Monday, January 17, 2011

tuan birch sudah mati!

Posted by usoPkuChai On 9:33 AM 3 comments



malam itu gelap gelita. hitam pekat sehingga tak dapat melihat tanah. namun mereka harus bergegas kerana perkara ini tidak boleh ditunggu lagi. mayatnya sudah ditemui. orang2 kampung juga sudah bersedia di dalam rumah mempertahan keluarga masing2. dalam langkah separuh berlari mereka mengharung semak belukar menuju istana.

org2 sudah penuh menunggu di halaman dgn keris, lembing dan sundang. tanpa dijemput mereka langsung meredah orang ramai naik ke balai sidang. dato sagor dan daeng murawwah sedang menghadap baginda sultan. semua mata mengarah kepada dato maharajalela yg baru sampai bersama pandak endut dan org suruhannya yg setia, si puntum.

jauh hari sebelum itu hati mereka sudah sedia membara mendengar si misai melenting itu menyuruh bakar rumah orang kaya menteri paduka tuan, ngah ibrahim. padahal sejak dahulu lagi kawasan lombong timah itu punya raja ngah turun temurun sebelum puak2 cina dibawa melombong di bidor. bapa beliaulah, long jaafar yg mula2 menemui timah di negeri perak ketika gajahnya bernama larut berkubang. mengapa pula beliau tidak dibolehkan memungut cukai di kawasan itu? sudahlah begitu, inggeris menurunkan pula cukai timah, malah menambah pula cukai yg tidak pernah ada pada org melayu. padi dicukai, perahu dicukai, atap dicukai, senjata dicukai dan yg lebih menyakitkan hati mencukai pula setiap kelamin itu dua dolar.

masih segar dalam ingatan si puntum ketika pandak endut menyampaikan khabar kepadanya bahawa sultan telah berkenan agar dato maharajalela, sebagai pembesar kanan dalam orang besar berlapan perak dan penghulu pasir salak, membunuh tuan birch waktu dia tiba di pasir salak. pandak endut memperlihatkan kepadanya baju, tengkolok dan pedang sebagai buktinya.

terbayang semula oleh sipuntum akan perbalahan dato sagor dgn mat arshad awal pagi tadi. walau sudah berkali2 ditegah dato sagor supaya mat arshad tidak menampalkan surat pengisytiharan itu tetap saja si kerani keparat itu menampalkannya di setiap kedai yg dilaluinya dalam perjalanan memburu ke batu gajah, kononnya. sungguh pengkhianat itu tidak tahu malu.

si puntum juga masih ingat bagaimana pandak endut turut menjadi sakit hati melihat derhaka mat arshad pada permintaan dato sagor, meluru ikut sama merentap dan mengoyak2kan surat yg ditampalkan. sungguh pengkhianat ini sama seperti tuannya mahu menunjuk angkuh dan menjarah org melayu tanpa peduli pada amarah org kampung. besar sungguh inggeris di matanya. namun jiwa org kampung sudah terbakar bersama bengis amarah dato sagor yg tak putus2 memaki hamun tuan birch.

sekilas tanpa sempat ditahan, keris pandak endut sudah terbenam dalam jasad mat arshad. maka mengamuklah sekalian org kampung menghentam askar2 pengawal yg sepuluh orang yg bertaburan lari menyelamatkan diri. tak semena2 bergegas pula pandak endut ke tebing sungai diikuti oleh sekalian orang kampung menghujankan lembing ke arah perahu naga. si puntum ikut berkejaran turun ke air mendepani pandak endut.

maka kenalah tuan birch dgn hujan lembing itu dan terjun tanpa pakaian ke dalam air menyelamatkan diri. si puntum melihat terjun tuan birch itu dgn sepucuk pistol, maka meloncatlah dia menetak tuan birch dengan sundangnya sebelum pistol itu meletup supaya tiadalah berlaku apa2 pada pandak endut. dan merahlah sungai dicemari darah penjajah tengahari itu. ditinggallah mereka mayat kurus berambut kerinting itu hanyut dibawa air sungai tanpa peduli.

fikirannya kembali semula ke balai sidang. sultan sedang bercakap2 dgn orang besar2 yg sudah merapat kepada baginda. perasaan si puntum berapi2 kebencian sama seperti marahnya kaumnya yg digelar 'sakai' oleh inggeris. sementelah lama dia berkhidmat dgn org melayu tiada pernahlah orang melayu menyebut mereka dengan panggilan yg bermaksud 'hamba' itu. puas hatinya. membara2 semangatnya. di halaman istana, masih terdengar pekikan dari sekalian org yg ada..

"tuan birch sudah mati! tuan birch sudah mati!"

3 ulasan:

benar tuan birch sudah mati, bersorak gembira lah INggeris kerana dengan matinya birch, bercambahlah lagi akar British di Tanah Melayu.

dan memanggil tuan pada arwah penjajah yg mereka benci? ;)

panggilan tuan sememangnya satu cara hormat org melayu kepada orang atasan hatta orang yang baru dikenali pun di panggil Tuan Hamba..