ini cerita dongeng pasal kerajaan dua belas kota. pusatnya di Nagara Sri Dharmaraja, atau sekarang nih tempat itu dikenali sebagai Nakhorn Si Thammarat. inilah pusat pemerintahan tamadun Melayu yg awal yg dikenali oleh pedagang dari eropah sebagai kerajaan Ligor, oleh kerajaan China sebagai Poli atau Poling, juga dikenali dengan panggilan Mali, Maling dan Danmaling, dan disebut dalam Batu Bersurat Tanjore dengan nama Tambralingga atau Madamalingam. Empayar kerajaan ini meliputi dari pangkal segenting kra hinggalah ke hujung tanah melayu.
yg peliknya kerajaan ini takder raja, satu2nya raja yg disebut dalam catatan Thai ialah Chandrabhanu Sridhamaraja yg memerintah antara tahun 1230 hingga 1270. kononnya, selama Chandrabhanu tuh memerintah Ligor, dia sibuk berperang dengan Langkapura (Sri Lanka), yg berjaya ditaklukinya pada tahun 1240 hinggalah dia dikalahkan pula oleh tentera Pandyan dari selatan India. hanya disebut bahawa beliau adalah seorang Javakan. terdapat pula catatan dari pedagang Arab bernama Sulaiman sekitar tahun 851, mengisahkan perihal Raja Khmer yg merendahkan kekuasaan Maharaja Zabaj. Arab mengenali kerajaan Srivijaya dgn nama Zabaj. mungkin Chandrabhanu ini adalah raja dari kerajaan Sailendra di Pulau Jawa yg diandaikan bernaung dgn kerajaan Srivijaya juga. Raja Javakan juga ada disebut dalam sejarah kerajaan Lavo.
walhal sebelumnya dari kemunculan kisah Chandrabhanu ini, negara Ligor ini merupakan sebahagian dari kerajaan Funan, dan kemudiannya dalam Batu Bersurat Tanjore, sekitar tahun 1030, menceritakan mengenai kemenangan Rajendra Chola I keatas negeri2 di asia tenggara yg menjadi jajahan Srivijaya, menakluki 13 negeri termasuklah Madamalingam atau Tambralingam. jadi sebelum abad ke-11 pula, Ligor adalah dibawah naungan Srivijaya. kisah negara ini padam dan hanya dikenali sebagai Nakhorn Si Thammarat yg menjadi sebahagian dari pengkisahan kerajaan Sukhothai dan seterusnya.
aku ringkaskan sejarah bahagian atas tanah melayu nih. awalnya ada tiga kerajaan besar, kerajaan Pagan, Funan dan Champa. Kerajaan Pagan nih memerintah sekitar negara myanmar sekarang. kerajaan Funan pula meluas dari sebahagian Thailand, sebahagian Cambodia dan seluruh semenanjung Malaysia sekarang. manakala kerajaan Champa letaknya di Vietnam sekarang.
kemudian dari itu Funan diserang oleh Yunnan. jatuhnya kerajaan Funan jadi mengecil menjadi dua bahagian yg dipayungi oleh empayar Chenla. Lavo, yg berpusat di Lopburi sekarang, yg juga dikenali dengan Dvaravati. dan Ligor yg terletak pula bermula dari pangkal segenting kra, sekitar Kanchanaburi sekarang hinggalah ke seluruh semenanjung Malaysia. Lavo ini yg kemudiannya bangkit menjadi kerajaan Khmer dan Ligor pula bernaung di bawah Srivijaya. dan kemudiannya kedua2 negera ini ditakluk pula menjadi kerajaan sukhothai, seterusnya Ayyuthaya, dan seterusnya dinasti2 Thai yg kemudiannya. hinggalah ketika perjanjian bangkok 1909 memperlihatkan negara Ligor ini dibahagi2 antara kerajaan Thai dan Inggeris, mewujudkan negeri2 melayu tidak bersekutu pada negeri yg dibawah jajahan Inggeris.
kita undur sikit, bermakna negara Ligor ini tiada beraja melainkan bernaung pada empayar2 besar yg wujud. tapi negara ini ada penghulu dan menteri. mungkin ini corak pemerintahan melayu zaman dulukala, ala republik, rakyat yg memerintah. ada juga penceritaan bahawa Ligor juga bernaung pada kerajaan Khmer pada waktu yg sama dalam jangkawaktu ia bernaung pada Srivijaya. atau mungkin pensejarahan negara ini telah dipadamkan? kerna jika negeri ini hanya takluk kepada empayar lain, bagaimana pula ia mempunyai sistem pemerintahan dengan negeri pusat, di Nagara Sri Dharmaraja dan dua belas negeri satelit disekelilingnya? dan negeri2 ini pula diasosiasikan dengan binatang2, memperlihatkan ketamadunan dalam sistem kalendar sepertinya kalendar China, iaitu chumnoporn/chumporn (kambing), thatong/kanchanadit (ayam), kraburi (babi), mardelong/patalung (ular), patani (lembu), krabi (monyet), telong/phuket (anjing), terang/trang (kuda), menara/narathiwat (tikus), keddah/muang kedah (naga), kalatan/muang kelantan (harimau) dan gelanggi/muang pahang (arnab). ini bukti adanya pemerintahan sendiri. atau mungkin kerajaan autonomi merupakan model asal negara melayu?
kerna ini pernah dikisahkan mengenai Kedah yg menghantar bunga emas dan perak ke kerajaan Siam (perkataan Siam ini aku guna hanya dalam konteks Ligor) adalah sebagai tanda bersaudara atau bersahabat, menunjukkan kuasa autonomi Ligor ketika di bawah empayar Ayyuthaya, yg kemudiannya setelah kerajaan Sukhothai kembali menguasai kerajaan Ayyuthaya, Kedah dipaksa untuk meneruskan penghantaran ufti ke kerajaan Thai, disalah anggap sebagai tanda tunduk, dan Kedah pernah menolak walaupun selepas itu terpaksa bersetuju menghantar bunga emas sebagai ufti.
undur balik sikit sekali lagi. setelah kejatuhan empayar Funan inilah wujudnya kisah merong mahawangsa dan kisah bukit siguntang. perlu diambil perhatian bahawa negara bahagian atas asia tenggara ini penduduknya ialah org Mon manakala bahagian bawah asia tenggara penduduk asalnya org Cham. ini yg mewujudkan dua cerita berbeza sebenarnya dgn tujuan yg sama. negara Melayu (merujuk kepada awal kerajaan Ligor) mempunyai sistem republik yg mana rakyat yg memerintah dgn penghulu dan menterinya, namun negara ini mengerti akan hubungan antarabangsa yg memerlukan seorg raja bagi mewakili negara mereka. sebagai penampan dari serangan luar mahupun untuk kepentingan perniagaan. kerna itu kita akan menemukan bagaimana negara2 Melayu ini akan sentiasa bertindih mengenai empayar yg mewakilinya, sepertimana Ligor yg dikatakan sebahagian dari empayar Khmer juga dalam jangkamasa yg bertindih menjadi sebahagian dari empayar Srivijaya.
sebagai contoh kota gelanggi, yg dikenali sebagai muang pahang, yg terletak paling selatan negara Ligor, walaupun dalam empayar Siam namun diceritakan bahawa ia juga merupakan ibukota sebelah situ untuk empayar Srivijaya. kerna alasan itulah kota Gelanggi ini masyhur hingga Raja Rajendra Chola I sanggup datang dengan seribu ekor gajah untuk menyerang dan memusnahkan kota Gelanggi.
kita ulang balik. setelah kejatuhan empayar Funan, ada dua percubaan untuk mendapatkan raja yg lebih hebat. org Mon yg memerintah Ligor menjemput anak raja dari tanah Parsi, iaitu merong mahawangsa, atau dikenali juga dalam sejarah Kedah sebagai Maharaja Derbar Raja. org Cham yg memerintah kemudiannya empayar Srivijaya menjemput anak raja dari India, yg kemudian dimasyhurkan sebagai Sang Saperba. perlu difahami bahawa kedua2 anak raja ini dikatakan dari jurai Iskandar Zulkarnain. kedua2nya benar kerna terdapat dua hipotesis berbeza yg mengatakan Alexandar dari Rom dan Darius dari Parsi adalah merupakan dua calon yg paling tepat untuk dianggap sebagai Zulkarnain yg dimaksudkan. seterusnya sejarah kedua2 anak raja yg dijemput oleh negara Melayu ini berakhir secara berbeza.
Raja Merong Mahawangsa yg dikatakan kemudiannya kembali ke Parsi dan meninggalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja, yg kemudiannya pula menitipkan empat anaknya untuk memerintah negeri2 bahagian utara; Raja Siam (Ligor), Raja Perak (Gangga Negara), Raja Patani (P'an P'an) dan Raja Kedah (Langkasuka). ini merupakan negara2 kelas I yg memayungi negeri2 yg lebih kecil. terdapat teks yg menyebut kerajaan-kerajaan ini telah ada seawal abad ke-2 dan ke-3, ketika Funan masih merupakan empayar yg memayungi tanah semenanjung. dikatakan juga sekurang2nya ada 30 kerajaan lama sudah wujud di asia tenggara pada abad awal tersebut.
ada pendapat mengatakan kemudiannya sejarah Ligor dan Patani digelapkan ketika Sukhothai kembali menyusup ke dalam kerajaan Ayyuthaya, manakala Gangga Negara pula hancur kerna serangan Raja Rajendra Chola I yg menyerang dalam perjalanan menakluki ke kota Gelanggi. yg bertahan ialah kerajaan Kedah, maka itu kisah sebelah utara ini berpusat pada negara kedah Tua yg merupakan lanjutan dari Langkasuka.
maka dalam kisah kerajaan Kedah ini, Raja Seri Maha Wangsa yg ditabal oleh ayahandanya Raja Merong Mahapudisat, mewariskan kedah kepada Raja Ong Maha Perita Deria, yg dikenali sebagai Raja Bersiong. diandaikan bahawa Raja Bersiong ini difitnah dan terhalau, kerana mahu mengusir keturunan Merong Mahawangsa dari tampuk takhta pemerintahan, supaya lebih mudah dikuasai oleh Thai. walaupun dikatakan Raja Phra Ong Mahapudisat itu adalah anak kepada Raja Ong Maha Perita Deria, penggunaan gelaran 'Phra' pada raja kedah selepas Raja Bersiong menampakkan pengaruh Thai dalam kerajaan tersebut. maka di bahagian ini Melayu telah kehilangan seorg rajanya, atau mungkin keturunan Raja Bersiong ini kemudiannya disembunyikan oleh org Melayu?
Sang Saperba pula ditabal menjadi raja yg berpusat di Palembang, yang akhirnya berkembang menjadi sebuah empayar besar Srivijaya, yg kemudian diselamatkan ke Singapura ketika dilanggar oleh Majapahit, dan seterusnya pula diselamatkan ke Melaka yg menjadi sebuah empayar besar juga. jatuhnya Melaka dibawa pula pulang ke Kampar sebelum seterusnya jurainya dihantar ke Johor dan Perak, satu tindakan strategis org Melayu, yg mana menyaksikan berakhirnya keturunan raja di Johor namun tetap mekar di negeri Cempaka Sari, iaitu Perak.
dibahagian Pulau Jawa pula, sememangnya telah ada sebelumnya kerajaan Tarumanagara, yg dicatatkan seawal abad ke-4. agak terkemudian dari Langkasuka dan Gangga Negara. dan setelah itu disebut juga kerajaan Sailendra, yg tercatat kewujudannya dalam empayar Ayyuthaya. dikatakan candi borobudur yg dibina oleh kerajaan Sailendra merupakan kembar kepada Angkor Wat yg dibina oleh kerajaan Ayyuthaya. begitu juga disebut kerajaan Sunda (Pajajaran) dan kerajaan Medang. dan kemudian dari itu kebangkitan kerajaan Singhasari yg melumpuhkan Srivijaya, yg kemudiannya diambil alih oleh empayar Majapahit, yg bangkit dari kerajaan Kediri yg merupakan kota kepada Singhasari, dan kemudian akhirnya bersahabat dengan kerajaan Melaka sebelum digantikan oleh kesultanan Demak.
dalam jangkawaktu ini, pensejarahan negeri2 sekitar ini agak kelabu. hanya terang selepas kemunculan pemerintahan kesultanan yg merupakan awal kerajaan Islam menapak di daerah ini. dijangkakan banyak penulisan semula sejarah dilakukan utk pengukuhan kerajaan. kerana itulah banyak pertindihan dan langkauan jarak masa. begitu juga pensejarahan di sebelah yg lebih timur seperti yg ada disebut sebagai kerajaan Tondo, Maynila dan Namayan, sebagai contoh, yg tidak banyak boleh diceritakan ketika mengkisahkan kerajaan lama Filipina, yg hanya memahami sejarah dengan jelas mulai dari kedatangan Ferdinand Magellan pada tahun 1521 yg kemudian mengakuinya sebagai jajahan Sepanyol, yg kemudian memberi nama kepulauan itu sempena nama King Phillip II, raja Sepanyol ketika itu, menghilangkan sama sekali jatidiri asal Melayu.
maka inilah kisah segala empayar kerajaan lama yg wujud di sekitar tanah Melayu. maka kemudian dari ini yg signifikan kepada org Melayu hanyalah dua jurai keturunan yg dijemput menjadi raja awal dalam empayar Melayu. dari segi kedatangan pengaruh Islam pula adalah seperti berikut. kesultanan Melaka ditubuhkan ketika Parameswara diziarahi oleh Sayyid Abu al-Hassan pada tahun 1409 dan seterusnya memakai gelar Sultan Iskandar Shah. manakala kesultanan Kedah pula bermula ketika Raja Phra Ong Mahawangsa, atau dari Sejarah Kedah disebut Seri Paduka Maharaja Derbar Raja, kembali kepada Islam pada tahun 1136 yg kemudiannya memakai nama Sultan Mudzafar Shah. ada teks mengisahkan Sultan Mudzaffar Shah ini diajarkan Islam oleh Syekh Jaafar Aumiri dari Yemen pada tahun 531H bersamaan 1360M.
yang peliknya pensejarahan kedatangan Islam ke rantau Melayu ini yg paling awal ialah Samudera-Pasai yg mengisahkan Raja Merah Silu kembali kepada Islam pada tahun 1267 dan memakai gelaran Sultan Malikul Salih. membandingkan jarak masa antara keIslaman Pasai dan Kedah, jika kita ambil tarikh keIslaman kerajaan Kedah oleh Syekh Jaafar Aumiri yg lebih logikal periodenya, kedudukan Pasai yg berada di utara Pulau Sumatera yg merupakan salah satu pelabuhan sibuk, dan begitu juga Kedah, agak aneh mengapa mengambil masa hampir seratus tahun? begitu juga jika kita membandingkan jangka waktu inskripsi Islam pada Batu Bersurat Trengganu yg ditemui di Kuala Berang bertarikh 1303M.
maka disinilah munculnya kemungkinan Raja Ong Maha Perita Deria itu adalah Seri Paduka Maharaja Kerma, yg dikisahkan dalam satu versi lagi merupakan raja Melayu yg pertama memeluk Islam, pada abad ke-7, dengan nama Tunku Muzzil Shah (Tunku Mathal Shah?) yang merupakan waris dari empayar khalifah Abbasiyah yg mempunyai salasilah dari bapa saudara Rasulullah yg termuda, Abbas ibn Abdul Mutalib. kerana seawal tahun 222H bersamaan 812M sudah ada teks jawi berkenaan dengan undang2 Kedah. dan kerana itulah baginda diplotkan untuk disingkirkan dari kerajaan Melayu dalam keadaan yg paling hina?
aku nak kena ingatkan lagi bahawa ini semua dongeng. tidak ada makna pada org yg tak kena mengena. hanya yg kena saja yg mahu tahu, sebab bukan semua maklumat itu ada gunanya pada kita. malah maklumat yg sama itu mempunyai makna yg sama pada org yg berbeza. mmg begitulah keadaannya, kita hanya perlu tahu dan faham bahagian kita sahaja. kemudian nanti kita sambung.
1 ulasan:
Pewaris Takhta Sebenar Merong Mahawangsa
Post a Comment