Saturday, June 11, 2011

kebangkitan melawan kolonialisme di tanah melayu

Posted by usoPkuChai On 8:30 AM No comments



sebelum aku sambung citer lepas jepun berambus, kita patah balik sket ke satu bahagian yang jarang diceritakan dalam buku sejarah, atau lebih tepat kalo aku sebut bahagian yang disembunyikan.. era antara selepas terwujudnya jajahan negeri selat, negeri melayu bersekutu dan tak bersekutu, sehingga sebelum pendaratan jepun du kota bharu.. sekitar antara tahun 1900 hinggalah ke 1940.. ini 40 tahun yang mewarnakan tanah melayu dari tamadun kesultanan melayu kepada sebuah kemodenan jajahan kolonialisme..

tapi citernyer memang pendek jer.. ini zaman betul2 kekayaan tanah melayu dijarah sehingga terkuras habis.. ini zaman malaya jadi anak emas britain.. antara yang paling utama yang dapat menjelaskan kegemilangan malaya waktu itu adalah timah dan getah.. di awal millineum itu, eksport timah malaya menyumbangkan separuh dari pengeluaran timah dunia.. dan ada data pada tahun 1921 yang menyebut pengeluaran getah malaya adalah 50% dari pengeluaran getah dunia.. begitulah makmurnya malaya di waktu itu..

kemakmuran malaya ketika itu sangat menguntungkan britain, kerana di waktu itu berlakunya revolusi industri di eropah.. malangnya kerana tiadanya ilmu kepandaian teknologi, seluruh kekayaan itu dikuasai oleh orang asing.. disebutkan pada sekitar tahun 1929, 61% pengeluaran timah malaya dikuasai oleh orang eropah.. dan sisanya pula dikuasai oleh pelombong cina yang telah lama berkecimpung dalam perlombongan timah di malaya.. bayangkan saja sekitar 1890, Yap Ah Loy, kapitan cina di kuala lumpur, ketika itu sudah dianggap orang yang paling kaya di malaya.

orang melayu pada jangkawaktu tersebut boleh dianggap sebagai minoriti di negara sendiri.. kehilangan kuasa politik dan pemerintahan kepada british.. raja-raja melayu pula bermewah-mewah sehingga berhutang pada cina menyebabkan lebih mudah terlepasnya kuasa ekonomi kepada kekuasaan orang cina, yang sangat terorganisasi dengan perkumpulan peranakan mereka..

namun di era 20an, terdapat sekumpulan kecil nasioanalis melayu yang berpendidikan mula menyuntik kebangkitan dalam diri orang melayu.. mungkin ini adalah hasil dari penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905), Malay Administration Service (1910), Kolej Perguruan Melayu (1922) dan KOlej Latihan Perempuan Melayu (1935).. pada sekitar tahun 1935, kuasa Residen Jenderal di peringkat persekutuan dimansuhkan, dan pentadbiran dijalankan oleh negeri2 melayu masing..

dan setelah prelude di atas, maka kita mulakan beberapa perkara yang bermula dari era ini yang kemudiannya nanti menjadikan kita lebih mudah memahami apa yang berlaku di tanah melayu setelah jepun menyerah kalah dan menamatkan perang dunia kedua..

pergerakan politik yang pertama wujud di malaya ialah parti komunis malaya (PKM).. sekitar tahun 1922, parti komunis cina membuka pejabatnya di singapura dan menubuhkan South Seas Communist Party untuk menyebarkan fahamannya terutama melalui kesatuan sekerja.. ini adalah benih kepada penubuhan PKM pada tahun 1930, yang bekerjasama rapat dengan partai komunis indonesia (PKI)..

gerakan awal PKM adalah mogok Batu Arang pada tahun 1935. ramai orang cina dihantar pulang ke china, yg ketika itu dikuasai oleh Guomindang, yg kemudiannya dihukum bunuh kerana dianggap komunis. sokongan terhadap PKM semakin bertambah setelah pecahnya perang sino-jepun pada tahun 1937, yang turut memperlihatkan perubahan politik di china, dimana parti goumindang bergabung bersama parti komunis china untuk menentang jepun. begitu juga halnya di tanah melayu, sentimen anti-jepun meningkatkan sokongan terhadap PKM.

dalam waktu itu, munculnya gerakan melayu, yg membuahkan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada mei 1938 di kuala lumpur, diketuai oleh Ibrahim Yaakob yang bertujuan untuk melindungi hak-hak orang melayu dan menentang penjajahan british. KMM merupakan gerakan nasionalis yang turut memperjuangkan panji melayu raya bersama indonesia. gerakan KMM berpusat di maktab perguruan sultan idris (mpsi) dan pada ogos 1939, berjaya mengatur satu kongres melayu pertama di kuala lumpur. kongres melayu kedua dijalankan di ipoh pada disember 1940. namun kongres ketiga yang dirancangkan diadakan di ipoh pada 1941 terbatal kerana meletusnya perang dunia kedua.

dua pertubuhan ini merupakan awal dari semua gerakan kebangkitan di tanah melayu. beberapa pemimpin dari kedua2 pertubuhan juga ada yang ditangkap dan dipenjarakan oleh british kerana menggerakkan sentimen anti-british. terutama pada tahun 1940, ketika PKM mengeluarkan manifesto mengenai pengusiran imperial british dari malaya. namun pada 15 disember 1941, setelah kedatangan jepun, british melepaskan semua tahanan perang tersebut.

waktu jepun melanggar malaya, dua pertubuhan ini mengambil jalan yang berbeda. KMM yang sedari awal menyatakan sentimen anti-britishnya telah bekerjasama dengan jepun. jepun juga memberi dana kepada KMM utk menerbitkan Warta Malaya di singapura. ramai ahli KMM dilatih dalam pasukan Giyuugun yg bertugas sebagai penunjuk jalan dan penterjemah kepada jepun. ketua KMM, Ibrahim Yaakub juga dilantik menjadi leftenan kolonel oleh tentera jepun.

pada 1942, KMM menuntut janji jepun utk memberi kemerdekaan kepada tanah melayu, namun tuntutan itu ditolak oleh jepun. ini merupakan tuntutan kemerdekaan tanah melayu yang pertama. keadaan itu membuatkan jepun membubarkan KMM.

pada 13 ogos 1945, ibrahim yaakob bertemu dengan sukarno, drs mohammad hatta (dlm perjalanan pulang dari saigon), drs burhanuddin al-helmi dan mejar jeneral umezu di taiping membincangkan kemungkinan tanah melayu merdeka bersama indonesia dalam gagasan Melayu Raya. ketika jepun menyerah kalah, ibrahim terbang ke jakarta pada 19 ogos 1945 dan menetap di sana hingga 1973.

manakala kesan dari perang sino-jepun, org2 cina dan org2 jepun saling bermusuhan. pada 20 disember 1941, british melatih gerila perang melawan jepun di singapura, dan ramai ahli PKM menyertai latihan tersebut. seterusnya ahli2 PKM menubuhkan MPAJA (Malayan's People Anti-Japanaese Army) pada mac 1942.

ketika jepun menyerah diri pada 16 ogos 1945, MPAJA menguasai hampir semua kawasan yg ditinggalkan oleh jepun. kontijen pertama tentera british hanya kembali ke tanah melayu pada 3 september 1945. dalam waktu yang renggang itu, PKM menganjurkan sebuah revolusi utk memerdekakan tanah melayu, namun rancangan itu telah disabotaj oleh salah seorg pemimpinnya, Lai Teck, dan situasi itu dikenang sebagai peluang yang terlepas.pada 12 september 1945, british kembali menguasai tanah melayu.

pada 27 ogos 1945, PKM mengeluarkan satu manifesto lapan perkara. namun ditolak oleh british kerana desakan untuk pilihanraya, yang dianggap oleh british sebagai harapan untuk memberikan pemerintahan sendiri kepada malaya. begitu juga manifesto enam perkara PKM pada 7 november 1945, yang secara terang menuntut pemerintahan bebas dari british.

dalam satu kongres melayu di Ipoh, pada 17 oktober 1945, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKKM), atau juga dikenali sebagai Malay Nationalist Party (MNP) ditubuhkan dengan tujuan untuk menuntut kemerdekaan. Mokhtaruddin Lasso, yang cenderung kepada komunisme, menjadi yang dipertua yang pertama dan Dr Burhanuddin al-Helmi menjadi naib yang dipertua. antara lidah PKMM ialah akhbar harian Suara Rakyat, Pelita Malaya, Semboyan Baru disamping majalah bulanan Berjuang dan Voice of the People.

