aku ambil masa utk mengisahkan yg mana dulu sehinggalah aku buat keputusan utk menyelesaikan kisah Perak sebelum mendongeng kisah negeri2 Melayu yg lain. era ini mengisahkan banyak perkara mengenai pertembungan kekuasaan yg menjadi titik peralihan sistem pentadbiran di Tanah Melayu. dan inilah kisah raja-raja Melayu Perak yg seterusnya..
pada bulan mei 1871, Sultan Ali al-Mukamal Shah mangkat di Sayong dgn gelar Marhum Nabi Allah, namun istiadat pemakaman tergendala selama empat puluh hari kerana Raja Muda Abdullah tidak mahu pulang ke Sayong, hingga Orang2 besar Perak membuat keputusan menabalkan Raja Bendahara Ismail sebagai Sultan Perak dgn gelar Sultan Ismail Mu'abidin Riayat Shah pada 28hb Jun 1871, menyaksikan, sewaktu pemerintahan baginda, pertelingkahan antara kerabat diraja antara Sultan Ismail (Belanja), Raja Muda Abdullah (Batak Rabit), Raja Yusuf (Senggang) dan Menteri Ngah Ibrahim (Larut) dan pergolakan dua kongsi gelap cina Ghee Hin (diketuai oleh Chin Ah Yam) dengan Hai San (diketuai oleh Chung Keng Quee).
Gabenor negeri Selat ketika itu, Sir Harry Ord, tidak mahu mengakui mana2 pihak yg mengakui sebagai waris yg sah tetapi membuat keputusan bahawa perlunya campurtangan british. Sir Andrew Clarke yg dilantik menjadi gabenor pada penghujung 1873 datang pula ke tanah melayu dgn arahan dari Setiausaha Negara..
"I have to request that you will carefully ascertain, as far as you are able, the actual condition of affairs in each state and that you will report to me whether there are any steps which can properly be taken by the Colonial Government to promote the restoration of peace and order and, to secure protection to trade and commerce with the native territories. I would wish you, especially, to consider whether it would be advisable to appoint a British officer to reside in any of the States."
manakala Raja Muda Abdullah pula meminta pertolongan Tan Kim Ching dan seorang peniaga Inggeris di Singapura menulis surat kepada Sir Andrew Clarke meminta perlindungan dari british dan "to have a man of sufficient abilities to show (him) a good system of government." dan pada 20hb Januari 1874, Sir Andrew Clarke bertemu dgn Raja Muda Abdullah dan beberapa Orang2 Besar Perak tanpa kehadiran Sultan Ismail dan Raja Yusuf, menghasilkan Perjanjian Pangkor dengan syarat2 yg dipersetujui..
"Raja Muda Ibrahim diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat British Residen hendaklah diikuti kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat British Residen."
Perjanjian Pangkor juga menyaksikan Raja Abdullah menyerahkan Dinding dan Pangkor kepada British yg menjadi sebahagian dari Negeri-negeri Selat. British kemudian melantik setiausaha jajahan Negeri Selat, JWW Birch, sebagai Residen British Perak yg pertama. namun kemudian berlakulah perselisihan antara Residen British dgn Raja Abdullah dan Orang2 Besar Perak terutama mengenai larangan memungut cukai dan hasil dalam negeri oleh pegawai kerajaan dan menghukum pemungut cukai yg menyalahi undang2, serta penghapusan adat hamba abdi kerna berhutang.
Pada 5 Januari 1875 Birch cuba membawa Sultan Abdullah ke Belanja, berjumpa dengan Raja Ismail, bekas sultan, dalam sebuah majlis khas yang dihadiri oleh Raja Yusuf, Raja Bendahara dan beberapa Orang-orang Besar tetapi Menteri Ngah Ibrahim, Temenggong dan Maharaja Lela tidak hadir sama walaupun mereka memang ada di Belanja, mendapatkan Raja Ismail untuk menyerahkan Alat Kebesaran Kerajaan Perak kepada Sultan Abdullah. Sultan Abdullah dan Raja Ismail serta Orang-orang Besar Perak telah bersatu menentang Birch.
Dua kali Birch meminta Sultan Abdullah menandatangani "Surat surat Perisytiharan" dalam bulan Februari 1875 tetapi permintaan tidak diluluskan oleh Baginda, kerana Baginda mesti berunding dahulu dengan Orang-orang Besar Perak dalam suatu majlis mesyuarat. Suatu perjumpaan di antara Orang-orang Besar Perak yang dihadiri oleh Birch, Sultan Abdullah dan Menteri Ngah Ibrahim fasal hendak memungut cukai-cukai di Negeri Perak telah berlangsung. Orang-orang Besar Perak yang hadir memang tidak suka terutama Maharaja Lela yang menjaga Kampong Pasir Salak.
Pada 26 April 1875 Sultan Abdullah mengirim sepucuk surat kepada Gabenor Andrew Clarke membantah perbuatan Birch, disokong oleh Orang-orang Besar Perak. Surat bantahan Sultan Abdullah dibawa ke Singapura oleh suatu perwakilan Baginda, terdiri daripada Raja Idris, Dato Laksamana Muhammad Amin dan Encik Muhammad Arshad. Perbuatan Sultan Abdullah mengecam kerja-kerja Birch di Negeri Perak tidak disetujui oleh Sir Andrew Clarke. Oleh sebab itu Birch dikatakan menjadi-jadi sehingga Dato' Shahbandar dibuang negeri. Beliau juga mengecam Sultan Abdullah jika perisytiharan-perisytiharan itu tidak ditandatangani hingga 21 Julai, 1875 Kerajaan Inggeris menurunkan Baginda dari takhta kerajaan.
Pada 21 Mei, 1875 pula suatu persidangan diadakan di Durian Sebatang dihadiri oleh Raja Idris, Laksamana Muhammad Amin, Dato' Seri Agar di Raja, Shahbandar, Maharaja Lela, Menteri Ngah Ibrahim, Temenggong dan lain-lain melainkan Raja Yusuf. Dalam perjumpaan itu Sultan Abdullah telah membacakan surat daripada Raja Ismail yang menyatakan bersetuju atas sebarang rancangan bagi menghalau orang-orang Inggeris. Semuanya yang hadir turut bersetuju menerima tawaran Maharaja Lela (Orang Besar Pasir Salak) untuk menikam Residen Birch.
Pada 24 September, 1875 Sultan Abdullah bersetuju dalam suratnya atas cadangan Gabenor yang menyatakan Negeri Perak hendaklah diserah kepada Kerajaan British. Lepas itu Sultan Abdullah memanggil Orang-orang Besar Baginda berkumpul di Pasir Panjang dan Baginda menyatakan kepada mereka Baginda akan menyerahkan Negeri Perak kepada Kerajaan British. Maharaja Lela menyatakan ia tidak peduli hal itu dan tidak akan menerima apa-apa perintah daripada Birch dan tidak membenarkan Birch berada di Kampong Pasir Salak dan Dato' Seri Agar di-Raja (Orang Besar Kampong Gajah) akan mengikut apa-apa yang dibuat oleh Maharaja Lela.
Pada 1 Oktober 1875, Birch meminta Sultan Abdullah menandatangani dua jenis surat perisytiharan Kerajaan British memerintah Negeri Perak, yang akan disiarkan kepada orang ramai. Tidak berapa lama selepas Swettenham bertolak ke Singapura, Sultan Abdullah di Batak Rabit telah memberi surat pengakuan membenarkan Maharaja Lela membunuh Birch dan Raja Ismail di Belanja untuk mengumpul Orang-orang Besarnya datang bermesyuarat untuk mendapat ketetapan surat daripada Laksamana Muhammad Amin, menyatakan Sultan Abdullah telah memberi kuasa kepada Maharaja Lela membunuh Birch. Perjumpaan bersetuju membantu Maharaja Lela menjalankan tugasnya, tetapi Menteri Ngah Ibrahim, Raja Bendahara dan Temenggong tidak hadir dalam mesyuarat itu. Sebagai akibat daripada perselisihan itu J.W.W Birch, Residen British pertama di Perak dibunuh di Kampung Pasir Salak pada 2 November, 1875.
Untuk membela kematian Birch itu Kerajaan Inggeris pun mengirimkan askar-askarnya ke Perak. Sepasukan askarnya mudik ke Sungai Perak lalu menyerang kubu pertahanan Maharaja Lela di Pasir Salak dan Kampung Gajah, sementara sepasukan yang lain pula mendarat di Matang lalu bergerak menuju Kuala Kangsar dan dari sini askar itu kemudian hilir ikut Sungai Perak. bermulalah episod Perang Perak pada tahun 1876.
Sultan Muda Ismail yang bersemayam di Belanja telah bersatu dengan Maharaja Lela dan orangnya berundur membawa Perkakas Kerajaan Negeri Perak ke Kinta, Kemudian ke Ulu Perak. Mereka diburu masuk ke Kedah dan akhirnya Sultan Muda Ismail menyerah diri kepada Sultan Kedah lalu dibawa ke Pulau Pinang, kemudian diserahkan kepada Naib Gabenor Pulau Pinang. Baginda kemudian telah diasingkan ke Johor dan Perkakas Kerajaan Negeri Perak telah dihantar ke England untuk simpanan.
Dato' Seri Agar di-Raja (Dato' Sagor) dengan orang-orangnya lari ke Pahang dan kemudian menyerah diri kepada Residen British di Pahang dan kemudian dihantar balik ke Perak. Dato' Sagor adalah orang kuat Sultan Abdullah dan Maharaja Lela, orang kuat Raja Ismail. Sultan Abdullah telah ditawan dan diasingkan ke Pulau Seychelles bersama Orang Kaya Menteri, Orang Kaya-kaya Laksamana dan Shahbandar. Maharaja Lela dan Dato' Seri Agar di-Raja dan lain-lain dibicarakan di Matang. Keputusannya mereka dihukum gantung sampai mati di Taiping.
Sultan Abdullah beristerikan Raja Tipah dan Putera Baginda adalah Raja Ngah Mansur dan Raja Chulan yang bersemayam di Kuala Kangsar. Sultan Abdullah berada dalam buangan di Pulau Seychelles kira-kira 17 tahun. Pada tahun 1894 Kerajaan British telah membenarkan Baginda balik ke Tanah Melayu dan bersemayam di Singapura bersama Orang-orang Besar Orang Kaya Menteri, Orang Kaya-kaya Laksamana dan Shahbandar. Kemudian Baginda sahaja pindah ke Pulau Pinang dan pada tahun 1922, Baginda telah dibenarkan balik ke Kuala Kangsar. Tidak berapa lama kemudian, Baginda mangkat dan dimakamkan di Makam di-Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar dan di gelar "Marhum Habibullah".
Tahun 1877, Raja Idris dibenarkan balik ke Negeri Perak kerana bukti-bukti kesalahan dalam perkara ini tidak jelas. Raja Idris Ibni Almarhum Raja Alang Iskandar kemudian dibenarkan balik ke Perak dari Singapura untuk membantu mertuanya Raja Yusuf untuk memerintah Negeri Perak. Raja Yusuf diiktiraf menjadi Pemangku raja daripada tahun 1877, manakala Raja Idris pula diangkat menjadi Raja Bendahara Perak.
Berikutan dengan itu, sebuah Majlis Mesyuarat negeri (State Council) yang ahli-ahlinya terdiri daripada Raja Yusuf sebagai yang di-Pertua, Hugh Low- Residen Inggeris, Raja Idris, Dato' Temenggong, Che Karim Selama, Kapitan Chung Keng Kwee - Ketua Kumpulan China Ho Kuan (Hai San), dan Kapitan Chin Ah Yam - (Ghee Hin) telah ditubuhkan. Persidangan pertama Majlis itu telah diadakan di Kuala Kangsar pada 10hb. September, 1877 bagi merundingkan dasar-dasar Kerajaan Negeri Perak.
Raja Yusuf adalah putera Almarhum Sultan Abdullah Muhammad I, Sultan Perak yang ke 22. Semasa Sultan Jaafar, Sultan Perak yang ke-23 mangkat pada tahun 1865, dan juga semasa Sultan Ali, Sultan Perak yang ke-24 mangkat, Baginda telah tidak dipilih menjadi Raja Bendahara walaupun Baginda berhak. Ini disebabkan ramai Raja-raja dan Orang-orang Besar Perak tidak sukakan Baginda.
Setelah lebih kurang 9 tahun Raja Yusuf menjadi Raja Muda dan Pemangku Raja di Negeri Perak, Baginda pun dilantik menjadi Sultan Perak yang ke-27 bergelar Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah pada 7hb. Oktober, 1886 dan bersemayam di Sayong Tebing. Raja Idris pula diangkat menjadi Raja Muda Perak. Sultan Yusuf memerintah Negeri Perak selama lebih kurang sepuluh bulan sahaja. Baginda mangkat pada bulan Julai, 1887 di Sayong dan digelar "Marhum Gharirullah".
Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar, G.C.M.G., G.C.V.O., ialah putera yang ketiga kepada Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) dan diputerakan di Kuala Keboi, Kampar (Perak) dalam tahun 1849. Dalam tahun 1875, semasa Sultan Abdullah Muhammad Shah II menjadi Sultan Perak, Raja Idris berumur 26 tahun. Di masa perselisihan di antara Sultan Abdullah dengan Birch, Baginda menjadi ketua rombongan perwakilan yang membawa surat daripada Sultan Abdullah kepada Gabenor Sir Andrew Clarke. Pada tahun yang sama, Raja Idris telah dilantik oleh Sultan Abdullah menjadi Hakim dan kemudian menjadi Hakim Besar pula.
Pada bulan Mac, 1876 Raja Idris dilantik oleh Sultan Abdullah menjadi hakim dalam perbicaraan Seputum, Che Gondah dan Ngah Ahmad di Bandar Baharu yang telah didakwa oleh British. Setahun kemudian Baginda balik ke Negeri Perak dari Singapura membantu ayah mertua Baginda Raja Yusuf Raja Muda Perak yang menjadi Pemangku Raja. Raja Idris dilantik menjadi Raja Bendahara Perak dan di akhir tahun 1877, Baginda dilantik pula menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri itu.
Pada 7 Oktober 1886, apabila Raja Muda Yusuf dilantik menjadi Sultan Perak, Raja Idris diangkat pula menjadi Raja Muda Perak. Dalam bulan Julai, 1887 Sultan Yusuf mangkat dan Raja Muda Idris dilantik menjadi Sultan Perak yang ke-28 bergelar Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah (Sultan Idris I). Baginda bersemayam di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ketika itu Baginda berumur 38 tahun. Sir Hugh Low masih memegang jawatan Residen di Negeri Perak.
Ketika Baginda berjawatan Hakim dalam tahun 1884, Baginda berangkat ke London bersama-sama Sir Hugh Low dan Yang Mulia Raja Mansur ibni Almarhum Sultan Abdullah kerana mengambil balik perkakas Kerajaan Negeri Perak yang dibawa oleh orang-orang Inggeris untuk disimpan selepas huru-hara Perang Perak dalam tahun 1875 hingga 1876.
Dalam tahun 1888 Baginda Sultan idris sekali lagi berangkat ke England bersama-sama Sir Hugh Low dan Raja Ngah Mansur kerana menunaikan jemputan Ratu Inggeris, Queen Victoria. Di England, Raja Ngah Mansur berusaha dengan persetujuan Sultan Idris mencipta lagu "Lagu Kebangsaan Negeri Perak Terang Bulan". Lagu ini mula diketengahkan pada 5 April, 1889 dalam Istiadat Pertabalan Baginda di Kuala Kangsar.
Pemerintahan Sultan Idris bertambah maju, pekan-pekan semakin banyak dibuka di negeri itu, hasil bijih timah dari daerah Kinta banyak dikeluarkan dan ladang-ladang getah semakin banyak dibuka di daerah-daerah Negeri Perak. Penduduk Negeri Perak menjadi bertambah ramai, berjumlah 214,254 orang.
Pada tahun 1895, dengan persetujuan Sultan-Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang di-Pertuan Negeri Sembilan, keempat-empat buah negeri itu dijadikan sebuah persekutuan negeri-negeri dinamakan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Persekutuan ini telah dirasmikan pertubuhannya pada 1 Julai 1896 dan Majlis Raja-Raja keempat-empat buah negeri ini disebut DURBAR. Pengerusinya ialah Sir Charles Mitchell, Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Gabenor Negeri-Negeri Selat. Majlis tersebut diadakan di Istana Sultan Idris Perak (Istana Negara) di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada bulan Julai 1897.
dan seterusnya kesultanan Perak bersama2 dgn negeri2 Melayu yg lain memasuki satu era penjajahan British dan terus mengekalkan dinasti kesultanan melewati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sehinggalah sekarang. inilah peristiwa penting yg bukan hanya mewarnai kesultanan Perak tetapi mendung yg kemudiannya menyelubungi keseluruhan negeri-negeri Melayu.
0 ulasan:
Post a Comment