Friday, May 13, 2011

bebaskan aku: awal kisah

Posted by usoPkuChai On 3:39 PM No comments



Chapter 1.3: awal kisah

***

[fb:suraya] saya ingat lagi semua perkara tentang awak..
[fb:suraya] sebab awak org pertama usik hati saya..
[fb:munir] ye ke ingat semua?
[fb:munir] tapi munir sekarang mungkin tidak sama dengan munir dulu..
[fb:suraya] sebab tu saya menangis
[fb:munir] kita banyak buat salah kat suraya kan?
[fb:munir] dah tak tahu nak mintak maaf macammana...
[fb:suraya] kad munir ada lagi suraya simpan..
[fb:munir] kad yang mana?
[fb:munir] tulis apa kat kad tuh?
[fb:suraya] kad tu warna merah jambu gambar sepasang angsa..
[fb:suraya] masa tu munir kat itm.. munir pernah dapat tape dari suraya?
[fb:munir] aa ingat.. ada dapat tape suraya tuh..
[fb:munir] tapi dah tak ingat apa isinya..
[fb:munir] tapi ada ingat termenung beberapa lama lepas dapat tape tuh..
[fb:munir] kalu tak salah dok dengar tape tuh hampir tiap mlm, tapi tak ingat jelas
[fb:suraya] selepas tape tu.. itulah cerita nak bagitahu munir..

***

Petang itu aku menerima satu bungkusan pos berdaftar. Sebuah kotak putih terbungkus dalam kertas putih yang tertulis alamat pengirimnya dari Perak. Aku sangat teruja menerimanya. Aku sangat berharap kotak itu berisi balasan kepada kad yang aku kirimkan pada Suraya beberapa bulan dulu. Moga-moga bungkusan itu menjawab isi hatiku. Kubuka dengan tergesa-gesa tanpa memperdulikan aturan membuka bungkusan tanpa merosakkan kertas pembungkus. Aku langsung mengoyakkannya dan aku raih isi bungkusannya, sebuah kaset rakaman berwarna jernih menampakkan pita kecil yang tergulung di dalamnya. Tiada cebisan kertas lain yang aku temui melainkan kertas pembungkus kotak tersebut yang sudah koyak-rabak oleh ketidaksabaranku.

Aku bawa kaset itu ke bilik Roslan, selang tiga bilik dari bilikku. Dia punya radio berwarna hitam yang mempunyai dua pembesar suara yang besar. Aku bertanya sama ada dia mempunyai headphone, dia menggolek-golekkan tangannya. Aku keluar semula dan singgah di bilik junior bersebelahannya dan langsung mengambil headphone di mejanya sambil mengatakan bahawa aku meminjamnya selama empat belas minit, dan langsung masuk kembali ke bilik Roslan sebelum sempat junior itu menjawab permintaanku.

Kumasukkan kaset rakaman yang dikirim oleh Suraya ke dalam pemutar kaset Roslan dan mencucuk sambungan headphone sambil memakainya di kepalaku. Roslan hanya duduk di atas katil sambil memakan kuaci bunga matahari tanpa memperdulikanku. Selama 10 minit aku duduk menatap pita dari kaset itu berputar mengeluarkan suara Suraya. Aku cuba memahaminya dengan bersungguh-sungguh setiap butir ayat yang dikatakan oleh Suraya di dalam kaset itu. Aku melakukan itu setiap malam dalam minggu itu. Aku tidak mahu mempercayai apa yang aku dengarkan itu. Suraya, kenapa kau hukum aku kerna masa laluku.

***

[fb:munir] masa itm kita tak habis
[fb:munir] something terrible happened in my life..
[fb:suraya] kenapa? kena langgar kereta ke?
[fb:munir] confused periode of my life..
[fb:munir] so for few years after that i lost my life..
[fb:munir] lebih kurang dalam pertengahan 1990an..
[fb:munir] i kena buat keputusan besar dalam hidup i..
[fb:munir] masa tuh semua benda tak menjadi..
[fb:suraya] sebab apa ek..
[fb:munir] depression kot..
[fb:suraya] kenapa tak cari suraya?

***

Andai saja aku mampu menerangkan kekacauan dua puluh tahun dulu padamu. Andai saja kau tidak menutup segala ruang dalam hatimu dengan kebencian yang sama sekali tidak aku fahami. Andai saja kau beri aku peluang hanya sebentar, nescaya akan aku katakan semua yang ada di dalam hatiku sejujurnya. Andai saja waktu itu kau membuka hatimu untukku, nescaya kekosongan yang kau tinggalkan itu tidak akan pernah wujud. Andai saja Suraya..

Aku masih ingat hari-hari aku bersama Sabri tinggal menumpang di kolong bawah rumah, di Seberang Jaya, yang tidak berisi apa-apa melainkan lantai simen yang diterangi sebatang lilin, persis seperti rumah Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku. Hari-hari kami berlalu dengan sebungkus nasi lauk kari yang dikongsi bersama, satu-satunya hidangan untuk sehari. Seminggu sekali baru kami makan nasi lauk kari dengan sebiji telur rebus. Tidak pernah aku merasakan makanan selazat itu. Waktu itu aku belajar mensyukuri segala yang aku ada. Aku memahami akan nilai lima puluh sen. Lima puluh sen cukup untuk membeli sebungkus nasi lauk kari untuk makanan hari itu tapi ketika itu Sabri demam. Aku dalam dilema sama ada untuk membeli sebungkus nasi atau membeli panadol buat dia. Aku duduk termenung di depan pintu hampir setengah jam.

Minggu berikutnya kami berpindah ke bahagian pulau, mengail nasib di Bayan Baru. Kami diterima hampir di setiap kilang yang kami singgahi. Kami memilih sebuah kilang yang menyediakan penempatan buat kami. Buat sementara, kami menumpang sebuah rumah rakan yang baru kami kenali di sebuah perkampungan nelayan. Kawasan kumuh yang dipenuhi dengan penagih dadah dan pelacur. Satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Pertama kali dalam hidupku berada di lingkungan begitu. Waktu itu aku tiba-tiba menyedari bahawa aku bukan diriku lagi. Aku tenggelam begitu lama, tercungap-cungap mencari nafas mengisi kekosongan yang ada dalam hatiku. Lemas dalam kesunyian.

***

[fb:munir] apa cerita suraya pasal tape tuh?
[fb:suraya] tak ingat langsung ek.. lepas tape tu..
[fb:suraya] tak lama lepas tu munir hantar kad..
[fb:munir] oo.. kad yang ada angsa tuh? apa tulis dalam tuh?
[fb:suraya] munir.. apa tulis esok suraya bagitahu.. abang ada..
[fb:munir] oo ok..
[fb:munir] citer laa pasal suraya.. lepas habis belajar buat apa?
[fb:munir] suraya amik marine biology kan?
[fb:suraya] mana tau pasal marine tu?
[fb:munir] err.. bukan suraya yang cerita ker?
[fb:suraya] bila?
[fb:munir] suraya cerita pasal suraya gie scuba..
[fb:munir] ada masa tuh kita borak dalam telefon..
[fb:munir] itulah kali terakhir dengar suara suraya..
[fb:munir] lepas tuh terputus hubungan..
[fb:suraya] bila cerita? kita tak berhubungan lepas tu..
[fb:suraya] suraya ingat munir cakap.. doakan saya mati kena langgar kereta..
[fb:munir] err.. bila cakap camtuh?
[fb:suraya] suraya ingat ayat tu sampai suraya tengok munir kat fb suraya..
[fb:suraya] sebab tu suraya nangis teruk gak hari tu..
[fb:suraya] emm.. lepas tengok nama munir kat fb suraya.. n suraya add..
[fb:suraya] dah 4 bulan tak buka fb.. rasanya dah setahun tak add friends..
[fb:munir] tuh laa.. tengok wall macam tak pernah buka fb lama..
[fb:munir] tapi add jugak laa.. tetiba esok dah approve.. hehe
[fb:munir] terkejut gak
[fb:munir] biasa org yang wall fb kosong nih memang tiada harapan laa leh add
[fb:suraya] macam.. unfinished business.. tergerak nak buka.. tak tau kenapa..
[fb:munir] dah kena seru tuh.. haha
[fb:munir] jampi jarak jauh.. haaii surayaaa buka laaa fb.. haha
[fb:suraya] tapi ingat lagi muka suraya?
[fb:munir] rustam sebut itu suraya, terus jelas gamba tuh
[fb:suraya] munir.. percaya tak awak banyak pengaruhi hidup saya
[fb:munir] pengaruh camna?
[fb:suraya] lepas saya cerita.. saya nak lupakan semuanya..
[fb:munir] ok.. then kena cerita laa..
[fb:suraya] dulu saya marah awak.. saya pun nak awak mati kena langgar kereta..
[fb:munir] i can imagine that.. hehe.. then?
[fb:suraya] tapi awak dah lupa citer tape tu..
[fb:suraya] lebih baik saya lupakan niat tentang hidup saya..
[fb:suraya] saya maafkan awak..

***

Bagaimana awak boleh lupa Munir? Memang jelas saya ini tidak pernah hinggap dalam hidup awak. Saya tahu Suraya tidak pernah wujud dalam diri awak. Awak kejam Munir. Awak kejam pada Suraya. Awak tak tahu Suraya menunggu awak selama dua puluh dua tahun. Saya simpan kad awak sampai sekarang. Saya tunggu awak datang selamatkan saya. Awak buat saya gila menunggu awak macam menunggu buah yang tak gugur.

Hari kekasih 1990. Asmah kata ada surat kat bilik guru dengan nama saya di atasnya. Menurut Asmah mungkin sekeping kad. Cikgu dah rampas dari kotak surat. Dia nampak ketika dia masuk bilik cikgu waktu hantar buku. Tuhan saja yang tahu perasaan saya waktu itu. Saya tahu itu dari Munir. Siapa lagi nak hantar kad pada saya. Hanya Munir yang ada dalam hidup saya. Bagaimana kalau cikgu baca surat tuh waktu perhimpunan esok? Bagaimana kalau cikgu musnahkan kad itu dan saya langsung tak dapat tahu apa isi kandungannya? Saya berbaring terlentang di atas katil bujang bercadar putih. Cahaya merah senja menjengah jendela. Fikiran saya berkecamuk memikirkan bagaimana caranya saya mesti mendapatkan kad itu. Saya mesti ambil semula kad itu. Apapun caranya. Saya mesti.

***

0 ulasan: