Monday, February 14, 2011

salasilah raja2 Kedah tua

Posted by usoPkuChai On 10:34 AM 5 comments



maka dengarkanlah pula akan hikayat yg terkandung dalam at-tarikh silsilah negeri Kedah, yg dikenali dengan berbagai nama dlm peta antik barat spt ptolemy (Quida) dan teks2 klasik dari kerajaan Tamil (Kedaram, Kidaram, Kalagam, Kataha), kerajaan Parsi (Kalah, Kalaha) dan kerajaan Cina (Langkasuka).

dikisahkan pada sekitar tahun 630M, Maharaja Derbar Raja yg merupakan raja dari tanah Gumarun telah dikalahkan oleh Kisra Parsi dan belayar ke Pulau Serindit (Sri Langka). kapalnya dipukul badai dan hanyutlah dia hingga ke kuala Sungai Kilah. yg kemudiannya datang Tan Dermawan dan Tun Perkasa mengangkat baginda menjadi raja yg membentuk kerajaan yg berpusat di Langkasuka pada tahun 634M.

beginilah senarai raja yg memerintah Langkasuka atau yg dikenali sebagai kerajaan Kedah Tua dari tahun 634M sehinggalah tahun 1136M:

  1. Maharaja Derbar Raja (berpusat di kota Langkasuka)
  2. Maharaja Diraja Putera (kota Langkasuka)
  3. Maharaja Maha Dewa (Sidim, Kulim)
  4. Seri Maharaja Karna Diraja (kota Aur, Sik)
  5. Seri Paduka Maharaja Kerma (kota Aur, Sik)
  6. Seri Paduka Maharaja Maha Dewa (bukit Meriam)
  7. Seri Paduka Maharaja Derma Raja (bukit Meriam)
  8. Seri Paduka Maharaja Maha Dewa II (bukit Meriam)
  9. Seri Paduka Maharaja Derbar Raja (bukit Meriam)

Seri Paduka Maharaja Derbar Raja ini yg kemudiannya memeluk Islam oleh dakwah dari Acheh (walaupun sebelum itu telah ada dakwah datang dari Patani) dengan memakai gelar Sultan Muzaffar Shah.

bandingkan senarai raja2 itu dengan senarai raja2 Kedah yg dari satu lagi versi:

  1. Sri Paduka Maharaja Durbaraja
  2. Sri Paduka Maharaja Mahadewa
  3. Sri Paduka Maharaja Karnadiraja
  4. Sri Paduka Maharaja Karma
  5. Sri Paduka Maharaja Dewa II
  6. Sri Paduka Maharaja Dharmaraja I
  7. Sri Paduka Maharaja Mahajiwa

Sri Paduka Maharaja Mahajiwa ini juga dikenali sebagai Phra Ong Maha Podisat oleh sumber dari Siam, yg merupakan raja Kerajaan Langkasuka yg terakhir sebelum bermulanya kesultanan Kedah.

manakala dari tawarikh Siam pula senarai raja2 kedah adalah seperti berikut:

  1. Phra Ong Mahawangsa
  2. Phra Ong Mahapudisat
  3. Seri Mahawangsa
  4. Seri Maha Inderawangsa
  5. Phra Ong Maha Yatidhara
  6. Phra Ong Mahapodisat
  7. Phra Ong Mahawangsa

Phra Ong Mahawangsa ini pula dikatakan dalam versi ini sebagai kemudiannya digelar Sultan Mudzaffar Shah.

dan bandingkan pula senarai raja2 dari hikayat Merong Mahawangsa:

  1. Raja Merong Maha Wangsa
  2. Raja Merong Maha Pudisat
  3. Raja Seri Maha Wangsa
  4. Raja Seri Maha Indera Wangsa
  5. Raja Ong Maha Perita Deria
  6. Raja Phra Ong Maha Pudisat
  7. Raja Phra Ong Maha Wangsa

Raja Phra ong Maha Wangsa inilah yg dikatakan memeluk Islam, memakai nama Sultan Muzaffar Shah dan memulakan kesultanan Kedah.

dikisahkan juga bahawa Raja Merong Maha Pudisat, yg ditabal menjadi raja kerna Raja Merong Maha Wangsa berniat pulang ke negeri asalnya, mempunyai empat orang anak; tiga anak lelakinya ditabal menjadi raja Siam (Ligor?), raja Perak (Gangga Nagara?) dan raja Kedah (Langkasuka?), manakala anak perempuannya menjadi raja Patani (P'an P'an?). anaknya yg menjadi raja Kedah inilah yg dikenali sebagai Raja Seri Maha Wangsa.

dan perlu juga diwarwarkan bahawa Raja Ong Maha perita Deria itulah yg dikenali sebagai raja bersiong, yg kemudiannya dijatuhkan dan melarikan diri ke arah kelantan, yg kemudiannya dihikayatkan beristerikan seorg gadis bernama chomel yg dijaga oleh badang di kampung Gading. dan kemudiannya mereka mendapat dua anak angkat, Raja Sakti I dari buluh betung dan Puteri Mani Kemiyan dari buih ikan kacang. raja Sakti I inilah yg diceritakan kemudiannya dinobatkan menjadi sultan Patani pada tahun 1649. Raja Sakti I ini juga yg dikenali sebagai Raja Jembal yg kemudiannya ditabal dengan nama SUltan Abd Kadir, yg dikatakan merupakan asal-usul keturunan dari Sultan Kelantan yg ada sekarang.

aku merasakan suatu keanehan terutama dalam membandingkan senarai raja2 yg ditulis dalam tawarikh Siam dengan hikayat Merong Mahawangsa. senarainya sama utk empat raja yg awal dan berbeza setelah lagenda raja bersiong. perlu difahami bahawa 'Phra' adalah satu gelaran yg diberikan oleh kerajaan Siam. dalam senarai tawarikh Siam, setelah Seri Maha Yatidhara, raja2nya memakai gelaran 'Phra' menunjukkan pengaruh Siam kepada kerajaan tersebut. maka apakah sebenarnya yg berlaku kepada raja bersiong?

benarkah raja bersiong itu mempunyai kegemaran memakan darah manusia? atau adakah ia merupakan satu fitnah untuk menyingkirkan keturunan Merong Maha Wangsa yg sebenar dari kerajaan Melayu? atau mungkinkah Raja Ong Maha Perita Deria itu adalah Seri Paduka Maharaja Kerma, yg dikisahkan dalam satu versi lagi merupakan raja Melayu yg pertama memeluk Islam, pada abad ke-7, dengan nama Tunku Muzzil Shah (Tunku Mathal Shah)? mungkinkah baginda adalah waris dari empayar khalifah Abbasiyah? yg mempunyai salasilah dari bapa saudara Rasulullah yg termuda, Abbas ibn Abdul Mutalib?

ini bukan hipotesis, hanya persoalan yg memungkinkan sesuatu kemungkinan yg mungkin dihapuskan atas sebab2 yg hanya org2 zaman dahulu dan Allah swt sahaja yg tahu.

5 ulasan:

Tuan Sheikh....Susurkan lah pencarian ke Empayar Islam Siam Kedah...Empayar ini mencakup Vietnam, Mindanao (sekarang Philippines), utara Australia & etc. Empayar ini cuba ditutup oleh Burma, Sukhotai, Inggeris, Sepanyol & Belanda.

Aku mungkin salah, tapi mengembaralah mencari kebenaran....

insya-Allah tuan.. mmg benar besar empayar melayu, cuma aku perkecil skop yg kena dgn tanah melayu jer..

mcm filipina, hilang terus asal usul, sampai terpaksa pakai nama King Philip Sepanyol sebagai nama negeri sampai sekarang..

Tuan, bolih siarkan tentang salsilah kesultanan Pattani sekitar 1800 ke 1900.

manakala anak perempuannya menjadi raja Patani (P'an P'an?). anaknya yg menjadi raja Kedah inilah yg dikenali sebagai Raja Seri Maha Wangsa-kalau tak salah Tg Yam di petanni berdekatan dgn telaga yg sejarahnya tidak pernah kering..sebab tanya org sana depa kata mcmtu..mgkn susur galur dari P'an P'an? tadi

salam Pak cik... Asyik juga baca salasilah ni,.sayang nye,patek tak tau ape ape.jadi ikut ikut je lah..