meloncat riang kebasahan, meluncur dalam lopak2 air, sehinggalah sayup-sayup suara nenekku menjerit memberi amaran kepadaku akan kemarahan ibuku kelak. aku begitu menikmati dingin dan segar air rahmat yg turun dari langit sambil menyanyi-nyanyi.. sendiri.
dentuman guruh menyentap kenanganku kembali ke kamar kosong. komputer riba di hadapanku memohon perhatianku. kupilih senarai lagu yg biasa aku mainkan utk membantuku tidur. alunan lembut musik menyebar ke segenap ruang melalui pembesar suara yg aku beli setelah hampir sejam tawar menawar sebelum gadis penjual berketurunan sunda itu setuju memberi aku potongan harga Rph 50,000 dan terpaksa merelakan aku mengambil sebuah tetikus comel berwarna merah sebagai hadiah. itulah permulaan aku menggunakan tetikus setelah sekian lama sengal jari menggunakan papan sesentuh di komputer ribaku. kunyalakan sebatang rokok, bersandar dan kuhembuskan asapnya perlahan2.
tiba2 bekalan elektrik terputus. sempurna. apa lagi yg aku perlukan dlm gelap malam berteman dingin hujan lebat. angin kuat menghantar tempias hujan memasuki kamarku melalui celah jendela. kumatikan rokokku, kututup jendela dan kurebahkan semula tubuhku di atas ranjang kosong. meyelinap dalam selimut dingin. kulurutkan celana tidurku hingga ke bawah kaki dan kulemparkan ke atas sofa. aku berbaring mengiring ke arah kanan menghadap jendela yg masih diketuk oleh butir2 hujan lebat.kupeluk bantal dan kupejamkan mataku.
terasa tangan berkulit halus memelukku dgn lembut dari belakang. jemari2 kurus itu mengusap2 dadaku. terasa sebuah kucupan singgah di tengkukku, hangatnya menjalar keseluruh tubuhku. aroma indah menyentuh deria bauku. sesuatu yg sangat aku kenali dan aku rindui. aku tenggelam dalam kedamaian. kuusap tangan lembut di dadaku dalam genggamanku. dan aku terlena dengan bisikin rindu di telingaku.
aku lupa apa mimpiku semalam. namun aku ingat benar mimpiku minggu lepas ketika aku tertidur selepas zohor sewaktu berusaha menghabiskan akhir pekanku. lucu. aku berada di sebuah tempat berusaha mencari jalan utk membawa masuk dua org isteri yg baru aku nikahi ke dalam sebuah istana. isteriku yg pertama sudah pun memasuki istana tersebut. lucunya ialah salah seorang isteri baruku itu rupanya aku nikahi sebagai syarat supaya kekasihnya dapat menikahinya selepas aku menceraikannya kelak. entah apa maksud tafsir mimpiku itu.
fast forward >>|
petang ini. aku hempaskan punggungku di sofa merah di sudut kamarku. ditemani secangkir kopi lampung dalam cawan hitam. kuambil sebatang rokok dari kotak merah dan menyalakannya. hujan masih mengguyur kaca jendelaku. jaringan internet tidak tersambung. tiada sms atau panggilan di telefon genggamku. will smith di hbo sedang merencanakan bunuh diri dgn berbahasa indonesia. faizal tahir menjeritkan 'andai aku punya kamu' dari komputer ribaku. aku bersandar dan merenung dinding kosong. berfikir. apa yg berlaku semalam?
pause ||
0 ulasan:
Post a Comment