Monday, February 14, 2011

pancuran kemuliaan istiadat Perak

Posted by usoPkuChai On 11:44 AM 3 comments


beberapa minggu lepas aku melawat Kompleks Bersejarah Pasir Salak untuk mengumpul maklumat mengenai satu2nya kerajaan Melayu yg merupakan darah keturunan bukit siguntang yg asal. dan salah satu oleh2 yg aku dapat ialah buku 'Cempaka Sari' yg menerangkan sejarah Kesultanan Negeri Perak, cetakan pertama 1986, ditulis oleh MA Fawzi Basri dan diterbitkan oleh Yayasan Perak, dgn harga RM4. buku lama yg aku rasa tak akan aku jumpa kat kedai buku.

ada satu bab bertajuk 'Alat Kebesaran Kerajaan dan Pancuran Kemuliaan Raja' yg menarik utk kita mengetahui sesuatu yg diperturunkan sejak dari hikayat awal bermulanya.

satu nota kaki menjelaskan bahawa dalam Undang2 Tubuh Kerajaan Perak Bhgn Dua; (1953) fasal X menyebutkan tentang milik2 raja.

X. Dengan maksud menerangkan dan tiada mengurangkan segala milik-milik Raja yang berikut di antara yang lain-lain:
  1. Pancuran kemuliaan
  2. Pancuran keadilan
  3. Pancuran rahmat
  4. Kepala agama negeri
  5. Pengawal adat Melayu
  6. Tuan tanah yang sebenar
XI. Di dalam membentuk sifat-sifat Raja pemerintahan yang tersebut di bawah inilah yang menjadi anggotanya:
  • (a) Maka perbuatan Raja pemerintah itu tiada boleh disangka salah.
  • (b) Maka Raja pemerintah itu disifatkan tiada mangkat.

dan yang dimaksudkan dengan Pancuran Kemuliaan ini antara lain adalah alat-alat kebesaran yg berupa perkakasan kerajaan yg dibahagikan kepada tiga kumpulan; alat muzik, alat perjawatan dan persenjataan. mari kita lihat beberapa antaranya yg menarik perhatian aku, tanpa niat mengurangkan kepentingan yg lain2.

Nobat
alat muzik diraja dianggap lebih 'suci' dari alat kerajaan lain kerna berisikan konsep kedaulatan, yg mana semuanya disimpan di istana dengan beralaskan kain kuning. dan dikisahkan bahawa pada zaman dahulu, lengkongan (gelanggang) tempat memainkan nobat itu dipagari dengan bulu ayam serta dimantera, maka siapa yg melintasi akan dikenakan hukuman berat.

kata 'Nobat' dikatakan berasal dari perkataan Parsi, iaitu Nabat, yg bermaksud sembilan (nau) bunyi2an (bat). terdiri dari Gendang Nobat (1), Gendang Peningkah (2), Nafiri (1), Serunai (2), Negaru/Nekaru (2) dan Ketua Org Kalur yg merupakan pemimpin nobat.

pada zaman dahulu pemuzik nobat adalah pemuzik warisan, keturunannya disebut Orang Kalur. dikatakan jika nobat dimainkan oleh orang lain maka tidak sempurnalah permainannya. Ketua Orang Kalur ini digelar Tuk Setia Guna, manakal penolongnya memakai gelaran Tuk Setia Indera.

menurut cerita tradisi lisan mengenai nobat ini:
"Purbakala nobat itu dijagai oleh jin. 'Jin Kerajaan' namanya. Oleh kerana itu maka nobat tersebut tidaklah boleh dipermain-mainkan begitu sahaja - tidak boleh mengata-ngata sesuatu yang kurag baik mengenainya dan tidak juga boleh memukulnya kalau tidak dengan sebarang maksud tertentu, bahkan untuk mendekatinya atau menyentuhnya sahaja dengan tiada sesuatu maksud tidaklah diperbolehkan. Barang diingat, bahawa perkakas itu mempunyai daulat kebesaran dan kepercayaan Negara, jikalau sesuatu yang tidak baik dilakukan kepadanya nescaya adalah balasannya kepada orang yang melakukannya. Oleh kerana itu jugalah perkakas Nobat itu masih dipuja, dan dimuliakan, malahan masih dianggap keramat."

mengikut Adat Istiadat Negeri Perak, tiada Sultan yang boleh dianggap berdaulat sehingga ianya ditabal dengan bunyian nobat. Adat Lembaga Negeri Perak juga menyatakan bahawa rangka yang digunakan dalam membuat gendang-gendang nobat adalah berasal daripada 'Teras Kayu Jerun' dan kulitnya adalah daripada 'Kulit Tumur'. juga dikisahkan pada zaman dahulu kala, kulit gendang nobat ini diperbuat daripada kulit perut orang perempuan mengandung sulung.. walau bagaimana pun ini telah bertukar dan pembaharuan rangka ini sekarang diperbuat daripada kayu keras dan kulitnya daripada kulit kambing.

terdapat lapan lagu Nobat yg asal:
  • Gendang Berangkat
  • Puteri Mandi Mayang
  • Dang Gidang
  • Rama-rama Terbang Tinggi
  • Kumbang si Kumali
  • Arak-arak Atundas (Arak-arak Antalas)
  • Aleh-aleh Panjang
  • Aleh-aleh Pendek

kemudiannya Kerajaan perak menambah lapan lagu lagi:
  • Lenggang Che Kobat
  • Jong Beralih
  • Anak Raja Basuh Kaki
  • Gendang Perang
  • Nobat Tabal
  • Nobat Raya
  • Nobat Khamis
  • Nobat Subuh
lagu Nobat Tabal dimainkan dalam istiadat pertabalan dan kemangkatan raja sahaja. manakala Nobat Subuh, Nobat Khamis dan Nobat tabal digunakan pada sebelah pagi dan petang. menurut tradisi, nobat juga dipalu tiga hari sebelum puasa, lima hari sebelum Hari Raya Haji. dan hampir keseluruhan istiadat diraja memasukkan nobat dalam aturcara protokolnya.

Cura Si Manja Kini
diriwayatkan bahawa ia merupakan pedang milik Sang Saperba dari Bukit Siguntang (ada versi mengatakan bahawa yg digelar Sang saperba ini adalah Nila Pahlawan bukan Nila Utama; rujuk hikayat bukit si guntang). pedang inilah yg digunakan Sang Saperba ketika menyelamatkan minangkabau dari serangan naga saktimuna, dan peang ini juga yg dipakai oleh Parameswara ketika ditabalkan sebagai Raja Melaka yg pertama.

semasa istiadat pertabalan, Pawang Diraja (Raja Cik Muda) akan mempersembahkan pedang ini kepada Sultan. kemudian Sultan akan menyambut, menghunus, mengucup dan menyandangkannya ke bahu. ini adalah sama seperti yang dilakukan oleh Sang Saperba ketika berwaadat dengan Demang Lebar Daun.

Cop Halilintar
juga dikenali sebagai Cop Lintor atau Cop Halilintar kayu gamat yg berupa mohor kecil yg bertulis 'Seri Sultan Muhammad Shah Zil Allah Fi'l Alam'. kayu pemegang cop itu kayu gamat, atau dalam Sejarah Melayu disebut kayu kampit (kapit?), serta mempunyai gambar dewa halilintar, yg kemudiannya diganti dengan kayu biasa. cop ini dikatakan milik Sultan Melaka yg pertama mengislamkan diri. (dalam versi hikayat bukit siguntang, Nila Pahlawan ditemukan memegang curik dan cap kerupa. adakah cap kerupa ini adalah cop halilintar?)

semasa istiadat pertabalan, Tok Seri Nara Diraja akan menyuntingkan cop ini ke telinga kanan Sultan, dan kemudian dibisikkan akan asal-usul keturunan baginda.

Pontoh Bernaga
merupakan gelang emas berkepala naga, yg dipersembahkan oleh Pawang Diraja ketika pertabalan, dan dipakai di lengan kiri dan kanan Sultan.

Keris Tamingsari
adalah keris kuasa (bawar) yg dianugerahkan kepada Laksamana Tuah, yang kemudiannya, kerana gagal meminang Puteri Gunung Ledang, dititipkan kepada Tun Mamat untuk dikembalikan kepada Sultan Mahmud Shah. keris ini pula diberikan kepada Sultan Muzaffar Shah ketika ditabalkan sebagai Sultan Perak pada 1528.

Geliga Embun
berupa geliga/mustika/tangkal azimat, hadiah dari Tun Perak (Tuk Tuan Puteh) kepada Sultan Muzaffar ketika ditabalkan menjadi Sultan perak di Tanah Abang pada 1528. dikisahkan Tun Perak, juga dikenali sebagai Tuk Temong dan ada juga yg menyebut Tun Perabu, datang dari hulu Perak dengan 70 ekor gajah untuk menyembahkan geliga tersebut, dan meminta Sultan memerintah daerah Temong sebagai balasannya.

antara perkakasan diraja lain yg dipakai sewaktu pertabalan adalah Rantai Bunga Nyior yg merupakan rantai emas karangan bunga kelapa dan Keris Pertaka, yg juga disebut Keris Terjewa Lok Lima, yg mempunyai sarung yg diperbuat dari emas. disamping itu berbagai lagi perkakasan lain namun hanya inilah sahaja yg mahu aku rakamkan buat masa ini.

apa yang menarik perhatian aku adalah orang kaya2 yg bertanggungjawab mengenai adat pertabalan ini. siapa sebenarnya yg disebut org kalur? Tuk Setia Guna? Tuk Setia Indera? seolah2 mereka ini menyimpan suatu rahsia mengenai nobat; dgn catatan mengikut pendapat aku tanpa sebarang eksperimen lanjut, muzik nobat merupakan satu teknologi minda org melayu yg mampu menurunkan frekuensi otak ke tahap trance yg sangat ampuh dalam proses imbasan langsung ke bawah sedar.

begitu juga berkenaan dengan Pawang Diraja yg memakaikan curik si mandang kini dan pontoh bernaga, serta Tok seri Nara Diraja yg menyuntingkan cop dan membisikkan asal-usul keturunan Sultan, seolah mereka ini memegang suatu rahsia besar yg hanya boleh diketahui oleh org2 tertentu sahaja. siapakah mereka2 ini dan dari manakah keturunan sebenarnya? mengingatkan aku kepada Batala, yg keluar dari buih lembu putih yg ditunggang Sang Saperba.. (rujuk hikayat bukit siguntang).

namun ini semua hanya persoalan dan bukan hipotesis. mungkin sahaja pemegang2 gelaran tersebut pada waktu ini tidak mempunyai hubungan apa2 dengan apa yg berlaku di zaman dahulu dan mungkin hanya sekadar melakukan protokol. bagaimana pun, ini adalah istiadat turun-temurun yg dilakukan sejak dari awal kerajaan Melayu, yg menurut pendapat aku mesti mempunyai sesuatu maksud yg tersirat, yg sentiasa akan menjadi rahsia Melayu selamanya.

3 ulasan:

assalamualaikum, tuan...

sahaya keturunan rawa, asal negeri ayahanda gunung mesah hilir, perak..beradat jua dengan jojak..

..ingin bertanya sekira-kira tuan ada pendapat ..

pertanyaan saya:

-adakah 'cura' yang disebut itu dinisbahkan kepada senjata yang dinamai 'curik'?

-adakah 'Cura Si Manja Kini' itu sama barangnya seperti yang disebut 'Curik Si Mandang Kini' di dalam kitab SulalatusSalatin?

-sekiranya gambar 'Cura si manjakini ' itu sebilah pedang emas, bukankah telah ada sebilah pedang yang bernama 'Badram Balawa' yaitu milik seorang daripada raja keinderaan yang bertiga itu yakni Nila Pahlawan (alatnya Curik Si Mandang Kini dan kayu Cap Kempa), Nila Utama dan Krisyna Pandita (masing-masing memegang pedang Badram Balawa seorang, lembing Lembuara seorang)..(sulalatussalatin)

pohon bicara sekira-kira ada ia pada pendapat tuan..

laman facebook sahaya:

http://www.facebook.com/recorda.frente

assalamualaikum..
saya keturunan rawa..
yang pasti kesemua barangan dipegang hak milik keturunan rawa..bukan keturunan daeng...kenapa diambil alih oleh pihak lain...
sistem giliran salah dan tak wajar

Boleh tlg hubungi sy segera ttg buku cempaka sari ni.. Tq..