Wednesday, March 2, 2011

disebalik tabir dinasti temenggung Johor

Posted by usoPkuChai On 3:53 PM No comments



ini bahagian terakhir dari bab kesultanan Johor. kemangkatan Sultan Mahmud Shah memperlihatkan pertelingkahan antara keturunan India-Muslim dgn keturunan dari sumatera. kemangkatan Sultan Mahmud Shah II pula menyaksikan peluasan pengaruh antara minangkabau dan bugis. dan dalam episod kemangkatan Sultan Mahmud III pula kita akan menjengok kesan permainan politik antara bugis dengan inggeris. akhirnya nanti kita melihat bagaimana kesultanan Melayu itu ditamatkan selepas kemangkatan Sultan Mahmud Muzaffar Shah.

sebermula kisah ketika Sultan Mahmud Shah III mangkat pada tahun 1812, Tengku Hussein (Tengku Long) tidak berada di Johor kerna diceritakan baginda sedang melangsungkan pernikahan di Pahang. Yam Tuan Muda Riau, Raja Jaafar, menabalkan adindanya Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor, namun tidak dipersetujui oleh kakak Raja Jaafar, yg merupakan isteri kepada Sultan Mahmud Shah III, dan enggan menyerahkan kebesaran diraja utk digunakan dalam adat pertabalan.

Bendahara Ali kemudian pergi ke Riau utk memulihkan adat, tetapi ditahan dipertengahan jalan oleh Raffles. dan dgn bantuan Temenggung, Tengku Hussein diculik dan dibawa ke Singapura, dan kemudiannya dipaksa oleh Raffles utk menandatangai perjanjian dengan British.

perjanjian ini dimaterai pada 6 februari 1819, antara lain menyebut bahawa British mengakui Tengku Hussein sebagai Sultan Johor yg sah, seterusnya Tengku Hussein dan Temenggung akan menerima gaji dari British, dan sebagai balasan Tengku Hussein membenarkan Raffles utk membuka tempat perniagaan di Singapura.

Bendahara juga diminta oleh British utk mengakui Tengku Hussein tapi beliau menolak dan mengatakan bahawa itu semua adalah ulah Temenggung serta menyatakan taat-setianya hanya pada Sultan Johor yg berada di Lingga. maka ketika itu Johor mempunyai dua org sultan.

sultan yg pertama, Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga dan disokong oleh Raja Jaafar. baginda mangkat pada tahun 1832 dan digantikan dengan anakandanya, Sultan Muhammad Shah dan seterusnya oleh Sultan Mahmud Muzaffar Shah pada tahun 1841. namun Sultan Mahmud Muzaffar Shah dimakzulkan pada tahun 1857 oleh belanda, dengan sokongan dari Raja Jaafar. baginda dikatakan memungkiri perjanjian antara Raja Jaafar dan belanda pada tahun 1830, perjanjian itu hanya diketahui oleh Sultan pada tahun 1855. baginda kemudiannya menuntut haknya sebagai pemerintah empayar Johor-Riau yg sah dengan meminta bantuan dari Johor, namun dinastinya berakhir pada 3 februari 1911, dimana ketika itu belanda menguasai sepenuhnya daerah Riau dan Lingga, dan menabalkan Sultan Sulaiman Badrul Shah sebagai sultan abru kerajaan Riau-Lingga.

sultan yg kedua, Tengku Hussein bersemayam di Johor dan dibayangi oleh pengaruh Temenggung. pengaruh Temenggung menjadi semakin kuat pada zaman Sultan Ali yg ditabalkan pada tahun 1835. pada tahun 1852, Sultan Ali membuat keputusan mengembalikan Johor kepada empayar Johor-Riau dan menemui Sultan Mahmud Muzaffar Shah di Lingga. manakala Temenggung Abu Bakar yg bercita2 menjadi sultan membuat hubungan dengan inggeris dan dengan menggunakan pengaruh inggeris, Sultan Ali terpaksa menyerahkan takhta Johor kepada Temenggung Daeng Ibrahim, bapa kepada Temenggung Abu Bakar, pada tahun 1855. Sultan Ali mangkat pada tahun 1877. Temenggung Daeng Ibrahim adalah dari keturunan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV, dari anaknya Tun Abbas. dan seterusnya dari keturunan inilah jurai Sultan Johor yg ada sekarang.

Temenggung Ibrahim mangkat apda tahun 1862 dan digantikan oleh anaknya Temenggung Abu Bakar dengan memakai gelar Sri Maharaja Johor. Temenggung Abu Bakar kemudiannya menyerang dan menawan Muar, yg dibawah kekuasaan Raja Temenggung, dengan bantuan inggeris pada tahun 1877. peristiwa ini dikenali sebagai Perang Jementah.

Temenggung Abu Bakar kemudiannya pergi ke Istanbul utk mendapat pengiktirafan sebagai Sultan Johor. pada tahun 1885, Sultan Abu Bakar menemui Ratu Victoria utk membuat perjanjian persahabatan dan mendapat pengiktirafan. Sultan Abu Bakar kemudiannya memindahkan pusat pemerintahan ke Johor Bahru dan menemukan Kesultanan Johor Moden.

balik pada cerita inggeris, Thomas Stamford Raffles mula-mula melangkahkan kaki di muara Sungai Singapura pada 28 januari 1819. dia berpendapat Singapura sangat strategik utk dijadikan pusat perdagangan. Raffles membuat perjanjian dengan Temenggung utk membuka kilang, namun itu memerlukan kebenaran dari sultan. Major William Farquhar dihantar ke Riau utk mendapatkan kebenaran tersebut, namun sultan dipengaruhi oleh Raja Muda Bugis dan belanda.

kerna itulah ketika dia mendapat tahu perihal yg berlaku di istana Johor, dia mengambil kesempatan mengangkat Tengku Hussein menjadi Sultan dan memaksa baginda membuat perjanjian dengannya sebagai wakil Syarikat Hindia Timur British (British East India Company). British bersetuju membayar Sultan Hussein sebanyak $5,000 setahun dan Temenggung sebanyak $3,000 setahun. Raffles kemudiannya menjadikan Singapura sebagai pelabuhan bebas cukai dan menarik banyak kapal berlabuh.

sewaktu pecahnya Perang Napoleon (1795-1818) di eropah, british menguasai kebanyakan dari tanah jajahan belanda. pada tahun 1824, termetarailah Perjanjian Inggeris-Belanda, yg menyaksikan empayar Melayu dibahagi dua oleh kuasa penjajah; Johor dan Singapura dibawah inggeris, manakala Riau dan Lingga dibawah belanda. pada tahun 1826, Singapura menjadi sebahagian dari Negeri Selat, yg kemudiannya menjadi pusat Negeri Selat pada tahun 1832. manakala Johor pula disatukan dalam Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895.

begitulah keadaan yg berlaku di negeri Johor sehinggalah pecah Perang Dunia ke-2 pada tahun 1939.

0 ulasan: