Wednesday, March 2, 2011

titisan terakhir sultan melayu

Posted by usoPkuChai On 4:03 AM No comments



mula2 kita buat ringkasan latar belakang dan apa yg berlaku, yg telah diceritakan sebahagiannya dalam bab sebelum ini (rujuk: era benggali putih).

pertama, setelah jatuhnya melaka menjadi jajahan Portugis, ada tiga kuasa besar yg menguasai perdagangan selat melaka; Melaka (Portugis), Johor dan Aceh. dan ketiga2 kuasa besar ini pula saling berperang sesama mereka, dan ironinya juga saling membuat gabungan menjatuhkan yg satu yg lain, dlm mempertahankan kekuasaan masing2.

kedua, yg disebut sebagai johor ketika itu terdiri dari empat negeri; Johor, Muar, Pahang dan Riau. yang disebut Johor adalah kawasan Johor Lama dan Singapura, yg dibanyak dipengaruhi oleh Temenggung. kesultanan Pahang bermula dari kisah Sultan Muhammad, anak Sultan Mahmud Shah yg membunuh anak Tun Perak kerna tragedi sepakraga, dan berada dibawah pengaruh Bendahara. Muar pula merupakan daerah sendiri dibawah kekuasaan Raja Temenggung. manakala Riau diketuai oleh Yam Tuan Muda.

dan seterusnya, secara ringkasnya setelah kejatuhan Melaka, Sultan Mahmud Shah berundur ke Pahang, Johor, Bintan dan kemudiannya mangkat di Kampar. anaknya, Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali), kemudiannya dibawa ke Johor dan ditabalkan menjadi Sultan. Sultan Alauddin Riayat Shah II ini yg terlibat dalam Pertempuran Sungai Paneh, pada tahun 1564, bergabung bersama Perak dan Siak mempertahankan Aru (Deli) dan mengalahkan bala tentera Aceh. Aceh pula setelah itu menawan Johor Lama lalu menahan dan membawa Sultan Alauddin Riayat Shah II ke Aceh, dimana baginda kemudiannya mangkat pada tahun 1546, dan digelar Marhum Syahid di Aceh.

Aceh kemudiannya menabalkan Sultan Muzaffar Shah II, anak Sultan Alauddin Riayat Shah II dgn Puteri Kesuma Dewi (puteri kepada Sultan Pahang, Mansur Shah), yg kemudiannya memindahkan kota pemerintahan dari Johor Lama ke Seluyut pada tahun 1565. baginda mempunyai tiga isteri. yg pertama ialah Tun Mas Jiwa, anak kepada Temenggung Tun Hassan. yg kedua adalah Tun Trang, anak kepada Tun Ali (Seri nara DIraja Pahang) dgn Tun Fatimah. Tun Trang mempunyai dua anak lelaki, Abdul Jalil I dan Raja Radin. isteri baginda yg ketiga ialah janda kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II dan anak kepada Sultan Aceh, Hussain Ali Riayat Shah.

namun pada tahun 1570, Sultan Muzaffar Shah II mangkat kerana diracun, dan Sultan Abdul Jalil I, yg merupakan sepupu kepada Sultan Muzaffar Shah II, ditabalkan menjadi Sultan Johor. Sultan Abdul Jalil I merupakan putera kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II dengan Raja Fatimah, adinda kepada Sultan Muzaffar Shah II. baginda hanya memerintah selama setahun sebelum mangkat kerana diracun juga. kemudiannya baginda digantikan oleh bapanya, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II. sewaktu pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II, Johor berjaya mematahkan serangan Portugis pada tahun 1576 dan 1578.

Sultan Alauddin Riayat Shah III ditabalkan menjadi Sultan Johor pada tahun 1597. pusat pemerintahan kerajaan Johor berpindah ke Batu Sawar, dan kemudiannya berpindah ke Pasir Raja pada tahun 1608. Sultan Alauddin Riayat Shah III ditawan sebanyak dua kali, pada tahun 1613 dan 1615, semasa Perang Aceh-Johor. pada tahun 1612, baginda memerintahkan Bendahara Tun Sri Lanang menuliskan Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin). baginda dihukum bunuh di Aceh pada tahun 1615 dan dimakamkan di Kota Tinggi.

setelah kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Shah III, Sultan Aceh, Sultan Iskandar Muda, menabalkan Sultan Abdullah Ma'ayat Shah, yg merupakan sepupu kepada Sultan Alauddin Riayat Shah III, sebagai Sultan Johor. pada tahun 1618, baginda berpindah ke Lingga dan mendapat sokongan Orang Laut (bugis dan minang) dan Belanda untuk memerangi Aceh. baginda juga menceraikan isterinya, yg merupakan adinda kepada Sultan Iskandar Muda, yg menyebabkan kemarahan Sultan Aceh yg kemudian menyebabkan baginda sering berpindah-randah disepanjang pemerintahan baginda kerna serangan Aceh. baginda meninggal dunia di kepulauan Tambelan pada mac 1623.

Sultan Abdul Jalil Shah III, yg dkenali sebagai Raja Bujang, ditabalkan sebagai Sultan Johor pada tahun 1623. baginda merupakan putera kepada Sultan Alauddin Riayat Shah III dan anak saudara kepada Sultan Ma'ayat Shah. maka beginilah kisah bagaimana baginda menjadi sultan.

pada tahun 1615, Alauddin Riayat Shah III membuat perjanjian perdamaian dengan Portugis, dan sebagai balasan, Portugis mengakui Raja Bujang sebagai Sultan Pahang, menggantikan anak kepada Sultan Abdul Ghafur. namun Sultan Aceh, Iskandar Muda, tidak mengakuinya, dan kemudian menakluki Pahang, memaksa Raja Bujang berundur ke kepulauan Lingga. pada waktu yg sama, Aceh juga memerangi Sultan Johor yg baru ditabal ketika itu, Abdullah Ma'ayat Shah, yg kemudiannya juga berundur ke Lingga. Serangan berterusan dari Aceh memaksa Raja Bujang dan Sultan Abdullah Ma'ayat Shah berundur ke kepulauan Tambelan. setelah kemangkatan Raja Abdullah Ma'ayat Shah, Aceh berunding dengan Raja Bujang dan menabalkan baginda sebagai Sultan Johor dan Pahang.

ketika Aceh menyerang Melaka pada tahun 1629, Portugis dan Johor bergabung utk memusnahkan armada Aceh dan 19,000 tentera Aceh, menyaksikan kekuatan Aceh mulai menurun setelah itu. setelah itu Johor membuat persepakatan dengan Belanda yg kemudiannya menyaksikan kejatuhan Portugis di Melaka pada 14 Januari 1641. Sultan Aceh, Iskandar Thani, juga kemudiannya mangkat dan digantikan oleh Ratu Tajul Alam, yg menjadi titik menurunnya kekuasaan Aceh, menamatkan kisah Perang Tigasegi (Johor-Melaka (Portugis)-Aceh) di perairan Selat Melaka.

pada tahun 1641, Sultan Abdul Jalil Shah III berpindah semula ke tanah besar Johor dan membina kota baru bernama Makam Tauhid. baginda bertakhta di situ selama dua tahun sebelum menyeberangi sungai Damar dan membina kota baru di Pasir Raja, yg juga dikenali sebagai Batu Sawar, pada oktober 1642.

pada tahun 1666, Jambi yg mulai berkembang setelah kejatuhan Aceh mahu berpecah dari empayar Johor. dan bermulalah Perang Jambi. pada tahun 1673, Jambi berjaya menawan Batu Sawar, memaksa Sultan Abdul Jalil Shah III berundur ke Pahang dan tetap bertakhta di Pahang sehingga baginda mangkat di Kuala Pahang pada tahun 1677. dan beginilah kisah bermulanya Perang Jambi.

syahadan, ada sebuah daerah bernama Tungkal menjadi rebutan antara Johor dgn Jambi. pada waktu itu, pemerintahan Johor lebih dikuasai oleh Raja Muda. dalam usaha mendapatkan Tungkal dari Jambi, diceritakan bahawa org Johor menghasut org Tungkal untuk memberontak. hal ini menyebabkan kemarahan pemerintah Jambi, namun keadaan menjadi reda setelah pernikahan Raja Muda Johor dengan puteri Sultan Jambi pada tahun 1659.

namun keadaan menjadi kembali tegang hinggalah Johor, dengan membawa tujuh buah kapal, menyerang perkampungan nelayan Jambi pada mei 1667. peperangan ini menyebabkan perdagangan menjadi merosot. dan puncak kepada peperangan ini adalah ketika Pangeran Dipati Anum membawa armada besar dan membuat serangan mengejut ke atas Johor pada 4 april 1673, seterusnya melumpuhkan pemerintahan Johor. Bendahara ditawan dan dibawa ke Jambi, Sultan Abdul Jalil Shah II berundur ke Pahang dan Raja Muda Johor melarikan diri ke dalam hutan.

Sultan Ibrahim Shah, yg merupakan waris kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II, kemudian ditabal menjadi Sultan Johor. Sultan Ibrahim Shah kemudiannya mangkat pada 16 Februari 1685, dikatakan diracun oleh isteri2nya, dan baginda digantikan oleh puteranya, Sultan Mahmud Shah II, yg ketika itu baru berumur 10 tahun.

perlu dikisahkan bahawa pada tahun 1677, Sultan Ibrahim Shah melantik Tun Habib Abdul Majid dan menyandang gelar Bendahara Seri Maharaja pada tahun berikutnya. dikisahkan bahawa pengaruh Tun Habib, yg juga dikenali sebagai Bendahara Padang Saujana, sering dibayangi oleh pengaruh Tun Abdul Jamil, iaitu Laksamana Paduka Raja. Laksamana Tun Abdul Jamil inilah yg telah berjaya menundukkan Jambi dengan bantuan dari askar upahan Bugis pada tahun 1679.

Tun Abdul Jamil kemudiannya menjadikan Riau sebagai pusat pemerintahannya dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil sultan. Laksamana dikatakan tidak memberi ufti kepada sultan dan mengangkat pembesar2 dikalangan keluarganya sendiri, membangkitkan kemarahan kepada Tun Habib dan pembesar yg lain, yg kemudiannya menyerang Laksamana hingga menyebabkan Laksamana melarikan diri ke Trengganu pada tahun 1688 dan dibunuh disana kemudiannya. Tun Habib kemudian pergi ke Riau dan membawa pulang Sultan Mahmud Shah II kembali ke Johor.

pemerintahan Johor kemudiannya berada dibawah pengaruh bendahara Tun Habib. ketika Belanda mahu membuat perjanjian perdagangan pada april 1691, Tun Habib menolak dengan mengatakan bahawa beliau tidak akan menandatangani apa2 perjanjian sehingga sultan cukup umur. Tun Habib memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Tinggi. beliau juga menguasai pemerintahan Trengganu dengan meletakkan wakil beliau. Tun Habib meninggal dunia di Padang Saujana, Kota Tinggi pada tahun 1697. Tun Abdul Jalil, anak sulungnya dan juga sepupu Sultan Mahmud Shah II, kemudiannya menggantikan beliau dengan gelaran Bendahara Paduka Raja.

kisah Sultan Mahmud Shah II, yg terkenal adalah kisah 'Sultan Mahmud Mangkat dijulang', banyak diceritakan dalam Tuhfat al Nafis yg ditulis oleh Raja Ali Haji yg banyak mengisahkan perihal kekejaman dan kezaliman Sultan mahmud Shah II. maka beginilah kisahnya.

pada tahun 1699, dikatakan lanun mengganas di bahagian selatan Johor, dari mersing hinggalah ke Pulau Penyengat dan Riau. tersebut kisah Laksamana Megat Seri Rama, juga dikenali sebagai Laksamana Bentan, yg berasal dari Bintan, ditugaskan utk menghapuskan gangguan lanun di perairan tersebut. maka pergilah beliau meninggalkan isterinya, Dang Anum, yg sedang sarat mengandung. alkisah Dang Anum mengidamkan buah nangka, dan melihat penghulu dalam perjalanan menghantar buah nangka dari kebun diraja kepada sultan. penghulu merasa kasihan dgn rayuan Dang Anum dan memberikan seulas kepadanya.

arakian, ketika mempersembahkan buah nangka itu kepada Sultan Mahmud Shah II, baginda menyedari bahawa buah nangka itu sudah pun dipotong dan murkalah baginda. para pembesar istana, yg cemburukan Laksamana Megat Seri Rama, juga mengapi-apikan baginda dgn mengatakan tindakan itu menghina sultan kerna memakan sisa Dang Anum. Dang Anum pun dibawa ke istana, sebagai cara menyelamatkan dirinya, dia mengatakan bahawa anaknya yg di dalam perutlah yg memakan buah nangka tersebut. adapun Sultan Mahmud Shah II kemudian memerintahkan supaya perut Dang Anum dikelar utk membuktikan kata2nya. dikisahkan, setelah perut Dang Anum dikelar, kelihatanlah bayi di dalamnya sedang memakan buah tersebut.

kematian Dang Anum dirahsiakan oleh semua yg ada di dalam istana. namun ketika Laksamana Megat Seri Rama pulang dan mengetahui bahawa isterinya sudah meninggal dibunuh sultan, maka beranglah dia dan berniat mahu membalas dendam. pada suatu petang setelah solat jumaat, ketika Sultan Mahmud Shah II sedang ditandu pulang ke istana, Megat Seri Rama telah menyerang dan menikam Sultan Mahmud Shah II. dikisahkan sebelum mangkat, Sultan Mahmud Shah II sempat bersumpah mengharamkan anak keturunan Bintah tidak boleh menjejak tanah Kota Tinggi, jika dilanggar maka dia akan muntah darah. Laksamana Megat Seri Rama juga meninggal dunia. Sultan Mahmud Shah II dikebumikan di Kampung Makam di Bukit Tinggi, dan Laksamana Megat Seri Rama dikebumikan di Kampung Kelantan, juga di Kota Tinggi.

kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang merupakan satu lagi penanda kepada perubahan sejarah kesultanan Melayu. Sultan Mahmud Shah II mangkat tanpa meninggalkan anak, walaupun baginda dikatakan mempunyai ramai isteri. maka dengan itu berakhirlah dinasti kesultanan melayu dari bukit siguntang di Johor. dan bermulalah episod baru dalam perebutan kuasa org melayu.

0 ulasan: