Sunday, January 16, 2011

hikayat bukit si guntang

Posted by usoPkuChai On 7:57 AM 1 comment




sahibul hikayat dari Sejarah Melayu, tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas, Palembang. Demang Lebar Daun adalah rajanya, dari keturunan anak cucu Raja Suran. Muara tatang nama sungainya, dihulunya ada sebuah sungai bernama Sungai Melayu. adalah dalam suangai itu satu bukit bernama Bukit Si Guntang, di hulunya Gunung Mahamiru, di daratnya ada satu padang bernama Padang Penjaringan. maka dikisahkan pula di Bukit Si Guntang itu berhuma dua org perempuan, Wan Empuk dan Wan Malini. terlalu luas dan terlalulah jadi padinya. tiada dapat terkatakan, telah hampir masak padinya.

sebermula maka dikisahkan, apabila Raja Suran yg berketurunan Iskandar Zulkarnanin masuk ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri, puteri Raja Aftabul 'Ard, dari kerajaan Basram di bawah laut. hasil dari perkahwinan itu lahir tiga org anak, Nila Pahlawan, Krishna Pendita dan Nila Utama. ketiga2 ini dijaga oleh nendanya. maka suatu hari bertanyalah mereka tentang ayahnya kepada nendanya. maka sahut Raja Aftabul 'Ard, "adalah akan ayahmu itu anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain, nasab Sulaiman as, pancar Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib. maka adalah pesan ayahmu apabila tuan hamba besar, disuruhnya hantarkan ke dunia. sekarang kembalilah tuan ke dunia."

setelah itu, oleh Raja Aftabul 'Ard diberinya seekor lembu yg amat putih, maka ketiga anak raja itu pun naiklah ke atasnya berjalan keluar, maka teruslah ke Bukit Si Guntang pada waktu malam. maka kepada malam itu wan empuk dan wan malini melihat di atas Bukit SI Guntang bernyala seperti api, ditakuti mereka yg bernyala itu gemala naga besar. diamlah keduanya kerana takut dan tertidur. paginya mereka berpakat naik ke atas bukit untuk melihat asal kejadian malam sebelumnya, dan dilihatnya humanya berbuah emas. dan setelah mereka naik ke atas bukit, terlihatlah mereka tiga orang muda duduk di atas lembu putih.

adapun ketika itu, Nila Pahlawan memegang curik (simandang kini) dan kayu yg bercap (cap kerupa) di tangannya. manakala Krishna Pendita memegang lembing (lembuara) dan Nila Utama memegang pedang (badram balawa). bertanya wan empuk dan wan malini mengenai mereka dan mengatakanlah mereka bahawa mereka berketurunan manusia, dan berceritalah mereka seperti ceritera ayahnya kepada Raja Aktabul 'Ard, akan segala hikayat Raja Iskandar beristerikan anak Raja Kida Hindi, dan peri Raja Suranm masuk ke dalam laut, beristerikan bondanya, beranakkan baginda tiga bersaudara. Nila Pahlawan menunjukkan kepada Wan Empuk akan mahkota mereka bertiga sebagai alamatnya, serta padi berbuah emas, berdaun perak dan berbatangkan suasa, dan tanah bukit menjadi seperti wana keemasan. maka percayalah wan empuk dan wan malini serta dibawalah oleh mereka pulang anak raja bertiga itu dan diperliharalah oleh mereka. maka oleh Nila Pahlawan diperisterikannya Wan Empuk dan oleh Krishna Pendita diperisterikannya Wan Malini.

syahdan Demang Lebar Daun mendengar akan berita Wan Empuk dan Wan Malini mendapat anak raja dari Bukit Si Guntang, daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain. maka mudiklah Demang menjemput ketiga anak raja itu ke negeri Palembang, dan dipeliharakannya dengan sempurna. dan digelarnya Nila Utama dengan gelar Sang Si Perba.

Dengan takdir Tuhan, maka lembu kenaikan baginda2 itu pun muntahkan buih, maka keluar daripada buih itu seorang manusia lelaki, hadir dengan pakaiannya, serta ia berdiri mem¬baca mantera demikian bunyinya:

Ahusta Paduka Seri Maharaja serta Seri Sepah Buana suran bumi boji bala pikrama nakalang kama makuta dan Menteri Buana prasama Sakritbana Tanggadarma dan busaya kuta dan singgahsana ranawikrama dan Rawanaba Palawikasad dadi prabu di kala mula mali mala ka Seri Darma Rajadiraja, Raja Permaisuri. *.

Maka oleh Demang Lebar Daun dinamainya "Batala", erti¬nya orang yang membaca ciri. Daripada anak cucu Batala itu¬lah asal orang membaca mantera (ayat suci) dahulukala.

(dalam satu versi lain, Wan Empuk dan Wan Malini yg menggelarkan Nila Utama sebagai Sang Saperba, dan apabila dinaikkan Sang Saperba ke atas lembu putih, maka lembu putih itu memuntahkan Batala. adapun perkataan Batala itu berupa puji-pujian terhadap Sang Saperba. dan kemudiannya Batala yg menikahkan Nila Pahlawan dgn Wan Empuk dan Krishna Pendita dgn Wan Malini. maka anak2 mereka inilah yg dipanggil oleh Sang Saperba dengan panggilan 'Awang' utk lelaki dan 'Dara' utk perempuan.

manakala ada pula versi yg mengisahkan bahawa Nila Pahlawan yg digelar Sang Sapurba, bukan Nila Utama. dan terdapat jua versi Sang Sapurba itu adalah seorang yg sangat kaya bergelar Raja Natan Sang Sita Sangkala dari tanah Hindu. di dalam tambo minangkabau disebut "Datanglah ruso dari Lauik" kerana mahkotanya bercabang2. dia mempunyai mahkota emas yang berumbai-umbai dihiasai dengan mutiara, bertatahkan permata berkilauan dan ratna mutu manikam. mula-mula ia datang dari tanah Hindu. Ia mendarat di Bukit Siguntang MahaMeru dekat Palembang dan menjadi menantu Demang Lebar Daun. dari perkawinannya di Palembang itu dia memperoleh empat orang anak, dua laki-laki iaitu Sang Nila Utama, Sang Maniaka; dua perempuan iaitu Cendera Dewi dan Bilal Daun.)

maka khabar tersebar jauh mengenai anak raja bertiga ini, hingga segala raja-raja tertumpu ke situ. sesetengahnya mebawa keluarga. Sang Si Perba pun mengambillah mana2 puteri raja yg elok untuk diperisterikan. malangnya semua puteri itu kedal setelah dijamah oleh Sang Si Perba.

tersebutlah nama Wan Sendari anak Demang Lebar Daun. Sang Si Perba ingin memperisterikannya tetapi bapanya takut puterinya akan kedal juga. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau anak patek tuanku peristeri, nescaya kedal ia. Tetapi jikalau tuanku mahu berwa’adat (berjanji sumpah setia) dengan patek, maka patek persembahkan anak patek ke bawah duli Yang di-Pertuan.”

Maka titah Sang Si Perba: “Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?”

Sembah Demang Lebar Daun: “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Shara’.”

Sang Si Perba pun bertitah: “Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba.”

“Janji yang mana itu, tuanku?”

“Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun”.

“Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.”

Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”

Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.