Wednesday, June 22, 2011

Brotherhood of Eskeden

Posted by usoPkuChai On 3:44 AM 3 comments


* * *

Tidak ada siapa pernah melihat Pandi pakai baju berlengan pendek, sebab memang dia tidak pernah pakai baju lengan pendek. Sejak balik dari Rusia setahun yang lepas, dia mesti pakai baju lengan panjang, baik baju kemeja mahupun t-shirt. Tengah hari buta pun dia pakai baju lengan panjang. Berenang kat sungai kat tepi bukit itu pun dia akan pakai baju lengan panjang. Tapi tidak ada siapa pun peduli tentang itu kecuali seorang kawannya bernama Pandit.

Pandi dan Pandit sudah berkawan sejak kecil lagi. Sejak dari bayi, kerana ibu Pandi dan ibu Pandit bersaudara dan tinggal di rumah yang sama. Kadangkala ibu Pandi dan Pandit pun tersilap bayi untuk disusukan. Jadi Pandi dan Pandit ni bukan hanya sepupu tapi juga adik-beradik sesusuan. Umur mereka pun sama, Pandi lahir tiga hari awal sebelum Pandit. Walaupun Pandit hairan kenapa Pandi sentiasa berbaju lengan panjang tapi dia tak pernah bertanya, sehingga satu hari Pandiya secara tidak sengaja mengotorkan baju Pandi..

Pandi, Pandit dan Pandiya sudah berkawan sejak kecil lagi. Sejak dari bayi juga, kerana ibu Pandiya tinggal berjiran dengan rumah ibu-bu Pandi dan Pandit. Ibu Pandiya adalah adik kepada ibu-ibu Pandi dan Pandit. Jadi Pandi, Pandit dan Pandiya adalah sepupu. Hanya saja Pandiya tidak menyusu badan. Ibu Pandiya memberinya minum susu lembu yang diperah di belakang rumahnya. Jadi Pandiya bukan adik beradik susuan dengan Pandi dan Pandit. Mungkin sesusuan dengan yang lainnya. Maka satu hari itu, Pandiya dengan tidak sengaja muntah di baju pandi dalam perjalanan pulang dari rumah seorang lagi rakan mereka bernama Pandiyarna..

Pandiyarna mempunyai seorang adik perempuan bernama Pandiyarni. Pandiyarni yang baru lepas sekolah itu memang menjadi kegilaan sekalian pemuda di kampung itu. Bukan kerana kecantikannya tetapi kerana kehitaman kulitnya yang mulus dan bersih. Tidak seperti anak gadis kampung lain yang berkulit putih dan kuning. Hanya Pandiyarni yang berkulit hitam. Dan kerana kehitamannya itulah dia menjadi rebutan sekalian lelaki bujang dan duda malah yang sudah beristeri, termasuklah Pandi, Pandit dan Pandiya.

Maka malam itu Pandi, Pandit dan Pandiya, duduk-duduk bersembang di serambi bersama Pandiyarna sambil memakan kuaci bunga matahari. Petang hari sebelumnya, ibu Pandiyarna telah menggoreng biji bunga matahari yang tumbuh banyak di hadapan rumahnya. Halaman rumah Pandiyarna memang penuh dengan bunga matahari. Pandiyarni sangat sukakan bunga matahari. Maka malam itu Pandi, Pandit, Pandiya dan Pandiyarna tersangatlah asyik masyuk mengunyah kuaci bunga matahari tersebut. 
 
"Home-made! Terbaik dari depan rumah!" kata bapa Pandiyarna setiap kali terserempak dengan mereka sedang menggigit kuaci buatan tangan isterinya.

Setelah habis kuaci tiga balang kaca besar, Pandi, Pandit dan Pandiya merasa dahaga yang amat sangat. Makan kuaci sambil ketawa terbahak-bahak sepanjang malam memang membuat tekak menjadi kering dan perit. Namun Pandiyarna seolah-olah tidak merasakan apa yang mereka bertiga rasakan. Sama sekali tidak bertanya jika mereka mahu minum apalagi menawarkan air minuman. Tidak ada air sama sekali walaupun air kosong. Mereka bertiga pula malu untuk meminta kerana takut disangka oleh Pandiyarna sengaja mencari alasan untuk mengintai Pandiyarni, walaupun mmg menjadi hajat mereka datang untuk dapat melihat Pandiyarni..

Mereka terus menahan kekeringan tekak mereka hinggalah Pandiya tercekik kulit kuaci. Itu pun Pandiyarna hanya menepuk-nepuk belakang Pandiya tanpa berusaha untuk masuk ke dalam rumah mengambil air, atau memanggil Pandiyarni untuk menghantarkan air kepada mereka. Maka terbatuk-batuklah Pandiya selama beberapa minit dan kemudian Pandit menganjurkan mereka pulang saja ke rumah. Pandi bersetuju dan Pandiyarna pun menghantar mereka pulang hingga ke tangga bawah rumahnya.

Dalam perjalanan pulang inilah Pandiya muntah ke baju Pandi ketika Pandi menolong memapahnya. Pandi tetap memakai baju yang dipenuhi muntah Pandiya itu sehingga sampai di rumah. Dan inilah yang memicu fikiran Pandit merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Pandi. Pandit mencadangkan agar Pandi membuka sahaja bajunya kerana tidak tahan dengan bau muntah kuaci bunga matahari Pandiya, namun Pandi berkeras tidak mahu membukanya, seolah-olah menyorokkan sesuatu di balik baju tersebut.

* * *

Tiga tahun lepas, seorang lelaki bernama Bade datang ke kampung mencari pemuda-pemuda yang mahu bekerja di Rusia. Sebuah pekerjaan yang menjanjikan gaji yabg lumayan Hanya Pandi yang menerima tawaran itu. Pandit, Pandiya dan Pandiyarna menolak. Pandiyarni tidak ditawarkan kerana Bade hanya memerlukan orang lelaki muda. Seminggu setelah itu, Pandi pun meninggalkan kampung itu, menaiki kapalterbang buat pertama kali dalam hidupnya, menuju Rusia. Antara bangga dan takut bercampur dan beraduk dalam hatinya.

Ternyata Bade tidak menyebutkan Rusia sebelah mana, padahal Pandi sudah membayangkan berdiri menikmati pemandangan menara dan kubah-kubah bawang yang berwarna-warni di gereja St Basil di Moscow. Ketika kapalterbang mendarat, Pandi sudah merasa tidak sedap hati. Kelihatan dari tulisan-tulisan Rusia yang tidak difahaminya itu, mungkin dia mendarat di salah satu negara yang berhujung -tan. Tapi memang masih rusia, Pandi memujuk dirinya..

Sesampai di negara yang tidak diketahui tan yang mana satu, Bade mengenalkan Pandi kepada seorang lagi lelaki berbadan besar dan berkepala botak bernama Badek. Dan Badek kemudiannya menghantar Pandi kepada seorang lagi lelaki berbadan tegap dan berkepala botak serta berjambang lebat dengan janggut keritingnya hingga ke dada, bernama Badepek. Setelah hari itu Pandi tidak pernah bertemu dengan Bade lagi.

Pada zahirnya Pandi tidak tahu pekerjaan sebenar yang perlu dilakukannya. Pada beberapa bulan pertama, dia hanya mengikut Badepek ke mana sahaja tanpa mengetahui apa yang sebenarnya dilakukan oleh Badepek. Dia hanya perlu menunggu di luar pintu pada setiap hari Rabu dan Sabtu. Pada hari Khamis, dia menemani Badepek makan malam di sebuah restoran yang sama setiap minggu. Dia juga tidak pernah bertanya perihal menu kerana Badepek yang memesannya. Pada hari Jumaat dan Ahad, Badepek akan membawanya berkeliling kota tersebut dan bersalaman dengan beberapa orang. Pada hari Isnin, dia akan mengikut Badepek ke sebuah rumah tua, 'Mansion of Eskeden' begitulah kira-kiranya bunyi sebuah tulisan yang sudah tidak berapa jelas di atas sebuah kayu yang tergantung di pintu pagar utama.

Pandi pernah berfikir bahawa pekerjaannya adalah sebagai bodyguard Badepek, tetapi apabila direnung kembali saiz Badepek adalah dua kali saiz tubuhnya, Badepek yang seharusnya menjadi bodyguardnya. Pandi pun sudah tidak mahu memikirkannya lagi setelah mendapat gajinya yang pertama bulan itu. Sebahagiannya dikirimnya pulang ke kampung. Semenjak itu Pandi hanya menjalankan rutin hariannya bersama Badepek.

Hinggalah suatu hari Sabtu, setelah Badepek menyelesaikan pekerjaan di sebalik sebuah pintu, dia dengan tergesa-gesa mengajak Pandi ke sebuah gudang lama di sebuah pelabuhan. Badepek mengarahkan Pandi agar menunggu di kereta di bahagian pemandu dengan membiarkan enjin hidup. Dia masuk ke dalam gudang itu dan keluar dengan mengangkat Badek di belakangnya. Badepek memasukkan Badek ke tempat duduk belakang. Badek berlumuran darah kerana ditikam. Pandi tau Badek ditikam kerana ada pisau yang masih menancap di lehernya.

Badepek mengarahkan Pandi memandu dan dengan segera Pandi menekan pedal minyak dan meluncur laju keluar dari kawasan gudang itu. Namun pandi tidak tahu mahu kemana sebenarnya. Dia hanya melaju mengikut rasa hatinya. Dari cermin belakang yang berada di hadapan, Pandi melihat Badepek berkata sesuatu pada Badek. Badek menunjuk ke arah Pandi dan kemudian Badepek menganggukkan kepalanya sebelum mencabut pisau yang tertancap di leher badek. Darah membuak-buak keluar dari leher Badek dan tak lama setelah itu Badek pun meninggal dunia. Badepek kemudiannya mengarahkan Pandi menuju jalan pulang ke rumah mereka.

Badepek tidak bercerita tentang apa yang berlaku dan Pandi juga tidak bertanya. Memang begitulah yang berlaku selama Pandi ditinggalkan kepada Badepek. Pandi hanya mengikut tanpa bertanya. Bukan Pandi tidak mahu bertanya, tetapi setiap kali Pandi berasa mahu bertanya mulutnya akan terkunci melihat renungan tajam dari mata Badepek yang berwarna biru.

Pagi hari Isnin, Badepek mengatakan bahawa mereka hanya akan pergi ke 'Mansion of Eskeden' pada waktu senja. Pagi itu Pandi hanya duduk-duduk saja di beranda menenangkan dirinya, seperti hari cuti. Belum pernah dia merasakan hari rehat seperti itu selama dia tinggal bersama Badepek, namun Badepek pula tidak kelihatan sepanjang hari itu.

Waktu matahari sudah mula mahu tenggelam, Badepek memberikan sepasang baju seperti seragam kepada Pandi dan menyuruhnya memakai pakaian tersebut sebelum pergi ke rumah tua di atas bukit. Pandi pun memakai jubah hitam panjang hingga ke lantai yang diperbuat dari sutera. Badepek juga memakai jubah yang berbentuk hampir sama, hanya saja di leher Badepek terdapat sebuah kalung berwarna merah yang labuh hingga ke dada. Pandi belum tahu apa yang akan dilalui seterusnya merupakan satu jalan sehala yang tidak membolehkan dia berpatah semula ke belakang.

* * *

Semalaman Pandit mengurung kemusykilannya mengenai Pandi. Pandit perasan sewaktu mandi sungai di tepi bukit pun Pandi tidak membuka baju lengan panjangnya, malah dia masih memakainya sehingga sampai ke rumah. Malam itu sebelum tidur, Pandit memasang niat untuk mengintai Pandi mandi pagi. Dia percaya ada sesuatu yang disembunyikan oleh Pandi di dalam bajunya.

Pagi itu Pandi bangun dan menuju bilik mandi. Dia membuka baju dan menyidaikannya di pintu bilik mandi. Mendedah rahsia di tubuhnya yang memenuhi bahagian belakang dan lengannya. Membiarkan air hangat mengalir membasahi setiap inci rahsia tersebut. Pandi menyabun perlahan lengannya, lebih kepada mengusap tanda yang telah melekat di lengannya sejak tiga tahun dulu. Wajahnya berubah, menahan sebuah perasaan yang tidak akan dapat diungkapkan dengan kata apa pun dan dalam bahasa apa pun.

Pandit hanya terbangun setelah Pandi sudah siap memakai baju bersih yang lain - berlengan panjang. Pandit menyumpah dalam hatinya kerana gagal bangun pada waktu yang tepat. Seharusnya Pandit tidak tidur malam itu.

* * *

setahun selepas ritual inisiasi pandi ke dalam 'liga persaudaraan eskeden', pandi sekali lagi akan mengharung ritual yg sama kerana dia telah mendapat kepercayaan dari para tetua persaudaraan itu untuk dinaikkan taraf lebih tinggi dan bakal mewarisi 'gelang emas kesatria 14', penghormatan kerana menerima taraf kesatria tahapan 14, yg merupakan elemen penting dalam persaudaraan tersebut..

tepat pada waktu tengah malam, ruang besar di bahagian tengah rumah tua itu hanya disimbahi cahaya dari beberapa lilin yg sudah disusun sekian rupa, sama seperti keadaan inisiasi mana2 persaudaraan rahsia. sembilan para tetua telah bersedia berdiri di atas altar menanti. beberapa minit kemudian, ahli2 persaudaraan yg memenuhi ruang tamu itu berkuak memberi jalan kepada satu sosok yg dengan perlahan menghampiri altar para tetua. dan seperti juga inisiasi persaudaraan rahsia yg lain, mata pandi tertutup dengan kain hitam.

prosedur inisiasi itu sebenarnya sangat sederhana dan tipikal. pandi yg bertutup mata didudukkan di atas sebuah kerusi besar, seperti kerusi para raja zaman dahulu, dan dikelilingi oleh para tetua. pandi kemudian diberi minum dari sebuah cawan yg sebelumnya telah diedarkan ke seluruh ahli persaudaraan. setiap ahli persaudaraan dikehendaki melukakan lengan mereka dengan sebilah belati yg diedarkan bersama cawan besi tersebut dan menitiskan hanya satu titik darah mereka.

setelah semua darah ahli persaudaraan terkumpul di dalam cawan besi yg berukir kepala naga itu maka pandi harus meminum semuanya. kemudian ketua kepada para tetua akan mengambil belati itu dan menusuk bahu kiri pandi sehingga hampir kepada jantungnya. seluruh ahli persaudaraan kemudiannya akan meratib sebuah ayat dalam bahasa eskeden, dimana pandi harus mengulangnya sambil menahan kesakitan tusukan belati di bahu kirinya.

apabila selesai ratib tersebut, ketua para tetua akan mencabut belati tersebut dan satu demi satu para tetua akan mengusap bahu kiri pandi sambil membacakan sebuah lagi mentera di telinga kanan pandi. mantera yg hanya diketahui oleh para tetua. dan ketua para tetua akan menjadi yg terakhir menekan dan mengusap bahu kiri pandi. serta merta setelah itu, darah berhenti membuak keluar dari bahu kiri pandi setelah ketua para tetua selesai membacakan mantera yg lebih panjang. namun kesakitan yg amat sakit itu tidaklah hilang begitu saja.

inisiasi itu diteruskan pula apabila dua orang ahli persaudaraan yg bertahap lebih tinggi datang dengan membawa belati yg sama yg memerah kerna telah dibakar sebelumnya. belati itu kemudian ditekapkan pada kedua belah lengannya. pandi mengetap gigi menahan kesakitan yg amat sangat. hampir saja dia pengsan kerna kesakitan itu. terlihat di lengannya sebuah rajah yg terbentuk hasil dari lecuran yg disebabkan oleh belati tua, suatu ukiran khusus. dan bermulalah kehidupan pandi sebagai kesatria 14.

* * *

satu perkara yg jelas berubah pada diri pandi ketika pulang semula ke kampung ialah sikapnya yg lebih banyak mendiamkan diri. pandit dan pandiya menyedari perkara itu. malah ketika sessi makan kuaci bunga matahari di beranda rumah pandiyarna juga pandi lebih banyak berdiam diri sambil matanya berselerak memandang keliling rumah. ketika pandiya tercekik kulit kuaci juga pandi bukannya menolong tetapi berdiri dan memandang sekeliling seolah2 ada yg mahu datang.

hampir setiap minggu pandiyarna menyedari kelibat pandi di kawasan rumahnya. hanya saja menurut pikirannya merupakan salah satu kerja obsesi terhadap adiknya, pandiyarni, seperti kelakuan dua orang kembar, pandu dan panda, yg pernah tertangkap mengendap di pintu dapur rumahnya. bagai nak gila pandiyarna mengejar mereka lari lintang pukang ke meredah semak samun di belakang rumahnya. dua hari setelah itu, pandiyarna mendengar pandu dan panda sudah berpindah ke kota dan tidak pernah pulang ke kampung lagi.

namun bukanlah obsesi cinta yg membuat pandi seperti mengawal rumah pandiyarna. dia merasakan aura itu semakin kuat. ramalan yg pernah didengarnya semakin hampir. dan dia tahu benar, bahawa itu adalah tanggungjawabnya utk membenarkan semua itu berlaku tanpa gangguan. guratan rajah di lengannya berdenyut2.

* * *

pada satu hari isnin di awal tahun ketiga dia di eskeden, pandi diperintahkan utk menghadap para tetua setelah selesai titual mingguan persaudaraan mereka. salah seorang dari kesatria 33 membisikkan arahan itu di telinganya sejurus dia melangkahkan kaki memasuki dewan. dia hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa.

pandi duduk melutut di hadapan para tetua, menundukkan kepalanya menunggu arahan. bukan hanya dia yg diperintahkan mengadap. di sebelahnya juga hadir kesatria 21, kesatria 33 dan kesatria 46. ketua para tetua duduk di kerusi besar yg berukir sambil meletakkan kedua2 belah tangannya masing2 di atas samping dan menggenggam ukiran dua kepala harimau di hujungnya.

tetua 2 yg berada disebelah kanan tetua 1 menceritakan sebuah ramalan yg disimpan dan diwarisi melalui banyak generasi para tetua. mengikut tetua 2, mereka berempat adalah antara calon kuat kesatria yg dimaksudkan dalam ramalan tersebut yg akan dapat membunuh musuh mereka sblm musuh mereka datang menghapuskan mereka dan menghancurkan apa yg mereka percaya selama ini, bahawa mereka adalah bahagian utama dari sepasukan kesatria yg akan menguasai dunia.

hanya satu yg meresahkan pandi setelah pulang dari pertemuan tersebut. hanya satu bahagian yg membuatkan jantung pandi berdetak kencang. mengenai lokasi yg harus mereka hancurkan bersama2 dengan penduduknya. dan lokasi itu adalah kampungnya sendiri. pandi sangat yakin tidak ada seorang pun mengetahui bahawa lokasi yg mereka sebut itu adalah kampungnya. mungkin hanya tetua 1, yg menatap tajam kepada pandi sewaktu tetua 4 pertama kali menyebut nama kampung tersebut.

malam itu pandi tidak dapat tidur. melaksanakan perintah para tetua adalah tanggungjawabnya sebagai kesatria 14, namun itu bermakna dia harus meluluhlantakkan kampungnya sendiri termasuk ahli keluarganya dan sahabat handai yg dikenalnya. dan dia juga tahu benar jika bukan dia yg melakukannya, pasti kesaria lain akan melakukannya. apa yg harus dilakukannya?

* * *

malam itu bulan mengambang penuh. dan mengikut kiraan pandi, malam itu akan berlaku gerhana bulan. bukan gerhana biasa. kerna sesuatu akan berlaku. sesuatu yg tidak ada sesiapapun di kampung itu yg akan menjangkakannya. pandi duduk bersembunyi di belakang sebuah pokok di sisi kanan rumah pandiyarni. belati tua tergenggam erat di tangannya. tompok2 sisa darah para tetua yg tertinggal ketika belati itu terbenam di leher mereka masih melekat. lengannya terasa berdenyut2. dan pandi terus menunggu masa yg semakin hampir.

* * *