Wednesday, August 19, 2009

hidup ini suatu penantian

Posted by usoPkuChai On 6:30 PM No comments



Penantian itu suatu penyiksaan.

“Klise,” kata kawan aku.

“Justeru semua orang sedang menunggu. Siksa itu kerana dalam proses menunggu kita statik. Kebanyakan dari kita bahkan tidak tahu apa yang kita tunggu,” sambungnya sambil menepuk tangan kawanku yang satu lagi.

“Sunnah Nabi saw minum dengan tangan kanan,” katanya tegas, sebelum mula menyambung semula.

“Hidup ini sendiri adalah penantian. Kita menunggu sepanjang hidup kita. Jika kita tahu apa yang kita tunggu maka kita akan bersedia,” matanya tajam menentang mataku.

“Kita hidup menanti mati?” sambut kawanku.

“Mati itu pasti. Hidup yang bagaimana?” sahut seorang lagi sambil mengurut-urut janggutnya.

“Itu soalan yang tepat!” dia menjawab lalu terus menghirup teh tariknya yang sudah mulai dingin

(rewind)

###

‘Jangan bersedih’ tajuk sebuah buku yang sangat popular. Memang hidup ini penuh kesedihan. Nabi Adam as diturunkan ke bumi menjalani hidup fana ini berawal dengan kesedihan, terpisah dari Hawa as. Dan begitulah hidup seterusnya jauh berbeza dengan awal baqa di syurga. Penuh dengan kesedihan.

Seorang sahabatku menyambung ayat itu, “Jangan bersedih dan jangan takut. Kesedihan itu adalah sumber ketakutan. Hidup ini penuh dengan harapan dengan tujuan yang satu. Bersedihlah kalau kita gagal melaksanakannya, namun lebih takutlah untuk tidak berusaha ke arahnya.”

“Bilamana Tuhan mengatakan bahawa kita dicipta untuk menyembah-Nya, maka bagaimanakah kita menyembah?” frasa itu berat sebenarnya untuk aku fikirkan. Telah lama menjadi ugal-ugalan dalam benakku.

(pause)

###

0 ulasan: