Saturday, February 19, 2011

inilah kisah Melaka

Posted by usoPkuChai On 12:48 AM No comments



ini bahagian penting dalam sejarah melayu, bukan kerana hebat dan gagah para bendahara dan laksamananya, bukan kerna besar dan gemilang empayar negaranya, tetapi kerna inilah zaman dimana kebudayaan dan keilmuan Melayu dilestarikan, sehingga dianggap inilah kerajaan Melayu yg sebenar, bukan Srivijaya dan bukan Langkasuka. namun dengarkanlah bahawa dalam kemasyhuran ini tersisip gunting dalam lipatan, bermula telunjuk mencucuk mata, kedapatan musuh dalam selimut. citer nih akan berbelit2 baik dari segi keturunan mahupun dari sisi kospirasi. jadi baca pelan2, dan ambil keputusan sendiri2.

maka bermula kisah melaka, bila anak raja dari Singapura, yg berketurunan dari palembang, dikhianat menterinya yg bersekongkol dengan Bendahara Sang Rajuna Tapa dari Majapahit, pada tahun 1400M, hijrah ke Bertam kemudian ke Muar sampai ke Ujung Tanah dan Biawak Busuk dan akhirnya bersandar di pohon Melaka di Sg Ujung dipersembahkan lagenda sang kancil yg menerajang sang anjing. maka menurut cerita yg diakui zaman berzaman, Parameswara pun menemukan kerajaan Melaka pada 1402M. seterusnya baginda menikah dengan puteri Sultan Pasai, dan kembali pada Islam, memakai gelar Sultan Iskandar Shah. dlm bahagian ini ada dua versi, satu bagindalah Iskandar Shah yg memerintah dari tahun 1402-1424, dua menurut catatan Laksamana Zeng He, Iskandar Shah memerintah dari 1401-1414, kemudian Melaka diperintah oleh Megat Iskandar Shah dari 1414-1424. namun semua bersetuju bahawa pada tahun 1424, Raja Tengah ditabal menjadi raja dengan gelaran Sri Maharaja. dan dari jurai inilah bermula perebutan kuasa dan permainan politik istana.

tersebut kisah di benua keling, di negeri bernama Pahili, seorang raja, Raja Nizam Muluk Akar Shah, mempunyai tiga org anak, sorg puteri dan dua putera, yg sulung bernama Mani Purindam dan adiknya Akar Muluk Shah. setelah Raja Nizam Muluk meninggal, putera yg muda, Akar Muluk Shah, yg ditabal menjadi raja. akan Mani Purindam ini pula belayar hingga ke Pasai dan menikahi puteri Pasai. kata ceritanya, kemudian beliau pulang ke benua keling sebelum belayar semula ke Melaka berserta lima buah kapal, dan kemudiannya menjadi salah satu org kaya2 di istana Melaka.

Melaka ketika itu diperintah oleh Raja Tengah dan bendaharanya ialah Raden Bagus. Mani Purindam menikahi Tun Ratna Sandiri, anak kepada Penghulu Bendahari, Sri Nara Diraja, mendapat anak lelaki bernama Nani Madi dan anak perempuan bernama Tun Rana Wati, yg kemudian menikah dengan Bendahara Seri Amar Diraja, iaitu Raden Anum yg menjadi bendahara menggantikan Raden Bagus, yg kemudiannya mendapat anak bernama Tun Ali. Tun Ali ini pula menjadi Penghulu Bendahari setelah moyangnya Seri Nara Diraja meninggal, mengguna gelar Tun Ali Sri Nara Diraja.

akan Raja Tengah pula dikatakan masih beragama hindu kerna itu memakai gelar Sri Maharaja, menikah dgn puteri Rokan, mendapat anak bernama Raja Ibrahim. kemudiannya beliau menikah pula dengan puteri Bendahara Seri Amar Diraja dgn Tun Rana Wati, yg merupakan adik kepada Tun Ali, mendapat anak bernama Raja Kasim. pernikahan Raja Tengah dgn puteri bendahara mencadangkan kepada sejarah dimana baginda kembali kepada Islam dan memakai gelar Sultan Muhammad Shah memerintah sehingga tahun 1444. Bendahara Seri Amar Diraja meninggal dan digantikan oleh Tun Perpatih Sandang, yg memakai gelar Seriwa Raja. Bendahara Seriwa Raja mempunyai seorg puteri bernama Tun Kudu, dan dua org anak lelaki bernama Tun Perak dan Tun Putih. Tun Perak kemudian menjadi penghulu di Kelang atas permintaan org2 Kelang.

kemudiannya Raja Tengah meninggal dan dgn pengaruh dari Rokan, Raja Ibrahim yg lebih muda ditabal menjadi Sultan Melaka dengan gelar Sri Parameswara Dewa Shah, menunjukkan bahawa baginda belum Islam. disinilah bermula episod sedih kesultanan Melayu. abangnya, Raja Kasim, berketurunan tamil muslim, lebih disukai oleh pembesar istana dan menurut ceritanya dihantar oleh adiknya, Raja Ibrahim yg ketika itu dibawah pengaruh Raja Rokan kerna masih kecil, utk tinggal di sebuah kampung nelayan. suatu hari sebuah kapal dari atas angin berlabuh di kampung nelayan tersebut, turunlah Maulana Jalaluddin, yg kemudian bertemu Raja Kasim di pasar dan kemudiannya memberi jalan kepada Raja Kasim utk menjadi raja dgn syarat memberikan puteri Rokan menjadi isterinya jika baginda menjadi raja.

Raja Kasim pun pulang dan malam itu meminta Tun Ali membantunya. Raja Kasim pun menaiki gajahnya yg bernama Juru Demang bersama beberapa org dan diketuai oleh Tun Ali menuju rumah Bendahara Sriwa Raja. sampai di rumah bendahara, Tun Ali pun memberitahu bahawa Raja mahu menemui beliau. maka diceritakan Bendahara bergegas hanya dengan berdastar tanpa keris dalam malam yg gelap gelita menaiki gajah yg sedang menunduk. apabila gajah itu berdiri, barulah disedari oleh bendahara bahawa raja yg dimaksudkan adalah Raja Kasim, bukan Raja Ibrahim, dan kemudian mereka berangkat ke istana.

maka di istana pula dihebohkan akan perkhabaran bahawa Raja Kasim mahu merampas takhta dgn sokongan bendahara. maka sekalian org menyokong Raja Kasim. Istana dikepung tetapi Raja Rokan enggan melepaskan Raja Ibrahim. maka ditempik oleh Tun Ali menyuruh sekalian org menyelamatkan Raja Ibrahim sebelum dibunuh oleh Raja Rokan. setelah itu ditikam Raja Rokan, yg kemudiannya Raja Rokan menikam pula Raja Ibrahim. kerna tragedi inilah Raja Ibrahim dikenali sebagai Sultan Abu Shahid dan tragedi ini berlaku pada tahun 1456.

setelah itu Raja Kasim ditabal menjadi sultan Melaka dgn gelar Sultan Mudzaffar Shah. akan janji dengan Maulana Jalaluddin, baginda menyerahkan seorg gundik yg menyamar sebagai puteri Rokan. dan kemudian baginda pula menikah dgn anak kepada Raden Anum (Bendahara Seri Amar Diraja), adik tiri kepada Tun Ali dan mendapat anak bernama Raja Abdullah. dikisahkan pula berlaku kejadian dimana ketika Bendahara Sriwa Raja mahu mengadap sultan, pintu tertutup dgn kuat, dikata org bendahara merajuk merasa sultan tidak mengendahkan dirinya lagi lalu meminum racun membunuh diri. perlu difahami juga, setelah raja Kasim ditabal menjadi sultan, istana berada dibawah pengaruh oleh Tun Ali. dan setelah bendahara Sriwa Raja meninggal, Tun Ali diangkat menjadi bendahara. akan Raja Kasim pula menikah dengan Tun Kudu, puteri Bendahara Sriwa Raja.

maka tersebutlah kisah Melaka melawan Siam di Pahang. Pahlawan Melaka di bawah pimpinan penghulu dari Kelang berjaya menumpaskan tentera Siam. maka tersohorlah nama Tun Perak. Tun Perak disenangi oleh rakyat. diwaktu itu, berlaku keresahan antara Melayu dan keturunan tamil muslim, dan untuk mengelakkan kejadian yg lebih galau, Raja Kasim mahu menjadikan Tun Perak sebagai bendahara. dipersetujui oleh Tun Ali dengan syarat Raja Kasim menceraikan Tun Kudu dan menikahkannya dgn beliau. maka Tun Kudu pun membuat pengorbanan dan Tun perak pun dilantik degan gelar Bendahara Paduka Raja, yg kemudiannya melayan Melaka selama 40 tahun di bawah empat org sultan. maka Tun Ali pun menikah dgn Tun Kudu dan mendapat puteri bernama Tun Senaja dan putera bernama Tun Mutahir.

kemudiannya, Raja Kasim meninggal pada tahun 1459 dan ditabal pula Raja Abdullah, yg memakai gelar Sultan Mansur Shah. pentadbiran Sultan Mansur Shah dan Bendahara Tun Perak ini membawa Melaka ke puncak kegemilangannya. akan Sultan Mansur Shah ini , berbagai kisah diceritakan utk menunjukkan pemerintahan baginda yg adil-saksama dan dikatakan baginda sangat suka mempelajari ilmu tasawwuf. Melaka ketika inilah juga diperkuatkan dengan Laksamana Tun Tuah lima bersaudara, nanti kita cerita di tempat lain. Melaka ketika itu memerintah Johor dan Muar serta Jambi, Siak dan Pasai. dikatakan di Melaka sahaja terdapat 40,000 penduduk dari berbagai bangsa. baginda kemudian membuat hubungan dengan berbagai kerajaan besar ketika itu termasuklah Majapahit, India dan China. dan aku kisahkan hikayat Puteri Hang Li Po, seperti yg dikisahkan dalam Sejarah Melayu, sebagai tanda bijaksana pemimpin Melayu ketika itu.

alkisah, setelah mendengar kebesaran Melaka, Raja China telah menghantar rombongan ke Melaka dengan sekapal penuh dengan jarum. maka dalam surat Raja china itu mengatakan bahawa setiap rakyat di negeri China mengirim sebatang jarum setiap org dan begitulah perumpamaan besarnya kekuasaan negeri China. maka oleh Sultan Melaka pula dihantarnya Tun Perpatih Putih, adik kepada Tun Perak, membalas dgn sekapal penuh dengan sagu dan betapa jumlah sagu itu menunjukkan bilangan raja yg ada di Melaka. mendengar itu Raja China pun memerintahkan Ling Ho, ketua menterinya, bersiap utk menghantar Hang Liu, puterinya, ke Melaka supaya boleh bersaudara. rombongan itu datang bersama 500 anak2 menteri yg kemudian dihadiahkan Bukit China sebagai kediaman mereka, keturunan mereka ini yg dikenali dgn gelaran biduanda. setelah Islam, sultan menikahi puteri Hang Liu dan mendapat anak bernama Paduka Mimat. Paduka Mimat nantinya mempunyai anak yg bernama Paduka Sri Cina, yg kemudiannya mendapat anak bernama Paduka Ahmat, bapa kepada Paduka Isap. setelah itu sultan memerintahkan Tun Telanai dan Menteri Jana Putra untuk mengiringi Ling Ho yg mengirim sembah pulang ke negeri Cina.

Raja Abdullah, iaitu Sultan Mansur Shah, meninggal pada tahun 1477. Raja Hassan, yg merupakan anak saudara Tun Perak, ditabalkan menjadi raja dgn gelar Sultan Alauddin Riayat Shah. bagindalah yg masyhur dengan kisah baginda menyamar diri bersama Tun Isap dan Tun Siak menangkap pencuri. Raja Hassan mempunyai anak bernama Munawar Shah dari pernikahannya dengan Raja Fatimah, dari keluarga bendahara Sriwa Raja. dan baginda juga mempunyai anak bernama Mahmud Shah dari pernikahan dengan Tun Senaja, kakak kepada Temenggung Tun Mutahir. Raja Hassan meninggal secara misteri, dikatakan diracun, ketika sedang bersiap2 mahu pergi mengerjakan haji ke Mekah. kemudian diceritakan Munawar Shah melepaskan takhtanya kepada Mahmud Shah, yg ditabal menjadi Sultan Melaka yg seterusnya pada tahun 1488.

dikisahkan satu tragedi berkenaan sepakraga yg berakhir Tun Besar, anak Tun Perak, dibunuh oleh Raja Muhammad, anak Mahmud Shah. Tun Perak menunjukkan kesetiaan tidak mahu membalas sebaliknya meminta Raja Muhammad ditabalkan di negeri lain, yg kemudiannya ditabal menjadi Raja Pahang, memerintah dari Sedili hinggalah ke Trengganu. Tun Perak dikatakan meninggal pada tahun 1498, diganti oleh adiknya Tun Putih dgn gelar Bendahara Paduka Tuan. Tun Putih meninggal tidak lama selepas itu, menyaksikan kembalinya pengaruh Tun Mutahir, yg didokong oleh peniaga2 tamil muslim, melantik lebih ramai keturunan gujerat dalam istana Melaka. Tun Mutahir ketika itu menyandang kedudukan Bendahara dan juga Temenggung. beliau sangat berkuasa hingga dikisahkan setiap pedagang yg sampai ke Melaka berharap akan bertemu dgn Bendahara Sri maharaja. dan keadaan di Melaka ketika itu sangat tegang, org Melayu menahan marah melihat keangkuhan dan ketamakan 'Jawi Pekan' yg memonopoli perdagangan di Melaka dan berlagak seperti raja.

maka tersebutlah kisah pada 1 september 1509, sebuah kapal dari eropah yg pertama sampai ke Melaka, Lopez de Sequeira berlabuh bersama lima buah kapal. dikisahkan juga Ferdinand Magellan asalah salah satu dari rombongan 'benggali putih' tersebut. kedatangan Portugis ini meresahkan monopoli perdagangan tamil-muslim di Melaka. maka dikatakanlah bahawa Portugis rapat dengan Tun Mutahir. pada masa yg sama, ada seorg saudagar tamil-muslim yg paling kaya dari keturunan chitty, bernama Raja Mendeliar, yg tidak begitu disukai oleh Tun Mutahir, kerna dikatakan tidak tahu menghormati adat melayu. dan beginilah kisah yg menjadi latarbelakang kepada keruntuhan kesultanan Melayu Melaka.

Raja Mendeliar takut monopoli perniagaannya berkurang dgn kedatangan Portugis. org Melayu lebih suka berniaga dgn Portugis kerna menyampah dgn kelicikan peniaga2 tamil. maka Raja Mendeliar mahu bertemu dgn Tun Mutahir untuk meminta supaya perniagaan Portugis dihadkan. maka pada suatu malam, dia menyuruh si Kitul, org suruhannya, memberitahu Tun Mutahir bahawa Raja Mendeliar mahu bertemu. Tun Mutahir menolak kerna 'kurang adab' meminta dia yg menyembah Raja Mendeliar. namun pada malam itu juga, Tun Mutahir menerima kedatangan Portugis di rumahnya. dilihat oleh si Kitul akan persembahan Portugis, yg kononnya mahu dititipkan kepada Tun Mutahir utk Sultan Mahmud Shah. mendengar kisah si Kitul, Raja Mendeliar bertemu dgn Laksamana Khoja Hassan mengatakan bahawa Tun Mutahir mahu merampas takhta dengan bantuan Portugis. kata kisahnya, Laksamana Khoja Hassan ini juga diberi emas oleh Raja Mendeliar. maka dipersembahkan pula berita itu kepada Sultan Mahmud Shah.

dikisahkan pula, Sultan Mahmud Shah menaruh sakit hati terhadap Tun Mutahir kerna tidak menyembahkan anaknya, Tun Fatimah, sebelum menikahkan dgn Tun Ali. maka mendengar kisah ini, Sultan Mahmud Shah menitahkan agar keluarga Tun Mutahir dibunuh kesemuanya, kecuali Tun Fatimah. Tun Mutahir tidak mahu menderhaka, malah tidak membenarkan Tun Ali yg marah membuang harta yg ada di rumahnya, semua itu milik sultan katanya. maka seluruh keluarga Tun Mutahir dibunuh dan Sultan Mahmud Shah menikahi Tun Fatimah, mendapat putera bernama Sultan Ahmad.

akan Portugis pula dihalau keluar dari negeri Melaka, meninggalkan dua buah kapal dan lebih kurang dua puluh orgnya yg tak sempat melarikan diri. Portugis yg baru sahaja memenangi peperangan dgn org Moor sebelum itu menganggap ini sebagai sebahagian dari panggilan yg seumpama Perang Salib. maka kemudian dalam tahun 1511, Portugis datang lagi dgn armada lebih besar dibawah pimpinan Alphonso d'Albuquerque.

keadaan di Melaka ketika itu sangat kacau-bilau. pembesar2 istana berpecah. saudagar2 tamil kembali menguasai perdagangan. maka inilah yg memicu berlakunya, dari satu penceritaan, bahawa ada pembesar2 dan org2 Melayu yg membantu Portugis menakluki Melaka. dan kerna itu, katanya, Portugis tidak pernah mengembangkan penaklukan mereka dan mempunyai polisi untuk tidak mencampuri politik Melayu. dikatakan bilangan org Portugis di Melaka selepas itu tidak melebihi dari 600 orang.

kemudiannya Sultan Mahmud Shah pun pergi dari Melaka menuju Pahang, meninggalkan Raja Ahmad Shah, dikatakan anak baginda dengan Tun Teja, untuk memerangi Portugis. dari Pahang, Sultan Mahmud Shah berpindah ke Bintan dan akhirnya ke Kampar dan meninggal di sana. dikisahkan juga Raja Ahmad Shah, yg tersebut dalam kisah Puteri Gunung Ledang, akhirnya ditikam jua oleh Sultan Mahmud Shah, pada tahun 1513, kerana gagal menghalau Portugis. Sultan Mahmud Shah meninggal di Kampar pada tahun 1528 meninggalkan dua orang anak dari Tun Fatimah. yg sulung bernama Muzaffar Shah kemudian dijemput menjadi raja di Perak dan adiknya, Raja Ali, yg kemudiannya ditabal menjadi sultan Johor yg kedua, dengan gelar Sultan Alauddin Riayat Shah.

inilah kisah Melaka. ceramuk dan kusutnya fikiran org Melayu yg sebelum itu bernaung pada sultan dan bendahara yg adil dan bijaksana, kemudian diganti oleh sultan dan bendahara yg lebih menjaga keturunan mereka sahaja, hingga memilih untuk membantu orang asing, yg kemudian menghancurkan kegemilangan Melayu itu sendiri. bukankah ini juga yg berlaku zaman berzaman, dan bukankah kita juga dalam dilema memilih antara bersabar demi mengelak kehancuran atau menghancurkan negara kita sendiri utk menghalang kezaliman? maka apakah yg dapat kita petik dari sejarah?

0 ulasan: