Sunday, June 12, 2011

dari hidup melayu ke merdeka

Posted by usoPkuChai On 4:27 AM No comments



selepas pengisytiharan darurat, keadaan politik org melayu jadi berubah.. dan inilah titik yang mencorakkan perjalanan sejarah tanah melayu seterusnya.. dan sebelum mula, kita patah balik semula sket mengenai malayan union. ada dua perkara yg menjadi kemarahan pemimpin melayu waktu itu, satu mengenai pelupusan kuasa raja2 melayu dan kedua mengenai pemberian warganegara kepada bangsa asing (jos soli).

ketika Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian malayan union dengan harold macmichael, pada 1 februari 1946, tujuh kumpuluan politik johor yang diketuai oleh Awang bin Hassan menganjurkan satu perarakan memprotes keputusan Sultan Johor itu, onn jaafar juga dijemput untuk menghadiri perarakan yang menganggap keputusan sultan johor itu sebagai pengkhianatan kepada orang melayu. sultan ibrahim, yg sedang berada di london, mendapat berita itu pada 22 februari 1946 dan menyatakan penarikan diri di pejabat kolonial. setelah itu lebih banyak lagi perarakan terus diadakan di negeri2 lain di tanah melayu.

begitulah yg berlaku sehingga tertubuhnya UMNO dan seterusnya malayan union dibubarkan dan digantikan dengan persekutuan tanah melayu. setelah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, UMNO mulai fokus dalam politik dan pemerintahan. setelah parti2 sayap kiri diharamkan oleh british pada 1948. kebanyakan bekas ahli2nya menyertai UMNO. penubuhan persekutuan tanah melayu adalah titik bermulanya ketidakpuasan hati orang2 cina yang mengharapkan untuk menjadi warga tanah melayu.

penubuhan persekutuan tanah melayu telah menyebabkan kaum cina melihat PKM sebagai satu2nya alternatif yg ada. setelah pengisytiharan darurat, kaum cina mula ditempatkan di kampung baru utk memisahkan mereka dari PKM. sejak 1949, sokongan terhadap PKM mulai menurun di kalangan org cina. ketika pembunuhan pesuruhjaya tinggi british, henry gurney, oleh MNLA pada oktober 1951, ramai pimpinan cina dijadikan sasaran.

pada 27 februari 1949, Malaya Chinese Association (MCA) ditubuhkan di kuala lumpur dan tan cheng lock menjadi pengerusinya, dengan tujuan untuk menjaga kebajikan etnik cina. tan cheng lock mempertikaikan penafian warganegara kepada cina dalam persekutuan tanah melayu. sekitar 1950, MCA melancarkan penjualan loteri utk mengumpul dana. pada 12 jun 1953, british mengeluarkan undang2 yang tidak membenarkan mana2 parti politik didanai oleh penjualan loteri.

setahun kemudian, onn jaafar mencadangakan supaya keahlian UMNO dibuka kepada semua penduduk malaya. cadangannya dibantah oleh pemimpin UMNO yg lain, dan beliau meninggalkan UMNO pada 26 ogos 1951 untuk menubuhkan Independence of Malaya Party (IMP) yang kemudian ditinggalkannya untuk menubuhkan Parti Negara, yg mengetatkan keahlian kaum bukan melayu berbanding IMP. posisi onnjaafar di dalam umno digantikan oleh Tunku Abdul Rahman.

dalam pilihanraya pertama di tanah melayu, pilihanraya Majlis Bandaran Georgetown pada 1 disember 1951, Radical Party (Malaya), yg baru ditubuhkan, memenangi enam dari sembilan kerusi yang dipertandingkan dibawah pimpinan lim cheong eu. parti radikal ini kemudiannya dibubarkan dan ahlinya menyertai mca pada 1952.

pada tahun 1952, UMNO membuat perjanjian dgn MCA utk mengelakkan perlawanan sesama mereka dalam pilihanraya Dean Bandaran Kuala Lumpur, dan memenangi 12 dari 13 kerusi yang dipertandingkan. pada 1954, gabungan dua parti politik ini secara rasminya membentuk Perikatan. dan kemudian pada pilihanraya 1955, MIC turut bergabung bersama Perikatan, bersama2 mengeluarkan manifesto untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1959. pada pilihanraya itu Perikatan memenangi 52 kerusi dan satu kerusi dimenangi oleh PAS. dan Tunku menjadi ketua menteri Malaya yg pertama.

kehadiran gerald templer dan rancangannya meredam PKM menampakkan hasil, dan PKM menjadi sebuah gerakan yg terisolasi pada sekitar 1954. pada oktober 1955, kerajaan perikatan menawarkan pengampunan kepada PKM untuk menyerah diri. rundingan diadakan di baling pada 28 disember 1955 dihadiri oleh pemimpin tertinggi PKM (chin peng, rashid maidin, chen tien) dan tunku, tan cheng lock serta david saul marshall, selaku ketua menteri singapura. setiausaha agung PKM, chin peng menuntut syarat utk membenarkan PKM turut sama dalam pilihanraya, dan pemintaannya ditolak oleh Tunku. pengampunan ditarik balik pada februari 1956.

antara tahun 1949-1955, UMNO, MCA dan british dengan aktif membincangkan perlembagaan yang berdasarkan kepada prinsip warganegara yg setara utk semua kaum. pada 1956, Tunku memimpin sejumlah rombongan ahli perikatan, termasuk tan cheng lock dan v.t. sambanthan, dan wakil raja2 melayu berangkat ke london untuk merundingkan kemerdekaan dari british. british memberikan persetujuan pada 8 februari 1956 untuk persekutuan tanah melayu merdeka di dalam lingkunan kesemakmuran bersama british (british commonwealth). namun kerana berbagai alasan logistik dan pengurusan, perutusan rasmi kemerdekaan dilakukan pada 31 ogos 1957 di stadium merdeka, kuala lumpur.

pada malam 30 ogos 1957, rakyat malaya berkumpul di padang kelab diraja selangor, kuala lumpur untuk menyaksikan penyerahan kuasa. lampu dipadamkan pada 11:58, dan setalh itu tepat pada jam tengahmalam, lampu dinyalakan semula dan bendera union jack diturunkan. bendera malaya kemudiannya dinaikkan dengan alunan lagu Negaraku, yg kemudian disambut dengan pekikan merdeka sebanyak tujuh kali dari sekalian rakyat.

pada pagi 31 ogos 1957, stadium merdeka dipenuhi lebih 20,000 orang. Tunku membacakan proklamasi kemerdekaan dan disambut dengan laungan merdeka sebanyak tujuh kali, dan kemudian azan dilantunkan, dan bendera persekutuan tanah melayu yang merdeka dinaikkan dengan nyanyian lagu Negaraku dan dentuman meriam sebanyak 21 kali. bermulalah perjalanan baru bagi orang melayu di tanahnya yg sudah merdeka.

0 ulasan: