Monday, February 21, 2011

era benggali putih

Posted by usoPkuChai On 10:08 AM



aku ingat aku boleh dongengkan terus tentang kesultanan Johor, tapi aku perasan kena citer dulu apa yg berlaku setelah Portugis menawan Melaka kerana impak dari penaklukan Melaka mengubah warna kerajaan2 di sekitar selat Melaka. kejatuhan Melaka menjadikan banyak kerajaan2 lain juga mahu menguasai Melaka yg sebelumnya merupakan pusat perniagaan terpenting di rantau ini. maka kisah seterusnya akan berdasarkan kepada empat asas kisah yg berlaku sejurus selepas keruntuhan empayar Melaka.

pertama, dikisahkan kemudian dari penaklukan Melaka, Portugis mengangkat Raja Abdullah, sepupu Sultan Mahmud Shah, sebagai bendahara Melaka. seterusnya diketahuilah segala org Melayu bahawa kumpulan inilah yg membantu kemenangan Portugis. ironinya, Portugis menyerahkan beliau kepada org ramai dan akhirnya beliau dihukum di pasar terbuka.

kedua, sememangnya Portugis berhajat menjadikan Melaka sebagai pusatnya di asia tenggara, maka Portugis siap membina kota A Famosa dalam masa enam bulan, katanya menggunakan segala batu yg ada di Melaka termasuklah memecahkan batu nesan raja-raja Melayu. keperluan ini ditambah pula oleh serangan2 dari arah Johor, Melaka juga diserang oleh org Jawa, seperti tentera yg dipimpin oleh Patih Kadir dan juga kemudiannya oleh tentera yg dipimpin oleh putera Demak, Patih Kadir. bagaimanapun kedua2 serangan itu gagal.

ketiga, seiring dgn semangat perang salibnya, dikatakan Portugis membunuh ramai org muslim di Melaka, peniaga2 kaya dari Arab dan Gujerat memindahkan perniagaan mereka ke Aceh. ditambah pula ketika itu Aceh telah mengawal perniagaan lada hitam, setelah menakluki Pasai dan Pedir, dan emas, setelah menakluki sebahagian dari Minangkabau.

dan yg keempat, setelah Melaka jatuh, Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad berundur ke Muar dan menyerang Melaka dari Pagoh di Ulu Muar (serangan darat) dan Bentayan di muara Sungai Muar (serangan laut). kemudiannya Portugis mendapat bantuan dari Goa dan menawan Muar sekitar tahun 1513. Sultan Mahmud berundur ke Pahang dan tinggal di Pahang selama setahun sebelum ke Bintan untuk membuat kota baru. Serangan seterusnya dari Bintan dengan bantuan dari Lingga, Siak, Indragiri dan Aru (Deli).

disebabkan oleh berbagai faktor di atas, keadaan perniagaan memburuk di Melaka. dikisahkan pada tahun 1524, harga komoditi melambung hingga dua kali ganda harga sebelumnya. pada tahun 1526, dengan armada yg besar, dibawah pimpinan Pedro Mascaren Haas, Portugis menyerang Bintan untuk memberhentikan serangan2 ke atas kapal dagangnya dan memusnahkan Kopak dan Kota Kara, memaksa Sultan Mahmud berundur ke Kampar.

Sultan Mahmud meninggal di Kampar pada tahun 1528. Raja Ali, anak sulung Sultan Mahmud dengan Tun Fatimah, ditabal menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II, kemudiannya bertakhta di Pekan Tua di Sungai Johor. manakala adiknya, Mudzaffar Shah ditabal menjadi Sultan Perak. Serangan terhadap Portugis kemudian dari itu dilancarkan dari Johor dan Perak, dengan bantuan dari Pahang, Siak dan Japara.

Jun 1535, Portugis dilengkap dengan dua bahtera dan sekumpulan kapal bersama 400 org askar yg dipimpin oleh Estavao do Gama menyerang lagi dan menakluki Kota Kara. Sultan Alauddin berundur ke Sayong Pinang, dan kemudiannya kembali semula membina Kota Kara. namun da Gama menyerang lagi membuatkan Sultan Alauddin memintahkan pusat pemerintahan ke Johor Lama dan membina kubu di Kota Batu.

Kerajaan Aceh juga mahu menguasai Melaka, dan menyerang pada tahun 1537 namun gagal. kemudiannya pada tahun 1539, Aceh menyerang Aru (Deli) dengan 160 kapal dan 12,000 askar yg terdiri dari org Aceh, Melayu Melaka, Malabari, Gujerati dan Turki. Sultan Alauddin mempertahankan Aru dengan bantuan dari Siak dan Perak dan mengalahkan Aceh pada tahun 1540, meninggalkan hanya 16 buah kapal Aceh. peristiwa ini dikenang sebagai 'Perang Sungai Paneh'.

pada tahun 1547, Aceh kembali mengepung Melaka, namun kemudiannya belayar ke utara dan menawan Perlis. bagaimana pun Portugis berjaya memaksa Aceh berundur dari Perlis dengan bantuan dua buah kapal dari Patani.

Aceh akhirnya berjaya menakluki Aru pada tahun 1564, dan kemudiannya menyerang dan menakluki Kota Batu dan Johor Lama. Sultan Alauddin ditawan, dibawa ke Aceh dan meninggal di sana. Aceh menabalkan anak Sultan Alauddin, Muzaffar Shah, yg kemudiannya baginda memindahkan pusat pemerintahan Johor ke Seluyut, berhampiran dengan Kota Tinggi.

kemudiannya, Aceh menubuhkan Liga Negara Muslim pada tahun 1567, yg disokong oleh kerajaan Othmaniyyah Turki, dan kemudian melancarkan serangan seterusnya terhadap Melaka pada tahun 1570, 1574 dan 1575. manakala Sultan Muzaffar Shah meninggal pada tahun 1571, digantikan oleh Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah III, yg telah membina semula Johor Lama dan membesarkan Kota Batu. Johor kemudiannya berkembang menjadi sebuah pusat perdagangan yg semakin makmur.

tahun 1576 memperlihatkan Portugis merasa terancam dengan kemakmuran JOhor dan menyerang Kota Batu namun ditewaskan oleh Johor. Portugis kembali menyerang Johor pada tahun 1578 dan tetap gagal menawan Johor.

Serangan Aceh pada tahun 1582 keatas Johor disebabkan oleh Aceh menganggap Johor adalah takluknya, sebaliknya Johor yg sedang berkembang pesat berpendapat sebaliknya. Johor berjaya mengalahkan Aceh dgn bantuan Portugis. Portugis membantu Johor ketika itu kerana menganggap Aceh musuh yg lebih besar dan merbahaya berbanding Johor, kerna pengaruh Aceh di Selat Melaka.

pada tahun 1586, Johor mengepung Melaka dengan 100 kapal, termasuk 16 bahtera besar, dan bantuan dari 2,000 orang Minangkabau dari Naning dan Rembau. kemudiannya Sultan Ali bergabung dengan 120 buah kapal, memimpin serangan dari satu arah, manakala panglimanya, Singaraja, menyerah dari arah yg lain, namun mereka gagal meruntuhkan AFamosa. pada 15 Ogos 1586, Portugis mendapat bantuan dari Goa, kemudiannya, dipimpin oleh Antonio de Noroula, mengejar tentera Johor hingga ke Sungai Johor, dan menawan Kota Batu dan Johor Lama. Sultan Ali berundur ke Batu Sawar. Johor mendapat bantuan dari Minangkabau, Jawa, Trengganu, Indragiri dan Kampar. setelah Portugis kembali ke Melaka, Sultan Ali membina semula Batu Sawar.

Sultan Ali meninggal pada tahun 1597 dan Sultan Alauddin Riayat Shah II ditabalkan menjadi sultan Johor. manakala sepupunya, Raja Abdullah, dilantik menjadi raja muda, yg kemudiannya membina kubu di seberang sungai Johor, dikenali sebagai Kota Seberang.

ditahun 1602, Belanda menubuhkan Syarikat HIndia Timur Belanda (Verenigde Oost-Indische Compagnie, VOC). Belanda, yg merupakan penganut Protestant, sedang berperang dengan Sepanyol, yg menganut Katolik, sejak dari tahun 1568 hingga 1648, maka mengalahkan Portugis adalah satu kemenangan besar buat Belanda. pada tahun 1603, Belanda mengirim Jacob Peterszoon von Enkhuizen melawat Sultan Johor di Batu Sawar dan raja Muda di Kota Seberang.

Belanda mengirim Cornellius Matelief de Jouge ke Johor, pada tahun 1605, untuk membuat perjanjian mengenai penaklukan Melaka. antara isi perjanjian itu ialah setelah penaklukan Melaka, Belanda akan menguasai Melaka manakala Johor akan menguasai negeri2 di sekelilingnya. Belanda mahukan Melaka bukan sebagai pusatnya, tetapi untuk dijadikan kota pesisir kepada Batavia yg menjadi pusatnya di asia tenggara.

pada April 1606, Melaka diserang dengan kekuatan 700 tentera dan Belanda berjaya menawan Banda Hilir dan Tranquerah selama tiga bulan. Melaka kemudiannya dibantu oleh askar upahan Jepun, dibawah pimpinan Furtado de Mendoca, dan bantuan dari Goa, berjaya memaksa pengunduran Belanda. pada tahun 1608, Belanda sekali lagi menyerang, dibawah pimpinan Pieter Willemszoon Verhoef, dengan armada 13 kapal namun gagal.

Sultan Iskandar Muda, yg dikenali dengan gelar Mahkota Alam, memimpin Aceh mengepung Johor, pada tahun 1613, selama tiga bulan. Aceh menawan dan membawa Sultan Alauddin dan Raja Abdullah bersama pembesar2 Johor, termasuk Bendahara Tun Sri Lanang, ke Aceh. Sultan Alauddin kemudiannya kembali ke takhta Johor pada tahun 1614, yg kemudian diserang lagi oleh Aceh, kerana dianggap bersekongkol dgn Belanda, ditawan dan dibawa ke Aceh yg kemudiannya dihukum bunuh.

Aceh membawa armada besar menyerang Portugis selama tiga hari tiga malam di Muar namun gagal pada tahun 1615. begitu juga serangan Aceh bersama Johor ke atas Melaka menerima kekalahan pada tahun 1616. namun tahun 1627 menyaksikan Mahkota Alam berjaya menawan Melaka. namun pada tahun 1629, Portugis kembali mengambil alih Melaka dengan bantuan 80 buah kapal dari Johor.

Belanda sekali lagi membantu Johor menyerang Portugis pada Jun 1636 tetapi gagal. kemudian pada tahun 1639, Iskandar Thani, anak Sultan Ahmad Shah dari Pahang, yg merupakan anak angkat kepada Mahkota Alam, yg ditabal menjadi Sultan Aceh kerana Mahkota Alam tidak meninggalkan zuriat, juga menyerang Melaka tetapi gagal.

kemudiannya pada Jun 1640, Belanda dan Johor kembali mengepung Melaka. dikisahkan selama pengepungan tersebut, dari jumlah 20,000 org yg mendiami Melaka, 7,000 org meninggal, manakala sisanya melarikan diri, meninggalkan hanya 3,000 org di Melaka. Belanda meningkatkan serangan dengan bantuan 40 buah kapal dari Sultan Johor dan 1,500 org Melayu Johor, dipimpin oleh Bendahara Skudai, dan Minangkabau dari Naning dan Rembau. pada bulan Ogos 1640, kombinasi pasukan Belanda dan Johor mengalahkan Portugis di Tranquera menyebabkan Portugis berundur ke AFamosa.

pada malam hari Ahad, 13 Januari 1641, lebih kurang 650 tentera Belanda yg dibahagi kepada tiga pasukan membedil AFamosa habis-habisan, hinggalah pada pukul 10 pagi, Portugis menyerah kalah. dan mengikut perjanjian yg telah dimaterai, Johor menyerahkan Melaka utk dikuasai oleh Belanda. maka bermulalah episod seterusnya penjajahan ke atas Melaka.

Saturday, February 19, 2011

the chronicles of melayupura : epilog

Posted by usoPkuChai On 6:03 AM




catatan seorg pengembara..

sejak dari helaian awal pengembaraan ke zaman dulukala, aku berpegang pada satu perkara, hanya mahu mempelajari. sepanjang ketika menyusuri denai2 itu aku berusaha menghindarkan diri dari melibatkan diri aku secara langsung dgn apa yg berlaku. mencari kebenaran bukan untuk membenarkan apa dan siapa kita.

maka aku kupas satu persatu bukan untuk menyatakan siapa yg benar dan siapa yg salah. kebenaran bukan hanya terletak atas suratan cerita yg benar tapi pengajaran yg tersirat di dalamnya. memfokuskan terlalu banyak tenaga dalam kebenaran yg tersurat hanya sedikit berbanding melihat ke dalam mencari inti di sebalik kebenaran tersebut. mengambil pelajaran dan iktibar, menjadikan pedoman buat mengharung perjalanan yg seterusnya. kerna itu adalah peringatan, dan ia akan berlaku terus-menerus jika kita tak mempelajarainya. ini inti 'Tuhan tidak mengubah sesuatu bangsa sehingga merekalah yg mengubahnya.'

sejarah yg berlaku pada nenek moyang kita adalah sejarah kita. itulah yg berlaku dan akan terus berlaku kecuali kita mengambil inisiatif mengubah haluannya. kekuatan dan kelemahan itu ada dlm diri kita. dan kitalah yg bertanggungjawab pada diri kita sendiri. siapa pun kita itu tidak penting.

maka pelajarilah apa yg berlaku pada kerajaan Langkasuka, Ligor, Sriwijaya, Majapahit, Singapura dan Melaka. kenalilah siapa Merong Mahawangsa, sang Saperba, Mani Purindam, waima Raja Mendeliar. inilah sebahagian dari warna-warni sejarah org Melayu. dan apa yg aku ceritakan ini hanya sebahagian.

membongkar kisah org Melayu memang tak ubah seperti berdongeng. dan fahamlah aku mengapa org Melayu berdongeng. mencari benar bukan pada yg tersurat tapi pada apa yg tersirat. tatkala meemahami apa yg tersirat maka yg tersurat bukanlah suatu yg utama.

sebelum mengupas lebih jauh mengenai apa yg tersurat, sebelum memerah akal memahami mengapa org Melayu memilih raja dari keturunan tertentu, sebelum kita mengaku2 kehebatan keturunan kita dan memaksakan hak kita, sebelum kita menabur hina pada mereka yg kita anggap pengkhianat, maka kenalilah siapa diri kita.

kita kata saudagar tamil bermuka dua yg memuaskan nafsunya dengan mengacum para pembesar? adakah kita melakukan itu sekarang ini? kita marah mengetahui sultan tidak mahu memastikan anak2nya mendapat pelajaran sebagai seorg raja, membiarkan sahaja anak2nya melakukan apa pun yg disukainya, tanpa boleh dibantah pada org lain? bukankah kita juga rasa tersinggung yg hebat apabila anak2 kita ditegur dgn tegas? kita org Melayu mengkhianat raja, bangsa dan negaranya sendiri dengan bersekongkol dgn org luar? bukankah kita juga sedang melakukan yg sama?

kitalah Sultan Mahmud Shah.. kitalah bendahara Tun Mutahir.. kitalah laksamana Khoja Hassan.. kitalah Raja Mendeliar.. kitalah juga org Melayu yg membuka kota Melaka menjemput Portugis menjajah negeri Melaka. dan itu hanya yg berlaku di Melaka. bagaimana pula yg berlaku di Kedah? yg berlaku di Palembang? yg berlaku di Temasek? belum lagi penceritaan yg berlaku di Johor, yg memperlihatkan kepakaran orang2 Melayu bermain politik.. belum lagi kisah semasa penjajahan Inggeris.. belum jua lagi aku kisahkan apa yg telah berlaku pasca kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu..

dan aku menginsafi mengapa ketika aku bertanya pada org2 tua mengenai kebenaran sejarah org Melayu, mereka hanya merujuk kepada Melaka. bukan kerana gah dan masyhurnya, bukan kerna hebat dan bijaksana bangsanya ketika itu, namun pelajaran dan pedoman yg terkandung di dalamnya. subhanallah.

inilah kisah Melaka

Posted by usoPkuChai On 12:48 AM



ini bahagian penting dalam sejarah melayu, bukan kerana hebat dan gagah para bendahara dan laksamananya, bukan kerna besar dan gemilang empayar negaranya, tetapi kerna inilah zaman dimana kebudayaan dan keilmuan Melayu dilestarikan, sehingga dianggap inilah kerajaan Melayu yg sebenar, bukan Srivijaya dan bukan Langkasuka. namun dengarkanlah bahawa dalam kemasyhuran ini tersisip gunting dalam lipatan, bermula telunjuk mencucuk mata, kedapatan musuh dalam selimut. citer nih akan berbelit2 baik dari segi keturunan mahupun dari sisi kospirasi. jadi baca pelan2, dan ambil keputusan sendiri2.

maka bermula kisah melaka, bila anak raja dari Singapura, yg berketurunan dari palembang, dikhianat menterinya yg bersekongkol dengan Bendahara Sang Rajuna Tapa dari Majapahit, pada tahun 1400M, hijrah ke Bertam kemudian ke Muar sampai ke Ujung Tanah dan Biawak Busuk dan akhirnya bersandar di pohon Melaka di Sg Ujung dipersembahkan lagenda sang kancil yg menerajang sang anjing. maka menurut cerita yg diakui zaman berzaman, Parameswara pun menemukan kerajaan Melaka pada 1402M. seterusnya baginda menikah dengan puteri Sultan Pasai, dan kembali pada Islam, memakai gelar Sultan Iskandar Shah. dlm bahagian ini ada dua versi, satu bagindalah Iskandar Shah yg memerintah dari tahun 1402-1424, dua menurut catatan Laksamana Zeng He, Iskandar Shah memerintah dari 1401-1414, kemudian Melaka diperintah oleh Megat Iskandar Shah dari 1414-1424. namun semua bersetuju bahawa pada tahun 1424, Raja Tengah ditabal menjadi raja dengan gelaran Sri Maharaja. dan dari jurai inilah bermula perebutan kuasa dan permainan politik istana.

tersebut kisah di benua keling, di negeri bernama Pahili, seorang raja, Raja Nizam Muluk Akar Shah, mempunyai tiga org anak, sorg puteri dan dua putera, yg sulung bernama Mani Purindam dan adiknya Akar Muluk Shah. setelah Raja Nizam Muluk meninggal, putera yg muda, Akar Muluk Shah, yg ditabal menjadi raja. akan Mani Purindam ini pula belayar hingga ke Pasai dan menikahi puteri Pasai. kata ceritanya, kemudian beliau pulang ke benua keling sebelum belayar semula ke Melaka berserta lima buah kapal, dan kemudiannya menjadi salah satu org kaya2 di istana Melaka.

Melaka ketika itu diperintah oleh Raja Tengah dan bendaharanya ialah Raden Bagus. Mani Purindam menikahi Tun Ratna Sandiri, anak kepada Penghulu Bendahari, Sri Nara Diraja, mendapat anak lelaki bernama Nani Madi dan anak perempuan bernama Tun Rana Wati, yg kemudian menikah dengan Bendahara Seri Amar Diraja, iaitu Raden Anum yg menjadi bendahara menggantikan Raden Bagus, yg kemudiannya mendapat anak bernama Tun Ali. Tun Ali ini pula menjadi Penghulu Bendahari setelah moyangnya Seri Nara Diraja meninggal, mengguna gelar Tun Ali Sri Nara Diraja.

akan Raja Tengah pula dikatakan masih beragama hindu kerna itu memakai gelar Sri Maharaja, menikah dgn puteri Rokan, mendapat anak bernama Raja Ibrahim. kemudiannya beliau menikah pula dengan puteri Bendahara Seri Amar Diraja dgn Tun Rana Wati, yg merupakan adik kepada Tun Ali, mendapat anak bernama Raja Kasim. pernikahan Raja Tengah dgn puteri bendahara mencadangkan kepada sejarah dimana baginda kembali kepada Islam dan memakai gelar Sultan Muhammad Shah memerintah sehingga tahun 1444. Bendahara Seri Amar Diraja meninggal dan digantikan oleh Tun Perpatih Sandang, yg memakai gelar Seriwa Raja. Bendahara Seriwa Raja mempunyai seorg puteri bernama Tun Kudu, dan dua org anak lelaki bernama Tun Perak dan Tun Putih. Tun Perak kemudian menjadi penghulu di Kelang atas permintaan org2 Kelang.

kemudiannya Raja Tengah meninggal dan dgn pengaruh dari Rokan, Raja Ibrahim yg lebih muda ditabal menjadi Sultan Melaka dengan gelar Sri Parameswara Dewa Shah, menunjukkan bahawa baginda belum Islam. disinilah bermula episod sedih kesultanan Melayu. abangnya, Raja Kasim, berketurunan tamil muslim, lebih disukai oleh pembesar istana dan menurut ceritanya dihantar oleh adiknya, Raja Ibrahim yg ketika itu dibawah pengaruh Raja Rokan kerna masih kecil, utk tinggal di sebuah kampung nelayan. suatu hari sebuah kapal dari atas angin berlabuh di kampung nelayan tersebut, turunlah Maulana Jalaluddin, yg kemudian bertemu Raja Kasim di pasar dan kemudiannya memberi jalan kepada Raja Kasim utk menjadi raja dgn syarat memberikan puteri Rokan menjadi isterinya jika baginda menjadi raja.

Raja Kasim pun pulang dan malam itu meminta Tun Ali membantunya. Raja Kasim pun menaiki gajahnya yg bernama Juru Demang bersama beberapa org dan diketuai oleh Tun Ali menuju rumah Bendahara Sriwa Raja. sampai di rumah bendahara, Tun Ali pun memberitahu bahawa Raja mahu menemui beliau. maka diceritakan Bendahara bergegas hanya dengan berdastar tanpa keris dalam malam yg gelap gelita menaiki gajah yg sedang menunduk. apabila gajah itu berdiri, barulah disedari oleh bendahara bahawa raja yg dimaksudkan adalah Raja Kasim, bukan Raja Ibrahim, dan kemudian mereka berangkat ke istana.

maka di istana pula dihebohkan akan perkhabaran bahawa Raja Kasim mahu merampas takhta dgn sokongan bendahara. maka sekalian org menyokong Raja Kasim. Istana dikepung tetapi Raja Rokan enggan melepaskan Raja Ibrahim. maka ditempik oleh Tun Ali menyuruh sekalian org menyelamatkan Raja Ibrahim sebelum dibunuh oleh Raja Rokan. setelah itu ditikam Raja Rokan, yg kemudiannya Raja Rokan menikam pula Raja Ibrahim. kerna tragedi inilah Raja Ibrahim dikenali sebagai Sultan Abu Shahid dan tragedi ini berlaku pada tahun 1456.

setelah itu Raja Kasim ditabal menjadi sultan Melaka dgn gelar Sultan Mudzaffar Shah. akan janji dengan Maulana Jalaluddin, baginda menyerahkan seorg gundik yg menyamar sebagai puteri Rokan. dan kemudian baginda pula menikah dgn anak kepada Raden Anum (Bendahara Seri Amar Diraja), adik tiri kepada Tun Ali dan mendapat anak bernama Raja Abdullah. dikisahkan pula berlaku kejadian dimana ketika Bendahara Sriwa Raja mahu mengadap sultan, pintu tertutup dgn kuat, dikata org bendahara merajuk merasa sultan tidak mengendahkan dirinya lagi lalu meminum racun membunuh diri. perlu difahami juga, setelah raja Kasim ditabal menjadi sultan, istana berada dibawah pengaruh oleh Tun Ali. dan setelah bendahara Sriwa Raja meninggal, Tun Ali diangkat menjadi bendahara. akan Raja Kasim pula menikah dengan Tun Kudu, puteri Bendahara Sriwa Raja.

maka tersebutlah kisah Melaka melawan Siam di Pahang. Pahlawan Melaka di bawah pimpinan penghulu dari Kelang berjaya menumpaskan tentera Siam. maka tersohorlah nama Tun Perak. Tun Perak disenangi oleh rakyat. diwaktu itu, berlaku keresahan antara Melayu dan keturunan tamil muslim, dan untuk mengelakkan kejadian yg lebih galau, Raja Kasim mahu menjadikan Tun Perak sebagai bendahara. dipersetujui oleh Tun Ali dengan syarat Raja Kasim menceraikan Tun Kudu dan menikahkannya dgn beliau. maka Tun Kudu pun membuat pengorbanan dan Tun perak pun dilantik degan gelar Bendahara Paduka Raja, yg kemudiannya melayan Melaka selama 40 tahun di bawah empat org sultan. maka Tun Ali pun menikah dgn Tun Kudu dan mendapat puteri bernama Tun Senaja dan putera bernama Tun Mutahir.

kemudiannya, Raja Kasim meninggal pada tahun 1459 dan ditabal pula Raja Abdullah, yg memakai gelar Sultan Mansur Shah. pentadbiran Sultan Mansur Shah dan Bendahara Tun Perak ini membawa Melaka ke puncak kegemilangannya. akan Sultan Mansur Shah ini , berbagai kisah diceritakan utk menunjukkan pemerintahan baginda yg adil-saksama dan dikatakan baginda sangat suka mempelajari ilmu tasawwuf. Melaka ketika inilah juga diperkuatkan dengan Laksamana Tun Tuah lima bersaudara, nanti kita cerita di tempat lain. Melaka ketika itu memerintah Johor dan Muar serta Jambi, Siak dan Pasai. dikatakan di Melaka sahaja terdapat 40,000 penduduk dari berbagai bangsa. baginda kemudian membuat hubungan dengan berbagai kerajaan besar ketika itu termasuklah Majapahit, India dan China. dan aku kisahkan hikayat Puteri Hang Li Po, seperti yg dikisahkan dalam Sejarah Melayu, sebagai tanda bijaksana pemimpin Melayu ketika itu.

alkisah, setelah mendengar kebesaran Melaka, Raja China telah menghantar rombongan ke Melaka dengan sekapal penuh dengan jarum. maka dalam surat Raja china itu mengatakan bahawa setiap rakyat di negeri China mengirim sebatang jarum setiap org dan begitulah perumpamaan besarnya kekuasaan negeri China. maka oleh Sultan Melaka pula dihantarnya Tun Perpatih Putih, adik kepada Tun Perak, membalas dgn sekapal penuh dengan sagu dan betapa jumlah sagu itu menunjukkan bilangan raja yg ada di Melaka. mendengar itu Raja China pun memerintahkan Ling Ho, ketua menterinya, bersiap utk menghantar Hang Liu, puterinya, ke Melaka supaya boleh bersaudara. rombongan itu datang bersama 500 anak2 menteri yg kemudian dihadiahkan Bukit China sebagai kediaman mereka, keturunan mereka ini yg dikenali dgn gelaran biduanda. setelah Islam, sultan menikahi puteri Hang Liu dan mendapat anak bernama Paduka Mimat. Paduka Mimat nantinya mempunyai anak yg bernama Paduka Sri Cina, yg kemudiannya mendapat anak bernama Paduka Ahmat, bapa kepada Paduka Isap. setelah itu sultan memerintahkan Tun Telanai dan Menteri Jana Putra untuk mengiringi Ling Ho yg mengirim sembah pulang ke negeri Cina.

Raja Abdullah, iaitu Sultan Mansur Shah, meninggal pada tahun 1477. Raja Hassan, yg merupakan anak saudara Tun Perak, ditabalkan menjadi raja dgn gelar Sultan Alauddin Riayat Shah. bagindalah yg masyhur dengan kisah baginda menyamar diri bersama Tun Isap dan Tun Siak menangkap pencuri. Raja Hassan mempunyai anak bernama Munawar Shah dari pernikahannya dengan Raja Fatimah, dari keluarga bendahara Sriwa Raja. dan baginda juga mempunyai anak bernama Mahmud Shah dari pernikahan dengan Tun Senaja, kakak kepada Temenggung Tun Mutahir. Raja Hassan meninggal secara misteri, dikatakan diracun, ketika sedang bersiap2 mahu pergi mengerjakan haji ke Mekah. kemudian diceritakan Munawar Shah melepaskan takhtanya kepada Mahmud Shah, yg ditabal menjadi Sultan Melaka yg seterusnya pada tahun 1488.

dikisahkan satu tragedi berkenaan sepakraga yg berakhir Tun Besar, anak Tun Perak, dibunuh oleh Raja Muhammad, anak Mahmud Shah. Tun Perak menunjukkan kesetiaan tidak mahu membalas sebaliknya meminta Raja Muhammad ditabalkan di negeri lain, yg kemudiannya ditabal menjadi Raja Pahang, memerintah dari Sedili hinggalah ke Trengganu. Tun Perak dikatakan meninggal pada tahun 1498, diganti oleh adiknya Tun Putih dgn gelar Bendahara Paduka Tuan. Tun Putih meninggal tidak lama selepas itu, menyaksikan kembalinya pengaruh Tun Mutahir, yg didokong oleh peniaga2 tamil muslim, melantik lebih ramai keturunan gujerat dalam istana Melaka. Tun Mutahir ketika itu menyandang kedudukan Bendahara dan juga Temenggung. beliau sangat berkuasa hingga dikisahkan setiap pedagang yg sampai ke Melaka berharap akan bertemu dgn Bendahara Sri maharaja. dan keadaan di Melaka ketika itu sangat tegang, org Melayu menahan marah melihat keangkuhan dan ketamakan 'Jawi Pekan' yg memonopoli perdagangan di Melaka dan berlagak seperti raja.

maka tersebutlah kisah pada 1 september 1509, sebuah kapal dari eropah yg pertama sampai ke Melaka, Lopez de Sequeira berlabuh bersama lima buah kapal. dikisahkan juga Ferdinand Magellan asalah salah satu dari rombongan 'benggali putih' tersebut. kedatangan Portugis ini meresahkan monopoli perdagangan tamil-muslim di Melaka. maka dikatakanlah bahawa Portugis rapat dengan Tun Mutahir. pada masa yg sama, ada seorg saudagar tamil-muslim yg paling kaya dari keturunan chitty, bernama Raja Mendeliar, yg tidak begitu disukai oleh Tun Mutahir, kerna dikatakan tidak tahu menghormati adat melayu. dan beginilah kisah yg menjadi latarbelakang kepada keruntuhan kesultanan Melayu Melaka.

Raja Mendeliar takut monopoli perniagaannya berkurang dgn kedatangan Portugis. org Melayu lebih suka berniaga dgn Portugis kerna menyampah dgn kelicikan peniaga2 tamil. maka Raja Mendeliar mahu bertemu dgn Tun Mutahir untuk meminta supaya perniagaan Portugis dihadkan. maka pada suatu malam, dia menyuruh si Kitul, org suruhannya, memberitahu Tun Mutahir bahawa Raja Mendeliar mahu bertemu. Tun Mutahir menolak kerna 'kurang adab' meminta dia yg menyembah Raja Mendeliar. namun pada malam itu juga, Tun Mutahir menerima kedatangan Portugis di rumahnya. dilihat oleh si Kitul akan persembahan Portugis, yg kononnya mahu dititipkan kepada Tun Mutahir utk Sultan Mahmud Shah. mendengar kisah si Kitul, Raja Mendeliar bertemu dgn Laksamana Khoja Hassan mengatakan bahawa Tun Mutahir mahu merampas takhta dengan bantuan Portugis. kata kisahnya, Laksamana Khoja Hassan ini juga diberi emas oleh Raja Mendeliar. maka dipersembahkan pula berita itu kepada Sultan Mahmud Shah.

dikisahkan pula, Sultan Mahmud Shah menaruh sakit hati terhadap Tun Mutahir kerna tidak menyembahkan anaknya, Tun Fatimah, sebelum menikahkan dgn Tun Ali. maka mendengar kisah ini, Sultan Mahmud Shah menitahkan agar keluarga Tun Mutahir dibunuh kesemuanya, kecuali Tun Fatimah. Tun Mutahir tidak mahu menderhaka, malah tidak membenarkan Tun Ali yg marah membuang harta yg ada di rumahnya, semua itu milik sultan katanya. maka seluruh keluarga Tun Mutahir dibunuh dan Sultan Mahmud Shah menikahi Tun Fatimah, mendapat putera bernama Sultan Ahmad.

akan Portugis pula dihalau keluar dari negeri Melaka, meninggalkan dua buah kapal dan lebih kurang dua puluh orgnya yg tak sempat melarikan diri. Portugis yg baru sahaja memenangi peperangan dgn org Moor sebelum itu menganggap ini sebagai sebahagian dari panggilan yg seumpama Perang Salib. maka kemudian dalam tahun 1511, Portugis datang lagi dgn armada lebih besar dibawah pimpinan Alphonso d'Albuquerque.

keadaan di Melaka ketika itu sangat kacau-bilau. pembesar2 istana berpecah. saudagar2 tamil kembali menguasai perdagangan. maka inilah yg memicu berlakunya, dari satu penceritaan, bahawa ada pembesar2 dan org2 Melayu yg membantu Portugis menakluki Melaka. dan kerna itu, katanya, Portugis tidak pernah mengembangkan penaklukan mereka dan mempunyai polisi untuk tidak mencampuri politik Melayu. dikatakan bilangan org Portugis di Melaka selepas itu tidak melebihi dari 600 orang.

kemudiannya Sultan Mahmud Shah pun pergi dari Melaka menuju Pahang, meninggalkan Raja Ahmad Shah, dikatakan anak baginda dengan Tun Teja, untuk memerangi Portugis. dari Pahang, Sultan Mahmud Shah berpindah ke Bintan dan akhirnya ke Kampar dan meninggal di sana. dikisahkan juga Raja Ahmad Shah, yg tersebut dalam kisah Puteri Gunung Ledang, akhirnya ditikam jua oleh Sultan Mahmud Shah, pada tahun 1513, kerana gagal menghalau Portugis. Sultan Mahmud Shah meninggal di Kampar pada tahun 1528 meninggalkan dua orang anak dari Tun Fatimah. yg sulung bernama Muzaffar Shah kemudian dijemput menjadi raja di Perak dan adiknya, Raja Ali, yg kemudiannya ditabal menjadi sultan Johor yg kedua, dengan gelar Sultan Alauddin Riayat Shah.

inilah kisah Melaka. ceramuk dan kusutnya fikiran org Melayu yg sebelum itu bernaung pada sultan dan bendahara yg adil dan bijaksana, kemudian diganti oleh sultan dan bendahara yg lebih menjaga keturunan mereka sahaja, hingga memilih untuk membantu orang asing, yg kemudian menghancurkan kegemilangan Melayu itu sendiri. bukankah ini juga yg berlaku zaman berzaman, dan bukankah kita juga dalam dilema memilih antara bersabar demi mengelak kehancuran atau menghancurkan negara kita sendiri utk menghalang kezaliman? maka apakah yg dapat kita petik dari sejarah?

Friday, February 18, 2011

konspirasi Temasek

Posted by usoPkuChai On 3:07 PM



adalah baiknya aku luruskan dulu suatu perkara dalam era singapura ini. adapun telah dikisahkan pada aku mengenai kisah di temasek ini mengenai sumber asal yg mengisahkan perjalanan palembang-singapura-melaka. dua sumber besar yg dijadikan rujukan pada semua kisah yg bersangkut dgn temasek ini adalah dari Sejarah Melayu, oleh Tun Sri Lanang, dan Soma Oriental, yg merupakan teks pertama ditulis mengenai sejarah org melayu oleh orang eropah, seorang pengkaji sejarah bangsa portugis bernama Tom Pires.

dalam Soma Oriental, mengisahkan Parameswara melarikan diri dari Sumatera kerna diserang oleh Majapahit, tiba di Temasek, disambut baik oleh Temagi yg merupakan penghulu di Temasek, yg dikatanya dalam takluk kerajaan Siam Ayyuthaya. kemudiannya Parameswara membunuh Temagi dan mengisytiharkan dirinya Raja dan menukar nama Temasik menjadi Singapura. lima tahun setelah itu, kerajaan Siam menghantar tentera menyerang Singapura dan membuatkan Parameswara melarikan diri ke arah utara.

versi Tom Pires ini juga yg memulakan satu teori mengenal asal nama Melayu. maka diceritakan olehnya, ketika Parameswara melarikan diri dari Singapura dan mula2 sampai ke Bertam, berlakulah dialog berikut:

"The said Parameswara told the Celates, "You already know that in our language a man who runs away is called a Malayo, since you bring such fruit to me who have fled, let this place be called Malaqa", which means 'hidden fugitive'..."

"Maka berkatalah Parameswara memberitahu kepada orang Selat, "Kamu sudah mengetahui bahawa dalam bahasa kita bahawa orang yg melarikan diri itu dipanggil Melayu, dan kerna kamu membawa buah2an kepada kami yg sedang melarikan diri, biarlah tempat ini dipanggil Melaka", yg bermaksud 'tempat persembunyian'..."

manakala dalam Sejarah Melayu tidak disebut akan nama Parameswara melainkan mengguna nama Sri Tri Buana. maka dikisahkan Sri Tri Buana, putera dari Palembang, belayar ke arah selatan untuk mencari tanah yg sesuai untuk dibuat sebuah kota baru, dan kemudiannya di atas Pulau Temasek, dia membangun sebuah kota yg dinamakan Singapura. dan setelah itu keturunannya memerintah selama lima generasi lagi.

sewaktu pemerintahan sultan yg terakhir, Iskandar Shah, kerajaan Majapahit datang menyerang namun dapatlah dipatahkan. namun dia telah dikhianati oleh pembesar Istana dan bendahari kerajaan, yg menghantar pesan ke kerajaan Majapahit supaya menyerang Singapura. Majapahit menghantar 300 buah kapal yg membawa lebih dari 200,000 orang datang menyerang Singapura. dan apabila mereka sampai, oleh pengkhianat Istana ini membuka pintu kota Singapura, maka dibunuhlah semua org Singapura.

pengkisahan Sejarah Melayu ini mempunyai persamaan dengan kisah yg ditulis dari kisah china oleh Wang Ta-Yuan pada tahun 1349M. Wang Ta-Yuan menulis bahawa kerajaan Siam datang untuk menyerang Singapura dengan 70 buah jong, tetapi armada Siam itu melarikan diri setelah melihat kedatangan armada dari China. dan lebih kurang dua dekad setelah itu, armada Majapahit datang menyerang dan menakluki Singapura.

dalam sejarah jawa yg ditulis pada abad ke-14, Pararaton, juga mengisahkan bahawa panglima Majapahit, Gadjah Mada, telah bersumpah tidak akan memakan makanan kegemarannya (sumpah palapa?) sehingga dia dapat menakluki Pahang, Palembang dan Temasek. begitu juga yg terakam dalam teks yg bertarikh 1365M, Nagarakartagama, yg menyenaraikan Temasek sebagai salah satu jajahan Majapahit.

dengan ini maka hipotesis aku sebelum ini sudah terluruskan. (rujuk: dari palembang hinggalah ke tanah melayu) dan ini bukanlah kali pertama dan terakhir memperlihatkan pengkhianatan yg menyebabkan kehancuran sebuah kerajaan Melayu. sejarah melayu seterusnya memperlihatkan konspirasi demi konspirasi yg menyebabkan keruntuhan empayar Melayu. tidakkah Melayu sudah diperingatkan berkali2?

Wednesday, February 16, 2011

the chronicles of melayupura : empire

Posted by usoPkuChai On 9:31 AM



ini cerita dongeng pasal kerajaan dua belas kota. pusatnya di Nagara Sri Dharmaraja, atau sekarang nih tempat itu dikenali sebagai Nakhorn Si Thammarat. inilah pusat pemerintahan tamadun Melayu yg awal yg dikenali oleh pedagang dari eropah sebagai kerajaan Ligor, oleh kerajaan China sebagai Poli atau Poling, juga dikenali dengan panggilan Mali, Maling dan Danmaling, dan disebut dalam Batu Bersurat Tanjore dengan nama Tambralingga atau Madamalingam. Empayar kerajaan ini meliputi dari pangkal segenting kra hinggalah ke hujung tanah melayu.

yg peliknya kerajaan ini takder raja, satu2nya raja yg disebut dalam catatan Thai ialah Chandrabhanu Sridhamaraja yg memerintah antara tahun 1230 hingga 1270. kononnya, selama Chandrabhanu tuh memerintah Ligor, dia sibuk berperang dengan Langkapura (Sri Lanka), yg berjaya ditaklukinya pada tahun 1240 hinggalah dia dikalahkan pula oleh tentera Pandyan dari selatan India. hanya disebut bahawa beliau adalah seorang Javakan. terdapat pula catatan dari pedagang Arab bernama Sulaiman sekitar tahun 851, mengisahkan perihal Raja Khmer yg merendahkan kekuasaan Maharaja Zabaj. Arab mengenali kerajaan Srivijaya dgn nama Zabaj. mungkin Chandrabhanu ini adalah raja dari kerajaan Sailendra di Pulau Jawa yg diandaikan bernaung dgn kerajaan Srivijaya juga. Raja Javakan juga ada disebut dalam sejarah kerajaan Lavo.

walhal sebelumnya dari kemunculan kisah Chandrabhanu ini, negara Ligor ini merupakan sebahagian dari kerajaan Funan, dan kemudiannya dalam Batu Bersurat Tanjore, sekitar tahun 1030, menceritakan mengenai kemenangan Rajendra Chola I keatas negeri2 di asia tenggara yg menjadi jajahan Srivijaya, menakluki 13 negeri termasuklah Madamalingam atau Tambralingam. jadi sebelum abad ke-11 pula, Ligor adalah dibawah naungan Srivijaya. kisah negara ini padam dan hanya dikenali sebagai Nakhorn Si Thammarat yg menjadi sebahagian dari pengkisahan kerajaan Sukhothai dan seterusnya.

aku ringkaskan sejarah bahagian atas tanah melayu nih. awalnya ada tiga kerajaan besar, kerajaan Pagan, Funan dan Champa. Kerajaan Pagan nih memerintah sekitar negara myanmar sekarang. kerajaan Funan pula meluas dari sebahagian Thailand, sebahagian Cambodia dan seluruh semenanjung Malaysia sekarang. manakala kerajaan Champa letaknya di Vietnam sekarang.

kemudian dari itu Funan diserang oleh Yunnan. jatuhnya kerajaan Funan jadi mengecil menjadi dua bahagian yg dipayungi oleh empayar Chenla. Lavo, yg berpusat di Lopburi sekarang, yg juga dikenali dengan Dvaravati. dan Ligor yg terletak pula bermula dari pangkal segenting kra, sekitar Kanchanaburi sekarang hinggalah ke seluruh semenanjung Malaysia. Lavo ini yg kemudiannya bangkit menjadi kerajaan Khmer dan Ligor pula bernaung di bawah Srivijaya. dan kemudiannya kedua2 negera ini ditakluk pula menjadi kerajaan sukhothai, seterusnya Ayyuthaya, dan seterusnya dinasti2 Thai yg kemudiannya. hinggalah ketika perjanjian bangkok 1909 memperlihatkan negara Ligor ini dibahagi2 antara kerajaan Thai dan Inggeris, mewujudkan negeri2 melayu tidak bersekutu pada negeri yg dibawah jajahan Inggeris.

kita undur sikit, bermakna negara Ligor ini tiada beraja melainkan bernaung pada empayar2 besar yg wujud. tapi negara ini ada penghulu dan menteri. mungkin ini corak pemerintahan melayu zaman dulukala, ala republik, rakyat yg memerintah. ada juga penceritaan bahawa Ligor juga bernaung pada kerajaan Khmer pada waktu yg sama dalam jangkawaktu ia bernaung pada Srivijaya. atau mungkin pensejarahan negara ini telah dipadamkan? kerna jika negeri ini hanya takluk kepada empayar lain, bagaimana pula ia mempunyai sistem pemerintahan dengan negeri pusat, di Nagara Sri Dharmaraja dan dua belas negeri satelit disekelilingnya? dan negeri2 ini pula diasosiasikan dengan binatang2, memperlihatkan ketamadunan dalam sistem kalendar sepertinya kalendar China, iaitu chumnoporn/chumporn (kambing), thatong/kanchanadit (ayam), kraburi (babi), mardelong/patalung (ular), patani (lembu), krabi (monyet), telong/phuket (anjing), terang/trang (kuda), menara/narathiwat (tikus), keddah/muang kedah (naga), kalatan/muang kelantan (harimau) dan gelanggi/muang pahang (arnab). ini bukti adanya pemerintahan sendiri. atau mungkin kerajaan autonomi merupakan model asal negara melayu?

kerna ini pernah dikisahkan mengenai Kedah yg menghantar bunga emas dan perak ke kerajaan Siam (perkataan Siam ini aku guna hanya dalam konteks Ligor) adalah sebagai tanda bersaudara atau bersahabat, menunjukkan kuasa autonomi Ligor ketika di bawah empayar Ayyuthaya, yg kemudiannya setelah kerajaan Sukhothai kembali menguasai kerajaan Ayyuthaya, Kedah dipaksa untuk meneruskan penghantaran ufti ke kerajaan Thai, disalah anggap sebagai tanda tunduk, dan Kedah pernah menolak walaupun selepas itu terpaksa bersetuju menghantar bunga emas sebagai ufti.

undur balik sikit sekali lagi. setelah kejatuhan empayar Funan inilah wujudnya kisah merong mahawangsa dan kisah bukit siguntang. perlu diambil perhatian bahawa negara bahagian atas asia tenggara ini penduduknya ialah org Mon manakala bahagian bawah asia tenggara penduduk asalnya org Cham. ini yg mewujudkan dua cerita berbeza sebenarnya dgn tujuan yg sama. negara Melayu (merujuk kepada awal kerajaan Ligor) mempunyai sistem republik yg mana rakyat yg memerintah dgn penghulu dan menterinya, namun negara ini mengerti akan hubungan antarabangsa yg memerlukan seorg raja bagi mewakili negara mereka. sebagai penampan dari serangan luar mahupun untuk kepentingan perniagaan. kerna itu kita akan menemukan bagaimana negara2 Melayu ini akan sentiasa bertindih mengenai empayar yg mewakilinya, sepertimana Ligor yg dikatakan sebahagian dari empayar Khmer juga dalam jangkamasa yg bertindih menjadi sebahagian dari empayar Srivijaya.

sebagai contoh kota gelanggi, yg dikenali sebagai muang pahang, yg terletak paling selatan negara Ligor, walaupun dalam empayar Siam namun diceritakan bahawa ia juga merupakan ibukota sebelah situ untuk empayar Srivijaya. kerna alasan itulah kota Gelanggi ini masyhur hingga Raja Rajendra Chola I sanggup datang dengan seribu ekor gajah untuk menyerang dan memusnahkan kota Gelanggi.

kita ulang balik. setelah kejatuhan empayar Funan, ada dua percubaan untuk mendapatkan raja yg lebih hebat. org Mon yg memerintah Ligor menjemput anak raja dari tanah Parsi, iaitu merong mahawangsa, atau dikenali juga dalam sejarah Kedah sebagai Maharaja Derbar Raja. org Cham yg memerintah kemudiannya empayar Srivijaya menjemput anak raja dari India, yg kemudian dimasyhurkan sebagai Sang Saperba. perlu difahami bahawa kedua2 anak raja ini dikatakan dari jurai Iskandar Zulkarnain. kedua2nya benar kerna terdapat dua hipotesis berbeza yg mengatakan Alexandar dari Rom dan Darius dari Parsi adalah merupakan dua calon yg paling tepat untuk dianggap sebagai Zulkarnain yg dimaksudkan. seterusnya sejarah kedua2 anak raja yg dijemput oleh negara Melayu ini berakhir secara berbeza.

Raja Merong Mahawangsa yg dikatakan kemudiannya kembali ke Parsi dan meninggalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja, yg kemudiannya pula menitipkan empat anaknya untuk memerintah negeri2 bahagian utara; Raja Siam (Ligor), Raja Perak (Gangga Negara), Raja Patani (P'an P'an) dan Raja Kedah (Langkasuka). ini merupakan negara2 kelas I yg memayungi negeri2 yg lebih kecil. terdapat teks yg menyebut kerajaan-kerajaan ini telah ada seawal abad ke-2 dan ke-3, ketika Funan masih merupakan empayar yg memayungi tanah semenanjung. dikatakan juga sekurang2nya ada 30 kerajaan lama sudah wujud di asia tenggara pada abad awal tersebut.

ada pendapat mengatakan kemudiannya sejarah Ligor dan Patani digelapkan ketika Sukhothai kembali menyusup ke dalam kerajaan Ayyuthaya, manakala Gangga Negara pula hancur kerna serangan Raja Rajendra Chola I yg menyerang dalam perjalanan menakluki ke kota Gelanggi. yg bertahan ialah kerajaan Kedah, maka itu kisah sebelah utara ini berpusat pada negara kedah Tua yg merupakan lanjutan dari Langkasuka.

maka dalam kisah kerajaan Kedah ini, Raja Seri Maha Wangsa yg ditabal oleh ayahandanya Raja Merong Mahapudisat, mewariskan kedah kepada Raja Ong Maha Perita Deria, yg dikenali sebagai Raja Bersiong. diandaikan bahawa Raja Bersiong ini difitnah dan terhalau, kerana mahu mengusir keturunan Merong Mahawangsa dari tampuk takhta pemerintahan, supaya lebih mudah dikuasai oleh Thai. walaupun dikatakan Raja Phra Ong Mahapudisat itu adalah anak kepada Raja Ong Maha Perita Deria, penggunaan gelaran 'Phra' pada raja kedah selepas Raja Bersiong menampakkan pengaruh Thai dalam kerajaan tersebut. maka di bahagian ini Melayu telah kehilangan seorg rajanya, atau mungkin keturunan Raja Bersiong ini kemudiannya disembunyikan oleh org Melayu?

Sang Saperba pula ditabal menjadi raja yg berpusat di Palembang, yang akhirnya berkembang menjadi sebuah empayar besar Srivijaya, yg kemudian diselamatkan ke Singapura ketika dilanggar oleh Majapahit, dan seterusnya pula diselamatkan ke Melaka yg menjadi sebuah empayar besar juga. jatuhnya Melaka dibawa pula pulang ke Kampar sebelum seterusnya jurainya dihantar ke Johor dan Perak, satu tindakan strategis org Melayu, yg mana menyaksikan berakhirnya keturunan raja di Johor namun tetap mekar di negeri Cempaka Sari, iaitu Perak.

dibahagian Pulau Jawa pula, sememangnya telah ada sebelumnya kerajaan Tarumanagara, yg dicatatkan seawal abad ke-4. agak terkemudian dari Langkasuka dan Gangga Negara. dan setelah itu disebut juga kerajaan Sailendra, yg tercatat kewujudannya dalam empayar Ayyuthaya. dikatakan candi borobudur yg dibina oleh kerajaan Sailendra merupakan kembar kepada Angkor Wat yg dibina oleh kerajaan Ayyuthaya. begitu juga disebut kerajaan Sunda (Pajajaran) dan kerajaan Medang. dan kemudian dari itu kebangkitan kerajaan Singhasari yg melumpuhkan Srivijaya, yg kemudiannya diambil alih oleh empayar Majapahit, yg bangkit dari kerajaan Kediri yg merupakan kota kepada Singhasari, dan kemudian akhirnya bersahabat dengan kerajaan Melaka sebelum digantikan oleh kesultanan Demak.

dalam jangkawaktu ini, pensejarahan negeri2 sekitar ini agak kelabu. hanya terang selepas kemunculan pemerintahan kesultanan yg merupakan awal kerajaan Islam menapak di daerah ini. dijangkakan banyak penulisan semula sejarah dilakukan utk pengukuhan kerajaan. kerana itulah banyak pertindihan dan langkauan jarak masa. begitu juga pensejarahan di sebelah yg lebih timur seperti yg ada disebut sebagai kerajaan Tondo, Maynila dan Namayan, sebagai contoh, yg tidak banyak boleh diceritakan ketika mengkisahkan kerajaan lama Filipina, yg hanya memahami sejarah dengan jelas mulai dari kedatangan Ferdinand Magellan pada tahun 1521 yg kemudian mengakuinya sebagai jajahan Sepanyol, yg kemudian memberi nama kepulauan itu sempena nama King Phillip II, raja Sepanyol ketika itu, menghilangkan sama sekali jatidiri asal Melayu.

maka inilah kisah segala empayar kerajaan lama yg wujud di sekitar tanah Melayu. maka kemudian dari ini yg signifikan kepada org Melayu hanyalah dua jurai keturunan yg dijemput menjadi raja awal dalam empayar Melayu. dari segi kedatangan pengaruh Islam pula adalah seperti berikut. kesultanan Melaka ditubuhkan ketika Parameswara diziarahi oleh Sayyid Abu al-Hassan pada tahun 1409 dan seterusnya memakai gelar Sultan Iskandar Shah. manakala kesultanan Kedah pula bermula ketika Raja Phra Ong Mahawangsa, atau dari Sejarah Kedah disebut Seri Paduka Maharaja Derbar Raja, kembali kepada Islam pada tahun 1136 yg kemudiannya memakai nama Sultan Mudzafar Shah. ada teks mengisahkan Sultan Mudzaffar Shah ini diajarkan Islam oleh Syekh Jaafar Aumiri dari Yemen pada tahun 531H bersamaan 1360M.

yang peliknya pensejarahan kedatangan Islam ke rantau Melayu ini yg paling awal ialah Samudera-Pasai yg mengisahkan Raja Merah Silu kembali kepada Islam pada tahun 1267 dan memakai gelaran Sultan Malikul Salih. membandingkan jarak masa antara keIslaman Pasai dan Kedah, jika kita ambil tarikh keIslaman kerajaan Kedah oleh Syekh Jaafar Aumiri yg lebih logikal periodenya, kedudukan Pasai yg berada di utara Pulau Sumatera yg merupakan salah satu pelabuhan sibuk, dan begitu juga Kedah, agak aneh mengapa mengambil masa hampir seratus tahun? begitu juga jika kita membandingkan jangka waktu inskripsi Islam pada Batu Bersurat Trengganu yg ditemui di Kuala Berang bertarikh 1303M.

maka disinilah munculnya kemungkinan Raja Ong Maha Perita Deria itu adalah Seri Paduka Maharaja Kerma, yg dikisahkan dalam satu versi lagi merupakan raja Melayu yg pertama memeluk Islam, pada abad ke-7, dengan nama Tunku Muzzil Shah (Tunku Mathal Shah?) yang merupakan waris dari empayar khalifah Abbasiyah yg mempunyai salasilah dari bapa saudara Rasulullah yg termuda, Abbas ibn Abdul Mutalib. kerana seawal tahun 222H bersamaan 812M sudah ada teks jawi berkenaan dengan undang2 Kedah. dan kerana itulah baginda diplotkan untuk disingkirkan dari kerajaan Melayu dalam keadaan yg paling hina?

aku nak kena ingatkan lagi bahawa ini semua dongeng. tidak ada makna pada org yg tak kena mengena. hanya yg kena saja yg mahu tahu, sebab bukan semua maklumat itu ada gunanya pada kita. malah maklumat yg sama itu mempunyai makna yg sama pada org yg berbeza. mmg begitulah keadaannya, kita hanya perlu tahu dan faham bahagian kita sahaja. kemudian nanti kita sambung.

Tuesday, February 15, 2011

lagenda Naga dan Garuda

Posted by usoPkuChai On 4:06 PM


sahibul hikayat mengisahkan kejadian yg berlaku di negeri para dewa, di zaman lapisan bumi dan kayangan belum terhijab, tersebut perihal seorg dewa yg bernama Kasyapa beristerikan dua org dewi yg Kadru dan Vinatha. adapun Kadru menginginkan banyak keturunan sedangkan Vinata menginginkan keturunan yg sakti. maka terkabullah doa keduanya, Kadru melahirkan seribu telur yg menetaskan ular naga manakala Vinata melahirkan dua biji telur.

akan Vinata tiadalah sabar menunggu anak2nya menetas, hingga dipecahkannya sebiji, lahirlah Aruna dalam cahaya yg terang gemilang. adapun syarat agar memiliki anak yg sakti, haruslah menunggu hingga telur itu menetas sendiri, maka kemudiannya lahirlah Garuda. dikisahkan Garuda ini lahir dengan sayap emas yg dikisahkan jika dikibaskan sahaja sayapnya itu maka ribut taufanlah jadinya, lahirnya dia dalam keadaan yg sangat sakti dan hebat yg mampu membakar hancur dunia, hingga para dewa terpaksa memohon belas kasihan kepadanya, lalu Garuda pun mengecilkan kuasa dan dirinya.

tersebut pula suatu hari Kadru dan Vinata bertaruh akan sesuatu yg menyaksikan Vinata kalah dan terpaksa menjadi hamba. maka datanglah Garuda mahu melepaskan ibunya, dan diberi syarat akan dia supaya membawa ramuan amrita, yg merupakan sumber kehidupan abadi, sebagai ganti kepada ibunya. adapun air amrita ini letaknya di kayangan. dengan gagah beraninya Garuda pun terbang ke tempat para dewa berniat untuk mencuri ramuan amrita itu sebagai menebus ibunya.

oleh kerna Garuda ini dijanjikan kesaktian dan kehebatan, maka berjayalah dia mengambil ramuan amrita itu dgn mulutnya. dalam perjalanannya pulang dari kayangan, Garuda ditahan oleh dewa bumi, namun tiadalah mereka berperang melainkan bertukar perjanjian bahawa Garuda akan tetap menjadi abadi tanpa perlu meminum ramuan amrita dan garuda pula berjanji akan menjaga gunung tempat tinggal dewa tersebut. setelah itu Garuda terbang lagi dan bertemu dan berjanji pula dengan dewa langit bahawa setelah dia dapat membebaskan ibunya, dewa langit boleh mengambil semula ramuan itu kembali ke kayangan, dan dewa pun menjanjikan kepada Garuda untuk menjadikan ular naga sebagai makanannya.

setelah sampai ke bumi, Garuda pun meletakkan ramuan amrita itu di atas rumput dan Vinata pun dibebaskan, seterusnya Garuda meminta ular naga sekalian menyucikan diri mereka dahulu sebelum meminum ramuan tersebut. ketika sekalian ular naga itu bergegas menyucikan diri, sekoyong2 dewa langit pun turun merampas ramuan amrita itu dan membawanya pulang ke langit. semenjak dari saat itu, Garuda dan ular naga berseteru hingga ke akhir zaman. dikisahkan juga bahawa beberapa titis ramuan amrita itu tertinggal di atas rumput, maka dijilatlah oleh ular naga, menjadi abadi, namun lidah mereka terluka akan rumput tersebut menyebabkan lidah mereka bercabang.

maka disebut pula kisah anak ular naga yg sulong, sang raja naga bernama Sesha, tidaklah menyukai perbuatan adik2nya yg kejam dan suka menganiaya makhluk lain. malah ular2 naga ini sering berbuat tidak baik kepada Garuda. dan merasa jijik dengan kelakuan mereka. kerna itu akhirnya Sesha meninggalkan ibu dan adik2nya bertapa di atas angin. setelah bertapa sekian lama di beberapa tempat di tanah tinggi. tersangatlah derita pertapaannya sehingga kulit dan dagingnya bersatu dengan tulang. sehingga jatuh kasihlah para dewa dan setuju untuk mengkabulkan apa2 sahaja permintaannya. Sesha meminta kesaktian agar dia boleh mengawal fikirannya, dan dikabulkanlah oleh para dewa dengan satu permintaan pula. akan Sesha diminta ke bawah bumi dan menyeimbangkan segalanya. maka bersetujulah Sesha dan menjadi pekerjaannya lah meberi keseimbangan kepada dunia.

dikisahkan juga bahawa raja naga adalah penjaga geliga cintamani, yg merupakan salah satu dari empat warisan sakti dari kayangan yg berisi rahsia kehidupan. dan diceritakan juga bahawa sang raja naga tinggal di Patala (nagaloka) yg merupakan jalan penghubung antara bumi dan kayangan, setelah kedua2 lapisan itu terhijab. begitulah kisah adanya.

====================================================================

citer nih aku kumpul dan cantum utk menjawab pertanyaan anak aku tentang naga. banyak kisah naga dalam dongeng melayu dan yg paling terkenal adalah perihal naga tasik chini. konon cerita dari org jakun sekitar situ, di dasar tasik chini itu adalah sebuah kerajaan. kerajaan bawah air tuh di jaga oleh seekor naga bernama Sri Gumum. ada pulak versi kisah Sri Gumum dan suaminya kemudian yg menjadi Pulau Daik dan Pulau Tioman. kononnya lagi, anak kepada Sri Gumum ini yg bernama Sri Pahang yg kemudiannya berperang dengan Sri Kemboja. macam citer kartun, tapi adakah kemungkinan memang wujud sebuah kerajaan besar di daerah itu yg kemudiannya tenggelam? mengapa pula naga yg disebut penjaganya? pahang perang dgn kemboja?

orang kemboja juga sering mengatakan keturunan mereka lahir dari naga. kononnya di sekitar lautan pasifik tuh ada kerajaan naga yg besar. menurut ceritanya, kerajaan itu bermula dari seekor naga bernama Kaliya yg melarikan diri ke daerah itu kerna tahu daerah itu tidak boleh didatangi oleh garuda, kerana sebelum itu garuda telah disumpah oleh seorg pertapa, setelah kalah bertarung, bahawa garuda akan mati kalau dia datang ke daerah tersebut. dikatakan pertapa ini merupakan seorg yg telah bersatu dengan alam (seorg naga juga?). mungkin boleh kita ambil nota di sini bahawa org kemboja adalah merupakan asas kepada kerajaan Funan dan Champa.

namun org thai dan jawa mempercayai bahawa naga adalah dewa dari negeri di bawah bumi (underworld), dalam konotasi menakutkan. dan di asia tenggara ini hanya indonesia dan thailand yg menggunakan burung geroda sebaga simbol kerajaan, yg turut digunakan oleh ulan bator, mongolia. menurut kepercayaan mereka, garuda merupakan dewa bukit yg merupakan penjaga gunung mongolia dan dicitrakan oleh mereka sebagai simbol keberanian dan kejujuran. terdapat juga garuda dlm kisah kemboja, yg menceritakan kekuatan garuda mengalahkan naga. namun kisah garuda ini muncul dibahagian akhir kerajaan Khmer dimana Jayavarman IV menjadi raja Khmer setelah mengalahkan org Cham.

perlu diberi perhatian bahawa dalam epik hindu, naga dikonotasikan dengan negatif berbanding dgn epik buddha yg mengasosiasikan naga sebagai hebat dan bijaksana. perlu dirakamkan juga bahawa dikatakan penduduk asal sri langka, juga disebut sebagai langkapura dan pulau serindit di zaman dahulukala, adalah disebut penduduk asalnya sebagai org naga. ada dalam dongeng mereka mengenai buddha yg datang utk mengamankan peperangan antara dua org raja naga. namun dikisahkan kerajaan naga ini hilang kekuasaan dan sokongan akibat dari pendatang2 baru yg datang kemudiannya.

kisah perang antara garuda dan naga juga merupakan inti hikayat merong mahawangsa. ada literasi yg menterjemah nama merong mahawangsa dalam bahasa siam bermaksud 'naga yg memimpin harimau' (merong=naga laut, maha=menteri, wangsa=bangsa harimau). ada pula merujuk merong sebagai satu spesis yg boleh berubah wujud (shape-shifter), sepertimana ada juga yg merujuk naga sebagai seekor ular besar yg boleh berubah bentuk, malah ketika cerita raja naga, Sesha, bertapa dalam bentuk manusia. dalam hikayat sejarah melayu pula naga disebut dalam satu kisah bagaimana sang saperba menyelamatkan minangkabau dari gangguan saktimuna (naga) yg akhirnya dibunuh dgn cura simanja kini.

sebelum berakhir, Patala yg dikatakan menjadi tempat sang raja naga juga disebut dalam mitologi hindu sebagai underworld. walaupun ada pengkisahan menceritakan akan keindahan tempat tersebut, namun underworld yg dimaksudkan adalah setahap dgn pintu neraka dimana mengikut kepercayaannya semua jiwa akan melaluinya utk ke alam yg lebih tinggi. dan dalam mitologi visayan (filipina), aku menemukan Bathala (dewa tagalog kuno) sebagai raja dewa underworld. dalam kisah itu, Bathala beradu dan membunuh satu lagi dewa kayangan (ulilang kaluluwa) yg merupakan seekor naga.

byk betul cerita dlm cerita ya? ;)

the chronicles of melayupura : origin

Posted by usoPkuChai On 8:33 AM


aku baca banyak org tulis psal sejarah. cuma aku rasa bila yg tulis nih ada kena mengena dgn keturunan dia, dia akan bias nak membesarkan keturunan dia. jadi bila org macam aku yg takleh nak dikaitkan dgn keturunan2 hebat nih, jadilah macam dongeng. dan aku nak mendongeng. bila aku sebut dongeng maknanya jangan tanya bukti atau mana aku dapat citer. dan dongeng nih satu cara taktikal bercerita psal apa yg disebut rahsia, yg sebenarnya bukanlah rahsia kalau kita baca betul2 dongeng nih, separuh yg karut tuh bukan nak sedap citer tapi sebab nak alih perhatian org yg tak perlu tahu. dan inilah dongeng mengenai melayu. hanya rangka citer sahaja.

nak citer asal-usul nih panjang. ada org citer dari Ibrahim as, ada org citer dari Nuh as dan ada yg boleh citer sampai ke Adam as. cuma nak citer psal melayu nih kita citer dari Ibrahim as saja. dikisahkan Ibrahim as nih ada 3 isteri, Sarah, Hajar, Keturah. ada pengkisahan kata Hajar dan Keturah nih puteri firaun yg awal. ada pula kata Keturah nih ibu angkat Ishak as. wallahualam.

dari Sarah nih terbit bani Israel. bani Israel nih bukan hanya yahudi yg ada sekarang. dikisahkan ada satu puak bani Israel yg hilang (lost tribe) yg merupakan pengikut setia Musa as. ini bani Israel yg sebenar dalam maksud tak sesat. dari kisah org yahudi, 'lost tribe', dari keturunan Sarah, nih dikatakan hijrah ke timur. tak tahu timur mana dan tak siapa tahu keturunan dari 'lost tribe' nih. walaupun begitu ada kajian DNA yg mengatakan ada keturunan di kawasan asia tenggara nih mempunyai DNA yg sama dgn org yahudi. yg nih kemudian kita akan campur adukkan lagi.

kemudian Hajar yg menjuraikan keturunan Quraish, yg merupakan keturunan dari Nabi saw. ada dua bahagian jurai nih, Hasan ra dan Husin ra. yg garang nih keturunan Husin ra, manakala keturunan Hasan ra nih lembut. dua2 jurai keturunan nih ada kat tanah melayu. yg nih mmg dah sah, sebab ramai yg mengaku dgn salasilah yg tepat.

dikisahkan pula salah satu dari keturunan Keturah nih terbitnya org Jawi. tapi kita berhenti kat situ dulu. kita citer psal keturunan Madyan yg merupakan anak kepada Keturah, dikatakan Syuib as merupakan dari jurai yg sama. dikisahkan pula dari keturunan2 keturah nih semua dah bercampur2 hingga sampailah keturunan Madyan disatukan dengan keturunan Parsi, yg menerbitkan satu keturunan yg tulen semula (pureblood), yg dipanggil keturunan Aryan. org Iran dan Jerman ada mengaku masa perang dunia dulu dia keturunan Aryan nih tapi sayangnya diorg nih hanyalah 'half-blood' saja, sebab keturunan 'pureblood' yg kita nak citer citer nih gabungan Madyan dan Parsi. aku tanak citer psal Jerman sebab tak kena dengan dongeng aku nih. cukup sampai situ.

maka didongengkan lagi, Aryan nih pula berkembang terutama dua kelompok besar, Aryan-Indo dan Aryan Tibeto. Aryan-Tibeto nih yg dikatakan menerbitkan org Yunnan, dan Aryan-Indo pula menerbitkan keturunan di Kemboja yg membina empayar Funan. org Yunnan nih pun ramai yg berhijrah ke kepulauan asia tenggara. bila tengok peta lama, ada 3 kerajaan besar pada awal2 kisah, kerajaan Pagan, Funan dan Champa. mungkin tiga2 kerajaan nih bersaudara. kerajaan Pagan dan Funan nih asal puak Mon dan Champa nih puak Cham. dua2 puak nih adalah org yg asal menduduki sekitar asia tenggara termasuklah tanah melayu.

lepas tuh ada serangan dari atas, orang tai/shan dan mongol dari Yunnan, kerajaan Pagan nih hancur, baru wujud Sukothai yg menguasai sebahagian besar kerajaan Pagan dan Funan. org2 Mon makin banyak hijrah turun ke selatan. nih yg org dok kata org Melayu dulukala agamanya Pagan, ada yg kata bukan animisme, bukan puja semangat, tapi sebenarnya agama Hanif yg berasal-usul dari Ibrahim as, lebih kurang wahdatul wujud tapi penyatuannya dgn alam.

serangan dari utara nih bukan Pagan saja yg kena Funan pun pecah jugak, yg kemudian diwarisi jadi kerajaan Khmer. Champa pula makin besar. ada citer pulak muasal org Cham nih dari borneo. apapun dua kaum besar nih Mon dan Cham adalah asal org2 yg dok ada kat asia tenggara nih sebelum evolusi seterusnya berlaku, yg hujung2nya jadi Melayu. tambah sedap dongeng, Mon nih juga dikenali sebagai Mala, merupakan jurai dari kaum Scythia yg merupakan bangsa asas kerajaan di asia tengah dekat dgn laut hitam. Scythia nih dikatakan bangsa asal terus dari Adam as. citernya Adam as ada 22 pasang anak, yg jadi asas 22 bangsa manusia dgn 22 bahasa yg berlainan. jadinya Mon/Mala nih asas jadi hujungnya Melayu.

sambung citer serangan Yunnan, kemudian dari nih wujud kerajaan Sukothai. dari Khmer wujud Ayyuthaya yg kemudian kalah lagi dgn Tai jadilah kerajaan Thai yg dok ada skrg. ini yg org kata Siam tuh bukan Thai tapi bekas dari Funan yg kemudian jadi Khmer yg akhirnya Ayyuthaya. cuma dikisahkan org Thai, Siam tuh diorg lah, Ayyuthaya tuh org Thai lah. ada org dongeng kata Sukothai tuh maksudnya 'suku kafir' tapi org Thai kata 'Thai' tuh maksudnya bebas. tak kisahlah, sebab yg kita nak sambung nih yg belah selatan lagi. yg aku faham ada dua kaum besar yg saling berebutkan bahagian nih iaitu kaum Mon dan kaum Shan/Tai. kaum Mon nih pandai berasimilasi hingga org takleh nak beza yg mana Mon dan yg mana Tai. jadi org melayu pukul sama jer laa siam, lagi pun itu gak laa tempat kerajaannya.

dari kerajaan Pagan yg hancur nih pula, tumbuh kerajaan Burma yg katanya disokong oleh org Mon. org Mon nih bukan kat burma saja, dikisahkan juga Mon nih merupakan strategis kerajaan Siam (Tai?) juga. jadi Mon nih bertukar2 laa raja tai (shan?) pastuh raja toungoo dan raja rakhine. Rakhine nih yg org melayu sebut kaum raksaksa dari terjemahan bahasa Pali. maksud rakhine tuh pulak 'one who keeps his own race'. dan yg menarik ialah raja pertama yg memerintah kerajaan Danyawadi tuh namanya Raja Marayu. nih cerita ribu tahun sebelum masehi. gautama buddha pun belum sampai lagi kat kawasan tuh.

Yunnan nih yg awalnya dikenali dalam kerajaan Dian juga asal dari bangsa Scythia, antara yg signifikan dgn dongeng nih ialah kaum Shan yg juga dikenali kemudiannya dgn kaum tai. Scythia nih kalo nak bagi jelas adalah asal dari keturunan kerajaan besar Parsi dan Summeria, yg kemudian digabungkan oleh Darius, yg dimaksudkan oleh satu hipotesis merupakan Zulkarnain yg disebut2, dan bukan Alexander. kaum Parsi menggelar bangsa Indo-Scythia yg berada di asia selatan dengan nama 'Sacae' atau 'Saka'. aku tak pasti Yunnan nih bangsa yg kemudian jadi bangsa China ke bukan, sebab nak kumpul psal China lagi panjang, sampai ke cerita tiga kerajaan lima raja langsung sampai ke lagenda Pangu, tuh dah citer penciptaan alam dah.

balik pada bangsa Aryan nih, yg org biasa citer merujuk bangsa yg di kawasan indo-eropah saja. dikisahkan bahawa terdapat dua kelompok Aryan-Indo dan Aryan-Tibeto yg dari asal jurai Keturah tadi, yg sampai dulu di tanah melayu katanya Aryan-Tibeto dari Yunnan setelah itu baru Mon yg berasal dari Aryan-Indo. jadi nak bagi ringkas kat kawasan nih peduduk asalnya ialah dua jurai Aryan-Indo (mon,cham) dan Aryan-Tibet (burma, kayin, tai). kita anggap cukup skop nih dulu dlm dongeng aku nih. kesimpulan jadinya melayu nih kita boleh sebut asal-usulnya Mon dan Cham inilah. yg berhijrah dari Yunnan tuh kita anggap variasi yg mencampur2kan semula semua kaum nih membentuk apa yg kemudian disebut melayu, yg dalam satu teks cina lama menggelarnya sebagai 'bangsa yg tidur'. dalam citer tuh org cina nih curi 'chi' org melayu masa org melayu tidur, sebab tuh bangsa dia jadi hebat.

dan melayu ini kemudian ada pula yg citer dibahagi kepada tiga kelompok besar, Mala, Jawa dan Jawi/Mali. Jawi nih pun ada yg mengisahkan bahawa asal namanya dari nama Jawiyah, yg merupakan nama lain utk Keturah. disebut juga akan klasifikasi org Mala nih berkulit gelap, agak pendek dan berambut kerinting. Jawa nih pulak kulit sawo matang dan bertubuh tegap. manakala Mali/Jawi nih yg berkulit cerah dan biasanya tinggal di tanah tinggi. maka inilah dongeng bahagian jurai keturunan org melayu.

persoalannya apa guna kita tahu semua nih? byk citer nih sepotong2 saja dari berbagai sumber, macam teka-teki (puzzle). yg aku buat nih kumpulkan dan sambung2kan potongan2 tuh supaya jadi gambar besar, sebab nanti kemudian akan kelihatan kaitan antara apa yg telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. mudah2an nanti ada yg jadi faham siapa diri mereka dan fungsi sebenar mereka, kerna dalam perjalanan jadi hidup nih ada arah tujuan akhir, dan nak sampai tujuan akhir nih kena pula tahu apa yg kita kena tahu sebab nanti bila sampai tujuan tetap juga kita tak tahu, tak pasal2 kena ulang balik2 dari awal.

aku nak kena ingatkan sekali lagi, ini dongeng. tidak ada makna pada org yg tak kena mengena. hanya yg kena saja yg mahu tahu, sebab bukan semua maklumat itu ada gunanya pada kita. malah maklumat yg sama itu mempunyai makna yg sama pada org yg berbeza. mmg begitulah keadaannya, kita hanya perlu tahu dan faham bahagian kita sahaja. nanti kita sambung.

Monday, February 14, 2011

istiadat Tabal Jin (Tabal Pusaka)

Posted by usoPkuChai On 4:03 PM


mula2 kena bagitau ini istiadat raja-raja Melayu yg masih dilakukan oleh kerajaan Perak sebagai sebahagian daripada upacara pertabalan. aku merakam istiadat ini dengan tujuan sebagai rujukan sahaja, tanpa niat mengulas atau mengatakan apa2 berkenaan dgn apa pun bahagian dari istiadat ini. interpretasi korg adalah hak korg dan tidaklah terpikul atas bahu aku. kemudian daripada itu.

*******

upacara istiadat seperti yg terkandung dalam buku chenderamata sempena pertabalan Sultan Idris Shah. dan kini istiadat ini dikenali sebagai Tabal Pusaka. istiadat dimulakan dengan paluan nobat Diraja pada waktu senja sehari selepas Istiadat Tabal Adat disempurnakan. istiadat ini dilakukan pada waktu malam dengan hanya diterangi oleh cahaya dian (lilin).

Jejawat Berlembing, Jejawat Berpayung Ubur dan Jejawat Perempuan, memegang kaki dian, dan Bentara Perempuan membawa perkakasan istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing di dalam balairong seri, didahului oleh Panglima Dalam diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri. dibelakangnya Pawang Diraja mengikuti sambil menatang pedang cura simanja kini, bersama Tok Seri Nara Diraja yg menatang pontoh bernaga dan pontoh ular lidi di atas talam berlapikan kain kuning dan diikuti oleh Sida-Sida. selepas itu Biduanda-Biduanda masuk menatang perkakas kerajaan dan diletakkan kesemua di atas meja yang disediakan, diiringi paluan nobat.

selepas itu Pawang Diraja menatang cura simanja kini dan Tok Seri Nara Diraja menatang pontoh bernaga dan pontoh ular lidi keluar dari balairong seri didahului oleh Panglima-Panglima, masuk ke kamar persenangan lalu mempersembah kepada Sultan. baginda kemudian diiring berangkat ke balairong seri dengan iringan paluan nobat 'Raja Berangkat'. kemudian Sultan akan bersemayam di atas 'Chior Keemasan' yang disediakan di hadapan singgahsana. Pawang Diraja mengadap dan mempersembahkan cura simanja kini kepada Sultan yang akan meriba pedang tersebut.

selepas itu perkakasan kerajaan dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda ke hadapan Sultan. dikuti Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa perkakasan istiadat Merenjis, diikuti oleh Tok Setia Guna (ketua nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat Diraja masuk ke balairong seri memohon limpah perkenan Sultan untuk meletak perkakasan Nobat Diraja di tempat yang telah disediakan. kemudian 'istiadat Memulih' perkakasan kerajaan dan perkakasan Nobat Diraja dijalankan dan juga 'Merenjis Tepung Tawar'. setelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

upacara seterusnya ialah istiadat 'Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan di panca persada. Sultan dan isteri akan berangkat dari pintu besar istana. Pawang Diraja memulakan istiadat 'Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Pawang dan Pawing (pawang tempatan) dan Bentara-Bentara yang membawa perkakasan 'Merenjis'. sepanjang keberangkatan sultan, nobat dipalu sehingga baginda bersemayam di atas 'Peterakna Seri Panca Persada'.

semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang peterakna serta diringi oleh Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Diraja, Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja dan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. istiadat 'Merenjis Tepung Tawar' disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.

selepas itu upacara 'Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan oleh Pawang Diraja sendiri dari awal hingga akhir ke atas perkakasan istiadat 'Bersiram Tabal'. kain putih direntangkan dan daun nyiur muda berbentuk jari lipan ditaruhkan ke atas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan di tiap-tiap penjuru. istiadat 'Bersiram Tabal' dimulakan dengan mengambil sebatil geluk berisi 'Air Datu' dan dicurahkan ke atas kain putih sehingga habis enam belas batil geluk yang berisi air. nobat dipalukan sepanjang istiadat 'Bersiram Tabal'.

setelah selesai istiadat 'Bersiram Tabal', baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari seri panca persada berselimut dengan kain benang emas kekuningan, dan diarak balik ke istana.

setelah menukar kepada pakaian kebesaran diraja, Sultan akan berangkat masuk ke balairong seri dengan iringan paluan nobat, dan bersemayam di atas peterakna singgahsana. Pawang Diraja memulakan istiadat 'Merenjis Air Panca Bicara' ke atas perkakasan kerajaan yang sedia ada terletak di atas meja di hadapan singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' keatas Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'Bunga Pencawa Pencara' di telinga Baginda

pada waktu istiadat ini nobat Diraja memainkan antara empat hingga sembilan lagu. Tok Setia Guna akan memerhatikan gerak geri Sultan ketika nobat dipalukan, untuk mengetahui kedaulatan seseorang Sultan. mengikut adat, sekiranya baginda dapat bertahan lama di atas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh nobat) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh Jin-Jin Kerajaan dan baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. tetapi sekiranya baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja, petanda umur baginda mungkin pendek, dan Tok Setia Guna akan memberi isyarat kepada ahli nobat supaya memberhentikan paluan nobat apabila melihat Sultan dalam keadaan 'resah gelisah' di atas peterakna singgahsana.

sewaktu nobat dipalukan, cura simanja kini akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya), menunjukkan Jin Kerajaan ada serta dalam istiadat Tabal Jin dan merestui pertabalan Baginda. istiadat Tabal Jin selamat disempurnakan selepas upacara 'santapan nasi beras takona' (beras pulut) dijalankan dengan bacaan doa selamat.

*******

begitulah upacara yg dinamakan istiadat Tabal Jin. sebagai tambahan, dikisahkan sebagai sebahagian dari sejarah Kampung Tua, ketika Sultan Muzaffar belayar menyeberangi Selat Melaka, atas jemputan Tun Saban untuk menjadi Sultan Perak, dan sampai di kuala Sungai Perak, disuatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera baginda terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat mudik. tiba2 angin ribut datang dan laut bergelora. disitulah baginda berseru:

Selilit Tanah Minangkabau
Selengkkung Pulau Perca
Dilengkung ular Saktimuna
Sebenarnya aku keturunan Raja
Jauhkan segala malapetaka

sebaik sahaja baginda habis melafazkan kata2 tersebut, muncul Jin yg sangat besar hingga mencecah awan, berkata kepada baginda:

"sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuanku ke dalam laut."

maka baginda pun membuang mahkota baginda ke dalam laut, dan laut pun menjadi tenang dan beting yg timbul hilang dari pandangan. dan belayarlah semula mudik ke hulu mencari tempat yg sesuai untuk persemayaman.

yang menarik perhatian aku bukanlah bahagian jinnya, tetapi proses istiadat itu dan orang kaya2 yang terlibat dalam upacara tersebut. walaupun beberapa bahagiannya dapat difahami akan sebabnya namun aku merasakan sesuatu sedang dilakukan kepada Sultan, kerna ada disebut bahawa setelah istiadat pertabalan, Sultan bukanlah siapa dia sebelumnya melainkan menjadi raja kepada org Melayu. satu ungkapan yg kedengaran biasa dan logikal, namun boleh memberi maksud lain yg tersirat.

pancuran kemuliaan istiadat Perak

Posted by usoPkuChai On 11:44 AM


beberapa minggu lepas aku melawat Kompleks Bersejarah Pasir Salak untuk mengumpul maklumat mengenai satu2nya kerajaan Melayu yg merupakan darah keturunan bukit siguntang yg asal. dan salah satu oleh2 yg aku dapat ialah buku 'Cempaka Sari' yg menerangkan sejarah Kesultanan Negeri Perak, cetakan pertama 1986, ditulis oleh MA Fawzi Basri dan diterbitkan oleh Yayasan Perak, dgn harga RM4. buku lama yg aku rasa tak akan aku jumpa kat kedai buku.

ada satu bab bertajuk 'Alat Kebesaran Kerajaan dan Pancuran Kemuliaan Raja' yg menarik utk kita mengetahui sesuatu yg diperturunkan sejak dari hikayat awal bermulanya.

satu nota kaki menjelaskan bahawa dalam Undang2 Tubuh Kerajaan Perak Bhgn Dua; (1953) fasal X menyebutkan tentang milik2 raja.

X. Dengan maksud menerangkan dan tiada mengurangkan segala milik-milik Raja yang berikut di antara yang lain-lain:
  1. Pancuran kemuliaan
  2. Pancuran keadilan
  3. Pancuran rahmat
  4. Kepala agama negeri
  5. Pengawal adat Melayu
  6. Tuan tanah yang sebenar
XI. Di dalam membentuk sifat-sifat Raja pemerintahan yang tersebut di bawah inilah yang menjadi anggotanya:
  • (a) Maka perbuatan Raja pemerintah itu tiada boleh disangka salah.
  • (b) Maka Raja pemerintah itu disifatkan tiada mangkat.

dan yang dimaksudkan dengan Pancuran Kemuliaan ini antara lain adalah alat-alat kebesaran yg berupa perkakasan kerajaan yg dibahagikan kepada tiga kumpulan; alat muzik, alat perjawatan dan persenjataan. mari kita lihat beberapa antaranya yg menarik perhatian aku, tanpa niat mengurangkan kepentingan yg lain2.

Nobat
alat muzik diraja dianggap lebih 'suci' dari alat kerajaan lain kerna berisikan konsep kedaulatan, yg mana semuanya disimpan di istana dengan beralaskan kain kuning. dan dikisahkan bahawa pada zaman dahulu, lengkongan (gelanggang) tempat memainkan nobat itu dipagari dengan bulu ayam serta dimantera, maka siapa yg melintasi akan dikenakan hukuman berat.

kata 'Nobat' dikatakan berasal dari perkataan Parsi, iaitu Nabat, yg bermaksud sembilan (nau) bunyi2an (bat). terdiri dari Gendang Nobat (1), Gendang Peningkah (2), Nafiri (1), Serunai (2), Negaru/Nekaru (2) dan Ketua Org Kalur yg merupakan pemimpin nobat.

pada zaman dahulu pemuzik nobat adalah pemuzik warisan, keturunannya disebut Orang Kalur. dikatakan jika nobat dimainkan oleh orang lain maka tidak sempurnalah permainannya. Ketua Orang Kalur ini digelar Tuk Setia Guna, manakal penolongnya memakai gelaran Tuk Setia Indera.

menurut cerita tradisi lisan mengenai nobat ini:
"Purbakala nobat itu dijagai oleh jin. 'Jin Kerajaan' namanya. Oleh kerana itu maka nobat tersebut tidaklah boleh dipermain-mainkan begitu sahaja - tidak boleh mengata-ngata sesuatu yang kurag baik mengenainya dan tidak juga boleh memukulnya kalau tidak dengan sebarang maksud tertentu, bahkan untuk mendekatinya atau menyentuhnya sahaja dengan tiada sesuatu maksud tidaklah diperbolehkan. Barang diingat, bahawa perkakas itu mempunyai daulat kebesaran dan kepercayaan Negara, jikalau sesuatu yang tidak baik dilakukan kepadanya nescaya adalah balasannya kepada orang yang melakukannya. Oleh kerana itu jugalah perkakas Nobat itu masih dipuja, dan dimuliakan, malahan masih dianggap keramat."

mengikut Adat Istiadat Negeri Perak, tiada Sultan yang boleh dianggap berdaulat sehingga ianya ditabal dengan bunyian nobat. Adat Lembaga Negeri Perak juga menyatakan bahawa rangka yang digunakan dalam membuat gendang-gendang nobat adalah berasal daripada 'Teras Kayu Jerun' dan kulitnya adalah daripada 'Kulit Tumur'. juga dikisahkan pada zaman dahulu kala, kulit gendang nobat ini diperbuat daripada kulit perut orang perempuan mengandung sulung.. walau bagaimana pun ini telah bertukar dan pembaharuan rangka ini sekarang diperbuat daripada kayu keras dan kulitnya daripada kulit kambing.

terdapat lapan lagu Nobat yg asal:
  • Gendang Berangkat
  • Puteri Mandi Mayang
  • Dang Gidang
  • Rama-rama Terbang Tinggi
  • Kumbang si Kumali
  • Arak-arak Atundas (Arak-arak Antalas)
  • Aleh-aleh Panjang
  • Aleh-aleh Pendek

kemudiannya Kerajaan perak menambah lapan lagu lagi:
  • Lenggang Che Kobat
  • Jong Beralih
  • Anak Raja Basuh Kaki
  • Gendang Perang
  • Nobat Tabal
  • Nobat Raya
  • Nobat Khamis
  • Nobat Subuh
lagu Nobat Tabal dimainkan dalam istiadat pertabalan dan kemangkatan raja sahaja. manakala Nobat Subuh, Nobat Khamis dan Nobat tabal digunakan pada sebelah pagi dan petang. menurut tradisi, nobat juga dipalu tiga hari sebelum puasa, lima hari sebelum Hari Raya Haji. dan hampir keseluruhan istiadat diraja memasukkan nobat dalam aturcara protokolnya.

Cura Si Manja Kini
diriwayatkan bahawa ia merupakan pedang milik Sang Saperba dari Bukit Siguntang (ada versi mengatakan bahawa yg digelar Sang saperba ini adalah Nila Pahlawan bukan Nila Utama; rujuk hikayat bukit si guntang). pedang inilah yg digunakan Sang Saperba ketika menyelamatkan minangkabau dari serangan naga saktimuna, dan peang ini juga yg dipakai oleh Parameswara ketika ditabalkan sebagai Raja Melaka yg pertama.

semasa istiadat pertabalan, Pawang Diraja (Raja Cik Muda) akan mempersembahkan pedang ini kepada Sultan. kemudian Sultan akan menyambut, menghunus, mengucup dan menyandangkannya ke bahu. ini adalah sama seperti yang dilakukan oleh Sang Saperba ketika berwaadat dengan Demang Lebar Daun.

Cop Halilintar
juga dikenali sebagai Cop Lintor atau Cop Halilintar kayu gamat yg berupa mohor kecil yg bertulis 'Seri Sultan Muhammad Shah Zil Allah Fi'l Alam'. kayu pemegang cop itu kayu gamat, atau dalam Sejarah Melayu disebut kayu kampit (kapit?), serta mempunyai gambar dewa halilintar, yg kemudiannya diganti dengan kayu biasa. cop ini dikatakan milik Sultan Melaka yg pertama mengislamkan diri. (dalam versi hikayat bukit siguntang, Nila Pahlawan ditemukan memegang curik dan cap kerupa. adakah cap kerupa ini adalah cop halilintar?)

semasa istiadat pertabalan, Tok Seri Nara Diraja akan menyuntingkan cop ini ke telinga kanan Sultan, dan kemudian dibisikkan akan asal-usul keturunan baginda.

Pontoh Bernaga
merupakan gelang emas berkepala naga, yg dipersembahkan oleh Pawang Diraja ketika pertabalan, dan dipakai di lengan kiri dan kanan Sultan.

Keris Tamingsari
adalah keris kuasa (bawar) yg dianugerahkan kepada Laksamana Tuah, yang kemudiannya, kerana gagal meminang Puteri Gunung Ledang, dititipkan kepada Tun Mamat untuk dikembalikan kepada Sultan Mahmud Shah. keris ini pula diberikan kepada Sultan Muzaffar Shah ketika ditabalkan sebagai Sultan Perak pada 1528.

Geliga Embun
berupa geliga/mustika/tangkal azimat, hadiah dari Tun Perak (Tuk Tuan Puteh) kepada Sultan Muzaffar ketika ditabalkan menjadi Sultan perak di Tanah Abang pada 1528. dikisahkan Tun Perak, juga dikenali sebagai Tuk Temong dan ada juga yg menyebut Tun Perabu, datang dari hulu Perak dengan 70 ekor gajah untuk menyembahkan geliga tersebut, dan meminta Sultan memerintah daerah Temong sebagai balasannya.

antara perkakasan diraja lain yg dipakai sewaktu pertabalan adalah Rantai Bunga Nyior yg merupakan rantai emas karangan bunga kelapa dan Keris Pertaka, yg juga disebut Keris Terjewa Lok Lima, yg mempunyai sarung yg diperbuat dari emas. disamping itu berbagai lagi perkakasan lain namun hanya inilah sahaja yg mahu aku rakamkan buat masa ini.

apa yang menarik perhatian aku adalah orang kaya2 yg bertanggungjawab mengenai adat pertabalan ini. siapa sebenarnya yg disebut org kalur? Tuk Setia Guna? Tuk Setia Indera? seolah2 mereka ini menyimpan suatu rahsia mengenai nobat; dgn catatan mengikut pendapat aku tanpa sebarang eksperimen lanjut, muzik nobat merupakan satu teknologi minda org melayu yg mampu menurunkan frekuensi otak ke tahap trance yg sangat ampuh dalam proses imbasan langsung ke bawah sedar.

begitu juga berkenaan dengan Pawang Diraja yg memakaikan curik si mandang kini dan pontoh bernaga, serta Tok seri Nara Diraja yg menyuntingkan cop dan membisikkan asal-usul keturunan Sultan, seolah mereka ini memegang suatu rahsia besar yg hanya boleh diketahui oleh org2 tertentu sahaja. siapakah mereka2 ini dan dari manakah keturunan sebenarnya? mengingatkan aku kepada Batala, yg keluar dari buih lembu putih yg ditunggang Sang Saperba.. (rujuk hikayat bukit siguntang).

namun ini semua hanya persoalan dan bukan hipotesis. mungkin sahaja pemegang2 gelaran tersebut pada waktu ini tidak mempunyai hubungan apa2 dengan apa yg berlaku di zaman dahulu dan mungkin hanya sekadar melakukan protokol. bagaimana pun, ini adalah istiadat turun-temurun yg dilakukan sejak dari awal kerajaan Melayu, yg menurut pendapat aku mesti mempunyai sesuatu maksud yg tersirat, yg sentiasa akan menjadi rahsia Melayu selamanya.