Ahmad Boestamam yg turut memainkan peranan dlm penubuhan PKMM mengetuai sayap pemuda PKMM, Angkatan Pemuda Insaf (API), yg ditubuhkan pada 17 februari 1946. manakala sayap pemudi PKMM ialah Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. kedua2 sayap PKMM ini berfahaman sosialis.

selepas beberapa bulan, ramai bekas KMM bergabung, dan Dr Burhanuddin al-Helmi dilantik menjadi yang dipertua PKMM dan setelah itu pada disember 1947, Ishak Hj Muhammad pula dilantik menjadi yang dipertua, dibawah kedua2 pemimpin ini PKMM lebih cenderung kepasa nasionalisme. PKMM juga mendukung gagasan Panji Melayu Raya, dengan rancangan merdeka bersama indonesia pada tahun 1949.

pada 1 april 1946, british menubuhkan Malayan Union. dalam kongres melayu ke-3 yg dihadiri oleh berbagai pertubuhan melayu, pada 11 mei 1946 di johor, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan untuk membantah pembentukan Malayan Union, dibawah pimpinan Onn Jaafar. pada mac 1947, PKMM menganjurkan persidangan Islam se-Malaya (Pan-Malayan Islamic conference) di Madrasah Ma'ahad al-Ehya as-Sharif di Gunung Semanggol, Perak; yg turut dihadiri oleh UMNO. persidangan ini melahirkan Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA).

dalam kongress kedua pada 13-16 mac 1948, ahli persidangan menyuarakan tekanan kepada UMNO untuk memainkan peranan lebih banyak untuk melayu-islam. hasil laporan kongres tersebut meresahkan pemimpin UMNO yang merujuknya sebagai 'ancaman dari gunung'. pada 17 mac 1948, hizbul muslimin ditubuhkan dan dipimpin oleh Abu Bakar al-Baqir. hizbul muslimin ini kemudiannya diharamkan oleh british pada 1951 dengan tuduhan bekerjasama dengan PKM. sebahagian dari ahlinya memasuki UMNO dan sebahagiannya menubuhkan Parti Islam se-Malaysia (PAS) pada 24 november 1951.

pada awalnya org melayu boleh mempunyai dua keahlian dalam PAS dan UMNO, namun kemudian setelah tidak dibenarkan mempunyai dua keahlian, PAS menjadi terpisah. pada pilihanraya 1955, PAS didaftarkan semula dengan menggunakan nama Pan-Malayan Islamic Party (PMIP), sewaktu dipimpin oleh Abbas Alias.

pada tahun 1945, sekumpulan kelas pertengahan yang berpendidikan inggeris menubuhkan malayan democratic union (MDU), yg kemudiannya membiayai satu perjumpaan pada 14 disember 1946, di singapura, dihadiri oleh PKMM, MIC (Malayan Indian Congress yg ditubuhkan pada ogos 1945), General Labour Union (yang kemudian dipecahkan kepada Singapore Federation of Trade Union (SFTU) dan Pan-Malayan Federation of Trade Union (SFTU)) dan beberapa pertubuhan kecil yang lain. perjumpaan ini melahirkan Council of Joint-Action (CJA), dengan melantik Tan Cheng Lock, yg memegang warganegara britain, sebagai pengerusi. tujuan asal penubuhan CJA ini adalah untuk menghantar petisyen pada british agar Singapura dimasukkan ke dalam Malayan Union bersama negeri2 lain.

CJA kemudiannya pada 22 disember 1946, diganti sebagai Pan-Malayan Council of Joint-Action (PMCJA), berikut kemasukan PMFTU, bekas MPAJA, Clerical Union of Penang, Melaka, Selangor dan Perak, serta beberapa pertubuhan kecil yang lain.

pada 22 februari 1947, Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA/Pusat Tindakan Rakyat) diwujudkan di bawah pimpinan Ishak Hj Muhammad dengan dianggotai oleh PKMM, Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), API, AWAS dan 70 pertubuhan kecil yang lain. PUTERA kemudiannya bergabung dengan PMCJA pada mac 1947, untuk turut sama membantah bentuk perjanjian antara pihak british dan UMNO. PMCJA kemudian menukar namanya, pada ogos 1947, menjadi All Malaya Joint Council for Action (AMCJA) utk mengelakkan dari dianggap dikuasai oleh komunis, cadangan dari Association Chinese Chambers of Commerce (ACCC). kemudiannya pakatan itu dikenali sebagai PUTERA-AMCJA.

PUTERA-AMCJA kemudiannya mengeluarkan cadangan Perlembagaan Rakyat yang dikeluarkan pada 21 september 1947, sebagai alternatif menolak cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. ACCC kemudiannya mengajak PUTERA-AMCJA melakukan mogok di seluruh negara. pada 20 oktober 1947, Hartal diadakan pada tarikh bersamaan pembukaan sessi parlimen british dimana cadangan Perlembagaan Tanah Melayu akan dibahaskan.

namun cadangan Perlembagaan Rakyat ditolak dan hubungan ACCC dengan PUTERA-AMCJA mulai renggang. hartal kedua yang dirancangkan pada 1 februari 1948 dibatalkan kerna ACCC tidak memberikan bantuan kewangan. ahli koumintang melobi utk pengunduran ACCC dengan alasan tekanan dari perang saudara di china. dan ketika Perlembagaan Tanah Melayu diwartakan pada 1 februari 1948, PKM pula membuat keputusan untuk melancarkan pemberontakan bersenjata.

pembunuhan pengurus ladang berbangsa eropah di sungai siput membuka peluang kepada british untuk mengistiharkan darurat pada 16 jun 1948. selaras dengan itu PKM dan semua pertubuhan yang dianggap radikal sayap kiri diharamkan. PKM kemudiannya menubuhkan Malaya People Against British Army (MPABA) pada 23 julai 1948, dan kemudiannya pada 1 februari 1949, Malaya People Liberation Army (MPLA) dengan menggunakan taktik gerila utk memerangi british.

rasanya aku kena berenti sampai bab darurat nih.. sbb bila aku teruskan rasa cam bab yang berlainan.. maaf aku tak dapat tulis beberapa perkara dengan lebih terperinci.. lagipun ini draf, bila aku edit nanti barulaa boleh masukkan.. tapi aku rasa yg aku sentuh dah cukup, kalau ada yg boleh nampak, situasi yang sama persis seperti yg berlaku skrg.. roda sejarah sudah berputar kembali tepat pada situasi yg sama..

bagaimana keadaan org melayu skrg yg saling tak tumpah seperti org melayu di tahun 20an dan 30an.. merasa puas menjadi miskin membiar org lain menjarah kekayaan bumi sendiri.. tentang bagaimana kemudian merasa tersedar apabila ternyata british tidak dapat mempertahankan mereka dari dilanggar jepun.. berkenaan beza dasar perjuangan melayu dengan pan-malaysian yg lain.. nasionalis vs sosialis..

betapa perlunya berhati2 dengan gunting dalam lipatan dan musuh di dalam selimut.. moga kita dapat menyedari tidak ada siapa pun peduli pada kita melainkan diri kita sendiri.. dan bahagian seterusnya nanti akan citer pulak saat2 bagaimana org melayu terpaksa bertoleransi menyetujui menerima perkara yg ditolaknya dengan keras pada awal kebangkitan dan setelah itu terus menerus ditekan utk lebih liberal.. moga ada gunanya nanti kisah ini bila sampai waktunya.. amin..

0 ulasan: