Wednesday, June 15, 2011

diari rindu: dipelukan rindu

Posted by usoPkuChai On 6:25 PM No comments



* * *

hari ini adalah hari ketiga aku terbangun ketika mentari sudah menjenguk melalui jendela kamarku.. rindu terus memeluk tidak mengizinkan aku meninggalkannya sendiri di katil.. hingga aku tidak tahu mahu berbuat apa sepanjang hari..

gambar-gambar lama itu masih terpampang di skrin laptopku.. kurenung lagi satu persatu.. semakin meruntun piluku.. bagaimana mungkin aku menolak apa yg aku rasa sekarang.. bagaimana mungkin aku menafikan cinta yg tak pernah pudar dalam hatiku? apakah yg harus kulakukan?

kugagahkan kakiku membasuh muka dan membuatkan diriku secawan kopi.. duduk di sofa dengan sebatang rokok menyala di tangan kiriku, melepaskan pandanganku jauh melintasi dedaun pokok yg berayun di tiup angin, melewati jentera2 berat yg tersangkut di bumbung plaza ambassador yang masih dibangunkan.. jauh ke atap langit biru yg dihiasi awan gemawan..

sesuatu telah terbangun dalam jiwaku, mencakar raga.. gambar2 itu telah membawa aku jauh kembali ke suatu dimensi yg mengelirukan akalku.. seolah aku berhadapan kembali dgn gadis yg aku cintai.. gadis yg pernah menidakkan ketulusan kasih sayangku.. yg menutup hatinya dan telah membawa pergi hatiku jauh tak tercapaikan.. meninggalkan kekosongan yg tidak akan terisi lagi dalam dadaku..

kini dia di hadapanku.. luka yg tak pernah sembuh berdarah kembali.. mmg aku sudah memaafkan dirinya dan juga diriku yg dulu.. tapi luka ini tetap pedih.. jantungku seolah tidak berdegup lagi.. akalku tidak mampu memikirkannya lagi.. apakah yg harus aku lakukan?

* * *

waktu bergerak sangat perlahan hari ini.. sepasang burung hijau dan kuning mengicaukan lagu riang di luar jendela.. seolah mengatakan sesuatu padaku.. sesuatu yg tiba2 aku merasa faham dan mengerti.. menjadi jawapan pada apa yg aku cari.. tentang aku dan dirinya.. tentang cinta kami..

bahawa aku tak mampu memilih dengan siapa aku mahu jatuh cinta.. hati tak memilih sesuka akal.. ketika dia tersentuh maka tetaplah ia di situ.. dan apa saja yg berlaku memang begitulah berlakunya.. memang tidak akan sesempurna yg difikirkan akal.. kerna cinta adalah urusan hati..

dan kerna itu tak perlulah aku memaksakan akal memikir sesuatu yg bukan urusannya.. biarlah hati yg menuntun perjalanan.. apa pun yg berlaku seterusnya.. hanya perlu aku jalani.. hanya perlu aku nikmati.. dan aku hanya perlu percaya pada cinta.. dalam hati..

* * *

we don't pick what we fall in love with
and it never happens like it should
just go with it

0 ulasan: