Showing posts with label projek A. Show all posts
Showing posts with label projek A. Show all posts

Monday, June 20, 2011

kenapa rumah di tengah sawah itu kosong

Posted by usoPkuChai On 10:06 PM



ada sebuah kisah yg berlaku di sebuah kampung jauh di pendalaman di jawa timur. hampir semua penduduk kampung itu adalah petani yg bersawah padi dua kali setahun dan menanam buah2an kontan di waktu musim panas berziarah. pada waktu petang, mereka akan terlihat di tepi sungai dan kolam2 kecil yg ada bertaburan di kampung tersebut mengail dan menjala ikan. sebuah kehidupan yg tenang dan mendamaikan.

disebalik kehidupan yang santai itu, ada suatu misteri yg menjadi persoalan pada setiap jemaah kampung tersebut. namun kisah itu tidaklah dibincangkan lagi di warung2 kopi dan di pondok2 kecil di tengah sawah. semua org tahu kisah itu namun tidak ada siapa yg mahu menceritakannya.

ada sebuah rumah yg terletak agak berjauhan dgn rumah2 lain. di situ tinggallah satu keluarga yg berasal dari sulawesi yg berpindah datang ke kampung itu di zaman transmigrasi. sepasang suami isteri bersama tiga orang anaknya, dua lelaki dan seorang perempuan, bersama seorang kakek tua yg merupakan ibu kepada sang suami.

keluarga tersebut sangat ramah dan dikenali oleh semua orang di kampung tersebut, kebanyakannya juga bukan warga asal kampung tersebut, ramai yg datang dari nusa tenggara dan kepulauan2 yg berdekatan. tidak ada seorang pun yg pernah bermusuh dgn mereka. malah mereka juga ringan tangan membantu mengerjakan sawah penduduk lain ketika pekerjaan di sawah mereka yg lebih kecil keluasannya sudah selesai.

pada 21 oktober 1978, kakek tua itu meninggal setelah setahun mereka berpindah ke rumah tersebut. seluruh kampung datang menziarahi keluarga mereka dan membantu mengebumikan kakek tua tersebut di perkuburan di hujung kampung. setelah itu maka berganti2lah jiran tetangga datang berziarah setiap hari menemani kesedihan tuan rumah, ada yg datang siang membawa makan siang, ada yg datang petang membawa makan malam, pokoknya segala urusan keluarga itu selama tiga hari itu menjadi urusan jiran tetangganya. pada hari ketiga, jiran tetangga jugalah yg menyediakan segala persiapan utk kenduri tahlil. setelah itu, kembali keluarga tersebut ke pangkuan masyarakat dengan kehidupan biasanya.

pada 21 oktober 1979, tepat setahun selepas kematian kakek tua itu, sang bapa pula dijemput ajal meninggalkan sang ibu bersama tiga org anaknya.. org2 kampung menemukannya jatuh di bendang.. sakit jantung adalah andaian yg paling sempurna.. maka sekali lagi rumah mereka, luar dan dalam, dipenuhi jiran tetanggga menenangkan kesedihan.. maka tinggallah sang ibu bersama dua org anak lelakinya yg mengerjakan sawah di hadapan rumah mereka, sedang anak perempuan mengurus perihal rumahtangga.. tetap kedua anak lelaki itu persis kelakuan dan sikap seperti sang bapa yg disenangi oleh masyarakat..

pada 21 oktober 1980, diulangtahun pemergian sang bapa, sang ibu pula mendapat takdirnya, kerna terjatuh di bilik air, meninggalkan anak2nya yang tiga orang itu.. dan semua terus berulang-ulang setiap tahun.. 21 oktober 1981, anak lelaki sulong pula meninggal setelah seminggu diserang demam panas.. 21 oktober 1982, anak kedua pula menjamah janji mautnya, meninggalkan adik lelakinya seorang mengurus segala yg ada.. dan pada 21 oktober 1983, budak lelaki yg baru menjangkau umur dua puluhan itu juga diziarahi maut..

selama dua puluh tahun, sejak 1984 hinggalah 2004, tiada siapa menduduki rumah atau tanah tersebut.. sawah mereka juga terbiar tanpa diusahakan oleh sesiapa pun.. dan pada 21 oktober 2004, satu keluarga enam beranak dari sulawesi, datang ke kampung itu mengaku waris kepada keluarga tersebut dan menduduki tanah yg terbiar.. budaya, sikap dan cara hidup mereka membuatkan org2 tua yg ada di situ sangat pasti mereka tak ubah seperti keluarga dulu yg pernah tinggal di situ..

memang mungkin kebetulan tapi keluarga enam beranak itu juga terdiri dari seorang kakek tua, sang bapa, sang ibu, dua anak lelaki dan seorg anak perempuan.. dan apa yg berlaku setelah itu juga mungkin hanya kebetulan tapi kebetulan yg sangat meresahkan..

sekali lagi, tepat pada 21 oktober 2005, sang kakek tua itu meninggal.. begitu pula pada 21 oktober 2006, giliran sang bapa pula.. dan bukan hanya tarikh yg menjadi kebetulan tetapi cara kematian menjemputnya juga sama.. jatuh di bendang.. dan begitu juga pada 21 oktober 2007, sang ibu pula meninggal dunia setelah jatuh di bilik air.. 21 oktober 2008, anak lelaki sulung pula meninggal setelah seminggu menghidap demam panas.. dan seterusnya juga, sang kakak meninggal pada 21 oktober 2009, dan sang adik yg bongsu pada 21 oktober 2010.. meninggalkan rumah itu kosong semula.. tanpa ada yg menuntut hak warisannya..

mungkin kita perlu dua puluh tahun lagi, untuk tahu jika ini benar2 kebetulan atau sememangnya sesuatu yg menjadi takdir yg berulang2.. kata org kampung dua kali, mungkin kebetulan tapi kalau sudah tiga kali, itu bukan kebetulan lagi.. lebih kepada sumpahan.. dan kerna itu rumah itu tida pernah diganggu oleh sesiapa pun di kampung itu.. malah oleh anak2 nakal juga tidak berani mendekatinya, begitu juga penagih dadah tidak pernah berani menjadikan rumah itu sebagai sarang markas mereka.. tidak ada yg berani utk hidup hanya sekadar setahun..



Monday, April 4, 2011

metamorfosis

Posted by usoPkuChai On 1:59 PM



kalau aku kata cerita nih adalah cerita benar mesti takder orang yg akan percaya. tapi ini cerita seorg kawan aku yg merentas suatu dimensi yg dia sendiri belum dapat memahaminya. dia sendiri tidak mengerti bagaimana perkara ini berlaku. dan sayangnya, tiada siapa akan dapat menjelaskan kepadanya apa yg berlaku.

*******

hampir tiga belas tahun aku tidak pernah bertemu dengannya. petang itu dia duduk di sofa yg di ruang tamuku. sebelum dia datang, dia mengirim sms kepadaku mengatakan bahawa dia mahu berjumpa dgn aku. dia kata dia mahu menceritakan suatu perkara yg aneh yg telah berlaku pada dirinya. dia bertegas mahu menemui aku hanya sebentar, walaupun aku telah memberitahunya bahawa isteriku akan tiba dari lapangan terbang untuk menghabiskan cutinya bersamaku.

lama dia membuangkan pandangannya ke luar tingkap, sebelum dia bersandar dan memandang kepadaku. dia mengakui padaku bahawa dia mempunyai satu mantera yg membolehkan dia bertukar tubuh dgn org lain. apabila seseorg yg lain berpindah ke tubuhnya, org itu akan turut sama memiliki kenangan dan keahliannya secara sementara, kecuali berkenaan mantera tersebut. dan setelah kembali semula ke tubuh masing2, org itu tidak akan mengingati apa2 pun mengenai dirinya. menurutnya hanya yg membaca mantera itu saja yg akan tetap mengingati apa yg telah berlaku semasa perpindahan tubuh itu berlaku.

menurut ceritanya, kali terakhir dia berpindah tubuh adalah dengan suami kepada bekas kekasihnya. bekas kekasihnya itu adalah kekasih pertamanya yg tidak pernah luput dari kenangannya. situasi hubungan pernikahan kekasihnya itu dalam keadaan retak menunggu belah. sang suaminya adalah seorg yg suka menghisap ganja, walaupun belum dianggap penagih, dan tidak memperdulikan isteri dan anaknya. setidaknya itulah yg diketahuinya setelah bertemu semula dgn bekas kekasihnya enam tahun yg lalu.

sejak pertemuan semula itu, hubungan mereka menjadi intim semula. mereka kembali menjalin cinta yg lama terputus secara sembunyi-sembunyi. suami kekasihnya tidak pernah mengetahui mengenai hubungan mereka. begitu juga isteri kawanku ini. hubungan gelap ini berlangsung beberapa tahun. situasi perkahwinan kekasihnya tidak berubah tetapi mereka sudah mulai tidak bertengkar. dalam maksud kekasihnya sudah tidak menghiraukan lagi apa yg mahu dilakukan oleh suaminya.

hinggalah akhirnya hubungan mereka sampai ke tahap sudah tidak mampu mengawal nafsu antara mereka, namun belumlah mereka melakukan hubungan selayaknya suami-isteri. ketika kekasihnya masih dlm rangkulannya setelah usai pergelutan hangat di dalam kereta di suatu lapangan letak kereta yg agak sunyi dan tersorok, kawanku secara berkias bertanya tentang bagaimana jika suatu hari nanti dia berubah tubuh dgn suaminya. sambil menyisipkan tangannya ke celah baju kemejanya dan mengusap dada kawanku, kekasihnya mengungkapkan betapa bahagianya jika kawanku ini benar2 suaminya.

setelah beberapa ketika dia mengaturkan satu perjalanan ke luar negeri dengan harapan dapat menikmati bulan madu bersama kekasihnya. tapi pada saat akhir kekasihnya membatalkan perjalanan bersama kawanku ke luar negara kerana kesulitan utk mengatur jadual anak dan suaminya. maka saat itulah kawanku ini bernekad mahu menggunakan mantera yg diwarisinya supaya dia dapat sentiasa bersama kekasihnya selamanya, walaupun dalam tubuh org lain. dia menyiapkan segala jadual supaya dirinya berada di luar negeri dalam satu jangkawaktu yg panjang supaya nanti ketika berpindah tubuh, suami kekasihnya yg akan menjalani hidupnya tidak sempat bersama isterinya.

malam itu dia memulakan ritual untuk menggunakan manteranya. dia sudah di luar negeri ketika itu. dia mematikan lampu dan berbaring di atas katil di sebuah hotel murah, menggumam mantera berulang2 sehingga dia tertidur. sebuah tidur yg panjang katanya. tidak seperti perjalanan sebelumnya. hampir saja dia merasakan bahawa mantera itu tidak ampuh. hinggalah apabila dia membuka matanya pagi itu, dia mendapati dirinya tidur dgn seluar pendek tanpa berbaju di sebuah sofa panjang di ruang tamu dalam sebuah rumah yg sederhana. tv masih menyala. dia tahu benar itu adalah rumah kekasihnya.

dia bangun, melihat sekeliling dan berjalan ke arah dapur. hatinya berdebar-debar. inilah waktu dimana semua impiannya menjadi kenyataan. dia adalah suami kepada kekasihnya. namun kegirangannya disentap sejurus selepas dia menyedari bahawa yg dipeluknya dgn penuh nafsu dari belakang itu adalah pembantu rumah kekasihnya. kekasihnya sudah pergi ke pejabat awal pagi itu. dia meredam perasaan kecewanya dgn terus-menerus mengingatkan dirinya bahawa dia masih punya banyak waktu yg boleh dimanfaatkannya. ini hanyalah permulaan kepada perjalanannya.

setelah bercukur dan mandi, dia menelefon ke pejabatnya, yg sebenarnya pejabat suami kekasihnya, dan memberitahu pegawai atasannya bahawa dia mahu mengambil cuti kecemasan selama beberapa hari. dia hanya tersenyum mematikan telefon ketika terdengar suara atasannya menjerit dgn nada marah dan mengugut utk memberhentikannya. dia tidak peduli kerna duia tahu benar bahawa itu bukanlah hidupnya yg sebenar.

dia mahu mengejutkan kekasihnya hari itu. dia memandu kereta ke arah pejabat kekasihnya dgn tujuan utk menjemputnya makan tengahari bersama. dalam perjalanan dia singgah untuk membeli jambakan seratus kuntum bunga ros merah. sama seperti yg dihadiahkannya kepada kekasihnya ketika mereka pertama kali bertemu enam tahun dulu. semoga itu dapat memberi petunjuk kepada kekasihnya bahawa suaminya sekarang adalah kekasih yg dicintainya.

dia meletakkan keretanya tepat di hadapan pejabat kekasihnya. dia melihat ke arah jambangan ros yg baru dibeli dan menciumnya. tiada hari yg lebih bahagia dari hari itu fikirnya. jam tangannya sudah menunjukkan waktu makan tengahari. sejurus dia melihat kekasihnya keluar dari pintu pejabatnya dalam pakaian hitam yg dibelinya sebulan yg lalu. dia sangat menyukai kekasihnya dalam pakaian tersebut yg mempunyai belahan luas di bahagian dada dan bahagian bawah yg sebatas peha, menurutnya menyerlahkan kesempurnaan kaki kekasihnya yg mulus dan jinjang. dia mencapai jambakan seribu ros merah dan membuka pintu keretanya. dan waktu itulah langkahnya terhenti.

kekasihnya berlari2 anak dgn senyuman yg sempurna ke arah seorg lelaki yg menunggunya. mereka berpelukan dan meneruskan tujuan mereka sambil berpegangan tangan. dia mencampakkan jambakan seribu ros ke tempat duduk hadapan dan mulai mengekori kekasihnya. mereka memasuki sebuah restoran dan mengambil tempat duduk di bahagian yg agak tersorok, manakala dia mengambil tempat duduk yg tidak begitu jauh dari mereka dan berusaha sedaya-upaya agar tidak disedari oleh mereka. dia masih tidak dapat melihat wajah lelaki yg bersama kekasihnya.

dia sangat tidak mempercayai bagaimana kekasihnya itu mempunyai hubungan gelap selain dirinya. mungkinkah ini alasan sebenar mengapa kekasihnya tidak mahu mengikutinya ke luar negeri? berbagai persoalan bermain dibenaknya. dia cuba beralih tempat duduk supaya dapat melihat dengan lebih jelas siapakah lelaki tersebut. namun usahanya sentiasa menemui kegagalan. begitu jugalah sehingga mereka bangun dan keluar dari restoran tersebut. kawanku gagal mengekori kerana ditahan oleh pelayan yg meminta bayaran minuman yg dipesannya.

pulanglah dia hari itu dengan sedikit kecewa, namun dia masih berharap dapat bersama dgn kekasihnya malam itu. bukankah dia adalah suami kekasihnya itu sekarang. sungguh malang menjadi nasibnya, kekasihnya menolak utk bersama walaupun dia berkelakuan sangat berbeza dgn kelakuan sebenar suami kekasihnya. nampak jelas dalam bola mata kekasihnya betapa pandangan itu penuh dengan kebencian.

kawanku tidak dapat menahan dirinya sendiri ketika dia mula tidak sedar meluahkan apa yg dilihatnya di restoran berhampiran dengan pejabat kekasihnya dan mendesak untuk berjumpa dengan lelaki tersebut. sepanjang malam itu mereka bertengkar dengan hebat tanpa memperdulikan sama ada suara mereka didengari oleh jiran2 mereka.

pagi itu, setelah didesak berkali2, kekasihnya bersetuju membenarkan dia bercakap di telefon dgn lelaki yg ditemuinya pada hari sebelumnya. anehnya kata kawanku, dia tidak mengingat buah butir percakapannya dgn lelaki tersebut dan apa yg berlaku selepas itu. dan dia hanya kemudiannya tersedar seolah terbangun dari tidur dan mendapati dirinya sudah kembali menjadi dirinya, terbaring di atas katil di sebuah hospital di luar negeri.

menurut kata jururawat di hospital itu, dia telah berada dalam keadaan koma selama hampir setahun. mereka tidak dapat menghubungi keluarganya kerna ketika ditemui dia tidak mempunyai apa2 tanda pengenalan. mengikut kata laporan polis, dia disamun dan ditinggalkan hampir tidak bernyawa di sebuah lorong. dia kemudian menghubungi telefon rumahnya utk memberitahu keadaannya dan mendapati isterinya telah jatuh sakit semenjak kehilangannya. dan anehnya, dia juga sudah tidak dapat mengingat mantera itu lagi.

sepulangnya dia kembali, dia pernah cuba menjejaki semula kekasihnya tapi tidak berjaya. dia cuba menghubungi kekasihnya namun nombor telefonnya sudah tiada dalam perkhidmatan. sebulan yg lalu dia mendapat khabar bahawa kekasihnya itu sudah bercerai dgn suaminya yg lama dan dari berita yg didengarnya, kekasihnya telah menikahi kekasih pertamanya. dia merasakan bahawa itulah lelaki yg dilihatnya bersama kekasihnya di restoran. dan dia juga mendapat khabar bahawa lelaki itu bekerja di syarikat yg sama dgn tempat aku bekerja. kerna itulah dia mahu menemuiku, mahu meminta bantuanku melacak lelaki tersebut.

aku hanya mendiamkan diri sepanjang dia menceritakan kisah tersebut. aku dapat menyelami kesengsaraan yg dirasakannya. sungguh aku tahu apa yg dirasakannya. namun seharusnya dia menerima takdir seadanya. aku sendiri tidak dapat memahami mengapa dia masih begitu tegar menjejak kekasihnya sedangkan dia sendiri tahu apa yg telah dilakukan oleh kekasihnya terhadapnya.

loceng pintu berbunyi. itu pasti isteriku. pintu terbuka dan isteriku terus meluru ke arahku, memeluk dan mengucupku tanpa menyedari kehadiran kawanku. aku dapat melihat betapa terkejutnya kawanku melihat isteriku dan begitu juga isteriku yg baru aku nikahi enam bulan yg lalu. seolah2 kedua2nya melihat hantu. kawanku tak semena2 bangun dan meluru keluar dari pangsapuriku tanpa berkata apa2 sambil memandang tajam ke arah isteriku. isteriku tiba2 pitam dan aku membaringkannya di atas sofa dengan perlahan2.

*******

sungguh hari yg aneh bagi mereka. tiada siapa yg mengerti apa yg terjadi petang itu. aku berbaring di atas sofa berbantalkan peha suamiku sambil dia memicit2 lembut kepalaku. katanya aku pitam petang tadi dan dia tidak faham mengapa kawannya terburu2 meninggalkan pangsapuri kami. aku hanya tersenyum sambil menggumam..

ka gusti nu maha suci
nya kuring seja nyoara
ngeunaan kasurupan, kamanjingan, karawuhan
ngarah nu lenggah meunang hikmah
sangkan nu datang mibanda tenang
diri anteng ayem tengtrem
pun sapun ampun paralun