Friday, February 18, 2011

konspirasi Temasek

Posted by usoPkuChai On 3:07 PM 1 comment



adalah baiknya aku luruskan dulu suatu perkara dalam era singapura ini. adapun telah dikisahkan pada aku mengenai kisah di temasek ini mengenai sumber asal yg mengisahkan perjalanan palembang-singapura-melaka. dua sumber besar yg dijadikan rujukan pada semua kisah yg bersangkut dgn temasek ini adalah dari Sejarah Melayu, oleh Tun Sri Lanang, dan Soma Oriental, yg merupakan teks pertama ditulis mengenai sejarah org melayu oleh orang eropah, seorang pengkaji sejarah bangsa portugis bernama Tom Pires.

dalam Soma Oriental, mengisahkan Parameswara melarikan diri dari Sumatera kerna diserang oleh Majapahit, tiba di Temasek, disambut baik oleh Temagi yg merupakan penghulu di Temasek, yg dikatanya dalam takluk kerajaan Siam Ayyuthaya. kemudiannya Parameswara membunuh Temagi dan mengisytiharkan dirinya Raja dan menukar nama Temasik menjadi Singapura. lima tahun setelah itu, kerajaan Siam menghantar tentera menyerang Singapura dan membuatkan Parameswara melarikan diri ke arah utara.

versi Tom Pires ini juga yg memulakan satu teori mengenal asal nama Melayu. maka diceritakan olehnya, ketika Parameswara melarikan diri dari Singapura dan mula2 sampai ke Bertam, berlakulah dialog berikut:

"The said Parameswara told the Celates, "You already know that in our language a man who runs away is called a Malayo, since you bring such fruit to me who have fled, let this place be called Malaqa", which means 'hidden fugitive'..."

"Maka berkatalah Parameswara memberitahu kepada orang Selat, "Kamu sudah mengetahui bahawa dalam bahasa kita bahawa orang yg melarikan diri itu dipanggil Melayu, dan kerna kamu membawa buah2an kepada kami yg sedang melarikan diri, biarlah tempat ini dipanggil Melaka", yg bermaksud 'tempat persembunyian'..."

manakala dalam Sejarah Melayu tidak disebut akan nama Parameswara melainkan mengguna nama Sri Tri Buana. maka dikisahkan Sri Tri Buana, putera dari Palembang, belayar ke arah selatan untuk mencari tanah yg sesuai untuk dibuat sebuah kota baru, dan kemudiannya di atas Pulau Temasek, dia membangun sebuah kota yg dinamakan Singapura. dan setelah itu keturunannya memerintah selama lima generasi lagi.

sewaktu pemerintahan sultan yg terakhir, Iskandar Shah, kerajaan Majapahit datang menyerang namun dapatlah dipatahkan. namun dia telah dikhianati oleh pembesar Istana dan bendahari kerajaan, yg menghantar pesan ke kerajaan Majapahit supaya menyerang Singapura. Majapahit menghantar 300 buah kapal yg membawa lebih dari 200,000 orang datang menyerang Singapura. dan apabila mereka sampai, oleh pengkhianat Istana ini membuka pintu kota Singapura, maka dibunuhlah semua org Singapura.

pengkisahan Sejarah Melayu ini mempunyai persamaan dengan kisah yg ditulis dari kisah china oleh Wang Ta-Yuan pada tahun 1349M. Wang Ta-Yuan menulis bahawa kerajaan Siam datang untuk menyerang Singapura dengan 70 buah jong, tetapi armada Siam itu melarikan diri setelah melihat kedatangan armada dari China. dan lebih kurang dua dekad setelah itu, armada Majapahit datang menyerang dan menakluki Singapura.

dalam sejarah jawa yg ditulis pada abad ke-14, Pararaton, juga mengisahkan bahawa panglima Majapahit, Gadjah Mada, telah bersumpah tidak akan memakan makanan kegemarannya (sumpah palapa?) sehingga dia dapat menakluki Pahang, Palembang dan Temasek. begitu juga yg terakam dalam teks yg bertarikh 1365M, Nagarakartagama, yg menyenaraikan Temasek sebagai salah satu jajahan Majapahit.

dengan ini maka hipotesis aku sebelum ini sudah terluruskan. (rujuk: dari palembang hinggalah ke tanah melayu) dan ini bukanlah kali pertama dan terakhir memperlihatkan pengkhianatan yg menyebabkan kehancuran sebuah kerajaan Melayu. sejarah melayu seterusnya memperlihatkan konspirasi demi konspirasi yg menyebabkan keruntuhan empayar Melayu. tidakkah Melayu sudah diperingatkan berkali2?

1 ulasan:

macam kata chet det la... melayu mudah lupa..n dah laaammaaaaa daah