Monday, June 20, 2011

rumah seribu pintu

Posted by usoPkuChai On 3:18 AM 2 comments


* * *

tidak seperti hari2 yg biasa bagi orang lain, setiap hari adalah hari yg luarbiasa buat salim.. setiap hari ada saja kaum keluarga dan sahabat handai yg diziarahinya.. bertanya khabar seolah mewawancara.. perubahan hidupnya yg menjadi aktif dalam badan sukarela, terutama kesungguhannya utk menyertai pasukan di zon perang palestin, juga mengejutkan ramai org2 yg dekat dengannya.. termasuk ibu, isteri dan anak2nya..

semua itu bermula sejak salim pulang dari utara tanahair.. memgikut kisah salah seorang sahabatnya yg tidak mahu dikenali, pada minggu terakhir pengembaraan mereka, mereka telah dijemput, dengan undangan khas, untuk bermalam di sebuah rumah yg mempunyai seribu pintu. dan salim telah memasuki sebuah pintu yg tidak ada seorg pun pernah keluar setelah memasukinya. salim adalah satu2nya yg keluar semula dari pintu itu, mengejutkan tuan rumah itu sendiri.

* * *

tiada siapa tahu lokasi sebenar tempat yg dimaksudkan oleh org tua yg tinggal di belakang rumah nenek salim. tok kudin masih bukan orang lain pada salim. beliau adalah bapa saudara kepada nenek salim. ketika nenek salim meninggal, tok kudin menarik tangan salim supaya mengikutinya pulang ke sebuah rumah pusaka kecil yg diwariskan mungkin sejak dari generasi pertama; apapun maksudnya.

malam itu tok kudin memperlihatkan kepada salim sebuah peta lama yg terlukis di atas sekeping kulit kambing biri2 yg bertulis jawi. pada mulanya salim menyangkakan bahawa peta itu adalah peta harta karun, yg mungkin dipertanggungjawabkan kepada keturunannya untuk menjaga. setelah tok kudin menceritakan bagaimana beliau mendapat peta itu dan mengapa dia perlu menceritakan kepada salim, barulah diketahui oleh salim bahawa peta itu ada penunjuk jalan kepada sebuah rumah besar yg terletak di utara, rumah seribu pintu.

namun tok kudin tidak memberikan peta tersebut kepada salim, kerna mengikut kata tok kudin, peta itu hanya diberi kepada orang yg diundang sahaja. dan tok kudin menceritakan itu kepada salim kerna salim adalah salah satu calon kuat dari keturunan mereka yg akan diundang ke rumah itu sebagai penerus kepada suatu tanggungjawab yg bakal dipikul oleh yg menerima undangan tersebut.

kata tok kudin, tidak ada gunanya dia memberikan peta tersebut kepada salim kerna kedudukan lokasi jalan ke arah rumah besar itu sentiasa berubah setiap empat puluh tahun. dan tok kudin tahu benar kalau dia tidak akan mendapat peluang kali kedua dalam hidupnya. maka itu dia memanggil salim kerna dia merasakan masanya juga sudah tidak lama lagi untuk menyusul adiknya yg sudah bepergian hari itu.

dia berkali2 mengingatkan salim supaya jangan membuka pintu terakhir di rumah tersebut. tidak ada siapa yg dapat kembali keluar dari pintu tersebut setelah memasukinya, sama ada tidak mahu keluar atau tidak boleh keluar tiadalah pula diceritakan oleh tok kudin.

salim hanya mendengar semua cerita tok kudin tanpa bertanya satu soalan pun. dia sangat faham dan mengerti bahawa untuk tujuan inilah neneknya sangat memperhatikan segala apa pun yg dilakukannya selama ini. malah ketika keluarganya berpindah ke kota samaringan, neneknya berkeras supaya salim tetap tinggal di kampung bersamanya. waktu itu juga salim tidak pernah bertanya kenapa.

beberapa minggu setelah itu, tok kudin juga meninggal dunia. habislah generasi tua dalam keluarganya. salim pernah cuba mencari peta yg pernah ditunjukkan padanya tetapi tidak berjaya menemukannya. dan kisah peta itu sudah diterlupakannya seiring kesibukan menjalani hidupnya, apalagi setelah dia beristeri dan mempunyai dua orang anak.

malah tiada siapa pun dalam keluarganya yg mengetahui kisah itu selain dirinya. dan kerna itu tiada siapa pun pernah membincangkan mengenai peta kulit kambing biri2 mahupun rumah besar seribu pintu yg dikisahkan oleh tok kudin.

* * *

suatu ketika salim sedang duduk2 membaca Quran sambil menunggu jualannya di sebuah pasar malam, tiba2 seorang lelaki muda menepuk bahunya sambil memberi salam. salim menyambut salam dan menyambut huluran tangan pemuda tersebut. tersangatlah elok rupanya berseri2 seperti bulan yg penuh. sambil tersenyum pemuda itu menghulurkan pula sebuah kelongsong yg diperbuat dari kayu yg berlorek awan larat kepada salim.

salim menerima kelongsong itu dan membukanya, tak ubah seperti surat watikah dari raja2 di zaman dahulukala. dia mengeluarkan selembar kulit kambing biri2 yg bergulung rapi. maka teringatlah salim kepada tok kudin. masanya sudah sampai untuk diperlihatkan sesuatu yg istimewa. salim mengangkat matanya ke arah pemuda tersebut untuk mengucapkan terimakasih, nmaun pemuda itu sudah tiada lagi.

sebulan setelah itu salim mengajak seorang sahabat baiknya utk menemaninya mencari rumah seribu pintu mengikut arah petunjuk dari peta tersebut. sahabatnya itu, yang berkeras tidak mahu ditulis namanya mahupun diberi nama lain dalam cerita ini, memang menekuni pekerjaan sebagai seorang pencari harta karun. hanya dengan melihat peta kulit kambing biri2 tersebut sudah cukup utk mengujakan ghairah berpetualangnya.

maka berangkatlah mereka berdua sesudah subuh menuju ke utara mencari suatu tempat yg sangat diyakini oleh sahabat salim sebagai lokasi yg dimaksudkan. mereka bergerak ke utara menaiki kereta sebelum meletakkan kereta di sebuah hotel, dimana sahabat salim akan menunggu, sebelum salim meneruskan perjalanannya meredah hutan tua seorang diri dengan hanya berpandukan peta kulit kambing biri2 tersebut.

* * *

pada malam salim menerima undangan ke rumah seribu pintu itu, salim tahu dia harus menemui sahabatnya utk mendapatkan nasihat. dia tahu benar kalau sahabatnya itu mampu membantunya memecahkan teka-teki yg berupa bentuk simbol dan tulisan yg tidak difahaminya. dia tahu dia harus memenuhi undangan sekali seumur hidup itu supaya dia dapat memahami apa yg orang lain tidak fahami sebagai bekal untuk memikul tanggungjawab yg akan terbeban di bahunya kelak.

ternyata bukanlah sesuatu yg mudah untuk memecahkan setiap kata dan simbol dalam peta tersebut. sahabatnya hanya datang semula kepadanya setelah hampir tiga minggu mencanai otak mengkaji dan memikir mengguna seluruh pengalaman dan pengetahuan yang dikutip sepanjang menjalankan projek2nya sebelum itu.

dan malam itu salim dan sahabatnya membincangkan dengan teliti apa yg dapat diungkapkan di dalam peta tersebut. salim harus mencarinya secara bersendirian ketika bulan mengambang penuh. namun sahabatnya bersetuju untuk menunggu salim di hotel yg terdekat dengan jalan memasuki denai menuju lokasi yg ditandakan dengan segi tiga terbalik berwarna merah di dalam peta tersebut.

seminggu setelah itu barulah mereka berangkat setelah salim menyiapkan segala keperluan buat keluarganya sepanjang kepergiannya. salim hanya memberi tahu kepada isteri dan anak2nya bahawa dia akan pergi selama beberapa hari sahaja. isterinya hanya tersenyum dan mendoakan keselamatan salim tanpa bertanya banyak.

* * *

sebenarnya denai menuju lokasi yg ditujui salim tidaklah sesukar seperti yg dijangkakan ketika mendiskusikannyA seminggu yg lalu. sinar rembulan yg mengambang memuntahkan cahaya menerangi sebuah lorong kecil. salim mengikuti lorong tersebut meredah akar kayu dan semak belukar. terasa jauh perjalanan yg ditemani oleh bunyi cengkerik dan unggas2 yg belum tidur.

setelah menelusuri jalan berpayungkan sebarisan pepohon tua yang mungkin berusia ratusan tahun, salim berdiri di hadapan sebuah rumah besar. lebih tepat kalau disebut sebagai sebuah istana lama. hanya saja ukurannya bukan ukuran seperti rumah manusia biasa. lama salim terpaku di depan pintu setinggi sepuluh kaki memikirkan apa yg harus dilakukannya.

salim kembali membuka peta kulit kambing biri2 dan membaca sebaris tulisan yg tertulis dalam huruf jawi di bahagian bawah. kemudian salim memberi salam, namun hanya dijawab oleh sepi malam. salim menghulur tangannya utk mengetuk pintu tersebut, tangannya seperti tersedut bersebati bersama pintu itu. ketika salim merasakan tangannya sudah menembusi pintu, dia terasa sesuatu menariknya. dia hanya mengikuti tarikan tersebut dan berjalan menembusi pintu kayu yg berlorek indah itu.

sekelip mata salim sudah berada di dalam rumah tersebut. tiada siapa yg menyambutnya. di hadapannya terpampang satu pemandangan yg belum pernah dilihatnya. satu lorong panjang dengan pintu2 di kiri dan kanannya. seperti lorong di hotel tetapi lorong ini seolah tiada berpenghujung, sayup terlalu dalam.

salim berjalan memasuki lorong tersebut dan meneliti setiap pintu di kiri dan kanan, berbagai rupa dan jenis. walaupun tiada bertanda namun setiap kali salim memegang pintu tersebut, dia seolah tahu apa yg ada disebaliknya. seolah ada cuplikan beberapa saat mengenai apa yg akan ditemukannya di dalam bilik tersebut. seperti salah satu pintu di kanannya yg dia tahu bahawa dia dapat kembali menemui arwah ayahnya yg tidak pernah dikenalinya sejak berusia tiga tahun.

semakin banyak pintu yg dipegangnya, semakin keliru apa yg dimahukannya. hinggalah dia sampai ke penghujung lorong tersebut, di hadapan sebuah pintuyg menghadap ke lorong tersebut. mungkin ini yg dimaksudkan oleh arwah tok kudin sebagai pintu terakhir. salim menyentuh pintu tersebut. tiada cuplikan, tiada suara, tapi diketahuinya bahawa pintu itu adalah pintu yg dapat membawanya ke alam kematian.

mampukah dia menyaksikan dan merasakan kematiannya sendiri? sanggupkah dia untuk mengetahui apa yg berlaku pada dirinya setelah kematian? sempat terfikir olehnya bahawa jika dia mengetahui apa yg berlaku setelah kematiannya, mungkin dia boleh mengubahnya setelah keluar semula dari pintu tersebut.. tapi bagaimana jika kematiannya membawa dia ke syurga? mahukah dia keluar semula melalui pintu tersebut atau dia terus menetap dalam alam kematian tersebut?

* * *

sahabat salim sedang tidur ketika pintu bilik hotelnya di ketuk dengan berulang2 kali dengan kuat. seperti ada yg tidak sabar mahu dia membukanya. dia bangun dan memutar kunci. salim menerpa masuk dan duduk di atas salah satu dari katil yg ada di bilik tersebut.

"kita mesti balik malam ini juga," kata salim singkat. sahabatnya hanya mengangguk tanpa bertanya dan berkemas untuk pulang.

sepanjang perjalanan beberapa jam itu, salim tidak berkata apa2.. hanya berselimut dan berpeluh2 seolah2 sedang dalam ketakutan. sahabat salim juga hanya mendiamkan diri dan memandu laju hingga ke rumah salim. salim turun tergesa2, berpatah balik melihat ke arah sahabatnya sambil menundukkan kepala, tanda terima kasih. dan sahabatnya turut membalas mengangguk sambil cuba tersenyum.

* * *

ada satu sampul surat besar ditinggalkan oleh salim kepada sahabatnya sebelum berlepas bersama sepasukan sukarelawan ke zon perang di palestin. walaupun pemergiannya di iring esak tangis keluarganya, namun terlihat kegembiraan di muka salaim. wajahnya berseri2, seolah2 dia memang menunggukan saat itu.

pada malam ketika sahabat salim mendapat khabar kematian salim dalam satu serangan tentera israel, sahabatnya tahu bahawa dia harus membuka sampul surat besar berwarna putih yg ditinggalkan oleh salim kepadanya. hanya sehelai kertas yg tertulis senarai nama.. tujuh puluh nama.. dan nama sahabatnya itu tertulis di antara yg paling atas. dia terduduk ketika terbaca tulisan di bahagian bawah kertas itu..

"jika syahidku diterima, inilah nama org2 yg kukasihi yg akan kutuntut jaminan janji-Nya. maka tetaplah kamu sekalian dlm iman dan taqwa.. sampaikan salamku kepada mereka.."

* * *