Saturday, June 19, 2010

selamat jalan atuk..

Posted by usoPkuChai On 8:24 PM No comments




sakit hati aku! marah, geram, sedih, risau, semua sekali berkecamuk, bagaikan rupa isi perut muntah seorang gadis belasan tahun di depan pintu DJ's malam minggu kelmarin, serabut, entah dalam otak aku, entah dalam hati aku.. bingit umpama bunyi musik 'house' yang di'mix' dengan macam2 irama, sebu telinga aku menimbulkan bunyi desing dalam frekuensi yang tinggi.. bila penyakit hati datang, badan pun ikut sakit, belikat, dada, kaki, mata, pijar, perih, lenguh, kebas.. emm.."tenangkan diri kau.."

aku berdiri berpegang di pinggir pagar besi setinggi pinggangku di luar ruangan kerjaku yang dingin beku seperti peti ais, melepaskan pandanganku jauh ke langit.. aku pejamkan mataku.. aku dengarkan hembusan nafasku.. kutuntun nafasku dalam-dalam dan kulepaskan panjang.. kuterbangkan perasaanku di awan biru.. kuihklaskan segala dugaan.. emm.. "its only one bad bay.."

sampai bila aku perlukan kehidupan yg sebegini.. aku dah plan cantik2, mereka datang mengacaukannya.. mereka memahukan aku mengerti mereka tanpa memberi pilihan.. sedang aku jalani hidup akukah atau hidup mereka? dan ini entah kali ke berapa aku beralah dan tunduk dengan logik akan keutamaan dalam hidup.. akan teruskah aku begini? emm.. "Tuhan mahu aku mengerti sesuatu.."

kembali ke ruangan dingin beku, kuteruskan kerjaku yang harusnya sudah selesai dua hari lepas.. sengaja aku perlambatkan untuk memuaskan amarahku.. aku mahu memberi pesan kepada mereka.. aku harus bertegas dengan diri aku sendiri.. aku harus memperlahankan tekanan itu bak kayuhan lambat beca bapak tua yang mengantar aku ke grand mall pada hari pertama aku sampai.. menikmati sepanjang perjalanan dan membiarkan fokus matlamat di depan menungguku.. emm.. "aku memilih untuk berubah.."

tit tit.. tit tit.. sms masuk.. kuraih telefon bimbitku, yang hampir habis kuasa baterinya, di atas kotak disebelahku.. walaupun aku sudah menjangkakannya, tetap berita ini mengejutkanku .. mataku pedih.. terasa darah naik dari pinggangku ke bahagian dada.. dadaku sebak.. dan secara tiba2 aku merasa marah.. entah marah pada siapa.. mungkin pada diriku sendiri atas semua janji yang aku simpan dan tak terlaksanakan.. aku berdiri, berjalan ke muka pintu dan duduk menyandarkan diriku.. aku tatap sms yang baru masuk tadi.. emm.. "atuk dah meninggal.."

aku terbayang sekujur tubuh tua yang kuziarahi minggu lalu.. masih jelas dalam bayanganku airmatanya yang mengalir menyambut kedatangan aku dan isteriku.. kata bapaku sudah beberapa hari dia tidak dapat membuka mulutnya.. beliau mengangkat tangan kurusnya, yang sudah kaku sejak beberapa bulan dulu, mahu memelukku.. aku genggam tangannya dan aku cium dahinya.. aku cium kedua belah matanya.. mulutnya bergerak2 seolah mahu memperkatakan sesuatu kepadaku.. tidak ada butir bunyi yang jelas tapi dalam hatiku aku tahu dia mahu mengucapkan selamat tinggal kepadaku.. aku peluk dia dan kubisikkan kasih sayangku.. kupohonkan keampunan atas segala salah dan silap aku dan keluargaku.. sepanjang petang itu, dia tak melepaskan pandangan sayunya kearahku seolah itu adalah tatapan terakhir kami.. emm.. "Tuhan, rahmati dan permudahkanlah dia.."

telefon bimbitku berbunyi.. isteriku yang mengerti kesedihanku, dalam sebak dan sendu, berusaha menenangkan aku.. ramai orang tua dalam keluargaku telah pergi satu per satu.. dan hanya satu yang dapat aku temui dalam balutan kapan.. yang lain hanya solat ghaib yang dapat menghantar kasih sayangku.. semua yang aku sayangi.. dan aku mengerti betapa masa berjalan pantas.. kini aku adalah salah satu panutan dan harapan dalam keluargaku.. masaku sudah hampir tiba untuk menggalas tanggungjawab itu.. aku mesti menyiapkan diri tanpa membuang lebih banyak masa lagi.. aku sudah mengerti itu.. airmataku mengalir tidak terbendung lagi.. emm.. "mama, pergilah hantar atuk balik.."

0 ulasan: