Sunday, January 31, 2010

aku bersyukur punya kamu..

Posted by usoPkuChai On 11:32 PM 2 comments

[play]

beberapa bulan kebelakangan ini, aku merasa hidupku sedikit kacau.. aku tidak tahu kenapa..

aku kembali semula ke kota yg telah aku tinggalkan beberapa tahun.. aku menyadari beberapa sahabat di sini sedang berada dalam jalur hidup yang positif, merintis jalan dengan apa yang pernah aku ajarkan kepada mereka.. disatu sisi aku merasa bangga dengan mereka.. orang-orang yg berani mengubah hidup walaupun hanya dengan satu ketika dulu mendengarkan jawapan spontanku atas persoalan terhadap permasalahan hidup mereka.. ternyata harapan yg aku tinggalkan pada mereka menjadi satu titik perubahan dalam hidup mereka..

dan hampir setiap malam apabila aku pulang ke kamar sewaku, aku melihat ke cermin dan bertanya kepada diriku, "kenapa aku masih sama?"

[rewind]

pada satu malam yg hingar-bingar di sebuah warung tepi jalan, seorang sahabat meminta aku menulis 100 impianku dan 100 perkara yg aku syukuri dalam hidupku.. aku tertawa skeptikal.. aku menganggapnya hanya sebuah ujian psikologi yg sepele dan amatur.. malah aku merasa tersinggung dan diperbodohkan setelah dia berkali-kali mengulangi permintaannya.. aku hirup teh tarik yang masih panas dan mengatakan pada diriku, "aku memang org yg bersyukur"..

benarkah?

[fast forward]

di satu akhir pekan yg sepi, sahabatku menziarahiku di kamar sewaku.. dia membacakan 100 perkara yang dia impikan dalam hidupnya.. melucukan tapi tetap juga aku layan.. dia membaca dengan penuh semangat.. setelah itu dia menuntut aku mengatakan impianku.. sambil tertawa aku pun mengisahkan impian konyolku, kerajaan 10 ekar.. tapi dia mendengarkan dengan penuh semangat.. matanya tepat memandang ke arah mataku.. tidak beralih sama sekali sepanjang ceritaku.. raut wajah yg kyusuk dan anggukan kepala, seolah-olah sangat yakin.. "ini pendengar yg baik," kataku dalam hati..

maka berlalulah malam itu dengan pengkisahanku tentang apa dan mengapa selama beberapa jam.. dia duduk menyandar dan bermenung.. "luarbiasa!".. hanya itu yg terungkap dari mulutnya.. aku hanya tersenyum sambil melemparkan pandanganku ke luar tingkap menikmati gelap malam yang ditemani hujan gerimis..

namun dia belum selesai rupanya.. maka dibacanya pula 100 perkara yg disyukurinya.. segala perkara baik yg berlaku dalam hidupnya.. aku berfikir untuk membuka fikirannya, maka apabila dia meminta aku pula mengatakannya, aku mulai mensyukuri segala perkara2 buruk, pedih dan sedih dalam hidupku.. aku mahu dia faham bahawa perkara2 yg kita tidak suka itulah sebenarnya yg lebih banyak mengubah persepsi dan hidup kita..

saat sessi malam itu berakhir sekitar jam 3 pagi, aku mengatakan sesuatu kepadanya sebelum dia pamit untuk pulang.. "dari semua impian kamu itu, apakah yang benar2 kamu mahu?"

adakah aku sendiri tahu jawapanku?

[next-track]



malam itu hujan sangat lebat.. guruh berdentum seolah terlalu dekat.. aku putuskan utk tidur.. tidak seperti biasanya, aku sering tertidur dengan tv yg masih terbuka, lampu masih terang.. aku biasanya tertidur bukan mahu tidur.. malam itu aku berbaring berselimut dalam kegelapan.. hanya sekali2 cahaya kilat memancar menyuluh kamarku dari jendela kaca yg sengaja aku buka tirainya.. aku tak dapat melelapkan mataku..

fikiranku menerawang entah kemana.. aku memikirkan perihal hidupku.. aku sering merasa hidupku penuh dengan dugaan dan cabaran.. isu-isu dalam keluarga yg tak pernah selesai.. kawan2 yg berkongsi masalah.. orang2 sekeliling yg meminta bantuan.. masalah2 ku sendiri yg tertangguh sekian lama kerna terlalu sering memikirkan masalah org lain.. terasa begitu beratnya hidupku.. seolah tidak sanggup aku menanggungnya lagi..

aku membayangkan wajah anak-anak dan isteriku.. gelagat lucu mereka ketika bergaduh sesama sendiri kerana hal-hal kecil.. tawa dan senyum yg terukir di wajah comel mereka.. suara isteriku mengatur anak2ku.. semua hal yg ketika ia berlaku aku merasa sangat pening dan rasa nak keluar dari rumah, adalah satu hiburan dan kegembiraan di saat-saat aku sendiri.. menjadi saat-saat yg sangat aku rindukan.. merasa aku tidak perlu apa-apa lagi selain mereka.. yang sentiasa menyayangiku tanpa alasan.. walaupun ketika itu aku berbuat salah.. walaupun disaat aku tidak punya apa2.. sentiasa menyokong dan percaya aku melakukan yg terbaik walaupun disaat aku tidak tahu harus berbuat apa.. sumber kebahagiaanku dan aku bersyukur punya mereka..

aku teringat kembali segala peristiwa yg berlaku dalam keluargaku dan keluarga mertuaku.. saat manis, pahit dan getir.. saat2 tanggungjawab sebagai anak sulung terbeban di bahuku.. saat2 aku terpaksa menelan semua marah, kesal, sesal, sakit hati dan kekecewaan dengan senyuman dan ketawa.. terbayang wajah puas mak dan abah saat aku menunjukkan sedikit dari keberhasilan yg kutuai dari didikan mereka.. terbayang airmata gembira mertuaku saat pulang umrah.. adik2ku, ipar2, biras2 dan anak2 saudara yg telah memberi banyak pelajaran penting padaku dalam mengerti makna hidup.. sumber kekuatanku dan aku bersyukur punya mereka..

aku terkenang sahabat2ku.. berada dibeberapa sekolah disepanjang awal hidupku ternyata suatu hikmah yg besar.. berpindah2 kerja disaat aku memulai hidup ternyata suatu kenikmatan yg hebat.. semua kenangan2 hebat bersama mereka.. tawa, tangis, duka dan gembira bersama.. aku dapat merasa kasih sayang dalam persahabatan.. teguran sinis, marah, skeptikal, prejudis, menyampah, meluat dan segalanya adalah perkara yg membentuk aku sekarang.. sumber inspirasiku dan aku bersyukur punya mereka semua..

aku merenung perjalanan hidupku.. segala2 yg telah aku perbuat.. kebaikan dan keburukan.. dosa yg bertumpuk-tumpuk.. waktu2 sesat di denai nikmat.. detik2 terbabas di persimpangan.. tapi Tuhan tidak pernah meninggalkan aku.. Tuhan tidak pernah berhenti memberi rahmat keampunannya kepadaku.. Tuhan tidak pernah mengecewakan aku dan sentiasa mengabulkan doa2 aku.. aku jadi malu pada Tuhan.. Tuhan tidak pernah putus asa mengutip aku kembali, menyentuh hatiku dan menyedarkan aku untuk bangun dari lena yg panjang.. aku orang berdosa dan Tuhan tetap memberikan segala nikmat yg tak terhingga padaku.. cukupkah segala syukurku pada-Nya selama ini?

aku bersyukur punya kehidupan ini.. hidup yg diingini oleh orang lain tapi Tuhan memberikannya padaku.. aku harus kuatkan diri untuk menjadi yg terbaik buat diriku, keluargaku dan sahabat2ku.. aku harus bangun dan melangkah semula.. dan aku yakin Tuhan mahu aku melakukan itu..

aku pejamkan mataku..
aku sudah lama tidak menangis..
tapi aku tahu malam itu ada titis airmata mengalir di pipiku..

[pause]

2 ulasan: