Wednesday, May 25, 2011

minggu hujan di marikas

Posted by usoPkuChai On 5:05 AM 1 comment



ada satu kaum yg tinggal di kawasan pergunungan, jauh dari peradaban manusia yg lain, bukan kerna mereka terpisah, namun kaum ini meninggalkan manusia2 lain yg bagi mereka tidaklah tenang hidupnya walau dibantu teknologi. kaum ini tetap tinggal sebagai satu kelompok keluarga besar yg saling bekerjasama dan bantu membantu dalam kehidupan seharian mereka. mereka menggelar diri mereka sebagai kaum marikas. sempena nama tetua mereka yg mula2 membangunkan kampung tersebut. sebuah kampung yg damai dan sangat menghargai alam semulajadi.

hanya ada satu minggu yg mereka tunggu setiap tahun. minggu hujan. di kawasan mereka hujan turun sepanjang tahun kecuali pada satu minggu itu sahaja. dan kerna itu mereka menganggap hujan adalah satu kurnian suci. mereka juga mempunyai tradisi bahawa untuk mendapatkan zuriat yg terbaik, tergagah dan terpintar untuk kaum mereka maka kopulasi hanya boleh dilakukan sewaktu hujan. kerna itu majlis perkahwinan boleh hanya dilakukan pada minggu hujan sahaja. di luar waktu itu tidak ada seorang pun dibenarkan melakukan kopulasi bersama pasangan mereka. sesiapa yg didapati hamil di luar dari tempoh waktu itu akan diusir dari kampung mereka.

kisah ini adalah mengenai sarakas, seorang pemuda yg paling sasa dan dihormati dikampung itu. dia juga dianggap nakal pemimpin kepada kampung itu setelah penghulu tua meninggal. di zaman sebelum dia berkahwin, dia merupakan idaman setiap anak gadis di kampung itu. hinggakan beberapa anak gadis jadi sasau apabila dia berkahwin dengan saminas, cucu kepada penghulu tua, dua tahun sebelumnya. sarakas dan saminas belum mempunyai anak walaupun sudah melalui dua minggu hujan. dan dia berharap minggu hujan kali ini, segala strategi dan kaedah yg telah dipelajari dan dihafalnya akan menghasilkan apa yg diinginkan olehnya.

apa yg menjadi permasalahannya ialah jika pada minggu hujan ketiga dia masih belum mempunyai anak, maka isterinya, saminas, dibolehkan menurut adat untuk memilih suami yg lain pada minggu hujan yg berikutnya. dan sarakas akan dianggap sebagai lelaki yg mempunyai masalah dgn kelelakiannya. dia akan dicemuh dan dijadikan bahan ketawa oleh seluruh kampung. hampir semua lelaki yg telah berkahwin mempunyai anak hampir setiap tahun. anak adalah simbol kebanggaan seorang lelaki di kampung itu. dan mengikut tradisi kampung itu, jika si isteri hamil tiga minggu hujan berturut2, maka si suami dibolehkan mempunyai satu lagi isteri, dan begitulah seterusnya. oleh kerana itu minggu hujan kali ini sangatlah penting buat sarakas.

minggu hujan akan tiba tidak lama lagi. para tetua yg dihormatkan dalam majlis tetua telah membuat ramalan bahawa minggu hujan akan bermula pada minggu hadapan. orang2 kampung marikas semuanya sudah mulai sibuk menyiapkan segala macam peralatan dan kelengkapan untuk menyambut minggu hujan tersebut. selain daripada upacara adat, minggu hujan kali ini akan menyaksikan pernikahan sepuluh pasangan yg akan dikahwinkan di hadapan seluruh penduduk kampung. majlis besar sedang dipersiapkan. orang2 kampung mulai menghantar hasil tanaman ke gudang kampung, dan pasangan yg akan berkahwin sedang disiapkan utk pengalaman mereka.

mengikut tradisi yg mereka jalankan sejak zaman berzaman, pada hari pertama minggu hujan, semua penduduk kampung akan berkumpul di sebuah tanah lapang di tengah2 kampung mereka. semua penduduk kampung diwajibkan hadir untuk upacara menyambut hujan. upacara ini akan dilakukan satu hari satu malam. dan pada hari kedua, mereka akan mengadakan pesta perkahwinan buat pasangan remaja yg telah berjanji sesama keluarga mereka sebelumnya. pada malam hari kedua, hanya pasangan pengantin yg baru berkahwin sahaja dibenarkan utk pulang ke rumah mereka, rumah2 baru yg dibina bersama2 oleh penduduk kampung.

selain daripada pasangan pengantin, dimestikan tetap duduk di tanah lapang tersebut untuk bancian tahunan. hanya pada subuh hari yg ketiga barulah semua penduduk kampung dibenarkan pulang ke rumah masing2. dan kebiasaanya, tiga hari selepas itu, tidak akan kelihatan pasangan berkahwin berkeliaran di sekitar kampung melainkan anak2 kecil, orang yg belum berkahwin dan org2 tua yang sudah tidak mungkin berkopulasi, mengerjakan pekerjaan2 seperti biasanya. pasangan yg berkahwin akan tetap tinggal di rumah selama tiga hari tiga malam. begitulah keadaan mereka setiap tahun sewaktu tiba minggu hujan.

begitulah juga yg berlaku tahun itu ketika minggu hujan tiba. sarakas sudah memakan sejenis akar kayu untuk meningkatkan prestasi kelelakiannya. ternyata sarakas telah mengambil sedikit lebih banyak dari yg dinasihatkan oleh para tetua. keadaan itu menyebabkan sarakas merasakan hari pertama dan hari kedua minggu hujan tahun itu seakan sangat lama. setia kali dia melihat kelibat saminas di celah2 keramaian itu, dia hampir tidak dapat menahan berahinya lagi, hingga tergigil2 tubuh badannya. saminas hanya ketawa kecil sambil menutup mulutnya melihat kelakuan suaminya. para tetua juga hanya tersenyum sumbing memerhatikan keadaan sarakas. untungnya tidak ada orang lain yg mengetahui senjata sakti sarakas tahun itu.

akhirnya terbitlah mentari hari ketiga minggu hujan. sarakas sudah hampir tidak dapat menahan dirinya. apalagi pada malam kedua semalam, kampung itu riuh dengan jeritan, rengekan dan bunyi2an yg dhasilkan oleh sepuluh pasangan yg baru berkahwin. sarakas sudah menggetap bibir sepanjang malam. selama setahun, dia sudah menunggu hari ketiga minggu hujan. dia bergegas pulang ke rumahnya dan didapatinya saminas berada di dalam bilik air.

hari itu, tiada suara kedengaran dari rumah sarakas dan saminas setelah kampung itu dikejutkan oleh jeritan sarakas pada awal pagi. pintu dan tingkap rumah mereka tertutup rapat seolah mengusir mentari siang dari mengintai isi dalamnya. senja itu, kelihatan sarakas duduk sugul di tangga hadapan rumahnya. dan begitulah keadaannya sehngga hari kelima minggu hujan tersebut. tiada siapa melihat keadaan itu sehinggalah hari ke enam, seorang tetua melihat keadaan sarakas dan menghampirinya.

sarakas bingung dan kecewa. ini tahun ketiga minggu hujan. terlihat jelas di matanya akan kesedihan dan kesugulan hatinya. saminas tidak kelihatan, mungkin masih di dalam bilik tanpa siapa mengetahui keadaannya. sarakas memandang kosong menembusi tetua yg berdiri di hadapannya.

"wahai sarakas, setelah mentari sirna dari rumahmu selama tiga hari, setelah hujan mencumbui kampung kita selama lima hari, mengapa duduk bermenung di atas tangga. bagaimana hasil ramuan yg atok beri dulu?" tanya tetua sambil menunggu jawaban dengan penuh perihatin.

"mentari telah kuhalau selama tiga hari, ramuan telah kurancu dengan cara terbaik, namun rupanya bulan datang di hari pertama." kata sarakas sambil menundukkan kepalanya. tetua turut tunduk menggeleng2kan kepala. saminas mengintai dari celah pintu.