Monday, February 14, 2011

dari palembang hingga ke tanah melayu

Posted by usoPkuChai On 3:37 AM No comments


alkisah sebermula sekitar tahun 1299, Sang Nila Utama, putera raja dari kerajaan Srivijaya, belayar ke selatan mencari tempat untuk membuka pekan. tibalah dia di Riau dan disambut baik oleh ratu yg memerintah pulau tersebut. setelah itu dia ke pulau sebelah utk berburu. ketika mengejar pelanduk hingga ke atas bukit, dia memandang ke laut dan melihat sebuah pulau lain yg berdekatan, dan diberitahu padanya oleh memanda menteri bahawa pulau itu bernama temasek, dalam bahasa jawa bermaksud 'kota laut'.

maka belayar sang nila utama ke pulau tersebut, kapalnya dipukul badai dan mereka pun membuang semua peralatan dalam kapal supaya tidak tenggelam, hinggalah sang nila utama terpaksa membuang mahkotanya ke dalam laut, barulah badai tersebut berhenti, dan mendarat di tempat yg dikenali sebagai kuala sungai singapura sekarang. dan baginda pun melihat haiwan yg sangat aneh, badan berwarna jingga, kepala hitam dan berdada putih, yg sekilas menghilang ke dalam hutan. memanda menteri memberitahu bahawa itu adalah singa, dan merasa petanda baik, sang nila utama bercadang membuka pekan di situ dan diberi nama singapura, bermaksud 'kota singa'.

dikisahkan sekitar tahun 1288, kerajaan Srivijaya yg berpusat di palembang, diserang dengan hebat oleh kerajaan Singhasari yg diketuai oleh panglima bernama Mahesa Anabrang, yg menyaksikan keruntuhan Srivijaya. seterusnya sekitar tahun 1347, Gajah Mada, panglima Majapahit, mengangkat Adityawarman sebagai raja kerajaan baru yg berpusat di Pagar Ruyung sebagai ganti kepada kerajaan Srivijaya. inilah permulaan kerajaan Minangkabau yg kemudiannya sekitar pertengahan abad ke-16, ditakluki pula oleh kerajaan Acheh. dan kerajaan Srivijaya pula hancurlah seluruhnya selepas Majapahit menakluki Palembang pada tahun 1377. memperlihatkan Sang Nila Utama, putera terakhir dari kerajaan Srivijaya, diselamatkan ke bintan sebelum seterusnya ke temasek.

ada perbezaan tahun sebenar Sang Nila Utama membuka Singapura, 1299 dan 1377, perbezaan hampir 77 tahun, atau mungkin juga kerna tarikh itu berdasarkan teks lama yg menyebabkan kesilapan dlm penterjemahan, atau mungkin juga kerna kebiasaan raja-raja melayu menggunakan nama yg sama. bayangkan Sang Nila Utama yg dikisahkan ini hampir tidak mungkin merupakan Sang Nila Utama yg turun di Bukit Siguntang yg mengisahkan kemunculan kerajaan melayu sekitar abad ke-7 lagi. begitu juga kebiasaan menukar2 nama raja2 melayu sebagai satu kaedah politik, contohnya Sang Nila Utama ini sendiri mempunya berbagai nama yg sebenarnya merujuk pada org yg sama.

ada versi pula mengatakan, temasek ketika itu dalam kekuasaan kerajaan Siam dan diperintah oleh Temagi. Sang Nila Utama bernaung dibawah kerajaan Siam utk menghalang serangan Majapahit. ada versi mengatakan Sang Nila Utama ini kemudiannya membunuh Temagi dan menguasai Singapura. dalam versi lain, mengatakan Temagi dihantar oleh kerajaan Siam utk menyerang Singapura, yg menyebabkan kemudian keluar dari Singapura. sedangkan dalam sulalatus salatin, akan sebab keluar dari Singapura itu kerna diserang oleh Majapahit.

apapun, Sang Nila Utama telah menjadi raja di Singapura dengan gelaran 'Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana', yg memerintah tiga negara Palembang, Bintan dan Singapura. yg kemudian diperintah pula oleh anaknya, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372-1386), Paduka Sri Rama Wira Kerma (1386-1399), dan akhirnya oleh Paduka sri Maharaja Parameswara (1399-1413). dikisahkan pada tahun 1401, dgn bantuan Bendahara Sang Rajuna Tapa, Majapahit berjaya menakluki Singapura dan menjatuhkan Parameswara, yg beribukan kepada anak perempuan bendahara Tun Perpatih Muka Berjajar.

Parameswara kemudian diselamatkan berkubu di Kota Buruk (sekitar Bukit Pasir, Pagoh sekarang), sebelum berundur ke Ujung Tanah dan Biawak Busuk. semua tempat ini adalah jajahan Muar. akhirnya Parameswara menyusuri Sungai Ujong sehinggalah ke kampung nelayan di kuala Sungai Bertam (nama lama bagi Sungai Melaka). ketika berehat di pohon melaka, baginda melihat peristiwa pelanduk mengalahkan anjing peliharaannya. dan merasa sebagai petanda baik, baginda membuka negeri baru di kawasan tersebut, dan diberi nama Melaka.

dan kemudiannya, Parameswara inilah kemudiannya menukar nama menjadi Sultan Iskandar Shah, setelah kembali kepada Islam diajarkan oleh Sayyid Abu Al-Hassan yg datang berasal dari Mekah. maka keturunannya teruslah bertakhta di Melaka selama hampir 111 tahun, sehinggalah Portugis menawan Melaka, yg memperlihatkan org melayu menyelamatkan Sultan Mahmud Shah ke Pahang, Bintan,dan akhirnya meninggal di Kampar, Sumatera pada tahun 1530.

dan setelah itu, org melayu mengangkat pula kedua2 putera baginda kembali ke atas takhta. Muzaffar Shah dijemput oleh Tun Saban dan Nakhoda Kasim, atas permintaan kerabat Tok Paduka Masuka, mendirikan kesultanan Perak yg ada hingga sekarang. manakala Raja Ali putera Sultan Mahmud bersama isterinya Tun Fatimah, ditabalkan menjadi Sultan Johor dengan gelar Sultan Alauddin Riayat Shah II. dan memerintahkan keturunannya selama hampir 130 tahun, hinggalah tragedi Sultan Mahmud II mangkat dijulang, yg merupakan jurai terakhir keturunannya.

kalau ikut hipotesis tanpa bukti aku, susunan ceritanya ialah Sang Nila Utama membuka Singapura pada tahun 1299, dan Singapura dah jadi sebahagian dari Srivijaya. kemudiannya ketika Srivijaya hebat diserang Majapahit, Singapura bernaung pada Siam untuk mengelak serangan Majapahit. dan setelah Palembang jatuh, putera raja Palembang itu datang ke Singapura yg ditadbir oleh Temagi, yg kemudiannya dijatuhkan utk menaikkan Raja yg hak, yg kemudiannya diberi gelar yg sama seperti nenek moyangnya dan bertakhta selama hampir 30 tahun. setelah mengetahui Singapura memutuskan hubungan dgn Siam, Majapahit mulai menyerang Singapura yg kemudiannya menyaksikan keturunan Raja itu diselamatkan pula ke Muar, yg kemudiannya membuka Melaka, dan seterusnya.

0 ulasan: