Sunday, June 12, 2011

chronicle of melayupura - independence?

Posted by usoPkuChai On 5:01 AM No comments



alhamdulillah.. selesai jugak aku menulis dongeng melayu aku dari zaman yg tak diketahui hinggalah ke titik yg menjadi asas zaman yang sedang kita tempuhi sekarang. apa yang berlaku selepas dari titik itu seterusnya nanti hanyalah checkpoint yang tertulis jelas, hanya antara popular dengan tidak. lebih terus-terang dan tidak perlu seserabut aku menguak samar zaman sebelum semua ini berlaku. dan sebagai pembahagi kisah dua era itu, maka beginilah pendapatku..

maka jelaslah dalam sejarah menunjukkan bahawa org melayu tidak akan dapat menguasai pemerintahan tanpa mendapat sokongan kaum bukan melayu. namun hanya ada satu yg aku tidak faham, bagaimana pada pilihanraya dewan bandaran, kaum yg bukan warganegara tanah melayu boleh turut serta bertanding, mengundi dan memenangi majoriti kerusi yg dipertandingkan?

dan begitu jualah menjadi persoalan tentang bagaimana penentangan org melayu terhadap malayan union atas alasan tidak menyetujui kewarganegaraan diberikan kepada kaum asing, namun akhirnya org melayu sendiri bersetuju mengalah, malah bersama2 dgn kaum lain mengajukan permintaan, untuk berbahagi tanah melayu dengan kaum lain, sama persis dgn rancangan awal british, mungkinkah keinginan utk merdeka itu lebih tinggi dari ketuanan pada tanah air mereka sendiri?

begitu juga penentangan kaum lain yg bermula kerana mahukan singapura dimasukkan ke dalam malayan union, dan kemudiannya menentang persekutuan tanah melayu kerna menidakkan warganegara yg mereka dapati ketika malayan union, dan kemudian mereka berhasil mendapatkannya semula dengan kemerdekaan tanah melayu dari british.. mungkin yg benar2 mendapat kemerdekaan adalah kaum2 bukan melayu ini.. perjuangan mereka, secara radikal dan secara politik, benar2 dapat mencapai tujuan asal mereka.. mereka tahu apa yg mereka mahu dan mereka tahu mereka akan mendapatkannya juga, cepat atau perlahan..

hanya satu salah british disaat melahap kekayaan malaya dengan rakus, iaitu meningkatkan pendidikan org melayu.. zaman itu org melayu tidak meminta melainkan hanya menerima.. dan ketika org melayu sudah mulai melihat sekolah2 mubaligh british tidak akan membuatkan mereka kafir, maka semakin ramai anak2 melayu terdidik utk memahami cara kerja dan berfikir bangsa yg menjajahnya. begitu juga perkembangan nasionalis di timur tengah menyuntik semangat jihad di madrasah2 untuk merdeka.

dan ketika jepun melanggar tanah melayu, org melayu benar2 tersentak dan dikejutkan dari lena yg panjang dari mimpi dan angan2 bahawa british akan melindungi mereka selama2nya. ternyata british lari meninggalkan mereka dimamah jepun yang mabuk kuasa. maka terdidik pulalah anak2 melayu dalam memperkasakan keahlian untuk mempertahankan tanah airnya.

dan setelah itu terlalu sangatlah inginnya org melayu merdeka hingga sanggup menerima apa saja bantuan, baik dari kelompok radikal mahupun dari kelompok menengah. waktu terbentuk malayan union, melayu bangkit membantah penjajahan yg dipersetujui oleh raja2nya untuk menghapus kuasa dgn tunduk setuju ditadbir oleh british dan menggadai tanahair dengan membenarkan warga lain turut mengaku hak. legalah sedikit bila mendapat tanahairnya dengan menidakkan taraf warga pada kaum lain, namun sedarlah juga mereka bahawa itu hanya satu antara dua. org melayu masih tergadai kuasa.

maka bermula pula perjuangan menuntut kembali hak memerintah tanahnya sendiri, namun ternyata jelas utk mendapat kuasa terpaksa jua ia menggadaikan tanahairnya kepada kaum lain, maka sekali lagi org melayu terpaksa memilih antara memiliki negara tanpa kuasa atau memiliki kuasa dengan terpaksa merelakan sebahagian warisan tanah nenek moyangnya utk kaum lain. dan apa yg berlaku itu berlaku, dengan harapan selagi kuasa ada di tangan, mampulah kiranya mempertahankan tanahair yg masih berbaki pada mereka.

dan sekarang, terjadilah lagi konflik dalam org melayu.. memilih antara memilih kekuatan kuasa atau kecintaan pada tanahairnya.. sedangkan kaum yg lain sudah jelas matlamatnya. maka melayu sekali lagi dalam dilema, sama ada harus redha bersyukur menjadi miskin di negara sendiri atau bangkit menikmati kemakmuran tanahairnya.. jika dulu terpaksa berkongsi tanah utk mendapat merdeka, maka adakah perlu sekarang ini untuk berkongsi kuasa supaya terus merdeka..

wahai org melayu sekalian, maka lihatlah sejarah yg terpampang dan buatlah pilihan.. melayu tanpa tanah.. melayu tanpa kuasa.. melayu tanpa bangsa.. atau mungkin kita perlu mengaku melayu lagi.. kerna memang jika kita membuat pilihan tanpa kita sedar dan faham, melayu itu memang tidak akan ada apa2 lagi.. bukan lagi harimau yg terluka melainkan kucing kurap yg bersembunyi di longkang belakang yg gelap mengemis tulang sisa makanan untuk santapan di tengah malam.. wallahualam..

0 ulasan: