Monday, February 21, 2011

era benggali putih

Posted by usoPkuChai On 10:08 AM No comments



aku ingat aku boleh dongengkan terus tentang kesultanan Johor, tapi aku perasan kena citer dulu apa yg berlaku setelah Portugis menawan Melaka kerana impak dari penaklukan Melaka mengubah warna kerajaan2 di sekitar selat Melaka. kejatuhan Melaka menjadikan banyak kerajaan2 lain juga mahu menguasai Melaka yg sebelumnya merupakan pusat perniagaan terpenting di rantau ini. maka kisah seterusnya akan berdasarkan kepada empat asas kisah yg berlaku sejurus selepas keruntuhan empayar Melaka.

pertama, dikisahkan kemudian dari penaklukan Melaka, Portugis mengangkat Raja Abdullah, sepupu Sultan Mahmud Shah, sebagai bendahara Melaka. seterusnya diketahuilah segala org Melayu bahawa kumpulan inilah yg membantu kemenangan Portugis. ironinya, Portugis menyerahkan beliau kepada org ramai dan akhirnya beliau dihukum di pasar terbuka.

kedua, sememangnya Portugis berhajat menjadikan Melaka sebagai pusatnya di asia tenggara, maka Portugis siap membina kota A Famosa dalam masa enam bulan, katanya menggunakan segala batu yg ada di Melaka termasuklah memecahkan batu nesan raja-raja Melayu. keperluan ini ditambah pula oleh serangan2 dari arah Johor, Melaka juga diserang oleh org Jawa, seperti tentera yg dipimpin oleh Patih Kadir dan juga kemudiannya oleh tentera yg dipimpin oleh putera Demak, Patih Kadir. bagaimanapun kedua2 serangan itu gagal.

ketiga, seiring dgn semangat perang salibnya, dikatakan Portugis membunuh ramai org muslim di Melaka, peniaga2 kaya dari Arab dan Gujerat memindahkan perniagaan mereka ke Aceh. ditambah pula ketika itu Aceh telah mengawal perniagaan lada hitam, setelah menakluki Pasai dan Pedir, dan emas, setelah menakluki sebahagian dari Minangkabau.

dan yg keempat, setelah Melaka jatuh, Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad berundur ke Muar dan menyerang Melaka dari Pagoh di Ulu Muar (serangan darat) dan Bentayan di muara Sungai Muar (serangan laut). kemudiannya Portugis mendapat bantuan dari Goa dan menawan Muar sekitar tahun 1513. Sultan Mahmud berundur ke Pahang dan tinggal di Pahang selama setahun sebelum ke Bintan untuk membuat kota baru. Serangan seterusnya dari Bintan dengan bantuan dari Lingga, Siak, Indragiri dan Aru (Deli).

disebabkan oleh berbagai faktor di atas, keadaan perniagaan memburuk di Melaka. dikisahkan pada tahun 1524, harga komoditi melambung hingga dua kali ganda harga sebelumnya. pada tahun 1526, dengan armada yg besar, dibawah pimpinan Pedro Mascaren Haas, Portugis menyerang Bintan untuk memberhentikan serangan2 ke atas kapal dagangnya dan memusnahkan Kopak dan Kota Kara, memaksa Sultan Mahmud berundur ke Kampar.

Sultan Mahmud meninggal di Kampar pada tahun 1528. Raja Ali, anak sulung Sultan Mahmud dengan Tun Fatimah, ditabal menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II, kemudiannya bertakhta di Pekan Tua di Sungai Johor. manakala adiknya, Mudzaffar Shah ditabal menjadi Sultan Perak. Serangan terhadap Portugis kemudian dari itu dilancarkan dari Johor dan Perak, dengan bantuan dari Pahang, Siak dan Japara.

Jun 1535, Portugis dilengkap dengan dua bahtera dan sekumpulan kapal bersama 400 org askar yg dipimpin oleh Estavao do Gama menyerang lagi dan menakluki Kota Kara. Sultan Alauddin berundur ke Sayong Pinang, dan kemudiannya kembali semula membina Kota Kara. namun da Gama menyerang lagi membuatkan Sultan Alauddin memintahkan pusat pemerintahan ke Johor Lama dan membina kubu di Kota Batu.

Kerajaan Aceh juga mahu menguasai Melaka, dan menyerang pada tahun 1537 namun gagal. kemudiannya pada tahun 1539, Aceh menyerang Aru (Deli) dengan 160 kapal dan 12,000 askar yg terdiri dari org Aceh, Melayu Melaka, Malabari, Gujerati dan Turki. Sultan Alauddin mempertahankan Aru dengan bantuan dari Siak dan Perak dan mengalahkan Aceh pada tahun 1540, meninggalkan hanya 16 buah kapal Aceh. peristiwa ini dikenang sebagai 'Perang Sungai Paneh'.

pada tahun 1547, Aceh kembali mengepung Melaka, namun kemudiannya belayar ke utara dan menawan Perlis. bagaimana pun Portugis berjaya memaksa Aceh berundur dari Perlis dengan bantuan dua buah kapal dari Patani.

Aceh akhirnya berjaya menakluki Aru pada tahun 1564, dan kemudiannya menyerang dan menakluki Kota Batu dan Johor Lama. Sultan Alauddin ditawan, dibawa ke Aceh dan meninggal di sana. Aceh menabalkan anak Sultan Alauddin, Muzaffar Shah, yg kemudiannya baginda memindahkan pusat pemerintahan Johor ke Seluyut, berhampiran dengan Kota Tinggi.

kemudiannya, Aceh menubuhkan Liga Negara Muslim pada tahun 1567, yg disokong oleh kerajaan Othmaniyyah Turki, dan kemudian melancarkan serangan seterusnya terhadap Melaka pada tahun 1570, 1574 dan 1575. manakala Sultan Muzaffar Shah meninggal pada tahun 1571, digantikan oleh Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah III, yg telah membina semula Johor Lama dan membesarkan Kota Batu. Johor kemudiannya berkembang menjadi sebuah pusat perdagangan yg semakin makmur.

tahun 1576 memperlihatkan Portugis merasa terancam dengan kemakmuran JOhor dan menyerang Kota Batu namun ditewaskan oleh Johor. Portugis kembali menyerang Johor pada tahun 1578 dan tetap gagal menawan Johor.

Serangan Aceh pada tahun 1582 keatas Johor disebabkan oleh Aceh menganggap Johor adalah takluknya, sebaliknya Johor yg sedang berkembang pesat berpendapat sebaliknya. Johor berjaya mengalahkan Aceh dgn bantuan Portugis. Portugis membantu Johor ketika itu kerana menganggap Aceh musuh yg lebih besar dan merbahaya berbanding Johor, kerna pengaruh Aceh di Selat Melaka.

pada tahun 1586, Johor mengepung Melaka dengan 100 kapal, termasuk 16 bahtera besar, dan bantuan dari 2,000 orang Minangkabau dari Naning dan Rembau. kemudiannya Sultan Ali bergabung dengan 120 buah kapal, memimpin serangan dari satu arah, manakala panglimanya, Singaraja, menyerah dari arah yg lain, namun mereka gagal meruntuhkan AFamosa. pada 15 Ogos 1586, Portugis mendapat bantuan dari Goa, kemudiannya, dipimpin oleh Antonio de Noroula, mengejar tentera Johor hingga ke Sungai Johor, dan menawan Kota Batu dan Johor Lama. Sultan Ali berundur ke Batu Sawar. Johor mendapat bantuan dari Minangkabau, Jawa, Trengganu, Indragiri dan Kampar. setelah Portugis kembali ke Melaka, Sultan Ali membina semula Batu Sawar.

Sultan Ali meninggal pada tahun 1597 dan Sultan Alauddin Riayat Shah II ditabalkan menjadi sultan Johor. manakala sepupunya, Raja Abdullah, dilantik menjadi raja muda, yg kemudiannya membina kubu di seberang sungai Johor, dikenali sebagai Kota Seberang.

ditahun 1602, Belanda menubuhkan Syarikat HIndia Timur Belanda (Verenigde Oost-Indische Compagnie, VOC). Belanda, yg merupakan penganut Protestant, sedang berperang dengan Sepanyol, yg menganut Katolik, sejak dari tahun 1568 hingga 1648, maka mengalahkan Portugis adalah satu kemenangan besar buat Belanda. pada tahun 1603, Belanda mengirim Jacob Peterszoon von Enkhuizen melawat Sultan Johor di Batu Sawar dan raja Muda di Kota Seberang.

Belanda mengirim Cornellius Matelief de Jouge ke Johor, pada tahun 1605, untuk membuat perjanjian mengenai penaklukan Melaka. antara isi perjanjian itu ialah setelah penaklukan Melaka, Belanda akan menguasai Melaka manakala Johor akan menguasai negeri2 di sekelilingnya. Belanda mahukan Melaka bukan sebagai pusatnya, tetapi untuk dijadikan kota pesisir kepada Batavia yg menjadi pusatnya di asia tenggara.

pada April 1606, Melaka diserang dengan kekuatan 700 tentera dan Belanda berjaya menawan Banda Hilir dan Tranquerah selama tiga bulan. Melaka kemudiannya dibantu oleh askar upahan Jepun, dibawah pimpinan Furtado de Mendoca, dan bantuan dari Goa, berjaya memaksa pengunduran Belanda. pada tahun 1608, Belanda sekali lagi menyerang, dibawah pimpinan Pieter Willemszoon Verhoef, dengan armada 13 kapal namun gagal.

Sultan Iskandar Muda, yg dikenali dengan gelar Mahkota Alam, memimpin Aceh mengepung Johor, pada tahun 1613, selama tiga bulan. Aceh menawan dan membawa Sultan Alauddin dan Raja Abdullah bersama pembesar2 Johor, termasuk Bendahara Tun Sri Lanang, ke Aceh. Sultan Alauddin kemudiannya kembali ke takhta Johor pada tahun 1614, yg kemudian diserang lagi oleh Aceh, kerana dianggap bersekongkol dgn Belanda, ditawan dan dibawa ke Aceh yg kemudiannya dihukum bunuh.

Aceh membawa armada besar menyerang Portugis selama tiga hari tiga malam di Muar namun gagal pada tahun 1615. begitu juga serangan Aceh bersama Johor ke atas Melaka menerima kekalahan pada tahun 1616. namun tahun 1627 menyaksikan Mahkota Alam berjaya menawan Melaka. namun pada tahun 1629, Portugis kembali mengambil alih Melaka dengan bantuan 80 buah kapal dari Johor.

Belanda sekali lagi membantu Johor menyerang Portugis pada Jun 1636 tetapi gagal. kemudian pada tahun 1639, Iskandar Thani, anak Sultan Ahmad Shah dari Pahang, yg merupakan anak angkat kepada Mahkota Alam, yg ditabal menjadi Sultan Aceh kerana Mahkota Alam tidak meninggalkan zuriat, juga menyerang Melaka tetapi gagal.

kemudiannya pada Jun 1640, Belanda dan Johor kembali mengepung Melaka. dikisahkan selama pengepungan tersebut, dari jumlah 20,000 org yg mendiami Melaka, 7,000 org meninggal, manakala sisanya melarikan diri, meninggalkan hanya 3,000 org di Melaka. Belanda meningkatkan serangan dengan bantuan 40 buah kapal dari Sultan Johor dan 1,500 org Melayu Johor, dipimpin oleh Bendahara Skudai, dan Minangkabau dari Naning dan Rembau. pada bulan Ogos 1640, kombinasi pasukan Belanda dan Johor mengalahkan Portugis di Tranquera menyebabkan Portugis berundur ke AFamosa.

pada malam hari Ahad, 13 Januari 1641, lebih kurang 650 tentera Belanda yg dibahagi kepada tiga pasukan membedil AFamosa habis-habisan, hinggalah pada pukul 10 pagi, Portugis menyerah kalah. dan mengikut perjanjian yg telah dimaterai, Johor menyerahkan Melaka utk dikuasai oleh Belanda. maka bermulalah episod seterusnya penjajahan ke atas Melaka.

0 ulasan: