Sunday, June 20, 2010

hikayat madhyama vyayoga

Posted by usoPkuChai On 8:06 AM 1 comment



alkisah maka diceritakan pada suatu waktu, Arimba yang lama ditinggal suaminya Bima, seorang keturunan dewa, meminta anak sulungnya bernama Gatotkacha, berupa separuh dewa dan separuh raksaksa, yang sakti dan gagah perkasa untuk mencari manusia menjadi santapan makan malamnya.. maka melayanglah Gatotkaca setiap malam turun ke bumi melayani kesetiaannya pada sang bonda, sang raksaksa..

arakian suatu hari ditangkaplah olehnya seorang manusia yang merayu2 memohon dilepaskan.. maka berkatalah Gatotkaca pada manusia itu bahawa tidaklah ia menangkap sesuka hatinya sekiranya keluarga itu sanggup menyerahkan salah seorang dari ahli keluarganya sebagai santapan bondanya..

sang bapa sanggup mengorbankan dirinya sebagai ketua keluarga buat keluarganya.. sang ibu sangat mencintai suaminya mahu dirinya dikorbankan demi suaminya.. dan sang anak yang bertiga saling mahu mengorbankan diri buat ibubapanya.. maka terjadilah suatu perbincangan yang sangat menyakitkan, sehingga sang bapa mengakui anak sulungnya yg paling dikasihinya, sedang sang ibu pula sangat mengasihi si anak bongsu.. maka terjawablah persoalan bahawa anak yg tengah menampilkan kesetiaan dan kasih sayangnya pada keluarga..

gegak gempita tawa Gatotkaca seraya mahu menyambar si anak tengah mahu segera menyembahkan sajian pada bondanya.. adapun si anak tengah memohon permintaan terakhir untuk meminum akannya air di sebuah tasik.. maka menanti dengan sabar Gatotkaca membiarkan si anak tengah melampiaskan dahaga terakhirnya.. namun setelah lama menanti, tiadalah muncul si anak tengah, maka bertanyalah sang Gatotkaca akan nama si anak tengah supaya upaya dia memanggil untuk segera kembali..

maka diberi nama Madama oleh sang bapa yg bermaksud 'anak yg tengah'.. maka bersahutlah sekalian bunyi2 di dalam hutan itu akan nama Madama yang dilaungkan oleh Gatotkaca.. terdengarlah oleh Bima, yang juga anak yang tengah dari Pendawa, dan keluarlah Bima dari dalam hutan tempat buangannya dan berjanjilah dia dengan si anak tengah itu menjadikan dirinya sebagai ganti..

akan Gatotkaca mendengarkan itu, maka bertempurlah sang anak dengan bapa yang tidak dikenalinya.. hancurlah segala gunung dan terbakarlah seluruh hutan dek pertarungan penuh kesaktian Bima dengan Gatotkaca.. setelah beberapa lama beradu sakti, berehatlah mereka dan bertanyalah Bima akan gerangan siapakah bonda Gatotkaca, maka diketahuilah oleh Bima bahawa itu adalah anaknya sendiri yang tidak pernah ditemuinya.. namun Bima tidak mengatakannya malah meneruskan pertarungannya dengan Gatotkaca sebagai kaedah mengenali dan menikmati kehebatan anaknya..

berakhir jualah pertarungan, maka kalahlah sang anak kepada kehebatan bapanya.. dilepaskanlah keluarga berlima itu.. namun Gatotkaca mengingatkan Bima akan janjinya mahu menjadi ganti kepada si anak tengah.. maka berserulah Bima menyuruh Gatotkaca dengan gemuruh memanggil bondanya..

Arimba memacu bayu meluncur turun menyahut panggilan anak kesayangannya hanya untuk mencerahkan kesamaran dan mendedah rahsia yang tersimpan bahawa Gatotkaca itulah anak sulong Bima sang dewa.. maka dengan penuh kerendahan hati Gatotkaca tunduk menyesali ketidaktahuannya akan keberadaan bapanya.. dan kemahuan Arimba terpenuhi dengan kembalinya sang suami kepadanya.. seakan itulah sebabnya Arimba meminta Gatotkaca mencari manusia untuk santapan malamnya.. bersatulah kembali sebuah keluarga, hanya untuk berpisah semula kembali untuk meneruskan kehidupan masing2 yang sewajarnya.. namun terpuaslah rindu walau sebentar..

1 ulasan:

tiadalah perlu meniup taufan kerana rindu, cukuplah menghembus pesan ke angin lalu.. kerna aku juga rindu padamu.. ;)