catatan seorg pengembara..
sejak dari helaian awal pengembaraan ke zaman dulukala, aku berpegang pada satu perkara, hanya mahu mempelajari. sepanjang ketika menyusuri denai2 itu aku berusaha menghindarkan diri dari melibatkan diri aku secara langsung dgn apa yg berlaku. mencari kebenaran bukan untuk membenarkan apa dan siapa kita.
maka aku kupas satu persatu bukan untuk menyatakan siapa yg benar dan siapa yg salah. kebenaran bukan hanya terletak atas suratan cerita yg benar tapi pengajaran yg tersirat di dalamnya. memfokuskan terlalu banyak tenaga dalam kebenaran yg tersurat hanya sedikit berbanding melihat ke dalam mencari inti di sebalik kebenaran tersebut. mengambil pelajaran dan iktibar, menjadikan pedoman buat mengharung perjalanan yg seterusnya. kerna itu adalah peringatan, dan ia akan berlaku terus-menerus jika kita tak mempelajarainya. ini inti 'Tuhan tidak mengubah sesuatu bangsa sehingga merekalah yg mengubahnya.'
sejarah yg berlaku pada nenek moyang kita adalah sejarah kita. itulah yg berlaku dan akan terus berlaku kecuali kita mengambil inisiatif mengubah haluannya. kekuatan dan kelemahan itu ada dlm diri kita. dan kitalah yg bertanggungjawab pada diri kita sendiri. siapa pun kita itu tidak penting.
maka pelajarilah apa yg berlaku pada kerajaan Langkasuka, Ligor, Sriwijaya, Majapahit, Singapura dan Melaka. kenalilah siapa Merong Mahawangsa, sang Saperba, Mani Purindam, waima Raja Mendeliar. inilah sebahagian dari warna-warni sejarah org Melayu. dan apa yg aku ceritakan ini hanya sebahagian.
membongkar kisah org Melayu memang tak ubah seperti berdongeng. dan fahamlah aku mengapa org Melayu berdongeng. mencari benar bukan pada yg tersurat tapi pada apa yg tersirat. tatkala meemahami apa yg tersirat maka yg tersurat bukanlah suatu yg utama.
sebelum mengupas lebih jauh mengenai apa yg tersurat, sebelum memerah akal memahami mengapa org Melayu memilih raja dari keturunan tertentu, sebelum kita mengaku2 kehebatan keturunan kita dan memaksakan hak kita, sebelum kita menabur hina pada mereka yg kita anggap pengkhianat, maka kenalilah siapa diri kita.
kita kata saudagar tamil bermuka dua yg memuaskan nafsunya dengan mengacum para pembesar? adakah kita melakukan itu sekarang ini? kita marah mengetahui sultan tidak mahu memastikan anak2nya mendapat pelajaran sebagai seorg raja, membiarkan sahaja anak2nya melakukan apa pun yg disukainya, tanpa boleh dibantah pada org lain? bukankah kita juga rasa tersinggung yg hebat apabila anak2 kita ditegur dgn tegas? kita org Melayu mengkhianat raja, bangsa dan negaranya sendiri dengan bersekongkol dgn org luar? bukankah kita juga sedang melakukan yg sama?
kitalah Sultan Mahmud Shah.. kitalah bendahara Tun Mutahir.. kitalah laksamana Khoja Hassan.. kitalah Raja Mendeliar.. kitalah juga org Melayu yg membuka kota Melaka menjemput Portugis menjajah negeri Melaka. dan itu hanya yg berlaku di Melaka. bagaimana pula yg berlaku di Kedah? yg berlaku di Palembang? yg berlaku di Temasek? belum lagi penceritaan yg berlaku di Johor, yg memperlihatkan kepakaran orang2 Melayu bermain politik.. belum lagi kisah semasa penjajahan Inggeris.. belum jua lagi aku kisahkan apa yg telah berlaku pasca kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu..
dan aku menginsafi mengapa ketika aku bertanya pada org2 tua mengenai kebenaran sejarah org Melayu, mereka hanya merujuk kepada Melaka. bukan kerana gah dan masyhurnya, bukan kerna hebat dan bijaksana bangsanya ketika itu, namun pelajaran dan pedoman yg terkandung di dalamnya. subhanallah.
0 ulasan:
Post a Comment