beberapa waktu dulu sorg kawan antar pautan youtube psal satu teori konspirasi yg bertajuk Dunia Akhir Zaman, sama seperti siri the Arrivals dan Phase 3. yang menarik ialah mengenai teori zaman dia.. menurut yg empunya teori konspirasi itu, kita dikelirukan oleh ilmuan barat mengenai cara mengkaji pensejarahan tamadun.. mengikut pengkajian ilmu sejarah yg diperakui, sejarah manusia melalui zaman batu, zaman gangsa, zaman logam, dan seterusnya.. begtu pula zaman batu terpecah dgn istilah paleotik, mesolitik, neolitik..
tapi mengikut pendapat dia, tamadun manusia harus dikaji mengikut periode nabi2 yang diturunkan kepada manusia.. bukan sekadar megikut tempoh masa yg beredar.. menurutnya setiap Nabi yg diturunkan itu mewakili tempaoh waktu ketamadunan manusia.. contohnya, periode tamadun manusia yg pertama adalah antara tempoh Nabi Adam as diciptakan di syurga sehinggalah Nabi Idris as. periode Nabi Nuh as, setelah banjir besar adalah periode kedua dlm ketamadunan manusia. periode akhir zaman setelah kenabian Nabi Muhammad as.
manakala periode akhir zaman ini pula, dibahagikan kepada lima periode.. dan ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah..
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menindas (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.”
dan apabila kita mahu meneliti pensejarahan melayu di bahagian akhir zaman, maka kita perlu melihat dalam ruang tempoh tersebut. dan apa kesan Islam terhadap orang Melayu.. terutamanya keadaan Melayu dalam periode yg keempat, zaman kerajaan yg menindas. dan di zaman ini jugalah munculnya dajjal dan berlakunya perang akhir zaman, sblm kemudiannya Islam kembali hidup setelah turunnya Nabi Isa as membantu Imam Mahdi.
dan soalan kita hari ini..
mengapa orang mengkaji sejarah? dan hampir semua jawapan menjurus kepada satu jawapan.. untuk mengetahui kebenaran.. lalu mau kita apakan dengan kebenaran tersebut? ini yang menjadi dasar dalam setiap pengkajian.. mencari dan membuktikan itu satu bahagian.. mengetahui dan memahami merupakan satu bahagian.. manakala dipelajari atau dimanipulasi itu merupakan pengakhiran terhadap kajian..
siapa Melayu? benarkah sejarah Melayu bermula di Bukit Siguntang yg terletak di Sungai Melayu? benarkah Melayu telah wujud lebih lama dari itu di Trambalingga? atau Melayu itu merupakan jurai dari bangsa Mala? yang disebut oleh lagenda Khmer berasal dari Raja Laut Naga Mahodhara, yg sering memperkenalkan diri dengan bunga (Mala) dan begitu identik dengan wangi-wangian. maka tercuitlah pengkisahan bani Israel mengenai keturunan Keturahyang berhijrah ke timur; dalam bahasa Ibrani kuno, Keturah bermaksud wangi-wangian.
aku tak mahu terlalu mendalam berkenaan prasasti Han-Chey yg menyebut Bhavavarman II sebagai Raja Mala dari Malayu (mala malayu iva malayam raja), kerna sudah ada yg menceritakan dengan mendalam. juga aku sekadar hanya menyentuh sedikit mengenai pengkisahan Raja Perehu dan Ratu Ati, yg tercetak di relif kuil di Luxor. dikatakan Raja Perehu adalah raja Punt, tanah suci yang dianggap oleh Firaun sebagai tempat asal-usul moyang mereka. mungkinkah gelaran Dapunta yg ditemui di prasasti Sojomerto dan prasasti Kedukan Bukit itu bukan hanya kebetulan?
dari seluruh kisah asal-usul ini, apakah yg kita mahukan? adakah sekadar hanya mahu berbangga bahwa kita dari keturunan yang hebat? atau adakah ianya sebagai jalan untuk memahami pertanggungjawaban untuk memenuhi sebuah nubuat atau ramalan akhir zaman. atau hanya sebagai panduan memahami bahawa apa yg berlaku pada kita sekarang ini adalah sejarah yang akan terus berulang2, selagi kita tidak memahami fungsi melayu itu sendiri?
kita kembali di zaman akhir kesultanan Melaka, kekacauan orang Melayu ketika ekonominya dikuasai oleh monopoli saudagar2 keling. namun yg menjadi dilemanya ialah saudagar2 keling inilah yg membawa Islam ke Melaka. maka kita mengingat mereka, yg naif dengan niat kafirun, yg membuka kota melaka utk portugis sebagai pengkhianat, atau mungkin saja mereka ini adalah melayu2 yang sudah tidak tertahan lagi dengan kekangan ekonomi yg tidak dirasai oleh aristokrat melayu yg lain. bukankah sekarang ini begitu juga dilema kita?
begitu pulalah halnya perang tiga negeri, melaka (portugis), johor dan acheh, yg memperlihatkan pengaruh belanda. benarkah belanda menjajah melaka? bukankah melaka hanyalah hadiah johor kepada belanda kerna membantu mengusir portugis? walaupun serangan itu lebih melayu dari belanda. namun terjerat jualah melayu kerna janjinya kepada belanda.
begitu juga keserabutan dalam penguasaan takhta dan ekonomi orang melayu, antara pembesar yang berdarah keling dan percaturan politik org bugis dan minang. begitu juga dgn campurtangan Acheh dan Siam. ini bukan hanya berlaku di Johor malah juga di Perak dan seluruh negeri2 lain di alam Melayu. kekacauan oleh orang cina yang memudahkan Inggeris mencelah dengan kelicikannya, menjajah benar seluruh negeri Melayu. memperlihatkan orang2 melayu terpaksa bangkit beberapa kali untuk memperbetulkan kesilapan pemeimpinnya. bukankah ini juga yang berlaku pada kita sekarang?
dan pelajarilah bagaimana ketika org melayu bangkit dgn niat membetulkan kesilapan pemimpinya, ketika itulah mereka mula dijajah.. seawal ketika perjanjian pangkor ditandatangani, alkisah konon kerana terpaksa, org melayu bangkit memberontak, malah yg berlaku kuku kolonial semakin mencengkam. jika anda berfikir kebangkitan Melayu berhubung dgn Malayan Union itu suatu kebangkitan kemerdekaan, maka bacalah kisah seterusnya. dan maaf jika anda tidak bersetuju bahawa kita belum benar2 merdeka sebagai bangsa Melayu. kita sekarang tinggal di Malayan Union versi orang Melayu. dan kutiplah dalam kisah penaklukan Jepun tentang bermulanya detik orang Melayu memahami betapa hanya orang Melayu yang dapat membebaskan orang Melayu.
dan persoalan intinya, siapakah Melayu? adakah kita Melayu? atau adakah kita orang2 yg masuk Melayu? maka apa Melayu ini sebenarnya? apa fungsinya? semua ini akan menuju kepada ramalan akhir zaman. ketika perang pecah antara tentera dari timur yg membawa panji hitam, adakah kita sebahagian dari tentera itu atau adakah kita sebenarnya tentera dajal yg memerangi mereka? nauzubillah.. yg mana janji kita? adakah baiah bukit siguntang atau baiah merong mahawangsa atau baiah yg lebih dulu sebelum itu..
adakah kita Melayu? dgn susur galur salasilah kita yg bersimpang siur merentas berbagai bangsa dan kaum, adakah kita masih Melayu? di sinilah ingin aku pertekankan semula mengenai ungkapan 'masuk Melayu'.. walau siapa pun datuk nenek moyang kita, yg kita tunjuk salah dan marah di zaman lampau, itu semua sudah tidak relevan.. kita semua adalah orang2 yg 'masuk Melayu'.. apakah yg menjadi buktinya? budaya dan agama kita.. kerna itulah kekuatan org Melayu.. buang prejudis sesama Melayu, kerna prejudis itulah yg telah menghancurkan bangsa Melayu berkali2 dalam sejarah.. kita semua adalah bersaudara.. dan selayaknyalah kita bersaudara selagi mana agama Islam mengikat kita..
kita sambung nanti pensejarahan orang Melayu dalam era modenisasi.. moga2 dpat kita lihat bagaimana kita memposisikan diri kita dalam sejarah yg berulang2, dan akan sentiasa berulang sehingga kita dapat memahaminya.
0 ulasan:
Post a Comment