Thursday, June 9, 2011

diari rindu: memujuk rindu

Posted by usoPkuChai On 8:29 PM No comments



* * *

sudah sejam setengah aku mencuba tidur.. menyorok dalam gelap malam di dalam selimut memeluk rindu.. sia-sia.. otakku masih berfikir.. takkan mungkin aku akan tidur.. melainkan tertidur.. semakin aku pejam mataku, semakin pula aku merasa jaga..

baru tadi aku kembali menerusi perjalanan masa lalunya.. sekali lagi.. aku tidak pasti kali yang keberapa.. tapi sepertinya yang tadi itu adalah intisari dari semua yang telah diceritakannya.. namun yang anehnya dia melakarkan kisah itu seolah itu kisahnya dengan orang lain.. seolah aku tiada dalam kisah itu.. bukan kisah kami tapi hanya kisah dia.. bingung bukanlah istilah yang tepat buatku kali ini..

merungkaikan bahagian kisahku hanya akan mengundang kekeliruan.. kerna kisah cinta tidak terungkap ini akan menelurusi dua jalan yang berbeda.. aku keluar dari selimutku dan menyalakan sebatang rokok.. kuhembus perlahan asap rokok di dalam gelap.. benar kata kawanku, tidak puas merokok di dalam gelap tanpa terlihat asap berkepul.. kunyalakan lampu di pinggir katilku..

sayup dari pembesar suara yang tersambung ke laptopmu glenn fredley merayu Tuhan untuk diberikan satu lagi kesempatan untuk menyinta.. sekali ini saja.. anganku melintasi garis waktu.. memang tidak banyak yang berlaku antara kami.. namun bukanlah kami tiada kenangan bersama.. kesempatan bersamanya memang sebentar namun kesannya bukanlah tidak bermakna..

bagaimana aku mampu melupakan redup dari mata yang menunduk malu menguntum senyum? mana mungkin aku menafikan getar rasa setiap kali mendengar namanya? namun semua itu terhapus kerna baris kata-kataku suatu waktu dahulu.. ayat yang tidak pernah aku sungguhi, hanya sebagai cara melepaskan dia pergi, sesuai keinginannya.. ayat yang tidak mungkin dapat aku tarik kembali, menjadi dosa yang tidak terampun..

dalam samar kamarku, aku melihat dia menulis sesuatu.. aku kembali berbaring dan aku tahu aku harus menemaninya.. walaupun yang sebenarnya aku yang mahu ditemaninya.. rindu kembali merangkulku dengan lebih erat.. kami bermain kata, menabur benih kenangan baru.. dan ketika fajar subuh menggamit, aku hentikan permainan itu.. dia harus kembali kepada hidupnya.. dan aku harus kembali menghibur rinduku..

aku bangun meraih cangkir dan kuhirup kopi sejuk sisa malam tadi.. dan duduk di sofa hitam di kamarku, menyedut dalam rokok yang menyala di tangan kiriku, merenung garis fajar yang mengintai pagi.. sayup-sayup kedengaran suara azan.. ampunkan dosaku Tuhan..

* * *

tidak banyak yang berlaku pagi ini, hanya rutin biasa, secawan kopi dan sepiring roti bakar, jika tidak kerana satu emel pagi.. terlalu banyak persoalan yang dihimpun di hadapanku.. perlukah aku menjawabnya? dan adakah setiap jawapanku nanti akan diterima seadanya? atau mungkinkah nanti jawapan yang kuberi akan mengundang prejudis dan emosi? apa yang harus aku jawab? bukankah aku sudah menjawabnya sebelum ini?

perlukah aku mengatakan bahawa seorang pencinta hanya berharap untuk menyintai dan tidak lebih dari itu? perlukah aku menerangkan bahawa seorang pencinta tidak memerlukan cintanya berbalas melainkan hanya kesempatan untuk menyinta? perlukah aku menyebut bahawa seorang pencinta hanya menghamba pada cintanya dan segala kesakitan yang disebabkan oleh kekasihnya itu adalah nikmat padanya? perlukah aku memahamkan bahawa pencinta hanya mahu melihat bahgia pada kekasihnya dan bukan dirinya?

aku tidak perlu cinta untuk diriku.. aku tidak mahu memiliki.. aku hanya mahu memberi dan menyinta.. tidak bolehkah cinta menjadi sesederhana itu? bodohkah cintaku jika aku disakiti sedangkan rasa cinta itu mendamaikan hatiku? rugikah aku mencurahkan kasih sayangku tanpa dihargai, sedangkan cinta itu sendiri sudah membahagiakan aku?

namun apalah gunanya jawapan-jawapan gilaku itu.. itu hanya pendapatku.. tidak bolehkah aku mengguna setiap kesempatan yang terhidang untuk melayan cintaku? pentingkah sakit hati dan kecewaku berbanding nikmat tenteram, walaupun sebentar? dalam kamus cintaku tidak ada istilah jemu mahupun sedih.. jemu hanyalah ketika rindu pergi.. sedih hanyalah ketika aku melepaskan peluang melayani cinta..

katakanlah apa sahaja.. namun aku hanya percaya pada cinta.. cinta tidak pernah mengecewakan aku.. rindu tidak pernah menghalauku.. biarpun aku hanya ada lima minit, cukuplah kalau damai itu dapat menyapa hatiku.. cukuplah walau hanya dengan satu kata, dan kata itu akan menjemput tenteram dalam jiwaku.. tidak perlu aku siksa hatiku untuk mendapatkan lebih dari itu.. itulah bahagiaku.. walau hanya sekejap sekadar menjadi catatan bahawa aku pernah bahagia.. dan itu sudah cukup menyedarkan aku bahawa aku punya kamu selamanya.. dalam hatiku..

* * *

kesesakan jalan tikus dari mega kuningan ke arah jalan guru mughni tidak terasakan.. penunggang motorsikal yang tidak sabar menyelit di antara dereten kereta di jalan sempit tidak menjemput geram.. sepanjang mesyuarat tadi juga aku tidak berkata banyak.. hanya mengangguk-anggukkan kepala, bersetuju dengan entah apa.. hanya tersenyum menyambut jenaka mereka.. sebaik sahaja sampai di lobi aku langsung membuat keputusan untuk keluar semula, menahan teksi dan pulang ke rumah penginapanku.. pun masih kuabaikan kesesakan disepanjang jalan dr satrio..

entah kenapa aku terasa lemah dan lesu sebaik saja aku memasuki kamarku.. kulihat pintu bilik seorang kawanku renggang terbuka dan beberapa sandal di hadapan pintunya, namun aku tidak tertarik untuk turut sama menyembang petang bersama mereka seperti biasanya.. mungkin akalku mulai letih.. kunyalakan laptopku dan kumainkan playlist mp3, nice n easy..

sebaik sahaja aku meletakkan cawan kopi di sebelah kanan mejaku, dia menyapaku.. dan belum lama dia langsung menuntut jawapan untuk satu lagi persoalan.. soalan ringkas yang tidak berupaya aku menjawabnya.. bukan jawapan yang dimahukannya tetapi mahu aku menjelaskan isu.. menjelaskan apa? isu apa? perlukah segala-galanya diperincikan?

entahlah.. aku duduk lama setelah menghadiahkan tahlil pada arwah nenek.. kawan-kawanku sudah meninggalkan aku menuju ke ambassador setelah aku tolak ajakan makan malam mereka.. seolah akalku berhenti berfikir.. kuundang kembali rindu ke pangkuanku.. terasa ruang bilikku kosong.. hanya tinggal aku dan rinduku.. kubelai dan kupujuk, moga dipermudahkan..

* * *

0 ulasan: