Thursday, March 10, 2011

sang peri yg mencuri suaraku

Posted by usoPkuChai On 12:52 AM No comments



dah dua hari aku selesema. demam dan selesema. sakit tekak dan demam. batuk dan sakit tekak. pening kepala dan batuk. berdenyut2 kepala aku setiap kali bersin. batuk dan bersin. meleleh2 air hidung. tekak macam nak pecah bila batuk. bersin dan batuk. nak makan pun tak selera. dah dua hari. rasa macam dah dua bulan.

aku terlentang atas katil. aku singkap selimut tebal yg melitupi hingga ke kepalaku. panas. rasa tak bernafas. tisu2 bertaburan di atas lantai. baki tom yam yg aku beli petang semalam terdedah di atas meja. botol air asam jawa, air badak, air mineral dan ubat batuk bergeletakan dimerata tempat. atas meja, atas para, celah tv, celah laptop, celah kerusi.. bersepah2. aku rasa cam tak boleh bernafas.

kepala aku berpeluh. leher, tengkuk, belakang.. semua berpeluh. alas katil nih entah berapa kali basah dan kering. baju singlet putih cap pagoda yg dah dua hari aku pakai ini pun entah berapa kali basah dan kering. entah masih bersih atau sudah berbau. aku tak tahu. hidung aku tersumbat. kejap air hidung meleleh, kejap pekat berwarna kuning dan hijau. aku basah berpeluh.

azan subuh bergema dari masjid di seberang jalan. kuat sebab memang tingkap dan pintu ke balkoni aku terbuka luas sejak semalam. biar angin masuk supaya tidak terasa gerah. awalnya aku tutup tapi rasa panah sangat pulak. rasa tak bernafas. aku buka supaya ada angin sepoi2. tapi skrg nih aku tetap rasa rak bernafas. biarlah terbuka senang kalau malaikat rahmat atau malaikat maut datang berziarah. asalkan bukan setan yg datang.

aku benar2 tak boleh bernafas. seolah2 lupa macammana nak bernafas. lupa camna nak tarik nafas. dalam hati aku terdetik kata mati. dah sampai waktu aku ker? aku toleh ke kiri dan ke kanan. tak nampak pulak malaikat maut. masih tercungap2. rasa cam nak robek2 tekak aku supaya ada angin bernama oksigen boleh masuk ke dalam paru2 aku.

tiba2 ada satu benda kecil bercahaya terbang masuk dari tingkap aku yg ternganga melayang2 kat keliling aku. mana ada kelip2 kat kawasan nih. aku mimpi ker apa? tangan aku meramas alas katil dan selimut yg berselerakan. aku sudah hampir mahu pitam bila aku dengar satu suara kat telinga aku.

"aku boleh tolong tapi kau kena sanggup beri apapun yg aku nak. boleh?"

macammana aku nak fikirkan jawapan tuh kalau aku sendiri seperti diambang maut. hanya malaikat maut saja yg belum sampai. atau mungkinkah benda berkelip2 ini sebenarnya malaikat maut? nak fikir macammana kalo tak boleh bernafas. aku angguk kepala aku. aku sendiri tak pasti sama ada waktu itu aku benar2 sedar atau semuanya dilakukan oleh otak bawah sedar aku.

"apapun ya? janji? buka mulut!"

mulut aku memang dah ternganga luas dari tadi. tekak aku saja yg macam ada benda tersekat. mekanisme peristalsis tak berfungsi. tekak aku lumpuh. tapi memang aku menganga2 mencuba menghirup udara yg seolah2 tak wujud. aku angguk kepala aku lagi waktu aku lihat dengan jelas benda berkelip yg berterbangan itu berhenti di hadapan mataku. matanya besar bersinar2 dan sepertinya dia sedang tersenyum, seolah2 merasa bahagia dgn jawapan aku.

tanpa sempat otak aku memproses apa yg baru aku lihat, benda berkelip itu terbang memasuki mulutku dan mengerogot kerongkongku. pedih bersampur geli. aku masih belum boleh bernafas. badanku bangun dan baring di atas katil yg berselerak. dua bantal peluk dan tiga bantal kepala sudah entah kemana. selimut yg tadi menutupiku sudag aku tendang jatuh ke bawah katil di atas tisu2 yg bertaburan.

aku rasa seperti mahu pitam. aku pejam mataku. kerongkongku terasa digali2. entah apa sial agaknya aku sudah berjanji dgn setan kecil yg berkelip2 tadi. entah apa yg dibuatnya macam menebuk tenggorok. aku masih belum boleh bernafas.

aku menghampas badanku ke atas katil dan bangun semula sebelum tiba2 aku merasa mual yg amat sangat dan memuntahkan segala isi perutku di pangkuanku. semua menu semalam sudah terhambur di antara dua kakiku yg kejang terkangkang. tom yam, udang, lobak, sayur hijau yg entah apa namanya, nasi putih yg sudah menjadi bubur

terasa panah mukaku. pasti merah warnanya. mataku berair. lelehan cairan pekat melekit di bibir dan hidung ku. pening kepalakku hilang. kini aku dapat merasakan unsur oksigen menerobos masuk memenuhi dadaku. dalam terbatuk2, aku tarik nafas panjang, kuhirup segala angin dan udara yg ada dlm bilikku. dan aku hembus panjang. puas. aku tak jadi mati.

aku buka kembali mataku yg berbinar2. kuseka air mata yg mengaburi biji mataku. aku lihat sesuatu sedang bergerak2 dalam timbunan muntah di depanku. aku terbaring sambil terus menerus menghirup nafas sepuasnya. umpama ikan yg dapat kembali terjun ke dalam air. sayup2 aku dengar suara kecil seperti bunyi langau.

"aku ambil suaramu! aku ambil suaramu!"

hari ini aku hanya tersenyum bila kawan2ku bersembang dgnku, tanpa mampu menjawab. aku tidak ada suara. suaraku telah disamun oleh peri kecil berkelip2 subuh tadi. peri itu telah mengambil kesempatan atas kesempitanku. untung aku tidak jadi mati dan masih boleh bernafas. pasti pembantu yg mengemaskan bilikku pagi ini akan merungut dan menyumpah2. aku menarik nafas panjang. tak peduli..

0 ulasan: