aku mengambil masa yg agak lama utk menyusun semula urutan pensejarahan yg berlaku sewaktu penjajahan inggeris di Tanah Melayu. setiap kejadian yg berlaku mempunyai kaitan antara negeri2 Melayu yg ada. mungkin kali ini perlu kita melihat titik2 perubahan yg berlaku dlm pensejarahan inggeris di Tanah Melayu mengikut cara inggeris melakukan penjajahan, dengan cara membuat perjanjian. walaupun tidak semua janji inggeris itu dipenuhi oleh pihak inggeris. dan inilah yg berlaku sebelum pecahnya Perang Dunia yg memperlihatkan kesan yg mendalam pada pola pemikiran org2 Melayu.
*****
Mei 1786 - Perjanjian antara Kapten Francis Light dengan Sultan Abdullah Mukarram Shah (Kedah)
sekitar tahun 1685, Inggeris sudah bertapak di Bengkulu (bangkahulu), Sumatera. pada bulan April 1771, Jourdain, Sulivan and de Souza, sebuah firma british yg berpengkalan di Madras, India menghantar Francis Light utk berunding dgn Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Shah, untuk membuka tempat perdagangan. ada dikisahkan bagaimana kemudiannya, Francis Light membantu Sultan Kedah, Sultan Abdullah Mukarran Shah, menawan semula Kota Kuala Kedah daripada pihak Siam.
Francis Light, kemudiannya menjadi wakil Syarikat Hindia Timur British (British East India Company) berpangkat kapten, pada Mei 1786, membuat perjanjian dgn Sultan Kedah utk membenarkan inggeris membuka tempat perdagangan di Pulau Pinang dan Sultan Kedah setuju dgn syarat british akan membantu Kedah dari ancaman Siam dan Bugis. pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light mendarat di Pulau Pinang (Tanjung Penaga) dan menamakan pulau itu sebagai 'Prince of Wales Island', dan menamakan bandar itu sebagai Georgetown, sempena nama King George III.
namun atasannya di India tidak bersetuju utk memberi bantuan ketenteraan tapi mengarahkan Francis Light tetap berada di Pulau Pinang. berita tersebut disampaikan kepada Sultan Kedah pada un 1788, menyebabkan Sultan Kedah merasa tertipu dan berusaha menghalau inggeris keluar dari Pulau Pinang.
serangan Kedah gagal menyebabkan Sultan Kedah terpaksa membuat perjanjian damai pada tahun 1791 dengan Francis Light. antara kandungan perjanjian itu ialah Sultan Kedah membenarkan pendudukan inggeris di Pulau Pinang dan Sultan Kedah menerima pajakan sebanyak 6,000 spanish peso. pada 1 Mei 1791, bendera inggeris dinaikkan di Pulau Pinang.
pada tahun 1800, berlaku perjanjian kedua antara Sultan Dhiauddin Mukarram Shah (Sultan Kedah) dgn Leftenan Gabenor George Leith Baronet (wakil British East India Company), menambahkan bayaran menjadi 10,000 spanish peso utk turut memajak Seberang Perai, yg kemudiannya dinamakan Province Wellesley, sempena nama Gabenor Jenderal di India.
*****
Januari 1819 - Perjanjian antara Sir Stamford Raffles dengan Sultan Hussein (Johor)
semuanya bermula pada sekitar tahun 1811, Lord Minto, Gabenor Jenderal di India, mengetuai armada, yg sebelumnya telah dikumpulkan di Melaka, untuk menyerang belanda di Batavia, bersama setiausahanya, Stamford Raffles. pada tahun 1815, usai Perang Napoleon di Eropah, Lord Minto pulang ke India meninggalkan Stamford Raffles sebagai Leftenan Gabenor Java dan Sumatera. Stamford Raffles bercadang utk membuka pusat perdagangan baru utk memecahkan monopoli belanda di Selat Melaka. walaupun pada awalnya, Gabenor Jenderal, Lord Hastings membiarkan Stamford Raffles menjalankan rancangannya, kemudian dia bertukar fikiran dan menghantar surat kepada Stamford Raffles utk tidak membuka penempatan inggeris di kepulauan timur. hanya saja surat itu tidak sampai kepada Stanford Raffles lebih awal.
pada tahun 1818, ketika Stamford Raffles menjadi gabenor di Bengkulu, Mejar Farquhar menemui Tengku Hussein di Pulau Penyengat. maka pada 28 Januari 1819, Stamford Raffles mendarat di Singapura dan mengarahkan Mejar Farquhar membuka penempatan utk inggeris. pada 6 Februari 1819, Stamford Raffles membuat perjanjian dengan Tengku Hussein, yg mengandungi antaranya inggeris mengakui Tengku Hussein sebagai Sultan Johor dengan syarat membenarkan inggeris membuka perdagangan di Singapura. perjanjian itu juga mengandungi pemberian inggeris kepada Tengku Hussein dan Temenggung.
*****
Mac 1824 - Perjanjian Inggeris-Belanda
Perjanjian London telah ditandatangani oleh United Kingdom dan United Kingdom of the Netherlands sebagai penyelesaian kepada Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1814 (Convention of London) mengenai pemulangan semula jajahan belanda yg dikuasai oleh inggeris seperti situasi sebelum pecah Perang Napoleon.
perjanjian ini memisahkan negeri Melayu kepada dua bahagian; Malaya yg diperintah oleh British dan Hindia Timur Belanda (Dutch East Indies) yg diperintah oleh belanda, perpecahan yg kemudiannya diwarisi sebagai Malaysia dan Indonesia.
seterusnya inggeris menguatkan kedudukannya di tanah melayu dengan memusatkan pentadbiran Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, dengan menubuhkan Negeri-negeri Selat (Straits Settlement) pada tahun 1826 dan diperintah oleh seorg Gabenor.
*****
September 1841 - Perjanjian antara James Brooke dengan Pangeran Muda Hashim (Brunei)
pada tahun 1839, Sultan Omar Ali Saifuddin II, Sultan Brunei, mengarahkan Pangeran Muda Hashim untuk menstabilkan keadaan Sarawak dari lanun dan pemberontakan. beliau meminta pertolongan James Brooke, pengembara yg baru sampai dgn tujuan utk memulihkan kapalnya setelah pertempuran di India, dan ditolak. namun ketika James Brooke mendarat di Sarawak lagi pada tahun 1841, dia bersetuju untuk membantu Pangeran Muda Hashim.
kejayaan James Brooke membuahkan satu perjanjian yg menghadiahkan Sarawak dan Sinian kepadanya. pada 24 September 1841, Pangeran Muda Hashim mengurniakan gelaran Raja kepada James Brooke. dan bermulalah dinasti Raja Putih di Sarawak.
pengganti James Brooke, Charles Anthony Johnson Brooke, menerima Perlindungan British (British Protectorate) pada tahun 1888. dan akhirnya pada tahun 1946, Raja ketiga, Charles Vyner Brooke, menyerahkan haknya kepada british.
*****
1865 - Sultan Brunei memajakkan Borneo Utara selama 10 tahun kepada Charles Lee Moses
pada tahun 1865, konsulat amerika ke Brunei, Charles Lee Moses, berjaya mendapat pajakan 10 tahun untuk wilayah Borneo Utara dari Sultan Brunei. kemudiannya Moses menjual haknya kepada syarikat amerika di hong kong, yg dipunyai oleh Joseph William Torrey, Thomas Bradley Harris, Tat Cheong dan beberapa peniaga cina. namun kemudiannya meninggalkan wilayah tersebut pada akhir tahun 1866.
sebelum pajakan berakhir, Torrey berjaya menjual haknya kepada Konsulat empayar Austro-Hungarian di hong kong, Baron Von Overbeck, pada Januari 1875. Von Overbeck berjaya menyambung pajakan tersebut dari Temenggung Brunei dan juga membuat perjanjian yg serupa dengan Sultan Sulu pada 22 Januari 1878.
pada tahun 1880, Von Overbeck berundur dan meninggalkan wilayah itu kepada penguasaan Alfred Dent; Dent bersaudara (Alfred dan Edward) merupakan tulang belakang kewangan aktiviti Von Overbeck. dan pada Julai 1881, Dent bersaudara menubuhkan British North Borneo Provisional Association Ltd dan mendapat pengakuan diraja (Royal Charter pada 1 novemver 1881.
pada Mei 1882, Provosional Association digantikan oleh North Borneo Chartered Company, yg kemudiannya mendapat pengakuan dan kebenaran dari Sultan Brunei untuk memperluaskan wilayahnya. syarikat itu juga membawa masuk ramai pendatang cina.
Borneo Utara berada di bawah lindungan British (Protectorate) pada tahun 1888, namun pentadbiran masih dijalankan oleh Chartered Company sehinggalah pendudukan Jepun pada 1 Januari 1942.
*****
Januari 1874 - Perjanjian Pangkor
sekitar tahun 1820, hubungan british telah menghalang Siam dari terus menerus menyerang Perak. malah pada tahun 1826, inggeris telah melakukan perjanjian dgn Perak untuk membantu Perak menyerang Siam (Reman) di Kelian Intan. namun pada tahun yg sama, inggeris juga membuat perjanjian dengan siam (Perjanjian Burney).
berbagai situasi yg berlaku di Perak pada waktu itu telah menyebabkan masuknya campurtangan inggeris dan kemuncaknya ialah ketika Raja Abdullah membuat perjanjian dgn Gabenor Negeri Selat, Sir Andrew Clarke, pada 20 Januari 1874, yg dikenali sebagai Perjanjian Pangkor. Perjanjian itu antara lain mengenai pengiktirafan Raja Abdullah sebagai Sultan Perak, menyerahkan Dinding dan Pulau Pangkor kepada inggeris, dan perlantikan Residen British di Perak.
dengan kejayaan melantik Residen British utk menamatkan Perang Larut di Perak, keadaan dan strategi yg sama dilakukan di Selangor (menamatkan perang saudara (Perang Klang) antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi), di Negeri Sembilan (menamatkan pertelingkahan kuasa antara Tengku Antah dengan Tengku Ahmad Tunggal dan Perang Naning), dan di Pahang (menamatkan perang saudara (Perang Bendahara) antara Tun Ahmad dan Tun Mutahir).
*****
Julai 1896 - Perjanjian Persekutuan
British menubuhkan Majlis Persekutuan (Federal Council) pada tahun 1889 untuk mentadbir negeri2 Melayu, diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi (Gabenor Negeri Selat), dibantu oleh Residen Jenderal, Sultan-sultan, Residen di setiap negeri dan empat org ahli tidak rasmi yg dilantik. Residen Jenderal yg pertama ialah Sir Frank Swettenham.
persetujuan Sultan Selangor (Sultan Alaiddin Sulaiman Shah), Sultan Perak (Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah I), Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan (Yam Tuan Tuanku Muhammad Shah) dan Sultan Pahang (Sultan Ahmad Mu'adzam Shah), mengenai pemusatan pentadbiran pada 1895 telah dimaterai dalam Perjanjian Persekutuan (Treaty of Federation) pada 1 Julai 1896, mewujudkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yg berada di bawah lindungan British (Protectorate).
pada tahun 1897, Durbar pertama telah diadakan di Kuala Kangsar. Durbar ini yg kemudiannya menjadi asas kepada Majlis Raja-raja Melayu yg digubal di bawah Artikel 38 Perlembagaan Malaysia pada 27 Ogos 1957.
*****
Mac 1909 - Perjanjian Bangkok
pada tahun 1821, Raja Siam menyuruh Sultan kedah ke Bangkok, namu Sultan Kedah menolak, takut dibunuh kerna tidak mengikuti perintah Raja Rama II (Raja Siam) utk menyerang Perak pada tahun 1818. Siam menyerang Kedah menyebabkan Sultan Kedah berundur ke Seberang Perai. Siam kemudian memecahkan kerajaan Kedah kepada empat kawasan; Kedah, Perlis, Setul dan Kubang Pasu.
pada tahun 1826, Kapten Henry Burney membuat perjanjian dgn Siam (Perjanjian Burney) yg mengiktiraf jajahan Siam keatas Kedah, kelantan, Perlis dan Trengganu, dan Siam berjanji tidak akan menyerang Perak dan Selangor. ia juga bertujuan sebagai jaminan kepada jajahan inggeris di Pulau Pinang.
pertempuran antara Kedah dan Siam berterusan. pada 20 Mac 1838, bendera Kedah diturunkan mengakui kekalahan terhadap serangan Siam yg dibantu oleh Inggeris. namun Sultan Kedah kemudiannya menghantar putera sulungnya, Raja Zainal Rashid (Tengku Dai), berunding dgn Raja Rama III, mengakui kedaulatan Siam dan kesultanan Kedah dipulihkan pada tahun 1843.
kemudiannya, pada 10 Mac 1909, pihak inggeris dan siam telah menandatangani satu perjanjian tanpa kehadiran Raja-raja Melayu, yg kemudiannya disahkan di London pada 9 Julai 1909, yg memisahkan negeri2 Melayu kepada dua bahagian; Pattani (Patani), Narathiwat (Menara), Songkhla (Singgora), Satun (Setul) dan Yala (Jala) berada dibawah kekuasaan Siam, manakala Kedai (Saiburi), Kelantan (Kalantan), Perlis (Palit) dan Trengganu (Trangkanu) dimasukkan di bawah lindungan british (Protectorate).
manakala Johor pula yg telah mendapat lindungan British (Protectorate) seawal tahun 1885, hasil kunjungan Sultan Abu Bakar ke London mengadap Ratu Victoria. berikutan dgn Perjanjian Bangkok 1909 dan kemudiannya penerimaan penasihat inggeris di Johor oleh Sultan Ibrahim pada tahun 1914, lima negeri ini dikenali sebagai Negeri Melayu Tak Bersekutu. negeri2 ini tidak mempunyai pusat pentadbiran.
*****
org Melayu berpegang pada janji, dan kerna janjilah org Melayu sering diperdaya. begitulah juga keadaannya pada zaman ini, betapa Melayu berpegang pada janji ketika memperjuangkan kemerdekaan, namun kemudian hanya Melayu yg mengharap2 pada janji tersebut sedangkan di pihak yg satu lagi tidak mahu memperdulikannya, malah mempertikaikannya pula. alahai Melayu..
1 ulasan:
bila janji kita ungkitkan, kita dikatakan perkauman// huhu
Post a Comment