Monday, February 28, 2011

kisah pembunuhan yg kejam

Posted by usoPkuChai On 9:27 AM No comments



malam itu ada orang yg mati dibunuh. kata orang2 di sekitar situ, pembunuhnya adalah suami kepada perempuan itu sendiri. sangat kejam. tidak terbayang oleh sesiapa pun bagaimana seorg lelaki sanggup membunuh isterinya sendiri. apalagi dalam keadaan isterinya sarat mengandung. kata mereka, sudah cukup bulan, hanya menunggu hari sahaja. dan apakah yg lebih kejam daripada membunuh si ibu di hadapan anak2nya sendiri. dua org anaknya diikat pada kerusi dan ibu mereka disembelih di hadapan mereka. memang bukan kerja manusia.

aku hanya mendengar saja cerita2 tersebut dari jauh tanpa mahu memberi komen apa2. aku juga tidak mahu memandang, apalagi mengetahui, pencaci2 yg sedang bersemangat menokok-tambah bumbu pada cerita2 tersebut. malah ketika aku merasa perlu menegur mereka, aku malah mendiamkan diri mengenangkan bagaimana jika mereka mencemuh dan memaki aku. biarlah mereka memakan daging saudara mereka sendiri. bukan urusan aku.

pada pendapat aku, jika terjadi sesuatu yg tidak masuk akal seperti tragedi ini, sudah tentu motifnya juga bukanlah motif yg boleh difahami dgn mudah oleh orang ramai. apalagi di kalangan masyarakat yg lebih suka mencari sensasi dlm kedukaan orang lain. biarlah itu hak mereka. mahu masuk neraka juga adalah pilihan, bukan semata takdir yg harus dipasrahkan tanpa memilih.

menurut laporan polis, si bapa dikisahkan sebagai seorg yg zalim. tidak pernah memberi nafkah yg cukup buat keluarga, jarang pulang ke rumah, tidak pernah mahu mengambil tahu urusan anak-isteri dan mengabaikan keluarganya. dan laporan itu menceritakan bahawa pada malam itu berlaku pertengkaran antara bapa dan ibunya. si bapa kemudian memukul isterinya hingga pengsan. setelah itu memukul dan mengikat anak2nya yg mahu menyelamatkan ibunya. dan seterusnya si ibu dibangunkan dengan siraman air, sebelum lehernya dikelar menggunakan pisau dapur yg tumpul, persis seperti menyembelih ayam.

anaknya yg telah terikat tidak dapat berbuat apa2, hanya mampu menangis dan meraung melihat ibunya menggelepar menahan darah yg membuak2 keluar dari lehernya dengan tangan. si bapa kemudiannya menghilangkan diri. anak2 itu dilepaskan dan mayat ibu ditemui hanya pada keesokan paginya oleh posmen yg mengetuk pintu utk meminta tandatangan kepada sebuah bungkusan yg dikirimkan buat si ibu.

aku tidak mempercayai sebahagian besar dari laporan polis itu kerna aku sangat mengenali si bapa dan keluarga tersebut. lelaki itu adalah seorang yg sangat lemah-lembut dan sangat menghormati jiran2nya. suatu personaliti yg berbeza dengan isterinya yg memang dikenali oleh jiran2 yg bersebelahan sebagai seorg yg sangat garang, malah ia telah menjadi rahsia umum bahawa lelaki tersebut selalu tunduk pada isterinya, 'queen control' adalah istilah yg dipakai oleh jiran tetangga utk merujuk kepada situasi dalam rumah tersebut.

lelaki itu bekerja sebagai seorg kerani di sebuah kilang. walaupun merupakan seorg pekerja yg rajin dan berdedikasi, namun dia jarang sekali mendapat bonus tahunan, malah sepanjang 25 tahun dia bekerja di kilang tersebut kenaikan gajinya adalah antara yg paling rendah. setiap tahun kilang tersebut mengisytiharkan kerugian namun tetap juga beroperasi, kononnya untuk tetap menyediakan pekerjaan. kebenaran yg berlaku itu paling tidak harusnya diketahui oleh lelaki tersebut kerana dialah yg menjaga akaun syarikat. namun kerana taat dia pada pekerjaannya, tiada siapa dapat membongkar rahsia tersebut daripadanya, walaupun hampir semua pekerja dapat membaca riak sedih pada wajahnya menelan setiap kata2 pembohongan setiap kali pengurus besar kilang mengiytiharkan kerugian syarikat.

jiran2 lelaki itu juga tahu bahawa lelaki itu tidak pernah meninggikan suara kepada isteri dan anak2nya, melainkan sebaliknya. isteri lelaki itu sering memaki2 suaminya apabila tidak mendapatkan apa yg dimahunya. bukanlah suatu pemandangan yg aneh pada jiran2nya, jika melihat lelaki berlari keluar dari rumah diikuti dengan barang2 yg berterbangan ke arahnya. namun setelah itu lelaki itu akan mengutipnya kembali membawa masuk ke dalam rumah. isterinya adalah anak seorg bekas wakil rakyat, sudah tentu tidak akan selesa tinggal di rumah teres murah, yg hanya mempunyai dua bilik. pun begitu, isteri lelaki tersebut sentiasa kelihatan anggun dgn pakaian mahal dan barang kemas ketika menghadiri majlis2 perkahwinan dan majlis2 yg diadakan di surau setempat.

anak2 lelaki tersebut juga sangat dikenali sebagai anak2 yg sombong dan tidak tahu menghormati org tua. malah anak2nya juga sering ikut serta mencela bapanya dan memihak kepada ibunya. namun mereka merupakan pelajar2 yg pintar dan aktif di sekolah, menjadi kesayangan guru2. ibunya sangat berbangga dengan pencapaian anak2nya. tidak pernah sekali pun si bapa dikaitkan dengan pencapaian anak2 itu, seolah2 hanya kerna ibu lah mereka berjaya.

sebelum tragedi yg menyedihkan pada keluarga tersebut, terdengar desas-desus pula bahawa anak dlm kandungan isteri lelaki tersebut bukanlah hasil dari perhubungan suami-isteri tersebut. manakan tidak, katanya, mereka sudah lama tidak melakukan hubungan badan. pernah lelaki itu cuba mengatakan perkara itu kepada mertuanya tetapi dia pula yg dimaki-hamun oleh mertuanya kerna dikatakan memfitnah.

akulah satu2nya yg menjadi sahabat baiknya. dia mencurahkan segala2nya kepada aku. dia merasa seolah telah dianggap mati oleh keluarganya. mereka hanya mahu dia memenuhi segala keperluan mereka dipenuhi olehnya. malah katanya dia sudah hampir setahun tidur di sofa ruang tamunya. bukan hanya isterinya tidak memperdulikannya, malah anak2nya juga menghinanya. dia sudah tidak ada harga diri. dia sudah hampir tidak mampu mengangkat muka pada jiran2. namun dia telan semua itu kerana dia sangat sayangkan siteri dan anak2nya. dia sanggup dihina dan dipukul oleh isteri dan anak2nya kerna baginya hidupnya hanyalah untuk isteri dan anak2nya. dia tidak mampu membayangkan hidup tanpa mereka.

dia juga mengatakan bahawa isterinya mempunyai hubungan dengan kekasih lamanya. dan akhir2 ini isterinya meminta cerai darinya. berhari2 dia tidak boleh melelapkan matanya dan resah memikirkan betapa dia akan terpaksa menceraikan isterinya setelah isterinya melahirkan anak yg bukan anaknya. ditambah pula situasi di kilang yg mahu mengurangkan pekerja. pengurusnya telah pun memberikan petunjuk bahawa dia juga akan diberhentikan. lelaki itu merasa hidupnya sudah tiada ertinya lagi dan menganggap dia sudah mati. hatinya sangat hancur mengenangkan permintaan isterinya. aku sendiri sudah tidak mampu membayangkan semua itu.

petang pada hari kejadian tersebut aku duduk menyendiri di dalam sebuah rumah yg tidak jauh dari tempat kejadian. aku mengenangkan semua urutan2 dan sebab2 yg memungkin kejadian yg telah berlaku. ketika itulah sekumpulan polis memecah pintu hadapan, menyerbu masuk dan bergerak pantas menyergap tanpa aku sebab berbuat apa2. pisau dapur yg sudah lama tidak berasah dan berlumuran darah jatuh dari tanganku ketika salah seorang polis menggari tanganku dan mengatakan bahawa aku dituduh membunuh isteriku.

tidak! tidak mungkin aku yg membunuhnya. dia yg telah dulu membunuhku. aku sudah lama mati sebelum dia dibunuh. mana mungkin org yg sudah mati membunuh?!

0 ulasan: