Sunday, January 16, 2011

hikayat merong mahawangsa

Posted by usoPkuChai On 5:44 AM 3 comments




alkisah disebut dalam hikayat lama bahawa di suatu ketika di zaman pemerintahan Raja Sulaiman as, akan Raja Rom mahu menikahkan puteranya dgn puteri Maharaja China. lalu baginda mengutuskan Raja Merong Mahawangsa belayar ke China utk mengahwinkan putera beliau.

Raja Merong Mahawangsa adalah seorang raja yg hebat dan berdaulat di zaman itu. baginda adalah dari keturunan jin, disebelah bapanya, dan dewa, disebelah ibunya. adapun Raja Merong Mahawangsa telah berkahwin atas keinginan ibubapanya dgn seorang puteri dari Raja Gergasi dan ibu berketurunan Raksaksa. baginda menyetujuinya kerna takut kuasa saktinya, yg boleh berubah rupa, akan ditarik oleh para tetua. maka isterinya sentiasalah mengikuti kemana sahaja baginda bepergian.

maka mendengarlah akan rajawali perkhabaran tersebut dari kakaktua, lalu menyampaikanlah ia kepada geroda yg tinggal di langkapuri. adapun geroda ini adalah dari keturunan Maharaja Dewan yg memerintah Langkapuri yg menjadi padang jarak padang tekukur setelah perang Rama. akan geroda berkata telah mendengarlah ia terlebih dahulu berita itu dari seekor gagak tua, dan telah melihatlah jua akan ia akan barang2 kelengkapan perutusan ke negeri China. berpendapatlah geroda bahawa Raja Rom mahu menunjuk kuasa dan tidaklah pernikahan itu akan terjadi.

terbanglah geroda mengadap Raja Sulaiman as dgn niat dapat menghalang keangkuhan Raja Rom. namun Raja Sulaiman as mengatakan jodoh jua antara keduanya dan tidaklah dapat terhalang lagi. tapi geroda bertetap jua mahu memutuskan, dan berjanjilah ia di hadapan Raja Sulaiman as bahawa tiadalah ia akan mengganggu manusia lagi dan muksalah ia dari syurga. dipersetujuilah oleh Raja Sulaiman as. bergegaslah geroda menuju China dan didapatinya sang puteri sedang bermain di taman bersama inang dan pengasuh, maka diculiknya ketiga sekalian dengan paruh dan kukunya dan menjagalah ia akan ketiganya di Langkapuri.

sementelah Raja Rom mengurniakan sebuah bahtera utk puteranya dan sebuah lagi utk Merong Mahawangsa, berserta dgn kapal2 yg lain belayar ke negeri China. setelah meredah lautan hindustan maka bersauhlah mereka di sebuah teluk, disambut dgn karang2an, dentuman senjata dan sebagainya. maka sampailah baginda di Kuala Changgung, tempat bertakhtanya Raja Kalungi.

disitulah diserang mereka oleh geroda dgn hujan ribut taufan guruh dan petir sambar-menyambar. melawanlah putera dan merong mahawangsa dgn sekalian anak2 kapalnya menembak semula ke arah geroda yg menyerang dari arah barat. dikeluarkan oleh Merong akan panahnya yg bernama Ayunan, maka terkenalah pada geroda dan terbang ia melarikan diri ke dalam hutan. sebelumnya geroda sempat berpindah kedudukan bersiap merencanakan badai dari arah utara ke selatan. akan merong hilanglah 3 buah kapalnya. membongkar sauh akan mereka malam itu menunggu jika geroda kembali, dan paginya belayar mereka ke arah selatan.

setelah beberapa hari sampailah mereka ke sungai Tawai, dan belumlah mereka sampai geroda terus menyerang mereka dengan ribut, guruh, petir dan kilat. dua bahtera putera dan merong disauh berdampingan manakala segala kapal yg lain mengelilingi keduanya dan bersedia dgn senjata mereka. maka mengeluarkanlah merong akan panahnya yg bernama Bratpura dengan muncung menyala seperti api dan dipanahnya dgn bunyi yg sangat nyaring memecahkan badai tersebut. akan geroda pula menghancur akan 3 buah kapal lagi kerna kebalnya ia terhadap serangan kapal2 tersebut. maka dipanah pula oleh merong akan Bratpura ke arah geroda, dan jatuhlah ia ke dalam laut, namun sempat ia menghancur 3 buah kapal lagi.

pada hari berikutnya geroda tidak memunculkan diri. maka sisa2 kapal pun belayar dgn 12 buah kapal berserta anak2 kapal musnah, dan sampailah mereka ke Kuala Parit. namun diserang lagi mereka oleh geroda dgn ganas dan buas. diambil pula oleh merong akan panahnya yg bernama Pusar Sempani Gembira dan dipanahnya geroda namun tiadalah berbekas malah 3 lagi kapal dimusnah akan geroda. dgn marah merong memanah lagi dan bertukarlag panahnya menjadi jentayu, namun disembur pula dgn api oleh geroda dan matilah ia. dan geroda terbanglah ia ke tempat tinggi mengelak akan kesaktian merong.

setelah itu belayarlah mereka hingga ke kuala sanglang. merong berlabuh sementara mencari air dan kayu, manakala putera raja meneruskan perjalanan hinggalah sampai ke langkapuri. nampaklah akan geroda bahawa merong tiada bersama dan menyeranglah ia hingga hancurlah bahtera putera. namun putera terselamat berpaut pada sekeping papan dan hanyut ke langkapuri.

apabila sampai bahtera merong maka berdukacitalah baginda merasa bertanggungjawab. mencarilah baginda akan putera namun tidak berjumpa. berputus asa maka belayarlah baginda dgn satu2nya bahtera yg tinggal ke arah timur hinggalah ke teluk tanjung dan bertanya baginda pada mualim akan nama pulau yg dihujung. maka ditunjuk kepada baginda akan Pulau Sari dan Pulau Jambul, maka berlabuhlah mereka ke Pulau Lada.

adapun Pulau Lada itu dihuni oleh kaum gergasi, maka turunlah merong dgn segala org besarnya menemui ketua gergasi dan menyampaikan hasrat utk menetap sehingga baginda menemui putera raja rom yg hilang. akan kaum gergasi itu pula mengangkat merong menjadi raja mereka kerana mereka belum beraja, dan digelarlah baginda negeri itu Langkasuka.

arakian putera raja rom yg hanyut itu ditemukan oleh inang. maka disuruhlah oleh puteri supaya inang menyembunyikan putera di sebuah gua dan dipeliharalah baginda. sementelah geroda merasa rancangan telah berhasil dan bercita2lah ia dengan puteri raja cina. maka terbanglah ia menghadap Raja Sulaiman as mahu menyampai khabar namun geroda jadi terhina dan memuksalah ia ke laut khalzum. dititah Raja Sulaiman as kepada Harman Shah, raja Jin, menjemput kedua2 putera dan puteri dan mengirimkan ke negeri China utk dinikahkan.

akan Raja Merong pula di Pulau Serai mencari isteri kepada menteri. ditunjuklah Kelinggi. maka belayarlah merong ke kelinggi. ketika disana utusan rom ke negeri china sedang mengadap raja kelinggi dlm usaha mencari merong. maka sukacitalah raja kelinggi menyatukan tempayan bota dan gergasi. bertemulah kedua raja dan diceritakanlah semua kisah. raja merung mahu kembali ke rom dan menteri rom mencadang ditabal dulu putera merong menjadi raja. setelah tabal putera baginda, raja merong mahapudisat, maka negeri itu pun diberi nama Kedah Zamin Tauran.

============================================================================================


benarkah hikayat merong mahawangsa penuh dgn cerita karut dan mitos? atau sebenarnya penuh dgn perumpamaan yg tersirat? mari kita perlahan2 menelusurinya..

dalam banyak hikayat melayu akan disebut Raja Sulaiman as, merujuk kepada Nabi Sulaiman as. kebanyakan hikayat ditulis setelah kedatangan Islam, menceritakan keadaan2 sebelum kedatangan Islam. apakah maksud mereka merujuk kepada Nabi Sulaiman as? adakah itu merujuk kepada suatu kuasa besar atau menyiratkan perkara lain?

Siapa Raja Rom yg dimaksudkan? ada teks yg menyebut bahawa nama Raja Rom itu adalah Argun Khan dan puteranya ialah Ghazan. Khan biasa digunakan oleh raja-raja di kerajaan Kling, yg mempunyai kaitan dgn Kerajaan Parsi. atau mungkinkah yg dimaksudkan Raja Rumi? baghdad? ada teks yg menyatakan bahawa Raja China yg dimaksudkan ialah Kublai Khan. dan kedua2 Khan ini dikatakan menganut agama yg sama, dgn itu dimaksudkan kedua2 putera dan puteri itu akan dinikahkan. mengapa pula kelihatannya China sangat lemah menahan serangan geroda?

bagaimana pula dengan Merong Mahawangsa yg mempunyai salahsilah Jin (bapa) dan Dewa (ibu). apakah yg dimaksudkan dengan jin dan dewa. keturunan dewa juga dikenali dgn nama keturunan indera. begitu pula dgn isteri Merong yg dikatakan dari keturunan Gergasi (bapa) dan Raksaksa (ibu). perlu diambil perhatian bahawa ketika sampai ke Pulau Lada, dikisahkan penduduk di situ juga adalah keturunan Gergasi. begitu pula Raja kelinggi yg berketurunan bota (raksaksa?) dan merong menikahi isteri pilihan ibubapanya kerna takut akan satu majlis tetua akan menarik semula kuasa saktinya, siapa majlis tetua ini?

kita lihat pula geroda yg disimbolkan sebagai seekor burung. dikisahkan geroda memerintah langkapuri (langkawi) setelah perang Rama yg menyebabkan langkapuri seperti padang pasir. siapa maharaja Dewan? siapa pula rajawali yg mengadu kisah raja rom? siapa pula kakaktua yg memberitahu rajawali? dan siapa pula gagak tua? dan kenapa geroda harus menghadap Nabi Sulaiman as? dan siapakah Harman Shah, sang raja Jin yg menjadi perdana menteri kepada Nabi Sulaiman as? Harman Shah ini juga yg menjadi utusan Nabi Sulaiman as ke negeri China.

bagaimana pula dgn nama anak panah Merong Mahawangsa? Ayunan, Bratpura, Pusar Sempani Gembira, Jentayu. adakah mmg org melayu tidak pandai mengira ketika mengatakan 12 kapal hancur setelah serangahn ketiga geroda, padahal bari dikisahkan 9 kapal yg dihempas?

diceritakan juga dalam satu hikayat lain yg menceritakan pembukaan negeri kedah mengisahkan ketibaan Derbar Raja dari tanah Gumarun, yg menyelamatkan diri ketika negerinya diserang Maharaja Parsi, disambut oleh Tan Dermadawan dan Tun Perkasa dan diangkat menjadi raja. mungkinkah raksaksa yg dimaksudkan ialah puak Sam-sam dan gergasi itu kaum Siam? atau mungkinkah pelarian dari tanah jawa, yg datang kira-kira seratus tahun sebelum kelahiran Nabi saw, ke Tanah Segara Masin setelah negara mereka diserang oleh bangsa hindustan. atau mungkinkah penghijrah dari langkapura atau pulau serindit (ceylon)?

atau mungkin memang benar, hikayat merong mahawangsa ini hanya sebuah khayalan penulisnya sahaja.. (?)

3 ulasan:

orang melayu berseloka berhikayat, bukan suka-suka, tak kurang usaha mencambahkan minda membuka mata

sejarah apakah ini??/....adakah hikayat yg dimaksudkan sekadar reka2an dan omongang kosong?

bukankah sejarah hanya rentetan peristiwa yg tersirat pengajaran.. maka memilihlah utk mengungkap benar akan cerita atau merungkai harga pengajarannya.. atau mungkin ada rahsia yg diselindungkan.. apakah?