Friday, June 17, 2011

harga jujur

Posted by usoPkuChai On 3:10 AM 1 comment


tidak ada siapa meragui jika salmah adalah pelajar terbaik sekolah tandang jaya.. bukan hanya dia sentiasa mendapat nombor satu dalam setiap ujian malah markah ujiannya jauh lebih baik dari rakan sekelasnya.. salmah menjadi permata sekolah dan disayangi oleh semua guru.. pengetua sendiri berharap salmah akan dapat menaikkan nama sekolah dalam peperiksaan yang bakal menjelang..

namun cikgu kemat, guru kelas salmah, mempunyai harapan yang lebih tinggi.. dia melihat salmah sebagai satu peluang, bukan hanya kepada sekolah tetapi juga kepada kawan2nya.. dan sudah jauh2 hari sebelum tarikh peperiksaan yg akan menentukan sama ada para pelajarnya dapat lulus dan naik kelas, dia sudah menyiapkan satu strategi khusus buat salmah..

manakala di kalangan ibubapa di kampung itu, semuanya sangat merisaukan keadaan anak2 mereka.. setakat ini hanya salmah yg sering lulus cemerlang berbanding anak mereka.. dan tak hairan jika ada yg mencemburui guru2 yg melebihkan salmah dari anak2 mereka.. ini yg disuarakan dengan tegas dan keras sewaktu perjumpaan guru2 dgn ibubapa yg mempunyai anak yg akan menjalani peperiksaan.

tekanan datang dari para ibubapa yang mengharapkan kecemerlangan dan juga dari jabatan pendidikan negeri yg mahukan sekolah tandang jaya meningkatkan prestasi, atau keputusan peperiksaan itu nanti akan menjejaskan kenaikan gaji para guru sekolah tersebut, tanpa alasan. dan kerna itu apabila cikgu kemat membincangkan strateginya dengan pengetua dan beberapa guru lain yg menjadi pentadbir sekolah, semuanya bersetuju, menghindar keraguan berkenaan sumpah pendidik mereka.

seminggu sebelum peperiksaan, cikgu kemat mengetuai satu rancangan memanggil salmah dan beberapa pelajar lain yg dianggap berpotensi untuk lulus cemerlang ke sebuah kelas untuk menghadiri latihan menduduki peperiksaan. maka cikgu kemat pun menerangkan strateginya supaya semua pelajar2 tersebut dapat lulus dengan cemerlang. salmah antara terkejut dan keliru bersetuju memainkan peranan sebagai watak utama.

cikgu kemat mempunyai senyum yg paling lebar sewaktu peperiksaan dilangsungkan. dia memantau kelas dimana salmah kyusu' menjawab soalan dari luar tingkap. semuanya berjalan seperti yang dirancangkannya. ada rasa bangga ketika pengetua menepuk2 bahunya. namun semuanya tidaklah berjalan semulus yg disangkakan.

usai peperiksaan, makcik lebam merasa hairan kenapa anaknya, salmah, selalu termenung sedangkan peperiksaan sudah berakhir. maka dia pun mendekati anaknya dan bertanya perihal kemurungannya itu. salmah menceritakan apa yg berlaku seminggu sebelum peperiksaan.

di luar pengetahuan sekalian ibubapa, ternyata cikgu kemat membuat latihan tentang bagaimana supaya salmah boleh membenarkan kawan-kawan sekelasnya meniru jawapan salmah tanpa diketahui oleh penjaga peperiksaan. dan bagaimana pula kawan2 salmah dapat meniru tanpa tertangkap.

ini yg membingungkan salmah kerna ibunya selalu mengajarkannya utk bersikap jujur dan tidak menipu, sedangkan guru yg dihormatinya mengajarkan sebaliknya. kata cikgu kemat apa yg dilakukannya hanyalah untuk membalas jasa gurunya dan membantu kawan2nya supaya dapat naik kelas dan belajar bersama2 dgn salmah pada tahun hadapan. salmah terperangkap antara nilai dirinya dan peranan sosialnya.

makcik lebam antara terkejut dan marah segera menemui pengetua sekolah tandang jaya. pengetua cuba mententeramkan makcik lebam, berpura2 tidak tahu dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap cikgu kemat. namun makcik lebam tidak berpuashati dengan jawapan pengetua, kemudiannya dia terus melaporkan kejadian itu ke jabatan pendidikan negeri.

maka hebohlah keesokan hari betapa adanya kejadian meniru sewaktu peperiksaan akhir di sekolah tandang jaya. berduyun2 ibubapa datang ke sekolah sehingga tidak mampu lagi pengetua dan para pentadbir sekolah mengatakan apa2. malah cikgu kemat pula sedang mengadap para nazir yg mendewa di jabatan di jabatan pendidikan negeri.

beberapa ibubapa yg berprofil tinggi turut memanjat tangga bangunan jabatan pendidikan negeri dengan niat menghalang kemungkinan diadakan semua peperiksaan ulangan. mereka tidak mahu anak2 mereka terbeban utk kembali mengulangkaji pelajaran dan menduduki semula peperiksaan. bagi mereka itu bukan kesalahan anak2 mereka.

tidak sedikit juga yg mendatangi rumah makcik lebam, memarahi dan mencemuh makcik lebam dan salmah anak beranak. mereka tidak menerima tuduhan anak mereka meniru salmah untuk lulus periksa. hingga ketua kampung muara tandang sendiri tidak mampu berbuat apa menahan kekacauan yg berlaku.

beberapa hari selepas itu, jabatan pendidikan negeri mengumumkan bahawa tidak akan ada peperiksaan ulangan. pengetua dan cikgu kemat dipindahkan sekolah dan dengar cerita, bukan sekadar tidak menerima kenaikan gaji malah mereka diturunkan gred.. berita yg disambut dengan reaksi yang berbeza2 dari orang kampung.

walaupun terdapat beberapa penduduk yg menyokong tindakan jujur makcik lebam dan salmah, namun sentimen yg penuh amarah dari majoriti penduduk kampung menyebabkan mereka dua beranak tidak mempunyai pilihan selain mengikuti nasihat ketua kampung yg khuatir dgn keselamatan mereka untuk pindah dari kampung tersebut. ternyata jujur itu ada harganya..

* * *

ini adalah kisah benar, walaupun nama dan lokasinya tidak benar. ketika ini kedua beranak itu masih mengharap untuk kembali ke rumah mereka. kecemerlangan akademik merupakan tuntutan sosial, yg sering mengelirukan ramai yang terlupa alasan sebenar menghantar anak menuntut ilmu di sekolah.