Tuesday, February 15, 2011

lagenda Naga dan Garuda

Posted by usoPkuChai On 4:06 PM 2 comments


sahibul hikayat mengisahkan kejadian yg berlaku di negeri para dewa, di zaman lapisan bumi dan kayangan belum terhijab, tersebut perihal seorg dewa yg bernama Kasyapa beristerikan dua org dewi yg Kadru dan Vinatha. adapun Kadru menginginkan banyak keturunan sedangkan Vinata menginginkan keturunan yg sakti. maka terkabullah doa keduanya, Kadru melahirkan seribu telur yg menetaskan ular naga manakala Vinata melahirkan dua biji telur.

akan Vinata tiadalah sabar menunggu anak2nya menetas, hingga dipecahkannya sebiji, lahirlah Aruna dalam cahaya yg terang gemilang. adapun syarat agar memiliki anak yg sakti, haruslah menunggu hingga telur itu menetas sendiri, maka kemudiannya lahirlah Garuda. dikisahkan Garuda ini lahir dengan sayap emas yg dikisahkan jika dikibaskan sahaja sayapnya itu maka ribut taufanlah jadinya, lahirnya dia dalam keadaan yg sangat sakti dan hebat yg mampu membakar hancur dunia, hingga para dewa terpaksa memohon belas kasihan kepadanya, lalu Garuda pun mengecilkan kuasa dan dirinya.

tersebut pula suatu hari Kadru dan Vinata bertaruh akan sesuatu yg menyaksikan Vinata kalah dan terpaksa menjadi hamba. maka datanglah Garuda mahu melepaskan ibunya, dan diberi syarat akan dia supaya membawa ramuan amrita, yg merupakan sumber kehidupan abadi, sebagai ganti kepada ibunya. adapun air amrita ini letaknya di kayangan. dengan gagah beraninya Garuda pun terbang ke tempat para dewa berniat untuk mencuri ramuan amrita itu sebagai menebus ibunya.

oleh kerna Garuda ini dijanjikan kesaktian dan kehebatan, maka berjayalah dia mengambil ramuan amrita itu dgn mulutnya. dalam perjalanannya pulang dari kayangan, Garuda ditahan oleh dewa bumi, namun tiadalah mereka berperang melainkan bertukar perjanjian bahawa Garuda akan tetap menjadi abadi tanpa perlu meminum ramuan amrita dan garuda pula berjanji akan menjaga gunung tempat tinggal dewa tersebut. setelah itu Garuda terbang lagi dan bertemu dan berjanji pula dengan dewa langit bahawa setelah dia dapat membebaskan ibunya, dewa langit boleh mengambil semula ramuan itu kembali ke kayangan, dan dewa pun menjanjikan kepada Garuda untuk menjadikan ular naga sebagai makanannya.

setelah sampai ke bumi, Garuda pun meletakkan ramuan amrita itu di atas rumput dan Vinata pun dibebaskan, seterusnya Garuda meminta ular naga sekalian menyucikan diri mereka dahulu sebelum meminum ramuan tersebut. ketika sekalian ular naga itu bergegas menyucikan diri, sekoyong2 dewa langit pun turun merampas ramuan amrita itu dan membawanya pulang ke langit. semenjak dari saat itu, Garuda dan ular naga berseteru hingga ke akhir zaman. dikisahkan juga bahawa beberapa titis ramuan amrita itu tertinggal di atas rumput, maka dijilatlah oleh ular naga, menjadi abadi, namun lidah mereka terluka akan rumput tersebut menyebabkan lidah mereka bercabang.

maka disebut pula kisah anak ular naga yg sulong, sang raja naga bernama Sesha, tidaklah menyukai perbuatan adik2nya yg kejam dan suka menganiaya makhluk lain. malah ular2 naga ini sering berbuat tidak baik kepada Garuda. dan merasa jijik dengan kelakuan mereka. kerna itu akhirnya Sesha meninggalkan ibu dan adik2nya bertapa di atas angin. setelah bertapa sekian lama di beberapa tempat di tanah tinggi. tersangatlah derita pertapaannya sehingga kulit dan dagingnya bersatu dengan tulang. sehingga jatuh kasihlah para dewa dan setuju untuk mengkabulkan apa2 sahaja permintaannya. Sesha meminta kesaktian agar dia boleh mengawal fikirannya, dan dikabulkanlah oleh para dewa dengan satu permintaan pula. akan Sesha diminta ke bawah bumi dan menyeimbangkan segalanya. maka bersetujulah Sesha dan menjadi pekerjaannya lah meberi keseimbangan kepada dunia.

dikisahkan juga bahawa raja naga adalah penjaga geliga cintamani, yg merupakan salah satu dari empat warisan sakti dari kayangan yg berisi rahsia kehidupan. dan diceritakan juga bahawa sang raja naga tinggal di Patala (nagaloka) yg merupakan jalan penghubung antara bumi dan kayangan, setelah kedua2 lapisan itu terhijab. begitulah kisah adanya.

====================================================================

citer nih aku kumpul dan cantum utk menjawab pertanyaan anak aku tentang naga. banyak kisah naga dalam dongeng melayu dan yg paling terkenal adalah perihal naga tasik chini. konon cerita dari org jakun sekitar situ, di dasar tasik chini itu adalah sebuah kerajaan. kerajaan bawah air tuh di jaga oleh seekor naga bernama Sri Gumum. ada pulak versi kisah Sri Gumum dan suaminya kemudian yg menjadi Pulau Daik dan Pulau Tioman. kononnya lagi, anak kepada Sri Gumum ini yg bernama Sri Pahang yg kemudiannya berperang dengan Sri Kemboja. macam citer kartun, tapi adakah kemungkinan memang wujud sebuah kerajaan besar di daerah itu yg kemudiannya tenggelam? mengapa pula naga yg disebut penjaganya? pahang perang dgn kemboja?

orang kemboja juga sering mengatakan keturunan mereka lahir dari naga. kononnya di sekitar lautan pasifik tuh ada kerajaan naga yg besar. menurut ceritanya, kerajaan itu bermula dari seekor naga bernama Kaliya yg melarikan diri ke daerah itu kerna tahu daerah itu tidak boleh didatangi oleh garuda, kerana sebelum itu garuda telah disumpah oleh seorg pertapa, setelah kalah bertarung, bahawa garuda akan mati kalau dia datang ke daerah tersebut. dikatakan pertapa ini merupakan seorg yg telah bersatu dengan alam (seorg naga juga?). mungkin boleh kita ambil nota di sini bahawa org kemboja adalah merupakan asas kepada kerajaan Funan dan Champa.

namun org thai dan jawa mempercayai bahawa naga adalah dewa dari negeri di bawah bumi (underworld), dalam konotasi menakutkan. dan di asia tenggara ini hanya indonesia dan thailand yg menggunakan burung geroda sebaga simbol kerajaan, yg turut digunakan oleh ulan bator, mongolia. menurut kepercayaan mereka, garuda merupakan dewa bukit yg merupakan penjaga gunung mongolia dan dicitrakan oleh mereka sebagai simbol keberanian dan kejujuran. terdapat juga garuda dlm kisah kemboja, yg menceritakan kekuatan garuda mengalahkan naga. namun kisah garuda ini muncul dibahagian akhir kerajaan Khmer dimana Jayavarman IV menjadi raja Khmer setelah mengalahkan org Cham.

perlu diberi perhatian bahawa dalam epik hindu, naga dikonotasikan dengan negatif berbanding dgn epik buddha yg mengasosiasikan naga sebagai hebat dan bijaksana. perlu dirakamkan juga bahawa dikatakan penduduk asal sri langka, juga disebut sebagai langkapura dan pulau serindit di zaman dahulukala, adalah disebut penduduk asalnya sebagai org naga. ada dalam dongeng mereka mengenai buddha yg datang utk mengamankan peperangan antara dua org raja naga. namun dikisahkan kerajaan naga ini hilang kekuasaan dan sokongan akibat dari pendatang2 baru yg datang kemudiannya.

kisah perang antara garuda dan naga juga merupakan inti hikayat merong mahawangsa. ada literasi yg menterjemah nama merong mahawangsa dalam bahasa siam bermaksud 'naga yg memimpin harimau' (merong=naga laut, maha=menteri, wangsa=bangsa harimau). ada pula merujuk merong sebagai satu spesis yg boleh berubah wujud (shape-shifter), sepertimana ada juga yg merujuk naga sebagai seekor ular besar yg boleh berubah bentuk, malah ketika cerita raja naga, Sesha, bertapa dalam bentuk manusia. dalam hikayat sejarah melayu pula naga disebut dalam satu kisah bagaimana sang saperba menyelamatkan minangkabau dari gangguan saktimuna (naga) yg akhirnya dibunuh dgn cura simanja kini.

sebelum berakhir, Patala yg dikatakan menjadi tempat sang raja naga juga disebut dalam mitologi hindu sebagai underworld. walaupun ada pengkisahan menceritakan akan keindahan tempat tersebut, namun underworld yg dimaksudkan adalah setahap dgn pintu neraka dimana mengikut kepercayaannya semua jiwa akan melaluinya utk ke alam yg lebih tinggi. dan dalam mitologi visayan (filipina), aku menemukan Bathala (dewa tagalog kuno) sebagai raja dewa underworld. dalam kisah itu, Bathala beradu dan membunuh satu lagi dewa kayangan (ulilang kaluluwa) yg merupakan seekor naga.

byk betul cerita dlm cerita ya? ;)

2 ulasan:

banyak dah sy lalui perkara2 mistik yg diceritakan dlm lagenda naga n garuda..., mmg pening pala nk phm tp harung jelah..., sy dah tgok batu cincin saktimuna dihadiahkn kpd hang nadim...bersinar

banyak dah sy lalui perkara2 mistik yg diceritakan dlm lagenda naga n garuda..., mmg pening pala nk phm tp harung jelah...