* * *
ada satu kisah yg berlaku di suatu tempat yg kita takkan peduli, tentang sepasang suami isteri, ong dan chomel, yg telah lama berkahwin tapi tidak mempunyai anak. bertahun mereka bersabar dan berusaha. segala macam jamu telah mereka telan. berbagai posisi senggama sudah mereka praktikkan. ikut bulan, ikut cuaca, dan aneka ragam petua sahabat handai dan sanak saudara telah mereka ratah. dari segala dukun di serata pelosok hinggalah klinik kesuburan yg di luar negeri pun telah mereka datangi. belum juga rezeki mereka.
pernah satu ketika chomel mencadangkan ong bernikah dgn seorg gadis di kota bharu. katanya gadis itu dari keturunan yg subur2 semua. adik beradiknya tiga belas org, bapanya punya sepuluh adik beradik dan ibunya sendiri punya lima belas adik beradik. tapi ong menolak. katanya, "biarlah kita tidak ada keturunan asalkan abang dapat sentiasa bersama chomel hingga ke akhir hayat." malam itu mereka pun bertaup janji, dalam esak suami isteri, tidak akan membicarakan soal anak lagi.
tahun itu adalah ulangtahun perkahwinan mereka yang ke tiga puluh. umur ong dan chomel sama2 sudah melepasi separuh abad, kerna beza umur mereka berdua hanyalah berselang dua tahun. senja itu, ong mengajak chomel duduk-duduk di pinggir sungai, mencelupkan kaki kurus yg dibalut kulit kendur ke dalam air yg dingin. chomel tertawa-tawa mendengar ong menceritakan kisah kali pertama mereka bertemu di pinggir sungai itu juga. ong baru sampai ke kampung ketika itu.
dan ketika mentari sudah menyimbah merah itulah, mereka terdengar tangisan bayi dari arah rumpun bambu yg merimbun di tepi sungai itu. seorang bayi lelaki berumur sekitar satu tahun. tanpa mahu mengambil tahu dari mana datangnya, chomel berkeras mahu mengambil budak itu menjadi anak angkat mereka walaupun ong agak ragu2, namun dituruti jugalah kehendak isteri kesayangannya.
* * *
bulan ini sudah dua kali ong mengantar chomel ke hospital. chomel tiba2 jatuh di dapur. kata doktor chomel kurang darah. fikir ong mungkin ini kesan daripada pil yg dimakan oleh chomel sejak lima bulan dulu. chomel berkeras mahu menyusukan anak tersebut supaya anak itu sah menjadi anaknya, walaupun bukan sebagai anak yg dikandungnya.
ong menyedari perubahan sikap chomel selama mereka menemukan budak yg mereka namakan kadir itu. seolah tidak boleh berpisah walau sedetik pun, hingga ong sendiri merasa disisihkan oleh chomel. hampir setiap malam, chomel akan meninggalkannya sendirian terbaring di atas katil di bilik tidur mereka dengan alasan mahu menyusukan kadir di bilik sebelah. tubuh chomel semakin kurus sejak mengurus kadir.
sebulan selepas mereka mendapat kadir, ong dan chomel bertengkar. pertengkaran pertama semenjak mereka dikahwinkan oleh tok penghulu. ong sendiri tidak begitu memahami mengapa chomel begitu marah ketika dia mengusulkan kadir diberi susu di dalam botol sahaja. waktu itu chomel sedang membasuh puting susunya yg berdarah-darah. ong berfikir chomel sudah terlalu berumur untuk menyusui seorang budak yg sudah boleh berjalan, namun ong membiarkan sahaja chomel terus melakukannya. selama ini ong tidak pernah menegur apa pun yg dilakukan chomel mengingat isterinya itu telah menjadi anak yatim sejak dari bayi lagi.
dalam perjalanan pulang dari hospital, ong dan chomel tidak bercakap. chomel kelihatan resah seolah tidak sabar untuk sampai ke rumah. ini adalah kali pertama kadir ditinggalkan bersama org lain. kali pertama mereka ke hospital, kadir tidak pernah beralih dari pangkuan chomel. ketika ong memapah chomel pagi tadi, kadir menangis2 tidak mahu ditinggalkan dgn munirah, anak gadis jiran sebelah rumah mereka. hingga waktu ong membelok memandu ke jalan besar, dia terdengar suara munirah menjerit, mungkin kadir menggigitnya kerna terlalu marah tidak dapat ikut menghantar chomel.
semenjak kadir hadir dlm hidup mereka, chomel mengabdikan hampir sepenuh masanya utk bayi itu. hinggakan tidak jarang ong merasakan dirinya tidak wujud lagi dlm hidup chomel. namun ong sangat memahami keadaan jiwa isterinya yg selama ini dihimpit kesunyian hidup tanpa anak seperti orang lain. chomel juga menghindari untuk tidur bersama ong, dan hanya tidur di bilik tidur kadir.
* * *
seperti pagi itu juga, ong dapat memisahkan chomel dgn kadir hanya kerna chomel sudah tidak sedarkan diri. ong dengan hati yg penuh cemas memanggil munirah sewaktu mengangkat chomel masuk ke dalam kereta. terpaksa membiarkan kadir yg berlumuran darah menangis dengan suara yg sangat kuat, seolah tidak membenarkan ibunya dibawa pergi. ong juga tidak sempat berpesan apa2 pada munirah melainkan hanya memberitahu bahawa kadir ada di dalam bilik tidurnya.
ong tidak dapat memahami dengan jelas apa yg diperkatakan oleh doktor mengenai penyakit isterinya. ong hanya membuat kesimpulan bahawa chomel memang sudah terlalu tua utk menyusukan seorang bayi hinggakan puting payudaranya terluka parah kerna gigitan kadir. memang ong menyedari bagaimana rakusnya bayi itu ketika menyusu seolah tersangatlah laparnya.
sesampainya di rumah, ong membuka pintu dan membantu chomel yg masih lemah tapi keluar dgn agak tergesa-gesa dgn matanya berbinar2 mencari2 anaknya. keadaan rumah itu sangat sunyi, seolah tiada berorang. ong memanggil munirah dgn suara separuh menjerit. tidak ada jawapan. ong menuju ke arah dapur mencari munirah, membiarkan chomel meluru ke bilik tidur bayi kesayangannya.
ong dapat merasakan ada sesuatu yang aneh ketika kakinya melangkah pintu dapur. tak semena2 chomel terburu2 memasuki dapur hingga melanggar ong jatuh terlanggar meja makan di sebelah pintu dapur. sebelum sempat ong bangun kembali menegakkan dirinya, chomel sekali lagi meluru ke luar dari arah dapur sambil menangis, dipelukannya menggendong rapat kadir bayi kesayangannya. ong hanya mampu menggeleng2kan kepalanya melihat kelakuan chomel.
ong bangun dan menuju ke arah dapur, hanya untuk sekali jatuh terduduk kembali dengan tubuh menggigil. keadaan dapurnya seperti baru berlakunya pergelutan yg hebat. dan munirah terbaring berlumuran darah. mungkinkah rumahnya dimasuki pencuri sepeninggalannya ke hospital hari itu.
* * *
diwaktu langit memerah senja, rumah ong dan chomel dipenuhi dengan pasukan polis. jiran2 memenuhi hadapan rumahnya yang direntangi pita kuning. ibu munirah meraung seolah tidak menerima pemergian anaknya dengan cara yang sadis itu. polis mengesahkan bahawa munirah mati dibunuh, namun tidak dapat menemukan apa2 bukti yg dapat dikaitkan dengan pembunuhan tersebut. hanya beberapa gigitan yang tidak dapat dipastikan oleh binatang apa.
beberapa hari setelah itu, hanya kesugulan yg memenuhi setiap rumah ong. chomel hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa2, hanya terlalu masyuk dgn bayi kesayangannya. ong semakin merisaukan dengan keadaannya. kadir juga seolah tidak mahu melepaskan chomel menjauh darinya. yg paling membingungkan ong ialah chomel tidak mahu lagi keluar dari rumah.
pada suatu pagi, ong berpatah balik ke rumah ketika separuh perjalanan ke tempat kerjanya. dia terlupakan sesuatu. ternyata semua itu bukan kebetulan melainkan hanya untuk membuka sebuah rahsia ngeri antara chomel dan kadir. darah dari luka payudara chomel memang kerna gigitan kadir. namun itu hanya separuh dari kebenarannya. ong dapat melihat bagaimana chomel dalam keadaan separuh sedar. kadir bukan hanya mengigit tetapi juga menghisap dan menyedut darah chomel.
setangkas kilat ong menarik kadir dengan susah payahnya agar menjauhi chomel. kadir meraung nyaring menyedarkan chomel yg juga menjerit sambil memukul lemah ong supaya melepaskan kadir. mata kadir berbinar bulat merenung ke arah ong yg menggigil antara ketakutan melihat darah yg memenuhi mulut kadir berhamburan seiring jeritannya yg menyeramkan, dan ketakutan melihat keadaan chomel yg tak ubah seperti mayat hidup merangkak dan berpaut di kaki ong memohon kadir dikembalikan padanya dengan suara garau yg dalam.
ong berlari membawa kadir ke arah sungai yg berada diarah selatan sisi luar rumah mereka. di belakang, chomel mengumpul segala tenaga yg tersisa berusaha mengejar ong. raungan kadir dan chomel saling bersahutan. jika tidak kerana rumah mereka yg berada agak berjauhan dari rumah2 lain di kawasan tersebut, sudah tentu seluruh jiran juga akan datang sama kerna mendengar jeritan itu.
ong, chomel dan kadir berada di pinggir sungai, tepat pada tempat dimana pertama kali ong dan chomel menemui bayi tersebut. chomel memeluk kaki ong dengan lebih kuat sambil merayu. jeritan kadir berselang dengan deram yg menyeramkan. ong bertegas pada chomel bahawa bayi itu perlu dipulangkan semula ke tempatnya demi kesejahteraan chomel. chomel sendiri sudah dalam tidak keruan lagi, airmata yg berhamburan membasahi muka dan darah yg membasahi bajunya. hati ong diruntun oleh kasihnya yg teramat dalam pada isterinya, mencairkan ketegasannya.
ong meletakkan bayi itu di atas batu tempat ong dan chomel selalu menghabiskan waktu2 bersama beberapa bulan dahulu. ong kemudian memeluk erat chomel yg meronta2, menghalangnya dari mendekati kadir. perlahan tapi pasti ong merarik chomel meninggalkan kadir di pinggir sungai. kadir duduk merenung tajam pada ong dengan muka yg bengis.
ketika ong sudah berjaya menarik chomel melintasi pintu masuk kembali ke dalam rumah. dalam sayup2 ratapan nyaring chomel, kadir merangkak perlahan, membiarkan tubuhnya tercebur ke dalam sungai. dengan harapan mendapat ibu baru dan nama yg baru. hanya itulah yg mampu dilakukannya selama beberapa ratus tahun ini, kerna dia tidak boleh mati dan dia tidak boleh tumbuh membesar utk membolehkan dirinya mengisi keperluannya melainkan terpaksa mempasrahkan dirinya hanyut dibawa arus deras utk takdir seterusnya.
* * *
0 ulasan:
Post a Comment