Wednesday, May 25, 2011

dengkuran nikmat

Posted by usoPkuChai On 12:27 AM No comments



"isk.. camna nak tidur camnih," getus Alia dalam hati.

itulah keluhannya pada malam pertama pernikahannya dengan Samad, dia tidak boleh tidur lena. Dia bersetuju menikahi Samad kerna Samad tidak pernah putus asa merayunya, hampir setiap hari. malah bukan Alia saja yg dirayu tapi juga ibu dan bapa Alia. Sehingga tidak memungkinkan sama sekali menolak ketika rombongan meminang keluarga Samad datang bertandang.

sudah sepuluh tahun Samad dan Alia menikah, dikurniakan sepasang cahayamata, seorang lelaki dan seorg perempuan. selama sepuluh tahun itu juga Alia hanya dapat tidur2 ayam kerna terganggu oleh dengkuran Samad, yang seperti kerbau arwah bapanya ketika mendapat serangan kutu babi. kalau ada alat ukur bunyi, entah berapa puluh decibel agaknya kekuatan dengkuran Samad. tak jarang Alia berharap gegendang telinganya pecah dek bunyi dengkur Samad supaya dia boleh tidur lena, namun sepuluh tahun itu dengkuran itu tetap mengalun irama gempa bumi dan ribut taufan dengan kekuatan bunyi yg sama. Alia sudah lama tidak berharap dia tidur lena.

bukan hanya dengkuran Samad yg tidak disukainya, tetapi juga kebiasaan Samad yg sangat mudah tertidur. bukan sekali Alia naik angin dan meninggalkan Samad tidur sendiri di ruang tamu kerana Samad tertidur ketika Alia sedang meminta pendapatnya mengenai keadaan anak2 mereka. asal duduk lama sikit jer, pasti Samad tertidur. dan bukan itu saja, bila dah tidur, cukup main liat nak kejutkan. masa anak2 mereka masih kecil, sengaja Alia membiarkan anak2 mereka memasuki bilik tidurnya dan memanjat Samad yg masih tidur supaya dia cepat bangun. itu pun kdg2 tertidur semula.

namun semua jadi berbeza pada Alia sejak sebulan yang lalu. malam itu malam rabu. Samad pulang awal dan malam itu dia tidur di sebelah kanan katil seperti biasa. Alia berasa hairan kerna dengkuran Samad yg menggegarkan gegendang telinga itu tiba2 terhenti. Alia belum tidur lagi waktu itu. satu minit. dua minit. Alia membalikkan badannya ke arah Samad. tubuh Samad tidak bergerak. tiada gerakan menaik dan menurun di bahagian dada dan perut. tiga minit. Alia menghulurkan tangannya ke bahagan hidung dan mulut Samad. tiada hembusan angin. empat minit. Alia mulai panik. dia bangun duduk dan menggoyang2kan badan Samad. dengkuran Samad bermula semula.

dan malam rabu itu bukanlah kali terakhir keadaan itu berlaku. malam2 seterusnya terjadi juga keadaan yg sama. dan setiap kali Alia menggoyang2kan tubuh Samad, sama ada Samad terbangun atau dengkurannya saja yg bersambung. Alia tidak senang hati. setiap kali dengkuran Samad terhenti, setiap kali itulah hatinya risau dan bimbang. Alia ada menceritakan pada Samad tetapi Samad beritahu yg dia tidak menyedari apa2. dan pagi isninnya, Alia berjaya memujuk Samad untuk pergi ke klinik untuk memastikan sama ada keadaan itu normal atau tidak.

doktor di klinik kecil di kawasan perumahan mereka mencadangkan agar Samad dirujuk ke hospital daerah dengan segera. doktor itu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai penyakit Samad, kalau boleh disebut penyakit, dan hanya memberikan sekeping surat yang ditulisnya untuk diberi pada doktor yang berkenaan di hospital daerah. namun dari riak muka doktor muda tersebut, Alia dapat menjangkakan bahawa apa yg dialami oleh Samad adalah sesuatu yg serius.

mereka berdua langsung ke hospital daerah pada hari itu juga. dan bertemu dengan Dr Borhan. Dr Borhan menjalankan beberapa ujian terhadap Samad. hampir seharian mereka di hospital. Alia sempat pulang ke rumah tengahari itu utk memasak buat anak-anaknya dan kemudian dia kembali ke hospital. Samad hanya keluar dari bilik pemeriksaan selepas azan asar mengalun dari masjid kuning yang terletak di seberang jalan berhadapan dengan hospital tersebut.

malam itu mereka tidak bercakap banyak. hanya melayan kerenah anak2 sebelum mereka tidur. Samad masih duduk di sofa menonton tv. keliahatn berusaha untuk tidak tidur. Alia turun semula ke ruang tamu dan duduk di samping Samad, memegang lembut tangan suaminya. Alia mahu tahu apa kata doktor. tapi Samad hanya tersenyum. malam itu buat pertama kalinya, Alia merasakan bahawa dengkuran Samad adalah suara yg paling merdu pernah didengarkannya.

seminggu selepas itu, dalam perjalanan ke hospital, mereka hampir mengalami kemalangan. Samad tertidur. mujur Alia yang seperti tidak puas menatap wajah suaminya sepanjang perjalanan itu menyedari apa yang berlaku dan mengambil kemudi stering kereta dan terpaksa melanggar kereta mereka ke sebatang pokok. Samad bukan pengsan tapi tertidur. malah ketika org ramai yg berkerumun utk mengeluarkannya, Samad berdengkur kuat. dan kerna itu Alia tahu suaminya masih hidup.

maka mereka sampai jugalah ke hospital, walau dlm situasi berbeza. Dr Borhan memanggil Alia ke ruangannya ketika Samad kembali berdengkur setelah menerima beberapa jahitan luka akibat kemalangan sebelumnya. Alia hanya luka kecil dan lebam2 di sekitar tangannya dan dahinya. Alia memandang wajah Samad yg sudah tertidur lena dengan dengkuran yg menenangkan hati Alia.

sejak pulang dari hospital, Samad menjadi takut untuk tidur. Alia juga ketakutan setiap kali Samad tertidur. menurut Dr Borhan, Samad mengidap apnea, keadaan dimana nafasnya terputus apabila Samad melewati satu fasa tidurnya. Samad sentiasa berusaha untuk tidak tidur, dan setiap kali Samad tidur, Alia pula yg tidak boleh melelapkan mata. Alia akan mengawasi dengkuran Samad. Setiap kali dengkuran itu terhenti, Alia akan berusaha membuatkan Samad terbangun dari tidurnya.

begitulah keadaan mereka sehingga ke hari ini. Alia semakin terhibur dengan dengkuran Samad. dengkuran yang suatu ketika dulu mengantui setiap malam yg dilaluinya. Alia akan terbaring di dada suami yg dicintainya, dan berdoa agar dengkuran itu tidak akan berhenti. setiap malam, sepanjang hidupnya.

0 ulasan: