Thursday, June 2, 2011

catatan kecil dari sebuah diari kosong

Posted by usoPkuChai On 9:33 AM No comments




bof
# # #

Isnin. 16hb Mei 2011. 05:00 AM

Faizal Tahir melantangkan lagu Gemuruh dari telefon genggam Phillips Xenium berwarna hitam. Rutin yang dilakukannya setiap pagi tepat pada waktunya tanpa gagal. Dia meraba2 ke meja kecil di pinggir katilnya tanpa membuka matanya yg masih memberat, menekan skrin sesentuh mendiamkan suara Faizal Tahir yg masih bersemangat. Dia menarik selimutnya kembali dan memperosokkan kepalanya di celah bantal putih berbau mawar.

# # #

Isnin. 16hb Mei 2011. 05:00 AM

Faizal Tahir melantangkan lagu Gemuruh dari telefon genggam Phillips Xenium berwarna hitam. Rutin yang dilakukannya setiap pagi tepat pada waktunya tanpa gagal. Perlahan dia melawan kelopak matanya yang masih memberat. Meraba meja kecil di pinggir katilnya dan menekan skrin sesentuh mendiamkan suara Faizal Tahir yang masih bersemangat. Dia bangun dan duduk di pinggir katil. Terasa otot2 badannya masih kaku Dia masih bertarung dengan kelopak matanya. Mungkin frekuensi otaknya masih di antara beta dan alpha. Dia menjulurkan kakinya ke lantai, sejuk lantai yg dibeku penghawa dingin menyebabkan dia mengangkat kakinya naik kembali ke atas katil dan menyembunyikannya di dalam selimut. Dia kembali berbaring, terasa nyaman ditemani aroma mawar dari bantal putih.. matanya kembali terpejam.

# # #

Isnin. 16hb Mei 2011. 05:00 AM

Faizal Tahir melantangkan lagu Gemuruh dari telefon genggam Phillips Xenium berwarna hitam. Rutin yang dilakukannya setiap pagi tepat pada waktunya tanpa gagal. Perlahan dia melawan kelopak matanya yang masih memberat. Meraba meja kecil di pinggir katilnya dan menekan skrin sesentuh mendiamkan suara Faizal Tahir yang masih bersemangat. Dia bangun dan duduk di pinggir katil. Terasa otot2 badannya masih kaku. Dia menggeliatkan tubuhnya, tangannya diangkat setinggi mungkin, seolah mahu menjangkau langit2 kamarnya.

Dia menjulurkan kakinya ke lantai, menyarungkan selipar oren yang diambilnya dari sebuah hotel di Bandung bulan kelmarin. Bangun menuju bilik air dengan mata yang masih separuh tertutup, mengangkat penutup tandas, membuka zip seluarnya dan menyempurnakan rutin pagi seperti biasanya. Usai rutin tersebut, dia bangun dan kembali menuju ke katil dan menyembamkan mukanya kembali ke aroma mawar di bantalnya.

# # #

Isnin. 16hb Mei 2011. 05:00 AM

Faizal Tahir melantangkan lagu Gemuruh dari telefon genggam Phillips Xenium berwarna hitam. Rutin yang dilakukannya setiap pagi tepat pada waktunya tanpa gagal. Perlahan dia melawan kelopak matanya yang masih memberat. Meraba meja kecil di pinggir katilnya dan menekan skrin sesentuh mendiamkan suara Faizal Tahir yang masih bersemangat. Dia bangun dan duduk di pinggir katil. Terasa otot2 badannya masih kaku. Dia menggeliatkan tubuhnya, tangannya diangkat setinggi mungkin, seolah mahu menjangkau langit2 kamarnya.

Dia menjulurkan kakinya ke lantai yg dibeku penghawa dingin sepanjang malam, menyarungkan selipar oren yang dianggapnya cenderamata dari sebuah hotel di Bandung bulan kelmarin, dan menuju kamar mandi menyempurnakan rutin paginya. Dia membiarkan air mengalir di kakinya, sebelum perlahan2 membasahkan lutut, peha dan punggungnya dengan air yang semakin memanas. Segar mula menyapa tubuhnya tatkala kepalanya dibasahi oleh air panas, dan dia meneruskan mandi paginya sambil memberus giginya, membersihkan bahagian luar, dalam, atas, tengah dan belakang.

Usai mengeringkan tubuhnya dengan sehelai tuala coklat lebar, menyarungkan baju singlet putih yg nipis dan menggantikan tuala yang menutup bahagian pinggang ke bawah dengan sehelai kain pelikat berwarna merah gelap. dia duduk kembali di pinggir katilnya dan menghempaskan tubuhnya ke belakang menghenyak tilam bercadar putih. Terasa dingin yang melekat di cadar itu menempel di kulit tubuhnya. Dia tarik bantal putih ke belakang kepalanya dan memejamkan matanya.. emm.. aroma mawar itu.

# # #

Isnin. 16hb Mei 2011. 05:00 AM

Faizal Tahir melantangkan lagu Gemuruh dari telefon genggam Phillips Xenium berwarna hitam. Rutin yang dilakukannya setiap pagi tepat pada waktunya tanpa gagal. Perlahan dia melawan kelopak matanya yang masih memberat. Meraba meja kecil di pinggir katilnya dan menekan skrin sesentuh mendiamkan suara Faizal Tahir yang masih bersemangat. Dia bangun dan duduk di pinggir katil. Terasa otot2 badannya masih kaku. Dia menggeliatkan tubuhnya, tangannya diangkat setinggi mungkin, seolah mahu menjangkau langit2 kamarnya.

Dia menjulurkan kakinya ke lantai yg dibeku penghawa dingin sepanjang malam, menyarungkan selipar oren yang dianggapnya cenderamata dari sebuah hotel di Bandung bulan kelmarin, dan menuju kamar mandi menyempurnakan rutin paginya. Dia membiarkan air mengalir di kakinya, sebelum perlahan2 membasahkan lutut, peha dan punggungnya dengan air yang semakin memanas. Segar mula menyapa tubuhnya tatkala kepalanya dibasahi oleh air panas, dan dia meneruskan mandi paginya sambil memberus giginya, membersihkan bahagian luar, dalam, atas, tengah dan belakang.

Usai mengeringkan tubuhnya dengan sehelai tuala coklat lebar, menyarungkan baju singlet putih yg nipis dan menggantikan tuala yang menutup bahagian pinggang ke bawah dengan sehelai kain pelikat berwarna merah gelap. dia berusaha menafikan mengantuk yg mengetuk matanya. sehelai sejadah berwarna merah tua terhampar menghadap arah matahari terbenam. dia kumpulkan tumpuan fikiran bertaut kyusu. alhamdulillah. takdir Tuhan hari ini berlaku sesuai kehendak-Nya. Allahu akbar.

# # #

setiap hari yang berlalu itu adalah hari yang sama, sehingga kita mengubahnya..
hidup yg kita jalani hari ini, entah peluang kali yang keberapa diberi Tuhan..

# # #
eof



0 ulasan: