Monday, August 17, 2009

sahabat bernama rindu

Posted by usoPkuChai On 6:12 PM No comments

“Ternyata hidup sendirian itu nggak enak yah,” bunyi satu sms yang dihantar kepadaku. Entah apa maksud si penghantar tapi sungguh aku menyetujuinya.

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.” [al-Quran 51:49]

Berkelana secara bersendirian menjadikan aku mengerti akan makna sepi dan sunyi. Dalam hingar-bingar dentuman muzik yang melantun orang-orang di sekitarku bergoyang mengikut alunan suasana. Tapi aku masih merasa sunyi, jauh dalam jiwaku yang kosong.

Aku jadi teringat derai tawa anak-anakku, berlari-lari mengejar aku di muka pintu rumah setiap kali aku pulang dari perjalananku. Kegembiraan ikhlas yang bersinar dari mata naïf yang menyebar rindu itu tidak pernah gagal melambung tinggi jiwaku. Dakapan kuat dan kecupan-kecupan di wajahku itu menjadi kerinduan yang sangat berbekas dalam hatiku.

Sang pemuzik sudah mengambil tempat, persembahan akustik akan dimulakan tidak lama lagi. Orang-orang menjerit dan bertepuk gemuruh. Siulan panjang dan bermacam ragam memenuhi ruangan. Bartender di depanku masih saja sibuk memenuhi pesanan minuman yang bertali arus. Peniaga memang berani dan pandai melabur demi keuntungan, apalagi kumpulan muzik ternama ini juga ditaja oleh sebuah syarikat jenama rokok, seperti kata seorang GRO kepadaku waktu aku baru memesan minuman, “sampai ke tong sampah pun di sponsor.”

Suasana hening sebentar. Muzik lembut dari dua gitar akustik mulai menguasai getar malam yang semakin larut. Beberapa orang gadis meliuk-lentukkan badannya mengikut irama. Namun itu semua tidak mampu menepis sepi dalam hatiku. Aku terus melayan rindu yang telah lama menjadi sahabatku yang baik. Hanya saja aku tidak pasti rindu pada siapa, sebahagian besar hatiku masih kosong.

Kosong? Adakah dulu sudah pernah terisi?

(pause)

###

0 ulasan: