Saturday, April 30, 2011

tiga tahun lapan bulan

Posted by usoPkuChai On 4:33 AM No comments



sambung dari yg sebelum nih, maka British pun bertakhta di Tanah Melayu, yg ketika itu dikenali sebagai British Malaya. dikisahkan di zaman itu Tanah Melayu, yg ketika itu merupakan pengeluar bijih timah dan getah yg terbesar di dunia, adalah antara penyumbang utama kemakmuran Britain terutama untuk mendanai kempen Perang Dunia Pertama, dan seiring dgn revolusi industri yg berlaku di eropah.

Perang Dunia Pertama dimulakan pada 28 Julai 1914 dengan penaklukan Austria-Hungary ke atas Serbia, dan kemudiannya diikuti dgn penaklukan Jerman ke atas Belgium, Luxembourg dan Perancis, serta setelah itu serangan Rusia ke atas Jerman. Perang Dunia Pertama yg berakhir pada 11 November 1918 apabila pihak bersekutu dan Jerman membuat perjanjian utk menghentikan peperangan. Perang Dunia Pertama memperlihatkan kejatuhan Jerman, Rusia, Austria-Hungary dan empayar Othmaniyyah, walaupun pada ketika itu mereka tidak menyerah kalah.

keadaan peperangan ketika Perang Dunia Pertama tidak begitu dirasakan di Tanah Melayu sehinggalah tercetusnya Perang Dunia Kedua yg bermula dengan penaklukan Poland oleh Jerman dan Slovakia pada 1 September 1939, yg kemudian diikuti dgn pengisytiharan perang terhadap Jerman oleh Perancis dan kebanyakan negara yg berada di bawah takluk empayar British dan komanwel.

disebelah timur pula ketika itu, Jepun sedang berperang dgn China sejak dari tahun 1937 melancarkan Perang Pasifik, setelah menolak desakan Amerika utk berundur dari China pada 27 November 1941, dimana penaklukan Tanah Melayu adalah sebahagian dari rancangan mereka utk melumpuhkan kekuasaan tentera bersekutu di sebelah timur. maka bermulalah satu episod baru dlm sejarah Tanah Melayu. kita mulakan pengkisahan episod ini dgn detik2 awal kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu, ini adalah pelajaran awal kepada org Melayu mengenai perang.


berikut adalah ringkasan kronologi kempen 10 minggu penaklukan tentera Imperial Jepun ke atas Tanah Melayu..

04 Disember 1941 - tentera jepun belayar dari Pelabuhan Samah, Hainan.

07 Disember 1941 - Skuadron 205 RAF (British) dapat menjejak armada Jepun yg belayar melalui Teluk Kemboja menuju Tanah Melayu.

British yg mendapat maklumat ini ragu2 dan akhirnya menolak pelan cadangan Operasi Matador yg bertujuan menghalang Jepun, kerana tidak mahu operasi tersebut akan menyebabkan perang dengan Thailand.

08 Disember 1941 - Jepun mendarat di Tanah Melayu

Jepun melakukan tiga pendaratan serentak dlm kempennya. Div ke-18 pimpinan Mej Jen Hiroshi Takumi mendarat di Pantai Padang Pak Amat (00:30) dan berjaya menawan Kota Bharu (14:00), memaksa pasukan Briget India ke-8 (British) berundur ke selatan. Army 25th pimpinan Let Jen Tomoyuki Yamashita mendarat di Patani dan berperang selama 8 jam dgn Thailand, sblm Thai membenarkan Jepun menggunakan pengkalan tentera. Div ke-5 pimpinan Lt Jen Takaro Matsui mendarat di Singgora, ditugaskan menyerang Kedah. Pada hari yg sama, kapalterbang pengebom Jepun mengebom Singapura.

british melancarkan operasi krohcol, dengan menghantar batalion 3/16 dan 5/14 rejimen punjab dgn bantuan satu kompeni angkut dari tentera australia utk menahan kemaraan Jepun dari arah Thailand dan melindungi Jitra.

09 Disember 1941 - Jepun menawan lapangan terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star.

10 Disember 1941 - British menghantar armada laut Force Z ke Kuantan, namun kedua2 kapal tempurnya ditenggelamkan oleh pesawat tempur Jepun.

11 Disember 1941 - Pertempuran Jitra

Jepun memusnahkan pertahanan British, Div ke-11 india, di Jitra setelah menyerang selama 15jam dgn menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri. pada hari yg sama, kapalterbang pengebom Jepun mula mengebom Pulau Pinang.

12 Disember 1941 - Markas Gerakan Tanah Melayu (Malaya Command) mengarahkan briged 8 india berundur dari Kota Bharu utk menyelamatkan bekalan dan kelengkapan dari Kuala Krai. kompeni A dari batalion ke-2 Rejimen Askar Melayu turun membuat pertahanan di Kuala Krai.

14 Disember 1941 - Jepun menawan Alor Star setelah Div India ke-11 (British) berundur ke Gurun pada tgh malam sebelumnya. pada 15:00 Jepun menyerang kedudukan british di Gurun, Div ke-11 berundur ke seberang Sungai Muda.

15 Disember 1941 - Jenderal Yamashita memindahkan ibu pejabatnya ke Alor Star.

17 Disember 1941 - Jepun menawan Pulau Pinang apabila British berundur pada 16 Disember 1941 setelah dibom selama seminggu oleh tentera Jepun. Lt Jenderal AE Percival membuat keputusan bertahan di Sungai Perak. manakala di Alor Star, pasukan perintis dari Div Pengawal Imperial Jepun termasuk Lt Jen Takuma Nishimura dan Ketua Turus Mej Jen Imaye tiba dari Bangkok dgn keretapi.

18 Disember 1941 - tentera british yg berundur dari Pulau Pinang membuat pertahanan di Selama dan membuat penyusunan semula pasukannya. sementara Lt Jen Percival terbang ke Ipoh utk merundingkan strategi dgn Lt Jen Jewis Heath.

19 Disember 1941 - di markas gerakan Tanah Melayu, Lt Jen Percival membuat perancangan baru dan memilih Kampar sebagai tempat pertahanan utama.

21 Disember 1941 - Persefahaman Persahabatan (Treaty of Friendship) antara kerajaan Thailand dengan kerajaan Imperial Jepun ditandatangani.

23 Disember 1941 - Jepun menawan Kuala Kangsar setelah british berundur sepenuhnya menyeberangi Sungai Perak.

26 Disember 1941 - Pertempuran Ipoh

tentera british di Ipoh cuba melengahkan kemaraan askar Jepun, kemudiannya berundur untuk mengurangkan korban perang. Div ke-5 jepun menawan bandar Ipoh. Jen Yamashita memindahkan markas gerakannya ke Sekolah Tinggi Taiping.

27 Disember 1941 - Panglima Tertinggi Timur Jauh Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Lt Jen Sir Henry Pownall. manaka di Taiping, Jen Yamashita menukar taktik dgn menghantar 1,500 tentera dari Div ke-5 Jepun menyusuri Selat melaka dan mendarat di belakang garisan pertahanan tentera british dan menyerang dari belakang.

30 Disember 1941 - Pertempuran Kampar

setelah dua hari menawan Ipoh, Jepun membedil rabung Kampar. pertempuran selama 3 hari 3 malam itu memperlihatkan keberkesanan pasukan meriam tentera british bersama bantuan pasukan gurkha dan rejimen punjab, namun terpaksa berundur ke slim river setelah menyedari laluan ke singapura di belakang mereka dipintas oleh Div Pengawal Imperial Jepun.

02 Januari 1942 - British berundur dari Kampar dan mendapat berita bahawa Jepun telah membuat serangan dari arah laut di Kuala Selangor. dalam hari yg sama, Jen Yamashita memindahkan markasnya ke Ipoh.

03 Januari 1942 - Lt Jen Percival mengarahkan tentera british berundur ke Maran, namun tentera Jepun membuat serangan hendap keatas batalion 2/12 Rejimen Frontier Force.

06 Januari 1942 - Pertempuran Slim River

tentera Jepun mengadakan serangan mengejut ke atas tiga batalion briged ke-12, dua gurkha dan satu rejimen 5/2 punjab, menyebabkan tentera british meninggalkan banyak peralatan ketenteraan utk pihak Jepun. tentera Jepun merampas jalan jambatan slim river pada 08:30 dan memusnahkannya utk memintas laluan mereka yg terselamat lari ke selatan. pertempuran Slim River memberikan Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur.

08 Januari 1942 - Jen Wavell mengarahkan Jen Heath utk menyediakan rancangan pengunduran tentera british di Batu Caves ke kedudukan pertahanan di Johor. manakala Jen Yamashita pula mengarahkan Div Pengawal Imperial utk operasi penyusupan melalui laut, Div ke-5 diarahkan mara terus ke Kuala Lumpur dan Detasmen Takumi (briged 23 infantri) menghampiri Kuala Lumpur dari Kuantan.

10 Januari 1942 - Lt Jen Bennett memimpin pasukan Westforce utk mengiringi pengunduran british dari barisan pertahanan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka, ke garisan pertahanan yg meliputi Jambatan Gemencheh. namun beberapa jam sebelum pengunduran dijadualkan, tentera Jepun telah menyerang tentera Gurkha dan menawan Serendah.

11 Januari 1942 - Jepun menduduki Kuala Lumpur (08:30) setelah British berundur (04:30), dan membuat serangan udara pertama ke atas kedudukan tentera british di Muar.

12 Januari 1942 - 112 pesawat tentera Jepun membuat serangan pengeboman ke atas Singapura, dan bertempur dengan skuadron 488 tentera udara diraja New Zealand.

14 Januari 1942 - Pertempuran Jambatan Gemencheh

jan 04:30, Mej Jen bennett mengambilalih pemerintahan medan pertempuran di Tanah Melayu dan membuat persiapan serangan hendap yg disediakan oleh Lt kol black jack Galleghan. pada jam 16:00, kompeni B dari batalion 2/30 infrantri australia dari Div ke-8 tentera Imperial Australia melancarkan serangan hendap utk menahan kemaraan Div ke-5 infantri Jepun yg mara dari Tampin. Jambatan Gemencheh diletupkan dan setelah dua hari bertempur, tentera australia berundur melalui Gemas ke Estet Fort Rose.

15 Januari 1942 - Div Pengawal Imperial menyusup dan mendarat di Parit Jawa dan Batu Pahat bergerak menuju Bukit Pelanduk dan arah timur Muar.

18 Januari 1942 - Lt Jen Percival dan Mej Jen Bennett membuat keputusan mengundurkan Westforce ke Sungai Segamat.

19 Januari 1942 - tentera Jepun mengusir rejimen ke-6 Norfolk dan menawan Bukit Pelanduk, menyebabkan perhubungan darat antara pasukan Australia dan pasukan India di Bakri terputus. manakala Lt Kol Charles Anderson, pegawai pemerintah batalion 2/19 Australia, mengambil alih pimpinan pasukan tentera komanwel di Muar.

20 Januari 1942 - Pertempuran Muar

Muar jatuh kepada tentera Jepun setelah pertempuran selama 4 hari. briged ke-45 india, div ke-8 australia, batalion ke-2/19 dan 2/29 yg berkumpul di Bakri telah berusaha menawan semula Muar sebelum berundur ke Yong Peng dan seterusnya ke Parit Sulong.

manakala di Kuala Lumpur, Jen Yamashita memanggil panglima2nya bermesyuarat di markas barunya.

21 Januari 1942 - Pembunuhan Beramai-ramai di Parit Sulong

Div ke-8 Australia dan Brigade infantri ke-45 India terkepung di Jambatan di Parit Sulong. kerna kehabisan bekalan setelah bertempur sejak dua hari sebelumnya dan setelah gagal berunding di bawah bendera putih, tentera yg sihat diperintahkan berpecah ke dalam hutan dan manakala 110 tentera australia dan 40 org tentera india menyerah diri, dgn andaian Jepun akan mematuhi Perjanjian Geneva mengenai tawanan perang. namun Div Pengawal Imperial Jepun telah menembak mati semua tahanan perang tersebut.

23 Januari 1942 - Mej Jen Bennett memindahkan markasnya ke Renggam.

25 Januari 1942 - tentera British berundur dari Batu Pahat je Senggarang.

26 Januari 1942 - Lt Jen Heath dipertanggungjawabkan menyelia pengunduran tentera British ke Singapura. manakala di mauara Sg Endau, armada laut Imperial Jepun mendaratkan tentera dari Div ke-18 Jepun.

27 Januari 1942 - Jen Yamashita memindahkan markasnya ke Kluang.

28 Januari 1942 - Sultan Sir Ibrahim menyampaikan kecewanya kerana british meninggalkan Tanah Melayu utk ditawan Jepun ketika makan tghari ebrsama Mej Jen Bennett di Istana Bukit Serene.

29 januari 1942 - Mej jen Bennet memindahkan markasnya ke sebuah banglo di Bukit Straits View.

31 Januari 1942 - Jepun menawan Johor Bahru setelah tentera british sepenuhnya berundur ke Singapura dan meletupkan Tambak Johor pada 08:15.


01 Februari 1942 - Jen Yamashita memindahkan markasnya ke sebuah banglo estet yg ditinggalkan di Kluang, dan menggariskan rancangan penaklukan Singapura.

02 Februari 1942 - pesawat pengebom Jepun membuat lapan serangan ke atas tangki simpanan minyak tentera laut diraja dan juga menyerang stesyen keretapi Tanjong Pagar.

03 Februari 1942 - Mej Jen Bennet mengadakan perjumpaan dgn pemerintah2 Australia di maskasnya di Hillview berhampiran balai polis Bukit Timah. manakala Jen Yamashita mengarahkan pasukan artilerinya memusnahkan tangki minyak di pelabuhan tentera laut di Singapura.

05 Februari 1942 - meriam2 Jepun membedil kedudukan tentera Australia di bahagian utara Singapura dari Johor Bahru.

06 Februari 1941 - Jen Yamashita memindahkan markasnya ke Istana Bukit Serene. manakala pasukan artileri Jepun membedil kawasan sebelah timur laut Singapura, dgn tumpuan kepada kawasan Changi.

07 Februari - Div Pengawal Imperial mengambil posisi di Pulau Ubin

08 Februari 1942 - Pertempuran Pantai Sarimbun

pada jam 10:00, 440 pucuk meriam pasukan artileri dan pesawat udara Jepun membedil dan mengebom bahagian barat Singapura sehingga jam 19:00. pada 20:30, briged ke-22 australia dan broged 44 india melepaskan tembakan ke atas kapal yg mengangkut gelombang pertama 4,000 tentera Jepun dari Div ke-5 dan ke-18. pada malam itu seramai 13,000 org tentera telah mendarat. tentera british kemudiannya terpaksa berundur menjelang tengah malam. menjelang subuh 10,000 org lagi mendarat.

10 Februari 1942 - Jepun mendarat di Kranji dan pengunduran tentera british dari Kranji memudahkan kemaraan tentera Jepun. tentera Jepun juga menyerang Bukit Timah dan Jurong. kompeni C 2 melayu tepaksa berundur setelah broged 44 india berundur. manakala Mej jen Bennett memindahkan markas Div ke-8 Australia ke Jalan Holland.

11 Februari 1942 - Pertempuran Bukit Timah

Jeneral Yamashita memindahkan markasnya ke Tengah dan mensasarkan kejatuhan Singapura pada hari kebangsaan Jepun (Kigensetsu), dia menulis surat kepada Lt Jen Percival dan mengarahkan tentera british utk menyerah diri, sebagai muslihat kerana jepun juga sudah kekurangan bekalan. Div ke-5 infantri Jepun mera ke timur dan menyebabkan briged 6/15 india meninggalkan kedudukan pertahan setelag pertempuran jarak dekat. tentera briged 33 Australia juga terpaksa berundur kerna bilangan korban perang yg tinggi. pada jam 20:00, kedudukan Rejimen askar Melayu di Jalan Refarmotary diserang oleh Jepun.

13 Februari 1942 - Jen Yamashita memindahkan markasnya ke kilang kereta Ford di Bukit Timah. manakala di markas gerakan Tanah Melayu, Mej Jen Bennett mendesak Lt Jen Percival utk menyerah kalah.

Pertempuran Pasir Panjang

kompeni B batalion pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu) bertempur dgn Div ke-18 tentera Imperial Jepun yg dibantu oleh tembakan artileri dan kereta kebal, hingga berlaku pertarungan menggunakan bayonet (hand-to-hand combat). sebahagian askar melayu menjadi tawanan perang, manakala Briged infantri ke-44 india dan Briged infantri pertama Malaya berundur ke garisan pertahanan di Mount Echo di Bueno Vista. serangan kedua Jepun ke atas kedudukan askar Melayu pada keesokan harinya memaksa kompeni C dari 1 Melayu dan briged infantri pertama Malaya berundur ke Bukit Chandu.

14 Februari 1942 - Jepun mengancam hendak menghentikan bekalan air kerana mereka telah menguasai 3 buah lapangan terbang dan ketiga2 empangan yg membekalkan air minuman kepada Singapura. Jen Wavell menghantar kawat kepada Winston Churchill menyatakan keadaan yg tiad harapan, Winston Churchill memberi kebenaran utk menyerah diri, namun Jen Wavell mengarahkan Lt Jen Percival utk meneruskan tentangan.

Pertempuran Bukit Chandu

kompeni C dan kompeni D dari 1 Melayu yg ditugaskan bertahan di Bukit Chandu dibedil berterusan oleh pasukan artileri Jepun. pertempuran bukit chandu memperlihatkan keberanian dan keperwiraan rejimen askar melayu yg terus berjuang menentang tentera jepun yg jauh lebih ramai tanpa bantuan sehingga dikagumi oleh tentera british, australia, india british dan tentera jepun sendiri. pertempuran ini memahatkan nama Left Muda Adnan bin Saidi sebagai idola pejuang yg menyeru anggota platunnya yg seramai 40 org sebelum pertempuran untuk "biar putih tulang, jangan putih mata".

Pembunuhan di Hospital Alexandra

Div pengawal Imperial sampai ke Hospital Alexandra Barracks pada jam 14:00, dan kerana marah dgn penentangan di Bukit Chandu, tentera Jepun membunuh semua pesakit, doktor dan kakitangan hospital.

15 Februari 1942 - Jepun menakluki Tanah Melayu setelah Lt Jeneral Arthur E. Percival menandatangani pengakuan menyerah kalah (18:10) kepada Jeneral Yamashita dan pengeboman dihentikan (20:30)


berikut pula kronologi ringkas penaklukan Jepun di Borneo.

13 Disember 1942 - konvoi jepun berangkat meninggalkan Teluk Aci Ranh, Indo-China (13:00) menuju Borneo

01 Januari 1942 - Jepun mendarat di Labuan

01 April 1942 - tentera bersekutu menyerah diri di Sarawak

16 Mei 1942 - Jepun menakluki keseluruhan Borneo Utara

dengan pengakuan menyerah kalah oleh tentera bersekutu, maka rasmilah pendudukan Jepun di Tanah Melayu yg kemudiannya menyaksikan kebangkitan org Melayu terhadap penjajahan akibat keganasan dan kekejaman tentera Jepun. sebelum jatuhnya Singapura ke tangan Jepun, british mencadangkan ahli PKM berpencar ke dalam hutan, manakala Rejimen Askar Melayu mempertahankan benteng terakhir. keberanian org Melayu yg ditunjukkan oleh anggota Rejimen Askar Melayu mencetuskan gerakan gerila dalam penentangan terhadap Jepun melalui Force 136 (Harimau Malaya) yg berpusat di Gerik.

manakala penentangan org cina, yg dimusuhi oleh Jepun pasca perang China-Jepun, dari kelompok Parti Komunis Malaya (PKM) sebelumnya, pula bergerak dlm MPAJA (Malayan People's Anti-Japanese Army). kebanyakan kelompok PKM adalah pekerja ladang dan lombong, manakala dari kelompok Koumintang (KMT) pula kebanyakannya berpusat di bandar2. ahli KMT yg banyak menjadi tawanan pihak Jepun dan dikatakan ketika jaringan KMT di Ipoh dihubungi oleh agen Force 136, sebagai sebahagian dari Operasi Gustavus, gerakan mereka dicemari oleh agenda peribadi dan rasuah.

kehidupan diwaktu pendudukan Jepun sangat tertekan dan rakyat sentiasa berada dlm ketakutan, terutama dgn polis rahsia Jepun (Kempeitai). begitu juga situasi negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu yg diserahkan kepada Thailand oleh Imperial Jepun pada bulan Ogos 1943. dari sisi politik pula, pendudukan Jepun di Tanah Melayu memberi pengajaran yg berharga kepada gerakan2 politik Melayu seperti apa yg berlaku pada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yg diperdaya oleh Jepun.

namun langit Tanah Melayu kembali cerah memberi harapan baru ketika Jepun menyerah kalah kepada tentera bersekutu pada 15 Ogos 1945. manakala di Borneo Utara, pengunduran tentera Jepun ditandakan oleh penyerahan diri oleh Army 37th Jepun diketuai oleh Lt Jenderal Baba Masao di Labuan pada 10 September 1945.

cukup dulu sampai sini..

0 ulasan: